Friday, June 12, 2015

Bread Lasagna

Assalamualaikum..
Resepi yg ringkas dan mudah..
Maaflah x brape cantik..
First time buat..

Resepinya:-

Bahan - Bahan :
• 1/2 Bawang Besar Holland (dipotong dadu)
• 1/2 biji Cili Capsicum (dipotong dadu)
• 1/2 Tin Cendawan Shiitake (dipotong dadu)

• 200gm Daging cincang
• 3 sudu Cili Giling
• Sos spaghetti Prego (tin merah - tradisi)
• Hotdog (dipotong dadu)
• Roti (apa2 jenis roti pun boleh)
• Telur 1 butir
• Susu (agak-agak je, untuk rendam roti nanti)
• Mozarella Cheese (Saya pakai cheddar dgn cheese slice)

Cara- Cara Penyediaan :
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk/masak
2. Masukkan Cili capsicum, 3 sudu cili giling dan hotdog. Masukkan sos spaghetti dan sedikit gula. Masak sampai kering sikit. Kemudian masukkan cendawan. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur & susu.
4. Celupkan roti dalam telur & susu tadi. Then letak inti yang dah masak then tabur cheese buat 2 layer.
5. Bakar pada suhu 180c sampai garing sikit. Jangan lupa panaskan ketuhar terlebih dahulu.




Tips:- Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut selera kita.. Olah mengikut citarasa masing-masing..

Thursday, June 11, 2015

"First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek"


Assalamualaikum...

Yeah.. Akhirnya yang di tunggu-tunggu dah muncul..
Hadiah menarik.. Syarat senang.. jom lah..

Oven baru

Alhamdulillah..
Akhirnya dpt juga beli Oven..
Kebetulan Tesco ada wat sale, harga asal oven ni RM495, lps sale jd RM299..
Sambar terus la..
Dpt buku masakan percuma..
Banyak nak buat dgn oven baru ini..
Tarikh dimiliki 04.06.2015..



Menu pertama di masak menggunakan oven baru..

KL Zombi by Adib Zaini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wargh!!!Makan budak.. hehe..
Terkejut x??jangan marah ye..
Novel ini adalah Movie Tie-In, dibuat berdasarkan novel buku FIXI Zombijaya..
Filemnya Sha da tgk, agak lucu dan bolehlah..
Namun perasaan bila membaca buku agak berlainan..
Lebih menyeramkan..rasa kita yg berdepan dgn situasi tersebut..Perasaannya lebih realistik..
Bila baca novel nie anda kena lebih bersedia untuk berada pada emosi kacau bilau, cemas dan semangat keterujaan..hehe..bila baca novel nie, anda harus lupakan Zizan Razak..
Lupakan terus filem yg awak tgk..

Sinopsis belakang buku :-Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Anabakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.

Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.

Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.


Wednesday, June 10, 2015

Jangan Baca Novel Ini oleh Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel lagi...
Jangan jemu ye..
Mana lah tau dengan perkongsian saya ini boleh membantu untuk memupuk minat membaca.. hehehe..

Tajuk jer dah membuatkan jiwa mengebu-gebu nak baca..
Semangat tuh.. Hahaha..
Biasalah kita ni lagi dikata jangan, lagi seronok nak buat..
Menarik cara novel ini dikarang..
Cerita dalam cerita.. Kena baca dengan teliti kalau tak memang tak akan faham..
Ngeri dan juga seram..
Kadang-kadang membuatkan bulu roma meremang..


Sinopsis Belakang BukuKalau asyik baca novel cinta saja pun kadang- kadang bosan jugak kan?
Try novel ini.Tapi jangan baca seorang diri. Make sure ada teman. Sebab ada kemungkinan anda akan berasa aneh. Juga berhalusinasi benda yang bukan-bukan. Novel ini bukan untuk mereka yang lemah semnagat. Tapi untuk mereka yang nak menjana minda dan menguatkan jantung, sebab semakin jauh membaca otak ada akan semakin ligat berputar dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar. Tak percaya? cubalah..

Tuesday, June 9, 2015

Berminat Nak Setup Homestay??

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..
Doa saya buat kawan-kawan serta pembaca blog saya,
semoga berada di dalam keadaan yang sihat gembira dan bahgia..
Sajalah nak share, mungkin boleh membantu..

Kepada yang berminat nak set up homestay bolehlah cuba...
Manalah tau boleh membantu mengisi masa lapang..
Menambah pendapatan..
Membantu membina kerjaya..
Sila klik SINI

"MINI GIVEAWAY RESEPIKU"

Assalamualaikum..

Nak menang buku resepi??
Hadiahnya 3 buah buku resepi..




