Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha beli jajan ini dekat pasar pagi.. Ada 6 jenis jajan yang Sha pertama kali cuba.. Sebelum ini nampak dekat media sosial ja.. Tak sangka pula dekat pasar pagi ada jual.. Boleh beli sikit-sikit untuk cuba dahulu.. Kalau sedap baru kita beli pek besar.. Setakat ini yang sedap pada lidah Sha, konafetto dengan Peppinez..
Roshen Konafetto Cocoa, Roshen Crazy Bee, Tasty Chocolate, TwinFish Toborone, Peppinez Sour Candies dan Sour Kube..
TwinFish Tobo One Center Filled Triangular Wafer Bar (1 - 50 sen) - Sedaplah biskut dia sebab ada inti dekat bahagian tengah.. Sha beli rasa susu, coklat dan strawberi..
Roshen Peppinez Sour filled candies (3 biji - RM1) - Rasa dia masam betul.. Ada 3 rasa iaitu epal (yang warna hijau ini), blueberry (ungu) dan cherry (Merah)..
Roshen Crazy Bee (3 biji - RM1) - Gummy kenyal dan dalam dia ada sirap.. Okaylah rasa buah-buahan..
Tasty Chocolate (RM1 - 2pcs) - Coklat bentuk sudu dan garfu.. Rasa coklat susu yang agak manis tapi rapuh.. Comel ja bentuknya..
Sour Kube (RM1 - 2 pek) - Gula-gula rasa buah strawberi dan anggur yang bersalut serbuk masam.. Tapi tak adalah masam melampau.. Okay ja.. Sedang-sednag ja masam dia.. Gula-gula tu rasa kenyal bila dikunyah..
Konafetto tu suka. Beli kat mekah eh sedap. Terus jadi kesukaan mencari kat sopee
ReplyDeleteWahhh..Menarik ni...Sy dah lama x pegi pasar pagi =D
ReplyDeleteLama tak beli jajan 🤭
ReplyDelete