Wednesday, January 22, 2020

Novel | Usahawan Cilik: Ais Tanpa Krim oleh Firas Firzana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang bagus dibaca untuk mereka yang ada cita-cita ingin berniaga aiskrim.. Semangat dan juga kerajinan yang dipaparkan dalam buku ini wajar dijadikan contoh buat pembaca.. Wafiy yang tak bersekolah membantu Mak Ngahnya berniaga aiskrim.. Perniagaan yang pada mulanya hanyalah secara kecil-kecilan dan menjual aiskrim Malaysia berkembang dengan bantuan dan juga promosi dari peniaga yang baik hati.. Malah usaha tanpa mengenal penat dari Wafiy juga menjadi punca kejayaan sehingga mampu membuat aiskrim menggunakan mesin.. Siapa kata membaca itu melalaikan.. Banyak sebenarnya kebaikan yang mampu diteladani walaupun dari buku kanak-kanak..

Sha baca pada 19.01.2020 dan selesai pada 20.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet
Published July 21st 2010 by PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Wordless Wednesday 2020


Tuesday, January 21, 2020

Buku Kanak-kanak | Abang Hero Saya & Terbangkan Saya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kanak-kanak ini Sha baca sambil jalan kaki.. Hehehe.. Ebook kan.. Mudahlah nak baca.. Jalan sorang-sorang.. Nak hilangkan boring, sambil jalan, sambil baca.. Bukunya pun tak banyak perkataan.. Buku kanak-kanak yang seronok dan berpengajaran.. Malah gambar yang berwarna warni pula tu.. Kedua-dua buku ini Sha baca menggunakan Oakbee Buffet..

Sha baca dan selesai pada 19.01.2020..

Published 2015 by Buku Prima

Published 2015 by Buku Prima

Filem Korea | Quantum Physics (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem mengenai seorang lelaki yang percaya dengan Quantum Physics dalam kehidupan harian beliau.. Kerana yakin dia membuka sebuah kelab besar dan mengambil seorang perempuan untuk berkerja dengan beliau.. Malangnya ada satu peristiwa bila lelaki ini salurkan maklumat dekat polis tentang penagih dadah, beliau yang ken semula.. Konspirasi besar melibatkan bukan sahaja dia tapi orang kerajaan yang ada kuasa dan juga pendawakraya.. Memang menarik dan terus je cerita ini.. Akhirnya yang bersalah tetap tertangkap juga.. Kisah yang menarik..

Movie: Quantum Physics
Native Title: 양자물리학
Also Known As: Yangjamullihak , By Quantum Physics: A Nightlife Venture
Screenwriter & Directors: Lee Sung Tae
Genres: Crime, Drama, Political, Investigation
Country: South Korea
Release Date: Sep 25, 2019
Duration: 1 hr. 59 min.
Lee Chan Woo runs a nightclub. A drug case that draws the name of a famous entertainer takes place. Lee Chan Woo knows that the prosecution and politicians will get involved. He decides to investigate the drug case by himself. He gathers together people including Sung Eun Young and Park Ki Hun.

Novel | Sang Purba oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha beli terus dengan penulis.. Ini antara penulis yang memang menjadi kesukaan Sha.. Kali ini bukunya menggunakan warna kesukaan Sha di bahagian cover, bertambah terujalah Sha untuk memilikinya..

Sang Purba menampilkan sekali lagi watak Raiqal dan Aiman Aklaken dari buku Koc 13 bergandingan dengan watak utama Sang Purba iaitu Haziq.. Baca buku ini mengingatkan Sha pada cerita Harry Potter.. Sebab dalam ini banyak haiwan fantasi dan juga penggunaan senjata mistik serta Busana Melayu dan mahkluk mistik.. Memang ohsemlah bila ada kemunculan unikorn, naga, bunian, sang kelembai, badang yang kuat makan.. Geng jahat lawan geng baik.. Adoi.. Puas hatilah.. Seram fantasi yang mengancam.. Semoga penulis terus memberikan hasil-hasil penulisan yang ohsem seperti Sang Purba dan Koc 13..

Sha baca pada 17.01.2020 dan selesai pada 18.01.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published January 2020 by Buku Prima

Monday, January 20, 2020

Drama China | The Plough Department of Song Dynasty (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama China 36 episod ini menarik sebab 4 watak dalam gambar dibawah.. Salah seorangnya adalah makhluk undead yang memang tak boleh mati.. Mereka ini kira penyiasat pihak istana untuk kejadian mistik dan kejadian aneh.. Seronok tengok cerita ini bila ada unsur penyiasatan, perangai pelik dan kelakar watak utama serta hubungan akrab antara watak.. Boleh tonton online di Youtube..