Tempoh giveaway berlangsung:
Dari 09 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2015 (jam 11.59 malam)
Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya 17 Jun 2015.

Rintihan Mazliza by Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seram..Ngeri dan kacu bilau..
Misteri yg dirungkaikan dgn penuh cermat..
Perlahan-lahan cerita bergerak..
Sesuatu yg menggangu itu pasti ada penjelasan..
Kepercayaan org kita dan logik akal saling bertindih..
Akhirnya semua persoalan terjawab..
Siapa Mazliza??Kenapa munculnya hanya di malam hari??Kenapa Mazliza bermain seorang diri??
Persoalan2 ini terjawab seiring dgn pergerakan plot cerita..Cuma kesudahan pada penjahat sahaja tidak disampaikan..Macam kurang umph pula bila x tahu siapa penjenayahnya..(pandangan saya sahaja..)


Sinopsis Ringkas -Amirul merupakan pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang baru dibina. Dia sering bertemu dengan kanak-kanak perempuan bermain teng-teng dan diganggu suara kanak-kanak menangis. Suatu hari dia terjumpa beg sekolah kanak-kanak bernama Mazliza.

Monday, June 8, 2015

Kau Kekasih Gelapku oleh Que Sera Sera

Assalamualaikum..
hye semua..

Best..
Macam baca novel omputih..
Seronoklah sebab baca sesuatu yang lain dari biasa..
Walaupun ceritanya cam laju menderu tapi senang faham..
Kalau kuat semangat, bacalah ye..
Sebab ade Cik Ponti sebagai watak utama..
Pemilihan nama watak pun sangat cantik pada saya..
Jalan cerita di olah dengan sangat berkesan dan misteri..
Paling best bila menggunakan perempuan sebagai watak utama..
Cuma nasihat saya bacalah sekadar bacaan dan tauladan..
Jangan terpengaruh dan bercita-cita pelik pula lepas baca..
Tajuk pun dah suspen..
Cuma kulit buku dia feminin giler... hehehe..
Macam x kena lak dengan novel dia..

Boleh juga baca Online di Blog Que Sera Sera

Buku Terbitan Idea Kreatif

Giveaway NOWSEEHEART - KATAKAN by AziziElias

Assalamualaikum....
Jom joint Giveaway NOWSEEHEART - KATAKAN by AziziElias


Tarikh tutup 29 Jun 2015

Sunday, June 7, 2015

MalPTAAC di Politeknik ku

Apakah??
Assalamualaikum..
MaLPTAAC tu Malaysian Polytechnic Terittorial Army Anual Camp ataupun dalam Bahasa Melayunya Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MalPTAAC) Siri 10/2015
Diadakan di Politeknik Sultan Azlan Shah bermula 01.06.2015 - 15.06.2015
Dua minggu mereka berkampung di sini..
Macam-macam acara yang dijalankan..
Ada juga acara yang dibuat di Politeknik Ungku Omar dan Universiti Pendidikan Sultan Idris..

Jom layan gambar Encik-encik Askar ini..






Review - Ipoh Boutique Hotel

Assalamualaikum..
Cerita 03.06.2015 aritu..
Menginap disini 2 hari 1 malam..
Harganya berpatutan..
Saya menginap di Deluxe Triple (1 Queen, 1 single)
Disebabkan masa menginap nie tengah cuti sekolah so saya tempah bilik melalui panggilan telefon..
Kemudian proses seterusnya adalah melalui email..
Bayaran tempahan adalah RM50..
Hotel ini tidak menyediakan parking dan breakfast..
Di sekeliling hotel ada The Store, Pizza Hut, KFC, Restoran Mee Kari, 7Eleven..
Hotelnya bersih..Wifi free..
Dalam bilik ada di sediakan sabun, minuman 3in1, air mineral, cerek eletrik, tv dan tuala..sejadah kena minta..
Owh ya, perkara penting yg anda perlu tahu tentang hotel ini ialah hotel ini terletak di belakang Pizza Hut.. Kalau dari Jalan besar memang xperasan..
Kalau nak jalan2 di Bandar Ipoh, hotel ini sesuai..
Jangan lupa bubuh parking tiket pada waktu siang ye..nanti kena saman lak..Hotel ada menjual parking tiket..

Maklumat lanjut bolehlah hubungi sendiri :-
Ipoh Boutique Hotel
No 69-70, Jalan Dato’ Onn Jaafar,
(Cockman Street)
30300 Ipoh, Perak, MALAYSIA
Tel: +60-5-2553333
Fax: +60-5-2553622
Email: enquiry@ipohboutiquehotel.com



Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com