Sunday, June 19, 2016

Laici Bersirap Yusuf Taiyoob

Assalamualaikum..
Hye semua..
Berbuka dengan air apa hari ini?
Tiada idea?
Belilah laici bersirap Yusuf Taiyoob..
Buah yang besar dan kenyal..
Sedap dan manis..
Boleh dimakan begitu sahaja..

Buat sirap laici pun sedap..
Bandung laici lagilah sedap..
Kalau buat puding laici pun ohsem..
Pendek kata, semua pun boleh..
 
 
Harga setin RM4.50
 
 
Buahnya besar-besar dan kenyal..

Saturday, June 18, 2016

Awek Abang Poyo oleh Ummu Wafa

Assalamualaikum..

"Tak sempurna hidup kau, kalau tak dapat menyusahkan aku"
 
Pergh!! Memang kelakar betul cerita ini...
Anas yang suka tapi tak pandai meluahkan..
Kasdina yang comel tapi mulut laser giler..
Cerita yang sangat ohsem..

Perjalanan cerita yang digarap penuh warna dan perjuangan Kasdina dalam menjadi usahawan berjaya begitu memotivasikan..

Membaca novel ini mampu menerbitkan perasaan marah, geram, kelakar dan juga sedih.. Rintangan demi rintangan yang dilalui Kasdina.. Kegilaan Anas dalan mendapatkan cinta Kasdina boleh buat pecah perut bergelak ketawa.. Memang lucu..

Terbaik novel cinta ini.. Penuh nasihat dan pengajaran.. Banyak nilai Islam yang diterapkan dan boleh dijadikan pedoman..

Mula dan selesai baca pada 13.06.2016

Hasil Kerja Encik Suami

Assalamualaikum..
Hye semua.. Sekadar perkongsian..

Encik suami punya sikap yang agak ekstrem dalam usaha membuat apa sahaja sendiri..
Mungkin dah terbiasa begitu..
Sebelum ini Sha pernah share mengenai kemahiran Encik suami dalam menjahit..
Serta mengecat sendiri keretakan..

Kali ini Sha nak share mengenai kemahiran membuat grill rumah pula..
Encik suami ada membeli rumah dan kunci dah pun dapat..
Bila dibuat kira-kira, lebih jimat kalau grill tu buat sendiri..
Cuma dari segi masa memang rugilah sebab barang keperluan untuk membuat grill tak banyak..
Terpaksa meminjam daripada sahabat..

Tempoh masa tu memakan masa yang lama juga disebabkan kekangan waktu encik suami..
Bukan selalu boleh diusahakan untuk membuat grill itu..

Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga siap, walaupun memakan masa yang lama..
Kemudian proses mengangkut grill-grill tersebut ke ipoh..
Pemasangan dilakukan secara berperingkat..

Peringkat pertama encik suami memasang di bilik utama dahulu..
Tingkap bilik dan tingkap bilik air..

Peringkat kedua (Sabtu - 11.06.2016) pemasangan dibahagian dapur..
Tingkap bilik, tingkap bilik air dan pintu dapur..
Tingkap dapur terpaksa dibatalkan sebab ada masalah pada lebihan besi..
 
Ini grill untuk pintu dapur dan tingkap bilik belakang..

 
Ini grill Sliding door..

 
Grill tingkap utama yang dah dipasang..

 
Memasang grill untuk tingkap bilik air..

 

Kalau ikutkan, proses pemasangan sekejap jer..
Tak makan masa yang lama pun..
Cuma untuk membuat rangka grill sahaja mengambil masa..
Jimat banyak dari segi kewangan..

Friday, June 17, 2016

Drama Jepun | Garo: Gold Storm Sho (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik drama Korea jer Sha updatekan..
So hari ini Sha nak share pasal drama Jepun..
Drama pendek lebih kurang 20-25 minit sahaja setiap episod..
Tapi ada 23 episod bersiri dan satu filem pendek 82 minit..

Citer ini bertajuk Garo : Gold Sorm Sho..
Filem dan drama bersiri memakai tajuk yang sama..

Cerita ini lebih kepada tontonan dewasa walaupun cerita berbentuk ala-ala Masked rider..
Cerita ini 18sx yer..
Untuk tontonan dewasa sahaja..
Sila jangan bagi anak anda tonton kecuali kalau ditayangkan di TV..
Sebab biasanya TV akan potong adegan sensor..

Cerita pasal super hero dengan baju perisai emas..
Sambungan pada cerita Garo: Yami o Terasu Mono yang sebelum ini ada Sha share..
Perjalanan menghapuskan horror ditemani Makai Priestess Rian..
Dalam filem, Garo @ Ryuga Dougai pergi ke Line City sebab nak bersihkan baju perisai Garo..
Tapi menghadapi masalah bila Horror Degol cuba nak bangkit dan memusnahkan dunia dengan menggunakan badan Makai Priestess Ryume..

