Assalamualaikum..
Hye semua...
Tragedi kek ini berlaku pada 11 September 2016..
Bukan nak mengaibkan sekadar berkongsi pengalaman..
Dimana tempatnya biarlah rahsia..
Kronologinya bermula bila nak mengambil kek..
Dalam resit memang tertera ambil jam 8.30 pagi (sha lupa nak screenshit gambar resit)..
Kek ini orang lain yang order, Sha pergi mengambil sahaja..
Sampai di kedai kek jam 8.40 pagi..
Minta kek.. Keknya dah siap..
Tapi belum bertulis ucapan..
Ok takpe, Sha tunggu..
Lama lain macam.. Sha tanya..
Dia kata tengah menulis ucapan..
Sha tunggu..
Lama sangat.. Sha tanya lagi..
Dia kata tengah buat kotak..
Ok.. Sha tunggu..
Jam dah 9.05 pagi.. Sha pelik dah..
Kali ini tak tanya dah..
Sha terus cakap..
" Lama lagi ke.. Saya ini nak jalan jauh, boleh tolong cepat sikit.."
Dia jawab " sekejap ye tengah nak buat kotak."
Sha cakaplah "Saya dah lambat ini.. Nak jalan jauh."
Kemudian keluar seorang lelaki..
"Akak nak pergi mana ye? Kita ada masalah sikit dengan kotak ke."
Sha pun " Masalah apa ye? Saya nak ke Selangor ini.. Boleh bagi resit balik tak..
Saya betul2 nak cepat ini.."
Lelaki tu cakap " Boleh akak tengok dulu kek ini tak.. "
Sha pun pergilah masuk tengok..
Memang beristighfarlah Sha..
Kotak kek yang kecik2 tu dia cantum2 je.. Sabar jelah..
Memang angin satu badanlah..
Call abah tanya nak buat macam mana..
Abah kata, takpelah, amik je..
Karang kalau kek rosak, kita makan lah..
So, Sha pun cakaplah kat budak tu..
Packinglah.. Saya nak kek ini..
Tapi tolong cepat sikit.. Saya betul 2 dah lambat..
Tunggu lagi.. Sha geram, Sha soundlah budak kat kaunter tu..
Kenapa kotak kek boleh tak ada..
Dia kata apa ntah Sha tak berapa dengar..
Tapi dengar cam ada masalah dekat kedai kotak kek tu..
Sha cakaplah " Macam mana boleh amik order kek besar macam tu kalau kotak tak ada?"..
Terus budak tu diam..
Ownernya tak keluar2 dah..
Sakitlah hati Sha..
Kotak tu pun dia buat cincai je..
Rosak sikit kek tu..
Mujurlah belah pengantin lelaki okay je..
Amik kek tu bawa kat pengantin, suruh potong juga dan main suap2..
Dengan pisau kek tak bagi..
Serius memang Sha geram giler..
Bengang dan sakit hati..
Kita nak menolong syarikat Melayu..
Tapi.. Mereka yang tak reti jaga pelanggan..
Bukan tak cantik dia deco kek tu..
Cantik.. Lawa..
Berbaloi dengan harga.. Tapi servis fail..
Kalau dia bagi tau awal2 kek ada masalah, memang Sha blah je..
Tak tunggu dah..
Tapi dah lama kita tunggu..
Dah dua tiga kali kita tanya, baru lah nak bagi tahu...
Memang sakit hatilah..
Pengalaman sungguh..
Deco kek memang ohsem..
Tapi bab tulisan tu fail..
Buat last minute kan..
Kek rosak dekat nama adik perempuan Sha..
Merasalah juga main suap-suap kek..