Monday, December 23, 2019

Drama China | Tientsin Mystic (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang penuh misteri dan mendebarkan.. 2 lelaki berusaha menentang satu cult yang gila iaitu Ancient Evil Geng.. Menjadikan satu serangga yang hidup dalam badan manusia sebagai senjata dalam mengawal manusia untuk dijadikan askar zombie.. Semuanya bermula pada puluhan tahun dahulu bila berlaku banjir besar dan satu perkampungan ini diserang wabak pelik yang membuatkan manusianya menjadi ganas.. Kemudian muncullah satu cult ini yang mengatakan hanya darah anak holy sahaja yang boleh menyelamatkan mereka.. Habis semua bayi baru lahir menjadi buruan mereka sehingga askar datang memerangi mereka.. Ingatkan dah habis dihapuskan, rupanya masih ada yang bersisa dan mencari anak yang dikatakan holy sangat tu.. Macam-macalah yang cult ini buat untuk mendapatkan apa yang mereka nak.. Ada babak yang agak mengerikan seperti berlawan dengan manusia zombie ada juga babak yang kelakar.. 

Drama: Tientsin Mystic
Also Known As: He Shen , HeShen , River God
Genres: Mystery, Horror, Drama, Supernatural, Detective, Investigation
Country: China
Episodes: 24
Aired: Jul 19, 2017 - Oct 3, 2017
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: iQiyi, iQiyi
Duration: 45 min.
During the Republican era, a river is haunted by inexplicable occurrences. Guo De You is a policeman who succeeds in his master 'Old River God' and has inherited his ability to weed out the guilty whenever he lights the pipe. He ends up being suspected of the murder of a distinguished chairman whose son Ding Mao joins hands with him to uncover the truth. Together with some unlikely partners, they begin an investigation that leads them to an incident that happened twenty years ago.

Sunday, December 22, 2019

Anekdot | Dalam Bilik Darjah oleh Sofuan Saadon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik.. Perkongsian dan coretan sebenar dari seorang guru bersama kata-kata hikmah di setiap hujung coretan yang menambah rasa pada pembacaan.. Seronok bila setiap perkataan itu berjaya mencuit hati tanpa paksaan.. Sama ada kesedihan mahupun lawak jenaka.. Memang buku yang bagus untuk melegakan tekanan.. Sangat sempoi gaya penyampaiannya dan tidak terlalu mencuba.. Bukan mudah menjadi guru namun tugas itu memberikan cahaya pada hidup para pelajar.. Terima kasih buat penulis dan semoga penulis terus berkarya..

Sha baca pada 19.12.2019 dan selesai pada 20.12.2019..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published 2016 by Buku Pojok

Shopee | Novel Prolog Media

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan hujung-hujung tahun ini agak ketat sikit perbelanjaan, maka Sha tak berapa membeli sangat.. Bila Prolog Media buat jualan murah di Shopee, terus Sha beli 2 buah novel yang memang dah lama diidamkan.. Sebuah RM15 sahaja dan ada free shipping maka Sha hanya bayar RM30 buah untuk dua novel yang masih baru ini.. Dapat penanda buku dari Prolog Media..

Terang Bulan oleh Fakhrull Halim
Sus.Suk oleh NNajwa Azmee

Lirik | Cinta Luar Biasa oleh Andmesh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila dengar lagu ini, dua manusia yang sangat dekat dengan Sha pasti terbayang di mata.. Arwah abah dan encik suami.. Tak pasti kenapa tapi liriknya memang mengingatkan Sha pada mereka..


Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar

Suara indah menyapa 
geloranya hati ini tak ku sangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Terimalah lagu ini dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa

Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia tulus padamu
Du... Du... Du... Hari hari berganti

Kini cintapun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggung terikat

Rasa ini tak tertahan
Hati ini slalu untukmu
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa

Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia tulus padamuu. Ooooooo
Terimalah lagu ini. Hmm...
Dari orang biasa

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cinta ku padamu luar biasa

Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Yang kupunya hanyalah hati yang setia

Terimalah cintaku yang luar biasa tulus padamu

Saturday, December 21, 2019

Jalan-jalan Hari Sabtu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi seawal 8.30 pagi Sha dah keluar rumah.. Pengasuh anak Sha minta bawakan ke Pustaka Rawang Maju di Bukit Beruntung, nak belikan buku rujukan anak SPM dan PT3.. Alang-alang tu, Sha belikan sekali buku teks Imani yang rosak.. Bila dah ke kedai buku, bukan buku teks je yang dituju, bahan bacaan lain pun jadi tumpuan juga.. hehehe..

Dapat beli buku teks Bahasa Melayu je.. Super Minds dah habis stok.. huhuhu..