Untuk drama bersiri pula mereka kekal di Line City..
Kali ini mereka beraksi di Line City membantu Makai Priestess Ryume..
Dalam drama bersiri ini mereka menentang Makai Knight Zinga dan isteri dia Makai Priestess Amily yang telah bertukar menjadi Horror..

Kalau minat nak menonton boleh search di Youtube..
Atau Klik Sini..



 
Watak utama iaitu Garo
Pelakon Wataru Kuriyama

Sumber Gambar : Google search.

Sambal Kicap Moden

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak share dengan kengkawan..
Sekarang nie semuanya instant..
Mudah dan cepat..
Tak payah nak bersusah payah..

Contoh paling mudah..
Sekarang dah dibotolkan..
Sambal kicap..
Pencicah ikan bakar dan apa saja yang anda suka..

Sha beli ini dekat Melaka..
Dekat area klebang.. Gerai tepi jalan sahaja..

Kalau nak lagi sedap, perah sikit limau..
Memang terangkat..

Tak payah lagi nak susah-susah
Potong cili padi, hiris bawang ..

 
Sebotol RM4

Thursday, June 16, 2016

Kutu Tilam Gulung Superking

Assalamualaikum..
Hye semua.. sebelum ini Sha ada share pasal main kutu kan..
Entry boleh baca di SINI.
Hari ini Sha nak share pasal Kutu Tilam..

Kalau berminat nak main, boleh whatsApp
Azwa - 0194177696
(Mentionlah tahu dari blog sha ini)
Kalau nak tanya pasal kutu Periuk tu pun boleh juga..
Orang yang sama..

Tilam ini tilam Kekabu ye..
Tebal dalam 21/2 inchi..
Saiz pula standard queen..


Tilam Gulung Superking
Kutu RM20 X 5 Bulan x 5 Orang
= Rm100 (termasuk pos sm)


Kosong
--------
Bulan 6
Bulan 7
Bulan 8
Bulan 9
Bulan 10


 

Barongan oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Karya yang sangat ohsem dari penulis Naim Tamdjis..

Karya Naim Tamdjis kali ini memang sangat unik..
Penuh dengan penceritaan mengenai Kuda kepang, Barongan dan Melayu lama..
Menggunakan perempuan sebagai tunjang utama memang memberikan kelainan..

Watak Barongan yang licik dan jahat juga menjadi twist pada cerita ini..
Merasuk manusia lain.. Mendampingi manusia lain..
Memang memberi kelainan..

Membaca Barongan seolah-olah mengembara ke Johor, berfantasi da kemudian kembali ke dunia nyata.. Melalui keperitan hidup Kyra yang diseksa dan dibuli memang memberikan kesdihan dan perasaan geram.. Kematian sahabat baik menyebabkan emosi yang sedia tertekan semakin terseksa dan rapuh.. Kerana kerapuhan itu, wujudlah Barongan..

Syaitan akan sentiasa melalaikan dan menyesatkan.. Manusia pula seolah-olah lupa bahawa kekayaan dan darjat bukanlah sesuatu yang berkuasa.. Cerita yang penuh dengan pengajaran dan teladan.. Memberikan imaginasi dan juga kesedihan..

Cuma agak terkilan sebab sang badut muncul seketika dan kemudian hilang..
Harapannya semoga akan ada satu cerita khas untuk si badut..
Merindui aksi si badut aka Ekmal..

 
Mula membaca 11.06.2016
Selesai membaca 12.06.2016

Udang Lipan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pernah makan Udang Lipan??
Sha baru first time cuba..
Sebelum ini memang tak pernah try..

Rupanya bukan senang nak makan dia..
Abah Sha bagi tau, kalau nak mudah siang dia kena bekukan dulu..
Lepas tu baru buang kulit dia..
Isi dia lebih kurang macam udang biasa jer..
Bentuk dia jer yang berbeza..

Udang Lipan ini juga dikenali dengan nama
Udang Ketak, Udang Mentadak @ Udang Ronggeng..
Boleh juga klik SINI untuk tengok cara-cara menyiang Udang ini.

Disini Sha sharekan resepi ringkas untuk masak Udang Lipan ini..

Udang Lipan Goreng Kunyit
Bahan-bahannya
Udang Lipan yang dah disiang..
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 ke 4 biji cili padi
Marjerin Adele untuk menumis

Cara Memasak
Memula, tumiskan bawang dan cili tadi dengan marjerin adele.. Kemudian masukkan udang yang dah diperap dengan perencah gorengan Adabi.. Tumis hingga naik bau.. Sudah siap.. Hidangkan bersama nasi dan lauk lain..

Mudah jerkan.. 

 
Sumber Google : Ini rupa sebelum disiang..

 
 Ini pula yang adik Sha dah tolong siang dan buang semua kulitnya..

 
 Udang yang dah diperap..

 
 Hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi..
(Boleh juga tambah daun kari)

 
Udang yang dah siap dimasak..

