Sunday, March 29, 2020

Day 12 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum...
Hye semua..

Alhamdulillah.. Setelah 12 hari #DudukRumahBacaBuku hari ini berjaya keluar dan membeli belah.. hahaha.. Hari ini Sha jadi ketua keluarga.. Bukan tak yakin dengan suami tapi nak tengok dunia luar.. Hahaha.. Tak lah.. Ada keperluan yang Sha lebih suka beli sendiri.. Lagipun nak cari sesuatu yang sangat penting bagi melegakan emosi..

Hari ini macam-macam berita baca dekat media sosial.. Hal artis, usaha Ustaz Ebit Lew dipertikaikan dan orang berbisnes yang persoalkan kenapa golongan B40 dapat banyak bantuan.. Namun dalam pada itu masih ada vibes positif dari rakan-rakan FB Sha.. Terbaiklah korang.. 

Tak ada mask, makanya pakailah purday yang encik suami jahitkan.. Restock buah naga dan oren.. Inilah yang Sha kena pilih dan beli sendiri.. Makanan tambahan yang dah lama sangat tak jumpa.. Buah-buahan.. Gambar ketiga tu, anak-anak tengah tengok animasi Naruto.. ebook tu je yang berjaya baca hari ini.. Lepas tu jawab survey dari Kementerian Pendidikan.. 

Inilah dia yang paling Sha cari.. Kalau suruh encik suami beli, nanti tak berkenan di hati.. hehehe.. Inipun dekat 10 minit Sha ulang alik dari satu jenama ke jenama lain.. Akhirnya pilih yang ini.. Memang terbaiklah.. Bau dia sangat melegakan dan menenangkan.. Sha cari limau atau lemon tapi tak ada yang memikat, green tea nie juga yang menawan.. Legalah lepas ini.. Boleh berspa dalam bilik air sendiri dengan kos yang murah.. hehehe..

13 comments:

  1. Kat mana nak cari scrub tu kak? Macam best je.

    ReplyDelete
  2. Haha. Shopping ni lagi best sebenarnya buat sendiri. Saya pulak memang kena jadi wakil keluarga la. Ayah dah x larat beratur lama untuk shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. betul tu Sal.. lebih bahagia dan macam terapi diri sendiri.. hahaha

      Delete
  3. Mcm2 cerita Kan musim covid ninrasanmalas naknlayan pun ada

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hahaha.. jalan-jalan cari keperluan.. tapi serious cuak gila Lea.. sunyi sepi je..

      Delete
  5. Ayu pun prefer gi beli barang2 sendiri. lagi puas hati... btw, memang kena gi sendiri pun. he he he...

    ReplyDelete
  6. menarik pulak e-book Lockdown tu, buku baru keluar ke tu? ada kaitan dengan coronavirus tak?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »