Assalamualaikum..
Hye semua..
Hyniyah cuma mahu menghasilkan gaun pengantin yang cantik untuk menyertai pertandingan reka bentuk fesyen.. Tetapi apabila muncul seorang perempuan misteri yang menawarkan bantuan, maka bermulalah pelbagai perkara pelik.. Lebih menakutkan apabila bantuan itu datang dengan syarat manusia sebagai korban..
Pada masa yang sama, Hadif dan Zairi berdepan kejadian aneh selepas menemui sebuah kampung tinggal di dalam kawasan hutan.. Dua kejadian yang nampak berasingan, tetapi semakin lama semakin banyak persoalan yang timbul..
Gabungan dunia fesyen, mesin jahit, makhluk misteri dan kehilangan manusia memang agak luar biasa.. Ada juga watak baharu yang menambahkan lagi tanda tanya.. Cuma jalan cerita mula menjadi semakin kompleks, terutama apabila melibatkan watak dan garis masa yang berbeza.. Kena beri perhatian lebih sedikit supaya kita tak keliru semasa membaca..
Secara keseluruhannya, Sha masih enjoy dengan siri ini.. Misterinya semakin berkembang dan nampaknya rahsia Lembah Sendayan masih banyak belum habis dibongkar..
Sha baca dan selesai pada 29.11.2026..
Published April 28, 2025 by Penerbit-X

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..