Saturday, April 12, 2014

Berniaga

Lama dah x update aktiviti harian.. Sekarang nie tgh aktif meniaga kek.. Alhamdulillah, walaupun sampingan tapi pulangannya membantu mana yang kurang..
Seronok sebenarnya berniaga ni.. Saya buat jualan Coklat cheese kek, Tiramisu, Melty Choco's, Cheezy Merry, Cheesekuts ngn produk utama Coklat Moist Kek.. Idea nak buat nie datang masa hujung-hujung Nak abis cuti tanpa gaji.. Masa ni memang tgh popular kek keju leleh.. Nasib baiklah ada encik Google nie.. Cari punya cari terjumpalah camne nak buat cheese lelehnye.. Kek saya pakai kek coklat jer.. Itu jer pun yg reti.. hehehe.. Cuba jual dekat pentadbiran dan kewangan tempat keje.. Alhamdulillah laku... 
Bila letak dekat kantin pun alhamdulillah mendapat sambutan..
Zaman skrg nie mmg kena ada keje sampingan, kalau x mmg x cukup.. tambah2 kalau duduk kawasan yg taraf hidupnya tinggi.. semuanya nak duit..
 Antara kek yang saya jual..

Kalau duduk Area Tanjung Malim, Behrang dan Slim River bolehlah order ngn saya..
wassup/weechat/sms : 0192673703 (Sha)

Friday, April 11, 2014

Imani & Demam

Alhamdulillah...

Nur Imani dah 1 Tahun 1 Bulan.. Anakku yang no dua nie kerap diserang demam.. baru baik demam, x lama lepas tu dia demam lagi... Yang letih sebab bila dia demam dia akan sangat manja.. Dia juga pandai merajuk..
Hari sabtu (05.04.2014) Imani demam lagi tapi demam dia kejap ada kejap xde.. Bila malam jer suhu naik sampai 39.. Bagi ubat dia kebah, abis ubat dia demam balik..
Sudahnya hari selasa aku bawak dia pergi Klinik Ibu&Anak, Tanjung Malim. Alhamdulillah orang x ramai dan kami pun x lama menunggu.. Disebabkan dia demam dah agak lama, maka nurse amik darah dia.. Yang klakanya dia x nangis pun.. hehehe.. cuma merengek jer.. Lepas dapat keputusan ujian darah kami ke bilik doktor.. Alhamdulillah walaupun pada mulanya au x brape confident dengan doktor tu (Sebab dia nmpk sgt fresh, maksud aku baru lepas abis blaja) tapi aku suka cara dia menerangkan apa saja mengenai penyakit, ubatan dan juga keputusan darah.. Dari situ baru aku tau yg Imani kena jangkitan kuman yg agak tinggi..
Doktor tu bagi antibiotik untuk tempoh 5 hari.. Dia nak tgk reaksi anak aku terhadap ubat tu.. Kalau masih tinggi suhunya bila malam aku kena dtg blk untuk amik darah dan tindakan susulan, tapi kalau dia ok next week still kena amik darah nak tgk jangkitan tu kurang ataupun tidak..

Imani.. masa baby, kuningnya x tinggi tapi turun dengan kadar yg sgt perlahan so kena amik darah setiap hari.. Kemudian demam.. kerap juga..

Usia 6 bulan dah kena demam campak.. Abis demam campak dia kena eczema pula.. Belum reda eczema kena jangkitan kudis buta.. Alhamdulillah dgn usaha dan tawakal pada Allah kudis buta dah makin ok..

Sekarang nie kena cari alternatif lain untuk kuatkan antibodi badan dia dr diserang penyakit..
Nur Imani ku sayang...

Pasti Pra Tahfiz Al-Mawaddah

Alhamdulillah,

Amani dah 3 bulan lebih bersekolah di Pasti.. Seronok sangat dia ke sekolah.. Sesekali bila dengar dia baca doa makan sejuk rasa hati.. Walaupun belum betul lg tapi Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya dah ada bunyi.. Solat pun dia bersungguh nak buat.. wuduk pun dia da boleh amik.. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya yg asas dia dah ada..

Hantar dia dekat PASTI sebab nak dia ada asas agama yg kukuh. Selain tu dekat PASTI nie pada sebelah petang diorang ajar bebudak mengaji muqaddam dah memudahkan saya sebagai parents.. Kalau x nak kena cari pula guru mengaji kat area kuarters.. Yang kedua hantar pagi amik petang.. sama cam waktu kerja saya.. xyah nak transit2 dah.. Biar jauh sikit yang penting akademik, sahsiah dan rohaninya cukup..