Wednesday, June 15, 2016

Main Kutu Periuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kutu kat sini bukan haiwan jahat yang duduk atas kepala tu ye..
Main kutu dekat sini bermaksud kita main ramai-ramai dengan bayaran dan tempoh tertentu..
Selalunya orang main kutu duit..
Tapi sekarang ini, macam-macam kutu ada..
Kutu emas..
Kutu Bantal kekabu..
Kutu Tilam..
Kutu periuk..

Sha main kutu duit juga..
main dengan kawan-kawan opis..
So kalau ada yang menipu or perkara yang tidak diingini berlaku,
pelakunya senang nak dicari..

Sha pernah main kutu bantal..
Tapi tak ingat bayar berapa dan berape orang main..

Sekarang yang paling latest Sha main, kutu periuk..
Bayar RM35.00 sebulan kali 3 bulan kali 3 pemain..
So harga periuk jadi RM105.00 termasuk postage ye..
Periuk Sha sampai pada 10.06.2016.. Ohsem..

Owh ya.. Sha main kutu ini secara online..
Orangnya memang Sha kenal dari sekolah..
Selalu beli barang dengan dia..
Sebab tu Sha berani main kutu dengan dia..

Kadang-kadang kita nak keluar duit segedebuk tak mampu,
So main kutu ini adalah alternatif lain..
Tapi kena bagi komitment la..
Kalau rasa memang tak boleh bagi comitment,
Better jangan main.. Sebab kita bukan sahaja akan menyusahkan ibu kutu..
Malah kawan-kawan lain yang main kutu...

Kalau berminat.. Bolehlah pergi ke FB : Aza Zua

 
Bungkusan pertama...

 
Bungkusan kedua..

 
Alhamdulillah.. Periuknya ok..
Sebenarnya Sha pilih corak lain..
Tapi dah habis stok.. So random je amik warna merah nie....
Lawa dan membangkitkan mood untuk memasak..

Wordless Wednesday Resepi #3

Assalamualaikum..

Sumber : Google

Tuesday, June 14, 2016

Membakar Biskut Raya di Pejabat

Assalamualaikum..
Hye semua..
Jumaat (10.06.2016)
Sha membakar biskut bersama rakan-rakan pejabat..
Bos kami pun joint sekali..

Resepi kali ini Sha yang sediakan bahan-bahannya..
Boleh pula terlupa bawa esen vanilla dan penimbang..
Namun begitu, biskut berjaya juga disiapkan..
Kami main agak-agak je sukatan dia..

Resepi yang kami buat ini, Sha pernah sharekan di entry
Biskut Cornflakes aka Red Pearl Cookies
Resepi yang sama cuma Sha gantikan badam dengan coklat chip..
Saja nak cuba pelbagaikan..

Banyak juga kami dapat..
Kalau saiz yang sama mungkin lagi banyak..
Resepi ini mudah dan ringkas..
Bahan pun tak banyak, hanya menggunakan 5 bahan asas
dan dua bahan sampingan..


 
Adunan menanti untuk dibakar..
 
 
Adunan pertama..
Terlupa bubuh hiasan..
 
 
Bersama balang biskut masing-masing..
 
 
Biskut kami yang dah siap.. 

Monday, June 13, 2016

Jang Yeong-sil (2016)

Assalamualaikum..
Drama mengenai sejarah dan sains pada kurun ke 15 iaitu zaman Joseon..
Lakonan yang mantap dari Song II-gook...
Sha tengok pun sebab katanya ada Triplet anak Song II-Gook sebagai pelakon undangan..
Tapi memang bestlah drama nie..

Drama pasal seorang scientist dan astronomer pada zaman Joseon..
Dilahirkan sebagai seorang hamba tapi punya kelebihan dan bakat yang sangat luar biasa..
Membantu raja Sejong dalam membentuk pemerintahan baru..
Macam dugaan yang perlu dilaluinya..
Menonton cerita ini memang mengasyikkan..
Melihat bagaimana kajian mengenai bintang, bulan dan matahari..
Bagaimana kelendar dibentuk..
Pengiraan masa, jam dan hari,.
Perubahan musim.. malam dan siang..

Serious.. Seronok dan berpengetahuan..
Memang ohsem sangat..

Owh ya.. Citer ini ada 24 episod ye..
Panjang sikit dari drama Korea yang biasa...
Kalau tak silap Sha.. Triplet muncul dalam episod 4..
Kalau nak tengok Klip lakonan trplet, boleh Klik SINI.
Kalau nak tengok aksi Triplet semasa sesi penggambaran, boleh Klik SINI.

Drama series follows the life Jang Yeong Shil: a scientist, technician and inventor during the Joseon period. Jang Yeong Shil was born in the lower class nobi. King Sejong notices his abilities and brings him to the palace. King Sejong grants him a chance to display his abilities. He invents tools like astronomical instruments, iron printing press and a water clock.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com