Wednesday, February 19, 2020

Drama Melayu | Camelia (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sementara tunggu episod 18 & 19 drama Aku, Dia & Pinky Promosi keluar, sha layan drama Camelia ini sebab katanya best.. Pasal kecelaruan identiti.. Sambil masukkan data Aset, sambil menonton drama Camelia ini.. Menarik jugalah..

Suka juga tengok lakonan Diana Danielle.. Memang menjadi bila dia bawa watak Mariam dan Camelia.. Sha layan dekat Youtube TV3.. Bolehlah marathon tanpa iklan.. kikiki.. Tak macam tengok dekat tv.. Adalah iklan cuma tak sebanyak dekat tv.. Kerekter Mariam dan Camelia tu menarik bila ditonton.. Suka sangat part monolog antara Camelia dan Mariam.. memang nampak perbezaan dua karekter ini walaupun dibawa oleh pelakon yang sama.. Kita boleh tahu siapa yang bercakap walaupun perubahan tu on the spot.. Respeklah dengan Diana Danielle..

Memang menakutkan tengok karekter si Marina tu.. Dia punya jahat tu bukan biasa-biasa okay.. seram nengoknya.. Suami sendiri pun boleh dia penjarakan sebab nak cerai punya pasal.. Semuanya sebab busuk hati dan dengkikan kakak sendiri.. Ada je manusia macam ni dekat dunia sebenar.. Tak boleh tengok adik/kakak sendiri berjaya atau lebih dari diri sendiri.. Walhal adik beradik tu.. 

JUDUL : CAMELIA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2020.
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku
SINOPSIS CAMELIA: Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.
Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.
Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.
Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'split identiti'.
Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.
Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

Muzik Video | Chikadun oleh Floor 88

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu baru lagi dari Floor 88, Semalam keluar lagu Yang Benar hari ini keluar lagu ini pula.. Sempena perlantikan mereka sebagai Ikon Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan dipersembahkan di majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2020.. Lagu yang rancak dan mengancam.. Jenuh juga nak taip lirik dia.. Lama tak buat perangai macam ini.. Hahaha.. Teringat zaman sekolah dulu, sambil dengar sambil salin lirik.. Tapi bila tengok lirik dia memang comel dan makan dalam tau.. hehehe.. Kalau salah lirik tu maaflah ye..


Floor 88 - Chikadun

Anak Pak Pandir
Di Pulang balik rumah
Dia sangat rajin
Cita cita jadi profesor

Duduk belakang rumah
dengan kawan kawan dia
Pergi ke bulan
Bukan pakai roket nasa

Lain diajar
Lain Pulak yang di bawa
Salah sendiri
Cikgu pula yang ditampar

Dulu Mata Satu
Kini jadi mata tiga
Kau yang jadi hantu
Lain pula yang te te tu la la la lar

* Zaman aku
Getah paip tali pinggang
Zaman kamu
Surat layang duit terbang

Ada kata ikut kawan
Itu confirm perangai syaitan
Pilih bukan bukan
Duduk tanjung rambutan

Tan tan tut
Eh Keladi we we
Kau dah tersedut
Confirm melayang kepala

Hisap rokok
Eh tembakau cina 
Salah kome
Orang yang lain pun kena

Ikan kekek 
Eh mak iloi iloi
Baru kau terpekik
Padan muka kau terkantoi

Jentik jentik 
Eh mandi dalam kolam
Ingat adik adik
Jangan buat macam macam

Kap kun kap
Masuk pintu
Keluar tingkap

ulang semula *

Tuesday, February 18, 2020

Novel | J oleh Syahmi Fadzil

Assalamualaikum..
Hye srmua..

Buku ini menjadi buku yang sangat lama untuk Sha mulakan pembacaan dan teruskan... Sha buka dan baca muka surat yang pertama berkali-kali.. Dekat 3 bulan juga buku ini Sha pegang, buka, baca sikit dan tutup.. Lama buku ini tersadai.. Bukan sebab buku ini tak best, cuma penceritaan dalam buku ini tidak berjaya menangkap mata Sha untuk terus membaca..

Buku ini menceritakan tetang kematian Juria, kesepian Ali dan muzik.. Juria yang kemalangan dan mati di depan mata Ali..