Tai Sui ini merupakan seorang ahli kungfu yang boleh melakukan ilusi.. Demi mencari to gurunya yang hilang beliau berkelana dan ingin mencari Demiao dan gurunya yang jahat.. Dalam pada pencarian itu, Tai Sui terjumpa dengan Cao/Wu Yao Guang, Liu Sui Feng dan Kai Yang.. Bersama mereka menyiasat tengtang konspirasi jahat yang cuba menjatuhkan raja sedia ada..

Drama: The Plough Department of Song Dynasty
Also Known As: The Big Dipper of Song Dynasty , Da Song Bei Wei Department
Directors: Chan Ka Lam
Screenwriters: Wei Li Jun
Genres: Historical, Comedy, Crime, Fantasy, Detective
Country: China
Episodes: 36
Aired: Mar 19, 2019 - Apr 16, 2019
Aired On: Tuesday, Wednesday, Thursday
Original Network: iQiyi, iQiyi
Duration: 35 min.
The Plough (Big Dipper) Department is a special investigation institution that works for the emperor of the Northern Song Dynasty. Tai Sui and his partners work together to break odd cases and punish the evils. Through a series of cases, Tai Sui found out there was a hidden conspiracy behind these cases, and it was related to his unknown past. 

Novel | Asfa Heroin Mi Goreng oleh Firas Firzana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali baca buku bebudak, seronok juga.. Hehehe.. Kisah Asfa yang mempunyai kuasa mengeluarkan haba.. Memang comel sebab kuasanya dicaj selepas Asfa memakan mee goreng.. Bila Asfa dihantar ke sekolah khas, baru Asfa tahu kelebihan lain selain mengeluarkan haba dan bagaimana untuk beliau menambah kuasanya.. Sekali lagi Asfa bertukar sekolah sebab sekolah khas tidak menerima mereka yang berkuasa lemas seperti Asfa.. Namun di sekolah baru Asfa tidak berkongsi mengenai kuasanya dan berkawan baik dengan Nomi sehinggalah kemunculan seorang budak lelaki yang ada kuasa dan suka menunjuk-nunjuk.. Cerita yang comel dan memikat hati..

Sha baca dan seleasai pada 18.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet
Published December 19th 2011 by PTS

Hujung Minggu Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Weekands hari tu Sha buat lagi sesi jalan kaki.. Sabtu dan Ahad.. Sha jalan waktu pagi dan juga petang.. Semangat sikit nak jalan sebab dah kasut sukan.. hehehe.. Bila jalan dengan kasut sukan ini rasa ringan sikit kaki.. Tak adalah sakit tapak kaki Sha.. Sebelum ini Sha guna kasut kerja je.. Nak tunggu ada kasut sukan baru jalan kaki memang tak jalanlah jawabnya.. Sha mulakan dengan apa yang ada je.. Semangat je yang memnag dari mula sampai sekarang setia menemani.. hehehe.. 

Jalan waktu pagi ditemani Amani.. Mujurlah ada Amani ini, kalau tak memang Sha agak kurang berani nak jalan sebelah pagi sorang-sorang.. Agak sunyi sikit.. hehehe.. Petang Sha jalan sorang sebab ramai orang.. Beranilah sikit..

Pagi pertama..

Petangnya pula.. Sambil jalan sambil video call dengan encik suami.. Hehehe.. Tu yang sopan sikit..

Pakai kasut baru.. Semoga terus semangat bersenam demi kesihatan diri..

Sesi ketiga untuk hari Ahad pagi.. Sebelah petang Sha tak buat sebab gosok baju sekolah anak..

Sunday, January 19, 2020

Novel | Bukan Teman Pengganti oleh Hanis Azla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah lama teringin nak baca buku ini.. Ba dah mulakan pembacaan memang tak boleh nak berhenti.. 3 jam sahaja masa yang Sha perlukan untuk habiskan pembacaan.. Gaya penulis menyampaikan cerita memang menarik perhatian Sha.. Sesekali layan cerita cinta memang mengasyikkan..

Cerita ini mengisahkan percintaan Naurah bersama Khalif yang terhenti separuh jalan dan percintaan keduanya bersama Izran.. Dengan wajah yang saling tak tumpah tapi berlainan perangai, bukan mudah Naurah menerima kehadiran Izran dan melepaskan Khalif.. Namun bila jodoh telah tersurat, dugaan hanyalah cabaran yang perlu ditempuhi.. Niat yang baik pasti mendapat restu..

Sha baca dan selesai pada 18.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet
Published January 2017 by Alaf 21

Filem Jepun | Kamen Rider Ghost the Movie: The 100 Eyecons and Ghost's Fateful Moment (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah superhero yang berkorban demi manusia dan sahabatnya.. Walaupun ceritanya fantasi sahaja namun ada elemen positif yang boleh dijadikan panduan.. Kali ini Kamen Rider Ghost menentang penjahat yang ingin menghapuskan semua manusia dan menjadikan manusia sebagai hantu.. Memang sangat kejam dan jahat.. Hero terpaksa korbankan bandannya yang dijadikan host.. Tapi hero kan, kenalah menang dan muncul semula.. kikiki..

Movie: Kamen Rider Ghost the Movie: The 100 Eyecons and Ghost's Fateful Moment
Also Known As: Gekijō-ban Kamen Raidā Gōsuto: Hyaku no Eyecon to Gōsuto Unmei no Shunkan
Screenwriters: Fukuda Takuro
Genres: Action, Adventure, Friendship, Historical, Mystery, Tokusatsu, Comedy, Life, Youth, Drama, Sci-Fi, Family, Fantasy, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Aug 6, 2016
Duration: 1 hr. 5 min.
In the summer movie for the 17th Heisei era Kamen Rider series, the Daitenku Temple crew are celebrating Kanon's birthday when they are suddenly attacked by a group of other worldly Kamen Riders and transported a strange village full of historical figures ruled by... Alain's long dead brother?! How is he alive? what are all these historical figures doing here? And how will Takeru get his friends home? It will take the power of every ally Takeru, Makoto and Alain can find to answer those questions!

Permohonan e-Tunai Berjaya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan mengenai e-Tunai RM30 di Touch n Go e-Wallet kan.. Kali ini Sha nak kongsikan selepas permohonan berjaya pula.. hehehe.. Sha punya permohonan e-Tunai diluluskan pada 16.01.2020 iaitu sehari selepas Sha buat permohonan.. Lepas dapat e-Tunai tu ada rewards lain yang ditawarkan iaitu cashback RM5x6 untuk dua jenis transaksi.. Boleh tengok gambar dibawah ini..

Yeah!! Permohonan dah berjaya.. Dapat dah RM30 dan juga ada 2 reward lain yang diberi.. 6xRM5 cashback dan peluang cabutan bertuah..

Cashback yang diberikan ialah untuk in-app dan retails payment.. 

Yang first ini dia akan bagi kalau kita buat pembayaran minimum RM20 menggunakan Touch n Go di kedai-kedai terpilih macam 99Speedmart, TF Value Mart dan lain-lain..

Yang ini pula kalau kita guna untuk bayar bil, parking, prepaid dan lain-lain macam dalam gambar diatas.. Dengan transaksi minimum RM20 juga..

Setiap transaksi yang dibuat melayakkan kita untuk mendapat penyertaan dalam cabutan bertuah dengan hadiah yang pelbagai..

Saturday, January 18, 2020

Filem South Korea | The Most Ordinary Romance (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki yang tak boleh move on walaupun awek dah tinggalkan dan seorang perempuan yang menyampah dengan bekas teman lelaki yang masih mengejar.. Jae Hoon selalu mabuk dan telefon bekas kekasihnya untuk ajak berbaik manakala Sun Young pula lari dari masalah teman lelaki yang curang.. Mereka bertemu dan berkawan malah saling menyakiti.. Namun keduanya menemui keserasian antara satu sama lain dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik..

Movie: The Most Ordinary Romance
Also Known As: The Most Common Love , The Most Common Date , Crazy Romance
Screenwriter & Directors: Kim Han Gyul
Screenwriters: Oh Hyo Jin
Genres: Comedy, Romance, Melodrama
Country: South Korea
Release Date: Oct 2, 2019
Duration: 1 hr. 55 min.
A love story between Jae Hoon, who couldn't let go of his ex-girlfriend, and Sun Young, who is splitting up with her boyfriend. The couple got trouble and were hurt by love.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com