Thursday, September 10, 2015

#1 Perkahwinan Kedua Dalam Keluargaku

Alhamdulillah..
05.09.2015

Assalamualaikum..Selamat sudah majlis perkahwinan adikku..
Walaupun dugaan datang melanda tapi Alhamdulillah semuanya sudah berakhir..
Sesungguh perancangan Allah itulah yang sebaik-baiknya.
Walau bermacam dugaan yang mendatang, namun majlis berjalan dengan lancar..
Terima kasih pada saudara mara yang menyokong dan membantu kami sepanjang majlis berlangsung. Tanpa kalian pasti kami terkontang kanting..

Meh layan gambar..

Upacara membatalkan wuduk..

Adik menyerahkan mas kawin dan memakaikan rantai tangan

Hantaran Pengantin

Sebelah malam ada upacara berinai..
Sekadar suka-suka.. Diiringi alunan rebana dan pencak silat..

Wednesday, September 9, 2015

#1 Novel Cinta dan Romantik Komedi

Assalamualaikum..
Mari release tension dgn membaca..
Membaca jambatan ilmu..
Membaca juga mampumembuatkan anda bergelak ketawa dan bersuka ria..

1. Awek Pisang Goreng oleh Syah Shah
Kalau nak release stress, silalah baca novel ini.. Novel ini mampu menbuat anda ketawa dan senyum sorang.. Saya suka cara penulis yang menggunakan loghat utara dalam penceritaan beliau.. Menambah keseronokkan membaca.. Cerita yang bagus walaupun simple dan sempoi. Masih lagi berpegang pada Islam. Ada kebaikan dalam nibel ini yang boleh pembaca ambil sebagai panduan.
Detail Penulis:-
Blog : Tulis-tulis Suka-suka
FB : Syah Shah

2. Cintaku 100% oleh Nozi Danisya
Ulasan saya : Novel mengenai cinta yang tidak leterlaluan.. Menarik sebab menerapkan elemen Agama Islam. Hubungan cinta kerana Allah. Penyatuan dua keluarga yang punya pegangan agama berbeza. Pencarian dalam kesamaran.. Ikatan suami isteri yang sangat istimewa. Terselit juga sediki mengenai poligami. Pengorbanan seorang suami dan kasih seorang isteri. Sedih jugalah bila baca. Prepare tisu jellah..

3. Panggil Aku Kiah oleh Liza Nur
Ulasan Saya : Novel yang mengajar bahawa tidak selamanya kita akan diatas.. Sifat merendah diri sangat pentung walau siapapun kita. Ketaatan pada ibu bapa patut menjadi pegangan hidup. Bersamanya, kukenal erti kasih. Di sebalik kenakalannya yang menguji. Di sebalik keangkuhan dan sifat degilnya. Kasihku bertuar menjadi cinta. Cinta yang terlalu luas, bagaikan lautan yang tidak bertepi.


Wordless Wednesday #18


Tuesday, September 8, 2015

Lawatan ke Perpustakaan Desa

Assalamualaikum..
Moh kite menambahkan ilmu..
Pada hari Jumaat (28.08.2015) yang lepas, sha dan officemates ada buat lawatan ke Perpustakaan Desa di Kg. Poh, Bidor. Seriously tempatnya memang tenang dan aman.. Sesuai sangat untuk membaca.. 
Koleksi buku-buku terkini pun banyak.
Jadi tunggu apa lagi.. Moh le singgah..

Sematkan dihati membaca itu budaya yang sihat.. Pupuklah minat membaca dikalangan kita.. Cewah.. berkempen pula..

Tempoh peminjaman : 2 minggu
Jumlah peminjaman bahan : 4 buah




Alamat : Kampung Poh Tambahan, Perak, 35500 Bidor, Malaysia

No Telefon : 05-418 9100

Monday, September 7, 2015

Carta Tukang Komen Terhangat #September2015


Assalamualaikum..
Carta kembali lagi.. Maaflah lambat penyiarannya.. Semoga akan terus sudi menyinggah di blog saya dan meninggalkan komen..
Terima kasih sangat-sangat sebab sudi singgah dan tinggalkan komen diblog saya yang biasa-biasa ini.
Kunjungan anda sangat-sangat saya hargai..
Mereka ini semua adalah dari geng #bloggerutara ..

Jom kita Terjah Mereka..
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH
Dunia Zumal
Siti Nurzafirah
el
Murniwati Awang
Cik Ash
aRz MoHa
cikpinz
husna zahidi
zai zamree

Sunday, September 6, 2015

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Assalamualaikum..
Tempat menarik yang sha ingin kongsikan kali ini terletak berdekatan dengan Bank Negara..
Seriously tempat ini memang sangat menarik..
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ditempatkan di dalam bangunan Sasana Kijang yang terletak di Jalan Dato’ Onn dan ianya merangkumi empat aras. Puas owh kalau datang melawat kat sini..
Kalau datang hari biasa (Isnin-Jumaat) boleh request Lawatan Berpandu dan juga Taklimat.
Hari Sabtu & Ahad tidak ada Lawatan Berpandu tapi ada taklimat ringkas selama 15 minit.. 
Sha sempat singgah Terowong Sejuta di Galeri Kanak-kanak.. Memang menarik..





Berikut merupakan maklumat lanjut untuk berhubung dengan pihak muzium..
No Fon : +603 9179 2784
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang, tutup pada 3 hari pertama Hari Raya Aidilfitri

Saturday, September 5, 2015

Bila Amani & Imani Naik Bas

Assalamualaikum..
Salam sejahtera.. semoga semua pembaca sehat-sehat belaka..
Sesekali Hubby Sha pasti akan ajak kami follow dia g kerja.. Itupun kalau perjalanannya dekat dan tidak memakan masa.. Apa lagi excited la Amani dan Imani sebab dapat naik bas..My Hubby kerja sebagai pemandu di Politeknik.

Teruja naik bas panjang.

Kami ke Proton City menaiki Coaster.

Friday, September 4, 2015

Lawatan ke Royal Selangor

Assalamualaikum..
Moh le jenjalan..
Rabu 27.08.2015, sha ada singgah Royal Selangor dekat Setapak..
Tujuan asal nak amik chokmar PSAS.
Bila dah datang terus minta tour guide..
First time jejak kaki kat sini..
Kaminya guide memang sempoi dan sporting..

Menariknya disini ialah kita boleh tengok secara berdepan, pekerja-pekerja dia wat kerja..
Lawatan sambil belajar yang sangat menarik.. Kalau rasa cam nak beli cenderahati, silalah bawa RM yang banyak ye.. hehehe.. sha tengok jellah..

Jom layan gambar pula..

Work station mereka..

The World's Largest Pewter Tankard

Workshop 1 : School of Hard Knocks
Dekat bahagian nie kita akan diajar cara membuat pewter dish menggunakan cara tradisional seperti hammer dan wooden mould.
Masa : 30 minit
Penghujung 30 minit, mereka akan bagi sijil, apron dan pewter yg kita buat untuk bawa balik. Bayaran RM60 (tidak termasuk gst)

Wbat is pewter?

Proses membuat produk dari pewter.

Cafe.
Makanan best kat sini.. Harga boleh tahan.

Maklumat lanjut mengenai Royal Selangor
Alamat : 4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300, Kuala Lumpur.

GPS Coordinate : 3.196.101.724

Waktu Operasi : Isnin-Jumaat dan Cuti Umum
9.00 am - 5.00 pm

Thursday, September 3, 2015

Koleksi Novel Seram Dan Misteri #1

Assalamualaikum..

Lama rasernya x berkongsi novel-novel menarik dengan pembaca semua..
Membaca memang dah jadi hobi dan minat saya..Ianya satu pelarian dari dunia realiti..Dengan membaca saya boleh berimaginasi semaunya.. Sebab tu ada sesetengah novel hanya sesuai dibaca bukan dijadikan drama ataupun filem..

