Shoplinks.Asia

Thursday, September 6, 2012

Novel Lagi...

Membaca lagi... melepaskan tekanan.... Entah kenapa kali nie aku layan perasaan geram dengan membeli novel.. 2 topik yang berbeza.. cinta dan juga suspen thriller.. Aku start baca dari 2.9.2012 sampey 5.9.2012.. satu buku sehari.. nie pun ade rase ingin membeli lagi.. hohoho... kali nie buku-bukunya ialah...


Sinopsis
Tanpa cinta, hanya rasa sayang yang sekelumit itu, dia berpegang pada janji pertunangan dengan Andrian. Lalu Tasneem menerima lagi janji daripada Mak Uda, untuk mencari Andrian di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat.

Namun di sini jua, Christian tercari-cari diri sendiri dan penciptanya. Kehadiran Tasneem bagaikan membawa cahaya indah yang dicarinya. Sejenak mereka bahagia, namun dugaan datang menghancurkan segalanya. Tasneem setia menanti walau datang khabar daripada Siti Hajar, Christian pergi tidak akan kembali. Berkali-kali Tasneem mengingatkan dirinya sendiri bahawa cintanya pada Christian bukanlah serapuh daun maple.

Dengan izin TUHAN, mereka pasti bertemu semula di suatu musim panas yang indah. Angan-angankah ini atau bakal menjadi kenyataan?

ULASAN AKU : Cerita ini memang menyayat hati... memula sangat menarik tapi makin dah nak habis makin hanyut perasaan dibuatnya.. Sesungguhnya kita tidak dibenarkan menyintai sesama umat melebihi cinta kita kepada Allah.. Cinta tanpa restu keluarga pasti berdepan dengan halangan yang menyakitkan.. Seorang mulismah yang berpegang pada agama hanyut dalam dunia cinta walaupun tidak melanggar batas tapi seolah-olah lupa pada agama dan keluarga.. Betapa berat dugaan berada di perantauan.. seorang Islam hanyut sehingga menyebabkan dirinya murtad hanya kerana terlalu obses dengan harta duniawi dan juga cinta... Pelik tapi benar...





Sinopsis
Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?
ULASAN AKU : Aku x suka cerita tergantung... Walaupun aku boleh meneka apa sebenarnya yang terjadi tapi aku kecewa bila ceritanya x habis sedangkan buku nie tebal gile.. tension.. Aku beli novel nie dengan harapan ceritanya menepati kehendak hati aku... Memang sangat2 menepati cuma yang menyakitkan tidak ade kesudahan.. Kesudahan yang tergantung... Cerita seorang gadis yang ditinggalkan tunang hanya kerana dia x cantik dan bergaya... Cerita seorang lelaki yang lumpuh, ditinggalkan tunang dan disahkan mandul... Pengorbanan gadis hodoh untuk lelaki lumpuh.. Cerita yang sangat menarik kalau dibuat drama.. hehehe.. cerita nie memang best.. aku bagi 5 bintang walaupun aku sakit hati sebab xde ending..


Sinopsis
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!
ULASAN AKU : Pergh... mantap r.. xsangka boleh buat aku seram sejuk..Cerita mengenai manusia yang tersesat dan menghambakan diri dengan syaitan serta menyusahkan keturunannya.. Memang best dan suspen.. dienye twist boleh buat aku panik, sedih, suspen dan gumbira.. pergh.. mantap.. semantap karya RAM..



Sinopsis
Noreen, seorang penulis skrip yang secara tidak langsung terlibat di dalam satu kejadian pembunuhan. Semuanya berpunca daripada mimpi-mimpi yang pernah dia alami sebelum ini. Adawiyyah dan Rohayu muncul di dalam mimpinya,meminta dia agar berhati-hati.Adakah bahaya itu realiti?
ULASAN AKU : Geram sangat baca cerita nie.. hehehe.. suspen giler.. Sangat suka.. Disebabkan xle nak tahan perasaan ingin tahu siapa yang jahat aku terus selak halaman belakang.. hahaha.. kantoi.. Tapi aku suka sangat unsur suspennye menikam kalbu.. raser cam nak gile lak.. Memang terbaik r olahan cerita nie..

2 comments:

  1. banyaknya baca novell.dulu handu novel gk..skrg masa terhad sikit.hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe... sha kalo stress mmg camnie... die ikut musim.. hehehe...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI