Monday, December 8, 2025

ChubbyBara by Zus

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini namanya pengaruh rakan blogger.. kikiki.. Lepas baca entry Blogger Bola Katok, terus rasa nak beli juga.. kikiki.. Selalu tu bila ada promo, tak sempat nak beli dah licin dah merchandise nya.. Kali ini berjaya pula dapat.. Sha dapat pelekat ChubbyBara 3D dengan cup sleeves.. Pergh!! Teruja okay.. 

Pesanan dah tersedia dekat kaunter untuk diambil..

Satu koi dan satu coklat..

Iced Kopitiam Double Espresso ini padu betul rasa kopi dia.. Sha ambil yang normal manisnya tapi tak manis pun.. Kopi pula Sha pilih biji kopi Boss.. Memang padulah rasa kopi dia.. 

Iced Finally Pistachio Chocolate ini Sha beli yang kurang manis.. Gabungan pistachio dan coklat ti memang ngamlah.. Bila ambil kurang manis ini, terasa puas minum air pistachio coklat tu.. Memang syoklah dan serbuk brownies tu buat rasa air tu lagi meriah.. Sedap.. Sha suka..

Pelekat 3D ChubbyBara yang comel.. Pelekat ini Amani ambil..

Cup sleeves ChubbyBara yang comel.. Bak kata Bola Katok, dah macam unta kemurungan rupa ChubbyBara dia.. kikiki.. Ce tengok hujung cup sleeves tu, sedih kan..

Sunday, December 7, 2025

US | Nobody 2 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem Nobody keluar tahun 2021.. Tahun ini keluar filem yang kedua.. 

Kesian encik Nobody kita ini.. Beliau ajak keluarga bercuti sebab nak rapatkan hubungan tapi masalah tetap ikut beliau.. Kira macam magnet masalah lah encik Nobody kita ini.. Semuanya berpunca dari orang jahat sendiri.. Kalau ikutkan, encik Nobody tak tahu pun ada penjenayah besar dekat tempat tu tapi disebabkan dirinya diserang, habis semua mati.. Memang salah penjahatlah kan.. Sarang tebuan jangan dijolok, kan dah kena sengat..

Nobody 2
2025 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 29m
Workaholic assassin Hutch Mansell takes his family on a much-needed vacation to the small tourist town of Plummerville. However, he soon finds himself in the crosshairs of a corrupt theme-park operator, a shady sheriff, and a bloodthirsty crime boss.

Wrigley's Doublemint: Peppermint & Spearmint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa gula-gula berangin dalam bekas comel ini.. Nampak macam sama tapi tak serupa pun.. Kalau perasan bekas untuk peppermint dia hijau semua dan bekas untuk spearmint ada warna putih sikit.. Syoklah makan gula-gula ini bila nak kan kesegaran.. kikiki.. Comel ja bekas dia dan mudah nak disimpan dalam beg..

Wrigley's Doublemint: Peppermint (12.4g - 20pcs) - RM2.50
Wrigley's Doublemint: Spearmint (12.4g - 20pcs) - RM2.50

Warna biru untuk peppermint dan warna hijau untuk spearmint..

Bersihkan Karang dan Tampal Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu Sha ke klinik gigi buat rawatan Bersihkan karang pada gigi dan tampal gigi.. Pergh!! Menusuk ke jiwa bayaran dia.. Tapi berbaloilah sebab sebelum doktor buat kerja, doktor bius dulu keseluruhan mulut Sha.. Jadinya tak adalah sakut sangat.. Ngilu sebab karang pada gigi tu agak susah nak buang dan dekat dengan gusi.. Doktor suruh datang 6 bulan sekali.. Ini kali kedua Sha buat.. Takut sebenarnya.. Tambahan pula klinik gigi tengah ngilu.. Lepas tampal hilang ngilu.. Tapikan rasa bengkak ja mulut sebabkan bius tu.. kikiki.. Bayarannya pula RM300.. Tampal gigi kena RM130 dan bersihkan gigi kena RM170..

Lama jugalah baru hilang ubat kebas tu.. kikiki.. Masa dia bubuh ubat kebas tu tak adalah sakit sangat bila buat pembersihan tu..

Ubat kumur ini doktor minta pakai malam sebelum tidur.. Lepas gosok gigi, kumur-kumur dengan ubat ini dan jangan bilas air.. Biar ja.. Ubat gigi comel tu hadiah percuma..

Takut-takut pun, awal sampainya.. Jam 9.39 pagi dah sampai.. Temujanjinya jam 10 pagi.. Doktor panggil masuk jam 9.45 pagi dan jam 10.40 pagi baru selesai semuanya..

Saturday, December 6, 2025

Fail Peribadi Murid - Sekolah Agama Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Khamis Imani bawa balik fail peribadi sekolah agama yang mengandungi sijil dan buku laporan.. Bila tengok dalam dia ada sijil-sijil dan juga laporan pentaksiran Sahsiah.. 

Sekejap ja dah habis sekolah rendah.. Lepas ini tak adalah nak ke Selangor dah hantar atau ambil Imani.. huhuhu.. Anak-anak makin dewasa, mak ayah makin menua.. Begitulah lumrah kehidupan.. 

Terima kasih ustaz dan ustazah Sekolah KAFA Integrasi Ar-Rahman untuk 6 tahun yang sangat bermakna.. 2 Januari 2020 hinggalah Disember 2025..

Tak ada gambarnya.. 

Sijil yang ada Sijil Penghargaan Pengawas, Sijil Pemantapan Amali Fardu Ain, Pentaksiran Sahsiah, Sijil Penghargaan Khat dan Sijil Penyertaan Program Motivasi Qiamullail..

Hari Jumaat Imani bawa bali Sijil Tamat Persekolahan Sekolah Agama Negeri Selangor pula.. Awal sekolah bagi sijil tamat sekolah ini.. Sha pula yang sayu.. 

Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 Peringkat Sekolah Kebangsaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Habis juga sesi mengaji Imani untuk Program Khatam Al-Quran di sekolah kebangsaan.. Kelas mengaji Imani bermula pada 11 Ogos 2025 setiap jam 8.00 malam di Behrang 2020 bersama ustazah Aida.. Kebetulan terjumpa ustazahnya di kedai makan, jadi ustazah maklumkan pada Sha.. Sebelum itu, Imani pun ada maklumkan dekat Sha.. Kelasnya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja atau kalau ustazahnya berkelapangan kelas akan dibuat juga pada malam hari Sabtu, Ahad dan cuti sekolah..

Tapi hujung bulan September sampailah hujung bulan November terhenti sekejap disebabkan pembedahan gigi Imani, lepas tu ada peperiksaan PSRA dan Peperiksaan UASA pula.. 01 Disember ustazahnya mesej dan minta Imani datang mengaji balik untuk sesi malam.. Walaupun mengaji sesi malam ini terhenti lama, tapi Imani masih lagi teruskan mengaji di sekolah pagi bersama 2 lagi ustazah selepas habis peperiksaan UASA hari tu.. Setiap harilah Sha tanya progress dia.. Alhamdulillah.. Memang setiap hari ada ja sesi bersama ustazahnya untuk mengaji.. Rabu (03.12.2025) Imani bagi tahu dia dah khatam dekat sekolah kebangsaan.. Ustazahnya bagi sedikit hadiah meraikan Imani.. Alhamdulillah.. Habis dah sesi mengaji di sekolah dan juga di rumah ustazah.. 

Hari Selasa (02.12.2025) Guru kelas Imani bagi pemakluman Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada hari Jumaat (05.12.2025) pagi di Sekolah Kebangsaan dan pelajar diminta memakai baju kurung serta tudung selain hitam.. Kasut wajib kasut sekolah.. Imani dan pelajar yang khatam dihadiahkan dengan Al-Quran, Sijil dan telekung untuk pelajar perempuan..

Rabu tu juga Sha belikan bahan untuk buat pukut kuning dan minta pengasuh rumah transit masakkan.. Petang Jumaat Sha bagi pada jiran-jiran dan ustazah mengaji Imani beserta sedikit hadiah.. Alhamdulillah..

Kopi Cap Buah Naga: 4in1, 3in1 & 2in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha beli kopi jenama Buah Naga pula untuk cuba.. Sha beli 1 sachet ja setiap jenis tu.. Bolehlah untuk rasa-rasa.. Bukannya nak minum selalu.. 4in1 tu sebab dia ada tambah kacang hazel.. Okaylah rasa dia tak lah terlalu manis dan rasa kacang hazel tu hujung-hujung ja.. Tidak terlalu kuat dan emnganggu.. 3in1 pula kopi yang ada krimer, gula dan kopi.. Cukup rasa untuk minum di waktu pagi.. Sesuai untuk mereka yang nak cepat.. 2in1 pula hanyalah kopi dan krimer.. Memang padulah rasa dia.. Yang ini sesuai untuk yang tak suka rasa manis tapi masih nak kopi berkrim..



Friday, December 5, 2025

Cerita Pagi Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Pagi tadi betul-betul rezeki.. Diberikan pulut dengan sambal ikan bilis.. Sedap lembut pulutnya.. Semoga dimurahkan rezeki buat si pemberi.. Selalu ja ada orang berkongsi rezeki dekat hospital ini cuma kadang tu bukan rezeki kitakan.. Tak sempat nak merasa.. Bila dapat tu, maknanya memang rezekilah.. 

Pulut dengan sambal bilis..

Sprite Zero Sugar Lemon-Lime

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menariklah rasa dia sebab kurang manis dan kurang gasnya.. Masih lah rasa air lemon lime tapi bergas.. Layanlah minum sejuk-sejuk.. Sha beli sebab tertarik dengan warna tin dia yang hijau tu..

Sprite Zero Sugar Lemon-Lime (320ml) - RM1.80

Aktiviti Hari Khamis - Jumaat di SK & SM

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Imani kena pakai baju PJ sebab ada aktiviti Sejarah (Permainan Tradisional).. Imani memang semangat sekarang pergi sekolah sebab ada macam-macam aktiviti yang cikgu buat untuk anak-anak ini.. Hari ini pula ada Majlis Khatam Al-Quran, lagilah semangat dia.. Kena pakai baju kurung dengan tudung raya.. Bolehlah melawa, cumanya dia tak adalah baca Al-Quran dekat pentas.. Imani terima hadiah ja.. Bacaan dilakukan oleh pelajar lelaki..

Ini pula aktiviti Amani di sekolah semalam.. Kata Amani, pelajar perempuan dan lelaki diasingkan.. Pelajar lelaki diterangkan mengenai buli.. Manakala pelajar perempuan diajar mengenai penjagaan diri.. Sayangi diri dan lindungi diri.. Amani kata mereka juga diberikan penerangan mengenai buli, bahaya media sosial dan Pedofilia.. Baguslah pengisian sekolah ini pada Sha.. 

Ini pula aktiviti Amani hari ini.. Mujurlah maknya memang basuh siap semalam baju sukan dia.. Selalunya Jumaat pakai baju kurung, hari ini tak payahlah.. 

Baguslah pada Sha usaha sekolah dalam mengisi hari anak-anak ini selepas peperiksaan terutama sekali untuk pelajar Tingkatan 3 dan Tahun 6 yang akan melangkah ke alam baru tahun hadapan..

Thursday, December 4, 2025

Van Houten Vegan Coconut Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru tau yang variasi Van Houten Vegan ini ada 3 jenis.. Sebelum ini Sha ada kongsikan rasa Almond & Berries dan juga Salted Caramel.. Dua rasa ini lebih mudah nak dibeli berbanding Coconut Almond ini.. 

Sedaplah.. Sha suka sebab guna coklat gelap, jadi rasa dia memang tak manis.. Padu okay.. Lepas tu dalam setiap kunyahan tu ada ketulan badam dan juga kelapa.. Memang syoklah kunyah.. Berbaloi sangat dengan harga dia.. Lepas tu kan dekat hujung-hujung tu ada rasa masin sikit.. Memang syoklah..

Ketulan ketulan kelapa dan juga badam.. 

Van Houten Vegan Coconut Almond (45g) - RM5.73

Menang Program Pembaca E-Book Aktif Perpustakaan Awam Labuan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jam 10 pagi (29.10.2025) Sha terima panggilan dari nombor yang tak bernama.. Risau nak angkat sebab Sha ingatkan spam.. Tapi angkatlah juga.. Alhamdulillah.. Rezeki sekali lagi.. Sha berjaya jadi pemenang bagi Program Pembaca E-Book Aktif Perpustakaan Awam Labuan bagi bulan Julai - September 2025.. Rasanya macam lama tak meminjam melalui PNM elib.. Sha dapat sijil dan juga hadiah wang tunai.. Jam 10.47 pagi (29.10.2025), Sha selamat terima wang kemenangan dalam akaun bank.. Alhamdulillah, banyak jugalah.. Lepaslah belanja 2 minggu.. kikiki..

Ini kali kedua Sha menang pembaca terbanyak ini.. 

Owh ya.. Sha daftar dengan uPustaka kemudian baru ke laman sesawang elib dan pinjam buku.. Buku yang kita pinjam atas talian ini boleh dibaca menggunakan aplikasi eSentral ataupun PNM eReader.. Akses dia menggunakan email dan password yang kita daftar di uPustaka.. 

Sijilnya sampai semalam..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com