Baju dan tudung seragam Sekolah PASTI

Beg sekolah keluaran PASTI

Yang ini Amani punya

Produk yang dibekalkan disekolah PASTI.. Selain ini, jus mangga ngn delima pun ada..

Antara lagu yang Amani belajar kat sekolah PASTI

Kompilasi 15 Lagu-lagu PASTI

01 - Pasti Cemerlang Islam Gemilang
02 - Pusat Asuhan Tunas Islam
03 - Mendirikan Solat
04 - Rukun Iman
05 - Rukun Islam
06 - Mari Gerakkan Badan
07 - Mari Belajar Vokal
08 - a, e, i, o, u
09 - Mari Kenal Abjad
10 - Kenal Angka
11 - Menjumlah Angka
12 - Operasi Tambah
13 - Alif, Ba, Ta
14 - Eja Jawi
15 - Wahid Ithnin Thalatha

Thursday, April 10, 2014

Drama Korea | God's Gift 14 Days

 
Korean drama..

Memang best kalau layan drama korea nie.. Sebab apa?? yang tu susah nak cakap sebab lain orang lain pandangannya.. Macam saya variety cite yg disampaikan memainkan peranan.. Contohnya cite nie.. Jalan cerita yg suspen.. Bermula dengan watak seorang ibu yg terlalu stirct dan tegas.. berubah kepada seorang ibu yg mula cuba memahami anak kecilnya hanya kerana satu peristiwa..

Peluang kedua diberi.. Si ibu berusaha melakukan segala-galanya demi menyelamatkan nyawa si anak.. Walaupun dia dikatakan gila hanya kerana peristiwa belum terjadi.. Kemudia plot cite semakin kritikal.. Pembongkaran rahsia demi rahsia yang sungguh mengejutkan.. Sekarang nie dah episod 12.. Saya download jer kat internet.. Rumah xde astro kan.. hehehe.. Memang worth it la kalau tengok.. Pelakon-pelakon dia walaupun xde yg handsome ataupun jambu tapi memang sangat best.. Kamu akan terpaku kerana jalan ceritanya bukan pelakonnya..

Sipnosis dia : - Kim Soo-hyun is a mother whose young daughter gets kidnapped and killed. She gets a chance to go back in time two weeks before the incident, and has to race to save her before she dies all over again

 Pelakon-Pelakonnya..
God's Gift - 14 Days-Lee Bo-Young.jpg God's Gift - 14 Days-Cho Seung-Woo.jpg God's Gift - 14 Days-Kim Tae-Woo.jpg God's Gift - 14 Days-Jung Gyu-Woon.jpg God's Gift - 14 Days-Kim Yoo-Bin.jpg
Lee Bo-Young Cho Seung-Woo Kim Tae-Woo Jung Gyu-Woon Kim Yoo-Bin
Kim Soo-Hyun Ki Dong-Chan Han Ji-Hoon Hyun Woo-Jin Han Saet-Byeol

Wednesday, April 9, 2014

Asam Pedas & Kari Kepala Ikan Kuala Kubu Bharu

Kuala Kubu Bharu

Sudah ramai yang bercerita mengenai asam pedas dekat Kuala Kubu nie.. Cuma hari tu baru berkesempatan nak singgah.. X sangka pula selain dari asam pedas ada juga kari kepala ikan..  Asam pedas dia aritu terlebih garam.. hehehe.. Tapi kari kepala ikan dia mmg tip top.. Sangat sangat mengancam.. harga pun ok..  Sebab sekali dgn nasi kan.. Dekat nasi tu ada sayur kobis ngn telur masin.. Sayur kureng sikit.. Yang lenlain mmg best.. Asam pedas dia ada ikan kembung dgn pari..  Jangan lupa sekiranya lalu or pergi Kuala Kubu Bharu singgahlah merasa ye.. Kedai nie betul2 berdepan dgn trafiq light nak ke kuala kubu.. tepi jalan jer.. Kalau x silap waktu operasinya dari pukul 11 pagi sampai tengah malam.. (Maaflah kalo silap..)

Selain daripada ini, ada satu gerai kat deretan kedai berdepan bus stand kuala kubu menjual tempe goreng cicah sambal kicap.. memang marvellous.. Rugi kalo x rase pada pengemar tempe..

Kari Kepala Ikan yang sangat best (RM15)

Asam Pedas Ikan Kembong

















Captain America: The Winter Soldier (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu punya cerita.. Keluar dating dengan my hubby.. Berdua jer.. kami tgk cite nie..
Best dan menarik.. Bermula dengan aksi dan habis dengan penuh emosi.. Pergh... mmg thumbs up r.. Cuma ada sedikit kekurangan.. bukan pada jalan cerita or anything just rambut si Black Widow tu jer... Bila dia buat rambut camtu dia nmpk sgt tua dan sangat x cantik.. Yang lain mmg ok r.. Pada yang belum tgk jgn lupa tgk ye..

Sipnosis :
After the cataclysmic events in New York with The Avengers, Steve Rogers, aka Captain America, living quietly in Washington, D.C. and trying to adjust to the modern world. But when a S.H.I.E.L.D. colleague comes under attack, Steve becomes embroiled in a web of intrigue that threatens to put the world at risk. Joining forces with the Black Widow, Captain America struggles to expose the ever-widening conspiracy while fighting off professional assassins sent to silence him at every turn. When the full scope of the villainous plot is revealed, Captain America and the Black Widow enlist the help of a new ally, the Falcon. However, they soon find themselves up against an unexpected and formidable enemy-the Winter Soldier.

Sunday, September 29, 2013

Sup Pak Choy bersama Cendawan Butang

Assalamualaikum..

Lama x share resepi kat sini... Arini masak simple jer... masak apa yang ada dalam peti ais...

Sup Pak Choy bersama cendawan butang

Bahan-bahan
1) Sayur Pak Choy
2) 3 cendawan butang (dihiris)
3) Bawang merah (dihiris)
4) Cili merah (Dihiris)
5) Sos Tiram
6) Garam secukup rasa
7) Air

Cara Memasak
1) Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan cili merah dan bawang merah yg dihiris halus..
2) Masukkan batang PakChoy dan cendawan butang, kemudian masukkan sos tiram.
3) Setelah mendidih, masukkan dauh pak choy serta garam secukup rasa dan biarkan mereneh selama seminit...

Siap.. bolehlah dihidangkan bersama nasi panas...



Tuesday, July 23, 2013

Kari Sardin

Assalamualaikum....

Selamat bersahur.. Hari ini menu sahur yg sangat simple.. tetibe en.hubby minta nak makan kari sardin lak.. 1st time buat naseb baek menjadi.. Bak kata chef Ammar "Masak dari hati Masak with Iman"...

Kari Sardin Simple

Bahan-bahan
1) 1 tin sardin
2) 1 biji bawang merah
3) 2 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) Setangkai daun kari
6) 2 cawan santan
7) 1 cawan air
8) 1 sudu asam jawa adabi
9) 1 peket rempah kari ikan adabi
10) 1 biji kentang
11) Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya
1) Hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari ditumis hingga naik bau.
2) Masukkan rempah kari ikan dan goreng garing. Setelah garing masukkan asam jawa dan air.
3) Masukkan kentang dan biarkan seketika. Setelah mendidih masukkan sardin.
4) Kacau sekejap, kemudian masukkan santan. Kacau sehingga mendidih dan kentang empuk.
5) Siap dihidangkan bersama nasi putih.

Monday, July 22, 2013

Kerabu Timun

Alhamdulillah.. selesai sudah bersahur..

Pagi nie makan kerabu timun, telur masin dan sambal tempe.. Pergh ngancam jiwa dan raga walaupun lauknya simple.. Sahur jer mkn nasi.. Berbuka makan kuih muih dan mee or spaghetti..

Kerabu Timun

Bahan-bahan
1) Timun (dibuang kulit dan dihiris-hiris. Bahagian tgh yg berbiji tidak diambil.)
2) Cili merah (dihiris)
3) Bawang Besar (dihiris)
4) Udang kering sedikit untuk perasa
5) Pati santan ikut berapa byk timun kita guna.

Cara Membuat
Campurkan semua sekali dalam satu bekas dan digaul. Siap untuk dimakan.
Kalau nak lagi sedap, buh dalam peti ais...
Seeloknya makan selepas dibuat... Maksudnya kerabu nie x tahan lama.. Sebab gunakan santan ye..

