Saturday, March 28, 2020

Day 11 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah hari ke 11.. Ada makluman mengatakan Ops Tangkap dah mula dijalankan oleh pihak berkuasa pada siapa-siapa yang didapati keluar dari rumah lepas jam 7 malam.. Tolonglah duduk di rumah.. Sha ini nak ke Pasaraya beli barang rumah pun bertangguh-tangguh dari hari gaji hari tu.. Susah hati, risau.. Semua ada.. Group-group whatsapp pun tak habis-habis menyebarkan berita yang mendatangkan perasaan panik.. Terpaksa mengalihkan perhatian dari media sosial terutama sekali whatsapp.. Memang Sha offkan hp.. Layan anak-anak, membaca dan menonton drama.. Penat tengok perkara yang mencetuskan perasaan panik asyik dikongsi di media sosial.. Mujurlah dekat Facebook kebanyakkan kawan-kawan Sha happening dan positif.. Mana yang negetif semua Sha hide.. 

Tapi ada juga yang menggembirakan Sha semalam.. Dibawah ini..

Pagi bangun tengok ada email notification dari PNM elib.. Bila buka terus rasa nak lompat bintang.. 3 buku terhangat dah available untuk dipinjam.. Akhirnya.. Dapat juga baca Couple oleh Anna Lee, Projek Athena oleh Syeraho dan Da'i Disruptor oleh Muharikah.. Terbaiklah PNM elib.. Pilihan buku yang makin ohsem.. Lepas baca jangan lupa tinggalkan review dan bintang di Goodreads sebagai sokongan kepada penulis..

8 comments:

  1. Kesian krjaan, penat uruskan covid19, nk uruskn fake news, scammers lg..

    ReplyDelete
  2. bagusnya kalau saya pun macam akak yang suka membaca.. sayangnya saya jenis memilih bahan bacaan dan genre tertentu yang takan buat saya tido. hurmm..

    kalo tak mesti saya x bosan MRO ni.. sbb saya boleh membaca..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tempoh PKP ni. Aamiin

    ReplyDelete
  4. samalah..kurangkan jugak online sebab banyak jugak benda negatif yang buat fikiran runsing. tu belum campur cerita remeh macam netizen kecam artis.

    ReplyDelete
  5. banyak benda tak baik tersebarkn kak...duk umh elok2,..hehe

    ReplyDelete
  6. penat nak tunggu turn baca e-book ni

    ReplyDelete
  7. Eloklah tangkap je yg mentaliti macam bdk kecil.tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »