Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha macam nak putus asa dah sebenarnya.. hahaha.. Sha beli kurma ini betul-betul lepas gaji.. Patutnya hari Khamis dah sampai sebab Shoppe bagi jaminan 2 hari penghantaran.. Tapi dari hari Rabu tak berjaya dikutip courier sampailah Khamis petang jam 5 lebih baru berjaya dikutip courier.. Jumaat petang selamat smapai ke tangan Sha.. Oleh kerana tak menepati 2 hari penghantaran, dapatlah Sha voucher RM5.. kikiki.. Selamat dah beli sambal lagi..
Kurma dan sambal ini memang kena ada bila bulan puasa.. Alhamdulillah kurma yang Sha beli ini kurma baru, tak ada bau hapak ke apa.. Selain itu Sha beli juga buku tapi buku apa biarlah rahsia.. kikiki.. Buku tu untuk Sha tambah ilmu.. Kebetulan nampak betul-betul masa hari gaji, Sha belilah satu.. Sha kongsikan disini persiapan yang biasa-biasa sahaja..
Dua balang kurma Safawi dan sebungkus kismis.. Kurma Safawi ini Sha beli dua jenis.. Satu jumbo dan satu lagi AAA.. Sha lebih suka yang jumbo sebab lebih kering berbanding AAA tu dia lembut sikit.. Kismis tu memang bestlah sebab saiz jumbo.. Kismis tu saja Sha beli sebab lama tak beli..