Malangnya gambar lupa nak ambil.. hehehe... Nanti kalau kasih ada wat lagi kasih amik gambarnya ye... Selamat Mencuba..

Friday, July 19, 2013

Bubur Biji Nangka

Assalamualaikum.. hari ini teringin lak nak makan bubur biji nangka.. Memula dulu pelik gak dgr namanya tapi bila makan sedap la pulak..

Kat bawah nie resepinya..

Bubur Biji Nangka

Bahan-bahan
1) Secawan tepung pulut
2) Satu sudu besar tepung beras
3) 1 biji kelapa (Diasingkan patinya)
4) 2 helai daun panda
5) Setengah cawan gula
6) Secubit garam
7) Air dan pewarna hijau secukupnya

Cara memasak
Gaulkan tepung pulut bersama tepung beras. Kemudian titikkan pewarna hijau mengikut kesukaan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung sehingga tepung tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk. Setelah itu, bentukkan tepung mengikut kesukaan.. Nak buat bulat2 boleh.. Buat panjang2 pun boleh. Setelah tepung siap dibentuk, Panaskan santan atas dapur, masukkan gula dan daun pandan.. Kacau hingga menggelegak. Setelah menggelegak masukkan tepung yang telah dibentuk. Kacau sehingga adunan timbul, kemudian masukkan pati santan. Kacau sehingga adunan timbul kesemuanya. Boleh dihidang masa berbuka atau minum petang.



Mee Kari untuk berbuka

Hari ini masak mee kari. Resepi di perolehi diSINI. terima kasih kepada tuan punya blog. Namun resepi beliau telah saya olah mengikut bahan yang saya ada. Resepi olahan saya seperti dibawah:-

MEE KARI
Bahan-Bahan:


8 biji bawang merah yang dikisar halus
3 biji bawang putih yang dikisar halus
1 peket serbuk kari daging/ayam
2 sudu besar cili giling@cili boh
1 bungkus mi kuning yang dicelur
Sawi, juga dicelur
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 keping tauhu yang dipotong kecil
1 keping kek ikan (fishcake) yang dipotong
4 biji bebola ikan (fishball) yang dibelah empat
Santan dari 1 biji kelapa
Sedikit air
200 gram isi kerang
300 gram ayam/daging yg dipotong kecil

Sekarang cara membuatnya:
1. Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.
3. Setelah, kedua-duanya masak dan berwarna agak gelap sedikit, masukkan air asam jawa, daging/ayam dan 1/4 daripada santan kelapa.
4. Biar sehingga daging/ayam empuk.
5. Kemudian masukkan kerang, tauhu, kek ikan, bebola ikan dan baki santan tadi. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak.

6. Masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.



Kek Batik Simple

Assalamualaikum... lama dah x update blog nie.. hehehe... Hari ini dah masuk Ramadhan ke-3.. Sejak jadi surirumah sepenuh masa nie, keinginan utk memasak pelbagai juadah membuak-buak tambahan pula suami x suka berbuka dgn nasi.. So semlm masak meehoon sup.. Resepi ringkas dan simple jer... Sempat gak wat kek batik semalam.. Resepi di perolehi dari SINI. Thanks pada tuan punya blog yg berkongsi resepi yg sgt mudah dan ringkas.. xsampai 1/2 jam pun untuk memasaknya...

Bawah nie hasilnya.. dapat dua bekas sebenarnya.. satu dah habis.. hehehe.. kat sini saya share resepinya..

 Yang nie pakai biskut cream cracker

yang nie guna biskut marie..


Resepi Kek Batik.
Dari Blog : http://koleksiresepiyus.blogspot.com

Bahan-bahan:
- 1 biji buttercup
- 1 tin susu pekat manis
- 1 cawan koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 2 peket biskut marie (patahkan 4 bahagian)


Cara Buat:
1. Masukkan koko, gula dan air panas dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
2. Cairkan butter dalam kuali.
3. Masukkan susu pekat manis serta bancuhan koko dan gula tadi.
4. Kacau sebati dengan api perlahan.
5. Setelah adunan menjadi pekat, masukkan biskut marie.
6. Biarkan seketika sehingga biskut menjadi lembut.
7. Padamkan api, masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan mampatkan.
8. Biarkan sejuk dulu.
9. Simpan dalam peti ais selama 4 jam atau semalaman.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com