Monday, March 2, 2020

Random Photo #6 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah kita tengok antara gambar yang meninggalkan kenangan dan peristiwa dalam kehidupan harian Sha.. Ada yang mengundang tawa dan ada juga yang membahagiakan..

Tahukah anda apa benda yang Sha bulatkan itu?? Hehehe.. Iye.. Itulah penutup tempat minyak kereta.. Encik suami boleh lupa nak tutup balik lepas isi minyak dan tertinggal dekat Petronas.. Mujurlah tak hilang bila dia teringat dan pergi ambil.. Hahaha.. kelakar betul bila dia cerita..

Aktiviti hari Sabtu (22.02.2020) baru ini.. Sha buat fun run dengan pelajar kelab tempat Sha kerja ini.. Anak-anak Sha ikut sekali sebab encik suami kerja.. Mulanya budak kecik ini tak nak lari, masa Sha lepaskan pelajar, dia boleh ikut lari sama.. Tak sempat nak kejar dah jauh perginya.. Ini pun ada orang amikkan gambar dia.. Kemain semangat dia lari.. Bila dah tak larat, selamba je dia baring atas jalan.. Adoilah si kecik ini.. Lepas tu dia gelak-gelak je..

Cheese Scone.. Beli masa ride ke Cameron Highlands aritu.. Satu ini RM5 siap jem strawberry dan cream rasanya.. memang sedap, lembut je walaupun makan keesokan harinya.. Puas hatilah..

Encik suami beli kelmarin masa dia konvoi motor ke pahang dan pusing Cameron Highlands.. Sekilo RM6 je.. Itupun pekedai tu siap bagi extra.. Memang layan makan ubi manis nie.. Selalunya Sha rebus je.. Buat kudap-kudapan masa membaca @ menonton drama..

8 comments:

  1. Macamana nak pilih ubi yang sedap dimakan begitu saja..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu cari yang saiz comel-comel je.. Tapi yang pasti kulit dia unggu dan dalam dia kuning memang manis.. hehehe..

      Delete
  2. tanam buah keledek tu, boleh dapat benihnya.

    ReplyDelete
  3. aduhai, kalau bab terlupa tutup lps isi minyak mmg tu memang kelakar, tp tulah kadang kita tanpa sedar pun boleh lupa... lagi-lagi kalau nk cepat kan... nasibla jumpa balaik kalau lesap kene beli lain...

    budak kecik ni stamina dia lain macam betul, mcm si aiyan tak padan gendut kalau dia naik tangga laju je sampai atas, mengah pun tak kita yang mengah2 nak sampai hehehe...

    sedapnya scone dengan keledek tuh memang sedap di kukus atau rebus... layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. Bila dah lupa memang tertinggallah jawabnya..

      Delete
  4. sedapnya ubi.. amik sepinggan duk mkn depan TV memang tak sedar habis

    ReplyDelete
  5. abah aida pernah terlupa tutup tank minyak kereta.
    tak jumpa!!!
    kakak kena beli kat kedai toyota hu hu hu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com