Akhirnya pada 24.09.2018 Sha mulakan pembacaan dan berusaha menyelak sehelai demi sehelai muka surat buku ini.. Sha berjaya menghabiskan buku ini pada 17.02.2020.. Lama walaupun mukasuratnya tak banyak.. Bukan genre kesukaan Sha tapi buku ini bagus.. Banyak Sha belajar dari apa yang disampaikan penulis.. Tentang kematian, kesepian dan sikap manusia..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published August 7th 2017 by Roman Buku Sdn. Bhd.

Filem Animasi China | White Snake (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boring-boring semalam, Sha layan filem animasi China ini.. Kisah si ular yang hilang ingatan lepas cubaan membunuh manusia jahat.. Diselamatkan pula oleh si penangkap ular yang gagal.. Hahaha.. Memang comel bila cinta itu datang tanpa mengira siapa pun kita.. Siluman ular yang jatuh cinta dengan manusia namun terpaksa memilih untuk meninggalkan kerana perbezaan.. Si manusia pula tak sanggup berpisah, ambil keputusan untum jadi siluman juga.. Namun tak semudah yang diaangka bila ketamakkan pada kuasa mengatasi segalanya.. Manusia itu akhirnya terkorban.. Animasi yang sangat cantik.. 

Samudra: Mini Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mudah dan sangat lembap.. Kena sangatlah dengan trademark kek ini.. Sedap bila sesekali craving kek coklat, boleh beli yang ini je.. Makan pula lepas disejukkan.. Nyaman je bila dia lalu tekak.. hehehe.. 

Harganya RM2.75 sahaja..

Ada penutup plastik dan sudu.. Kek selamat dalam bekas..

Memang berbaloilah bayar RM2.75 untuk kek yang moist dan penuh rasa coklat..

Monday, February 17, 2020

Hadiah Peraduan Novel Bramfield House

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah sempena Peraduan Novel Bramfield House dah selamat Sha terima petang tadi.. Boleh baca di entry Menang Peraduan Novel Bramfield House sebelum ini.. Sha dapat sebuah novel, sebatang pen dan buku nota yang comel.. Tak sangka walaupun hadiah saguhati namun hadiah yang Sha terima ini sangat istimewa.. Terima kasih pada penulis untuk hadiah yang super ohsem ini.. Memang tak sabar nak mengembara ke Bramfield House ini..

Sebuah novel Bramfield House oleh Maria Kajiwa..
Sebatang pen comel
Sebuah buku nota Fajar Pakeer..

Sinopsis Novel Bramfield House oleh Maria Kajiwa
"Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri. Tiang seri takkan lwngkap tanpa semangatnya." - KAPTEN BROCK

Ceritanya bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian Kapten Brock Bramfield.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ibu bapa Kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba di Cameron Highland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang dibangunkan oleh anaknya yang diberi nama 'Bramfield House' yang terletak di atas sebuah bukit. Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemenang amanah bagi menguruskan Bramfteld House.

Namun, masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku. Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung menimbulkan semula ingatan kepada berberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ. Kehadiran ibu bapa Kapten Brock di situ juga menghidupkan semula dendam orang kampung kepada apa yang pernah dilakukan Kapten Brock kepada seorang gadis bernama Basariah.

"Dia nak darah manusia." - ANDAK
"Musuh Brock bukan seorang. " - WINSTON

Rahsia terbongkar, penipuan tersebar. Mampukah Bramfield House dihidupkan semula? Siapa pula yang akan menjadi korban?

Setiap senja menjelma, setiap subuh menghilang. Makhluk itu punya kuasa, mematikan nyawa anak Adam yang mencabar kewujudannya.

Resepi | Spaghetti Meatball

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam rasa macam nak makan western, terus masak spaghetti seperiuk.. Tulah breakfast, lunch dan makan malam.. hehehe.. Malas sangat gayanya.. Cuma bahan tak banyaklah.. Kali ini Sha ubah suai sikit resepi bagi kena dengan selera Melayu yang sukakan pedas.. hehehe..

Bahan-bahannya:-
Cendawan coklat dihiris..
Setin sos prego
20 biji bebola daging
2pcs sosej cheese dihiris
1/2 biji bawang holand dipotong dadu
2 biji bawang merah dan 3 biji cili padi ditumbuk..
Setengah pekat sphagetti direbus..

Didihkan air, masukkan minyak dan garam.. Kemudian bila dah menggelegak baru masukkan sphagetti..

Panadkan periuk dan masukkan minyak..
Tumis bawang dan cili padi sampai naik bau..

Masukkan bebola daging dan sosej.. Tumis sekejap..

Masukkan bawang holland dan cendawan.. Tumis sehingga cendawan layu..

Masukkan air rebusan spaghetti dan biar mendidih hingga bebola daging masak..

Masukkan sos prego dan kacau rata.. Biar mendidih..

Yeah!! Dah siap.. Sebelum tutup api, pecahkan telur untuk pekatkan kuah.. Telur tu boleh gantikan dengan cheese kalau ada..

Tapis sphagetti yang dah kembang..

Alhamdulillah.. Dah boleh makan.. Sos ini boleh diolah ikut kesesuaian.. Sha tambah telur tu last minute.. Nak bagi kuah pekat sedikit sebab tak ada cheese.. hehehe..

HelloDoktor | Ini RAHSIA BESAR Untuk Ajar Anak Makan Ubat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini RAHSIA BESAR Untuk Ajar Anak Makan Ubat. Tak Perlu ‘BERGADUH’ Dengan Si Kecil Lagi Selepas Ini..

Oleh Muhammad Wa'iz Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung


Seisi rumah anda pastinya seakan sedang berperang semasa mahu beri anak makan ubat. Jika beri ubat cecair pun masih memerlukan pelbagai trik untuk anak anda minum, apatah lagi ubat berbentuk pil. 

Anda pasti pernah lihat bagaimana trik air minuman kotak digunakan untuk ‘memperdaya’ anak kecil menghirup ubat cecair. Tetapi, bagaimana pula jika anda mahu ‘memperdaya’ anak anda untuk makan ubat pil?

Sebenarnya, anda tidak memerlukan sebarang trik untuk menggalakkan anak makan ubat berbentuk pil ini. Jika anda tahu kaedah yang betul dan sesuai, ia bukanlah satu masalah yang besar untuk menyuruh anak anda makan ubat. 

Malah anda boleh mengajar mereka tentang bagaimana untuk makan ubat pil ini. Ingin tahu berkenaan rahsia mengajar anak anda makan pil? Lihat apa yang kami sediakan di bawah ini.
Mengapa kanak-kanak perlu belajar untuk makan ubat pil?

Sebagai ibu bapa, anda pasti faham terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi si kecil untuk tidak makan ubat atau menelan pil. Keresahan, ketakutan dan kedegilan boleh menjadi antara faktor utama keengganan mereka.

Ada sesetengah ubat untuk kanak-kanak yang dirumus khas dalam bentuk yang boleh dikunyah atau dalam bentuk cecair. Tetapi, bagi sesetengah ubat-ubatan lain, ia bagus untuk diambil dalam bentuk pil atau tablet. Ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan ubat tersebut jika ia tidak dipecahkan atau dikunyah. 

Jika ubat pil ini dipecahkan dengan tujuan untuk memudahkan anak anda menelannya, ia sebenarnya berbahaya dan mungkin tidak berkesan seperti yang sepatutnya.

Tambahan pula, bukan semua ubat boleh dihancurkan dan dicampur dengan air. Dengan kata lain, ubat-ubat seperti berikut tidak boleh dipecahkan; ubat yang bersalut gula/ filem (ibuprofen), pil bersalut enterik, ubat seperti Metformin XR, Hormonal cytoxic atau ubat-ubatan steroidal.

Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan menelan keseluruhan pil tanpa mengubah bentuknya. 

Mengajar anak anda untuk makan ubat juga memerlukan sedikit latihan. Anda perlu ajar mereka pada waktu dan cara yang terbaik agar ia menjadi satu pengalaman yang positif dan bermakna untuk mereka.

Bilakah anak anda perlu belajar untuk makan ubat?

Waktu yang paling sesuai untuk setiap kanak-kanak belajar makan ubat adalah tidak sama. Jangan sesekali membandingkan kemampuan anak anda dengan kanak-kanak lain walaupun dengan adik-beradiknya sendiri. 

Untuk mula belajar menelan pil, anak anda perlulah sekurang-kurangnya berumur 4 tahun. Mereka juga perlu berada pada tahap atau fasa di mana mereka boleh bekerjasama dan bermotivasi untuk belajar kemahiran baharu. 

Anda boleh mula mengajar anak anda sebelum mereka perlu mengambil sebarang ubat-ubatan. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang tekanan kepada mereka. Cuba dengan sesuatu yang kecil terlebih dahulu seperti cebisan kek atau roti. 

Kemudian, anda boleh menukarnya dengan sesuatu yang mempunyai saiz yang lebih besar seperti cip coklat. Seterusnya, barulah anda boleh menukarnya secara perlahan-lahan kepada pil seperti vitamin untuk kanak-kanak. 

Perlu diingat, anak anda tidak boleh mempelajari kemahiran menelan pil ini dengan sekali latihan sahaja. Anda perlu melatih si kecil secara berulang kali sehinggalah mereka berasa yakin dan mampu untuk menelan pil.
Apa yang boleh anda lakukan untuk melatih anak makan ubat pil?

Sebelum sebarang latihan dilakukan, anda perlulah terlebih dahulu menjelaskan kepentingan makan ubat kepada anak anda. Ambil sedikit masa untuk menerangkan kepada mereka dengan cara yang kreatif mengenai hal ini agar anak anda berasa tenang dan boleh bekerjasama. 

Apa langkah seterusnya? Anda adalah ibu atau bapa kepada mereka, dan anda adalah contoh terbaik untuk mereka ikuti. Tunjukkan kepada anak anda terlebih dahulu bagaimana anda menelan pil tersebut. 

Apabila tiba giliran anak anda untuk mencuba, perhatikan dengan baik bagaimana mereka melakukannya. Ingat, cubaan pertama selalunya tidak akan menjadi seperti yang kita harapkan. Oleh itu, puji setiap usaha anak anda dalam cubaan menelan pil.

Untuk memudahkan anak anda menelan pil, ikuti tip ini:
#1. Duduk tegak dengan posisi kepala berada di tengah badan. Pastikan kepala anak anda berada dalam keadaan yang lurus dan senget.
#2. Condongkan sedikit kepala mereka ke belakang. Jangan terlalu condong ke belakang kerana ia akan membuatkan anak anda sukar untuk menelan.
#3. Berikan si kecil beberapa tegukan air sebagai satu latihan menelan terlebih dahulu.
#4. Letakkan pil pada lidah anak anda dan minum air lagi. Galakkan mereka untuk terus meneguk air sehingga pil ditelan.
#5. Jika anak agak sukar untuk minum air terus daripada gelas, gunakan penyedut minuman untuk memudahkan mereka menelan air dan pil.

Jika pil yang perlu anak anda makan tidak boleh diambil semasa perut kosong, mereka boleh menelannya bersama-sama jenis minuman yang lebih pekat seperti susu, yogurt atau milkshake. Selain itu, ia juga boleh dimakan bersama-sama makanan lain seperti puding dan juga aiskrim.

Sekiranya mereka berjaya makan ubat pil tersebut, jangan lupa untuk memberikan pujian sebagai tanda penghargaan. Sekiranya anak anda tidak berjaya menelannya, anda boleh menggalakkan mereka untuk mencuba lagi. 

Berhenti dan cuba lagi pada waktu yang lain sekiranya anak anda enggan meneruskannya. Jangan sesekali menekan atau memarahi mereka jika ia tidak berjaya. Tekanan pada kanak-kanak hanya akan menyukarkan lagi keadaan pada masa hadapan.
Apa perlu anda lakukan jika anak tidak mahu makan ubat?

Kami turut akui, terdapat kanak-kanak yang mungkin mempunyai sedikit kesukaran untuk makan ubat atau belajar menelan ubat. Ada kanak-kanak yang berasa gementar untuk makan ubat, ada juga yang mungkin pernah mengalami pengalaman buruk sebelum ini ketika mereka mencuba menelan ubat. 

Untuk kanak-kanak yang mempunyai kesukaran sebegini, eloklah jika anda menangguhkan latihan terlebih dahulu dan berbincang dengan doktor. Mungkin terdapat cara lain yang boleh digunakan agar anak anda mampu untuk menelan ubat-ubatan tersebut. Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi berkenaan ubat pil yang diberikan jika anda mempunyai sebarang masalah atau kesukaran. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dapatkan lebih banyak info kesihatan di https://hellodoktor.com/ms

Sunday, February 16, 2020

Filem Korea | My Punch-Drunk Boxer (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki yang sangat suka boxing tapi kerana tersalah mengambil ubat tahan sakit beliau gagal meneruskan aktiviti sukan boxing.. Namun lepas didialisis dengan penyakit, beliau ambil keputusan untuk boxing semula.. Boxing yang dibawanya agak unik kerana gabungan boxing dan muzik pansori.. Muzik tradisional Korea.. Memang comel.. Hero dan heroinnya sweet.. Ceritanya simple namun mesejnya bagus.. Kejarlah apa yang kita suka supaya tak menyesal di kemudian hari..

Movie: My Punch-Drunk Boxer
Also Known As: Dempeusirol, Dempsey Roll, Pansori Bokseo
Screenwriter & Directors: Jung Hyuk Ki
Genres: Drama, Sports
Country: South Korea
Release Date: Oct 9, 2019
Duration: 1 hr. 53 min.
A former professional boxer has a helpless past. After a diagnoses makes him reconsider his life, he takes his unusual boxing style back to the ring.
(Source: HancCinema)

Random Photo #5 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah tengok apa yang menarik boleh Sha kongsikan.. 

Makan buahlah kita.. Oren dan buah naga.. Selalunya Sha beli buah-buahan ini dekat Pasar Malam, lebih berbaloi dan menarik.. Harganya agak berpatutanlah.. Berbanding beli dekat Pasaraya.. Macam limau tu, besar dan manis.. Memang sedap..

Cenderahati sepupu encik suami kahwin.. Dapat dua senduk tomyam yang comel dan bunga telur.. Telur rebus tu kita makan dengan kicap.. Jarang dah orang bagi telur rebus masa kenduri kahwin ini..

Menikmati aiskrim magnum sambil menemani encik suami memandu.. Kedua-duanya kesukaan Sha.. Magnum Almond dan Magnum Macadamia Salted Caramel..

Menu menarik masa Kursus baru ini.. Mee goreng dan kuih.. Gabungan pedas dan manis.. Memang ohsemlah..

Buah mulberry kemain banyak lepas pokoknya dicantas.. Puas hatilah kutip hasil.. hehehe..

Makanan | Putu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak kongsikan dengan kawan-kawan kepelbagaian jenis Putu.. Ada yang memang senang nak dapat kat sini.. Ada juga yang sha terpaksa google gambarnya.. Itupun sebab ada rakakn dari Kelantan yang bagi tahu.. hehehe.. Sebab tak jumpa orang jual dekat sini.. Kalau ada lagi putu versi lain di tempat rakan-rakan, bolehlah kongsikan di ruang komen..

Putu Piring
5 keping RM3.. Diperbuat dari tepung beras, gula merah dan kelapa..

Putu Mayam
5 keping RM2.. Dimakan bersama gula perang dan kelapa parut.. Sedap wei..

Putu Bambu
Kalau versi original warna putih.. RM2 untuk 5pcs ini.. Tapi sekarang yang banyak jual yang versi viral.. Warna hijau.. Sha lebih suka versi original ini.. Asli..

Putu Perak
Kalau versi original, warna putih.. Dalam dia inti kelapa yang digaul gula.. Sedap.. RM3 untuk 5 keping.. Sekarang ini dah ada yang versi hipster.. Perisa panda, oreo dan macam-macam lagilah.. Sha tetap suka yang versi original ini.. hehehe..

Putu yang di Google sebab tak jumpa dekat tempat Sha..

Putu Halba - dari Negeri Kelantan
Sumber Gambar di SINI..

Putu Mayam versi Negeri Kelantan
Makan dengan kuah gula melaka/gula perang/gula kabung
Sumber gambar di SINI..

Saturday, February 15, 2020

Novel | Aku, Dia & Pinky Promise Extended Version Step Back oleh Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas habis menonton drama Aku, Dia & Pinky Promise dekat Youtube, terus Sha ulang baca novel dia tapi yang Extended Version punya.. Dalam ini ada rahsia yang terbongkar mengenai Siti Saleha dan juga kejutan dihujung cerita sangat manis.. Bukan mudah melalui hidup bila sebahagian ingatan kita hilang dan datang semula dalam bentuk mimpi.. Siapa pun kita sebelum ini, ianya tetap diri kita.. Novel yang sangat ohsem dari penulis.. Memberi vibes manis dan juga pengajaran..

Sha baca dan selesai pada 15.02.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published by Prolog Media
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com