Komik UPSR tu nampak menarik pada Sha untuk membantu Amani memahami subjek Penulisan, tu yang Sha beli.. Lagi 3 tu buku untuk Imani.. Dua buku mewarna dan satu buku membaca..

2 novel untuk Amani bertajuk Gadis Novel Lawan Budak Komik dan Perang Mulut..
3 komik tu Sha punya.. Cun #3, Cabaran Komik Online Malaysia & Cun #4..

Tak jauh dari kedai buku ada Tesco, singgah makan nasi ayam dan jalan-jalan dalam Tesco.. Nampak dua sayur ohsem ini teruslah beli.. Kalau dekat sini, susah nak jumpa Sawi Bunga Muda dan Kailan Muda nie.. Beli juga telur puyuh ini nak buat sambal esok, cadangnya.. Pengasuh anak Sha pun beli juga sayur dan cendawan.. Murah harganya dari biasa..

Kemudian kami singgah kedai baju Pasaraya Mu, Bukit Beruntung.. Sha cari kasut untuk Amani dan Imani.. Manakala pengasuh anak Sha beli baju sekolah untuk anak-anak beliau..

Perhentian terakhir kami ialah Pasaraya Hari-hari beli singlet dengan anak tudung Amani.. Singlet Imani je tak jumpa lagi dengan stoking.. Lepas tu baru balik.. Jam 2.30 petang baru sampai rumah.. Sha tapau siap nasi untuk makan tengahari.. Penat.. hehehe..

Salam Perpisahan Buat Pelajar Praktikal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dekat pejabat Sha ni ada sorang budak praktikal dari UiTM.. Hujung bulan ini dia last dekat sini.. Makanya hari Jumaat tu kami buat makan-makan untuk beliau.. Meriah lah bila kami pakat-pakat bawa makanan.. Walaupun staf tak ramai, penuh separuh meja.. hehehe.. Saja buat awal sebab minggu depan ramai yang sibuk dengan urusan anak sekolah dan ada yang cuti.. Dah alang-alang Jumaat tu semua ada, tu yang kami buat jamuan dia..

Meriahkan menu kami.. Sha bawa cheese kek, tart nutela dan roti..
Selain itu ada nasi kukus ayam berempah, buah pisang, buah tembikai, meetball, ayam golek, pizza, wajik, dan air tembikai..

Pelajar yang sangat baik, ringan tulang dan tak bermasalah..
Semoga beliau terus sukses walau dimana beliau berada..

Pageview | Semakin Hampir ke Sasaran..

Assalamualikum..
Hye semua..

Hari ini saja usha Pageview blog.. Yeah!! dah nak sejuta dah.. Tak jauh je lagi.. Dalam 445 view je.. Terus rasa makin bersemangat nak update blog.. hehehe.. Tak sangka permulaan sekadar nak berkongsi rasa hati dan cerita mengenai Amani, akhirnya menjadi satu kemestian pula untuk ada entry di blog setiap hari.. Berkongsi cerita mengenai diri, makanan, tempat, bacaan dan tontonan berjaya memberikan informasi buat pengunjung blog harapnya..


Tarikh 21.12.2019 ini paparan Statistiknya..

Saji Mi Goreng Asli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menyokong produk BMF.. Pertama kali Sha cuba mi segera dari Saji ini.. Sha masak cara biasa je.. Tak ada tambah apa-apa atau goreng atas dapur.. Memang cara asli macam dekat pek pembungkusan.. Sedap.. Pedas, manis dan cukup rasa.. Tak masin..

Mi Goreng Asli.. Memang lazat..

Rempah dia ada kicap, minyak, sos cili, serbuk cili dan serbuk perencah.. Sha bubuh semua sekali dalam mangkuk..

Rebus dulu maggi bagi lembut..

Tapis..

Tuangkan ke dalam mangkuk tadi dan kaca bagi sekata..

Siap untuk dimakan.. Sedap juga rasa dia.. Cukup rasa pedas, manis dan masin.. Memang bestl;ah makan macam nie saja.. Nanti nak cuba tumis atas dapur pula.. Mesti lagi sedap..

Friday, December 20, 2019

Shopee | Kasut Sukan

Assalamualaikum.
Hye semua..

Asalnya Sha beli kasut ini untuk Sha pakai bersenam.. Sebab murahkan.. RM28 je.. Beli pada 18.12 dan sampai pada 19.12.. Tapi bila sampai kasut tu tak selesa untuk Sha pakai.. Agak ketat.. Huhuhu.. sebab cutting dia kecik.. Hati mula rasa kecewa.. Suruh Amani cuba pakai.. Eh.. Ngam ngam dengan kaki dia.. Bagi dekat Amani jelah.. Tak adalah kecewa sangat.. Hehehe.. Bila letak kaki amani sebelah-sebelah dengan kaki Sha, terus rasa macam.. Sekejap je anak Sha nie dah besar.. huhuhu.. Dah nak sama besar dah kaki dia dengan Sha.. Kaki Amani dengan kaki Imani pun tak jauh beza.. Ini nak cari kasut Imani dan kasut Sha pula..

