Assalamualaikum..
Hye semua..
Elok ja pagi tadi memandu dari Behrang nak ke Negeri Sembilan.. Perjalanan lancar tanpa kesesakkan.. Alih-alih sampai dekat km 281.9, motor keluarkan bunyi pelik.. Bila berhenti untuk tengok, rupanya tayar belakang pecah teruk.. Nak dijadikan cerita berjalanlah kejap Sha sementara encik suami gerak ke kawasan yang redup sikit.. Kelakar pula bila kereta dan motor lalu lalang duk pandang-pandang..
Sha telefon PLUS untuk minta bantuan.. Kena tunggu dalam 30 minit.. Kalau ikutkan PLUS mereka memang tak boleh nak bantu banyak.. Encik suami minta tolong untuk tumpangkan Sha dan escort ke R&R Seremban ja.. Selebihnya encik suami dah uruskan.. Beliau minta tolong rakan yang tinggal berdekatan..
Berhenti selepas dengar bunyi pelik..
Berjalan menuju ke tempat redup sebelum Sha telefon PLUS untuk minta bantuan..
Menunggulah kita sekejap..
Tumpang kereta Peronda PLUS ke R&R Seremban untuk lebih selamat..
Melepaklah sekejap kita di R&R Seremban sementara tunggu towing dan kawan encik suami..
Beli air dari mesin Tao Bin ini.. Air Thai Lime Tea (RM3.60)..
Selamat naik Triton untuk ke Banting.. Nak naik kan motor dan ikat ni pun makan masa lebih kurang 20 minit jugalah.. Bayar RM220 untuk towing..
Kita tinggal Belalang Tempur dekat rumah kawan encik suami.. Bawa balik tayar belakang yang pecah ja.. Kawan encik suami bagi pinjam kereta dia untuk kami gunakan..
Singgah R&R Sg. Buloh top up Touch n Go dan beli donut untuk anak-anak.. Sempatlah Sha cari roti Sunshine juga..

























Uwaaah mahal juga towing nya kaak ๐ ๐ . Tak ada yg gratis kah? Di sini gratis utk towing. Tp kalau di Indonesia, motor tak boleh masuk jalan tol. Hanya mobil dan truck saja.
ReplyDeleteLaaaa nasib baik xde yg cedera.. Ye la seriau gak kalau tayar pecah or meletup tiba2 ni... Alhamdulilah merasa juga naik triton plus eh ๐
ReplyDeleteNasib juga suami ada kawan yg bole membantu setelkan... Berapa lama plak tu nak tgu motor di repair?
Allahuakbar..Mujur alert dgn bunyi pelik tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua selamat...mujur ada kawan boleh tolong.
ReplyDeleteAduhai, dugaan betul bila tersadai dekat lebuhraya! Nasib baik bantuan tunda kereta cepat sampai.
ReplyDeleteDugaan kali ni Sha ye ... Apapun syukur takde perkara buruk berlaku. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya utk si belalang tu
ReplyDeleteBenda nak jadi kan, mujur la dpt call peronda tu mintak tumpang ke rnr kan
ReplyDeleteNasib baik takde apa2. Selamat semuanya.
ReplyDeletenasib baik ada PLUS dengan kawan husband kak sha membantu. alhamdulillah dah selesai, tinggal nak tukar tayar je. pengalaman betul tu
ReplyDelete