Harga masa beli pada 18.12.2019.. Bila tengok balik pada 20.12.2019, dah naik jadi RM38.00..

Kasut sebenar.. Cantik warna pink dia..

Novel | Kampus oleh Syafiq Aizat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semakin hampir mencapai target.. Yeah!! Masih lagi ebook.. Sha pilih untuk baca buku dari Syafiq Aizat ini sebab ada unsur misteri dan seram.. Menarik sangat sebab berkaitan dengan pelajar universiti.. Hahaha.. Tak pernah Sha baca novel penyiastan dan misteri sambil bergelak ketawa.. Dalam ini ada watak yang memang menceriakan pembacaan Sha.. Si Dani dengan dua konconya.. Memang kelakar lah watak bertiga nie.. Satu lagi watak yang menarik ialah Haziq..

Buku ini mengisahkan tentang pembunuhan yang berlaku 25 tahun dahulu berulang kembali.. Kalau dulu pelajar lelaki sahaja yang dibunuh.. Kali ini pelajar perempuan turut menjadi mangsa.. Dani dan Haziq berusaha keras menyiasat pembunuhan tersebut dan berjaya membuat penemuan bahawa yang membunuh itu bukanlah hantu tetapi manusia yang memakai kostum.. Bila sampai part pembunuh tu memang tak sangkalah..

Mula baca dan selesai pada 19.12.2019..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published March 3rd 2017

Makan Di Al Fateh Steak House

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rabu (18.12.2019) pekerja kerajaan diberikan bonus, makanya Sha dan encik suami bawa anak-anak makan di Al Fateh Steak House.. Belanja anak-anak dan diri sendiri.. hehehe.. Makannya boleh tahan.. Harga dan kuantiti dia ohsem.. Yang paling best dah tentulah servisnya.. Pantas dan sangat mesra pelanggan.. Buatkan kita rasa nak datang lagi..

Sementara tunggu makanan sampai, kita swafoto dulu.. Kemain Imani siap thumbs up.. hehehe.. Seronok sangatlah tu dapat makan dekat luar..

Pilihan air kami..
Air teh o limau panas - RM1.70
Oren jus - RM3.50
Epal asam boi - RM4
Epal susu - RM3.80

Ini makanan encik suami.. Ada ayam, kambing, salad, jagung dan kentang goreng..
Lamb & chicken - RM20.90

Pilihan makanan Sha.. Memang puas hati.. Ada dua keping salmon, dua ekor udang, jagung, salad dan kentang goreng..
Salmon & prawn - RM26.90

Yang ini pula pilihan Amani dan Imani.. Ayam tu ada 2 keping setiap pinggan.. Ada salad, jagung dan juga kentang.. Memang kenyanglah anak-anak makan..
Special Chicken chop - RM7.90 x 2


Menu yang ada di Al Fateh Steak House.. Semua ada kecuali Dessert..

Thursday, December 19, 2019

Nasi Goreng Sambal Hitam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila tak ada idea dan Sha nak cepat, memang Sha masak cara ini.. Kebetulan ada sambal hitam ini kat rumah.. Selain makan macam tu je, sambal hitam ini boleh dijadikan rencah nasi goreng.. Sambal ini dah ada cili, ikan bilis dan bawang.. Memudahkan kerja mak-mak yang nak cepat.. hehehe..

Bahan utama yang menyedapkan nasi goreng Sha..

Nasi Goreng Sambal Hitam
Bahan-bahannya:-
2 sudu sambal hitam (nak pedas, masuk lebih)
Setengah biji lobak merah yang dihiris
2 biji telur
Sedikit udang
Nasi
2 sudu planta Adele untuk menumis

Cara Memasak:-
1. Cairkan planta Adele di dalam kuali yang dah dipanaskan.
2. Masukkan lobak merah dan kacau seketika.
3. Kemudian masukkan udang dan biarkan 3 suku masak..
4. Masukkan sambal hitam tadi dan kacau biar sekata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bagi telur hancur.
6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sebati semua bahan.. Boleh tambahkan garam sekiranya tak cukup masin.. Sha memang tak tambah garam dah..

Siap nasi goreng sambal hitam.. Tak hitam sangat sebab Sha tak bubuh banyak sambalnya.. Tak tahan pedas.. Tapi rasanya sedap sebab sambal sedia ada.. hehehe.. Selamat mencuba..

Sambal tu boleh je guna apa-apa jenama pun.. Janji sambal ready made.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com