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa buah novel seram dan misteri secara serentak kepada pembaca semua..Ingat ye, ini hanyalah pendapat saya.. Sekiranya tidak bersetuju, tidak mengapa.. Jangan jadikan pendapat saya sebagai halangan untuk anda membaca.. Lain orang, lain penerimaannya..


1. Misteri Telaga Tun Bratma : Radzemah Bolhassan
Ulasan Saya : Novel yang agak bercelaru.. Pembacaan haruslah berhati-hati, jangan sampai tertarik dengan kekeliruan yang disampaikan. Menariknya Novel ini adalah pada sejarah lama Etnik Melanau di Sarawak, mengenai Telaga Tum Bratma.. sedikit demi sedikit misteri mula terungkap.. Satu persatu persoalan mula terurai.. Nangka bukanlah penyebab tetapi sifat riak dan takbur manusialah yang menjadi punca sebenar.

2. Kasih Vila Cinta : Haiza Najwa
Ulasan Saya : Berkisar mengenai Teratak Kilau yang dikatakan menjdi tempat tinggal makhluk halus.. Kedatangan rombongan pelajar UPM berkampung di Vila mula merungkai misteri. Kematian yang dikatakan berpunca daripada Teratak Kilau menjadi punca misteri.. Perempuan yang disangka gila dan dikurung dalam stor dan tanpa sedar telah menjadi mangsa rogol..Siapa dan Mengapa telah mula menyebabkan pelajar-pelajar tu menyiasat.. Kisah cinta dan Misteri yang menyelubungi Vila Teratak Kilau mula terungkai.. (Pesanan saya bacalah dengan teliti, kalau x memang xkan faham cerita dalam novel ini. Penghujung novel ini akan menemukan anda dengan satu penemuan yang menggeramkan anda.)

3. Hingga Hujung Waktu : Saidee Nor Azam
Ulasan Saya : Cinta sejati dibawa mati.. Kehilangan yang penuh misteri.. Jam Antik yang menjerit tepat jam 12malam.. Kematian demi kematian.. Penyiasatan pada satu kehilangan akhirnya membongkar rahsia yang lebih besar.. Mereka yang tidak bersalah akhirnya menjadi mangsa. Watak utama mati setelah berjaya membongkar rahsia. Menarik dan penuh misteri.. Novel yang berakhir dengan kematian pada watak utamanya..

4. Biar Mereka Tahu : Raden Puteri
Ulasan Saya : Cerita mengenai amalan syirik dan khurafat yang sangat menjijikkan.. Menyekutukan Allah walaupun tahu perkara tu salah. Kelebihan dan Keistimewaan yang dikurniakan Allah untuk mengetahui perkara yang bakal berlaku melalui mimpi. Hubungan keluarga yang hancur akibat ketidakpercayaan seorang ayah dan ketakutan seorang ibu.. Mencari kasih sayang yang hilang. Melalui penderitaan secara berseorangan tanpa sokongan keluarga memang menyakitkan.. Cerita yang penuh dengan teladan dan mistik. Sila jangan terpengaruh, jadikanlah pedoman bukan ikutan.. Sekiranya tidak kuat, janganlah baca.. Kerana bisa mengganggu emosi..

Wednesday, September 2, 2015

Wordless Wednesday #17


Makan Best di Behrang

Assalamualaikum..
Saya nak kongsi tempat makan menarik di Behrang..
Makanan dari negeri Kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Laksam dan yang seangkatan dengannya..
Baru masuk minggu ketiga beroperasi..
Makcik nie meniaga di pasar malam sebelum ini, dan kini masih lagi meniaga di pasar malam walaupun susah mula meniaga di gerai.. Beroperasi dari pagi hingga jam 3 petang..
Lokasi gerai nie kalau dari Slim River terletak di sebelah kanan selepas Sekolah Menengah Agama Slim River..
Manakala kalau dari Tanjung Malim pula, terletak di sebelah kiri selepas Politeknik Sultan Azlan Shah..
Turut menerima tempahan..



Update terkini :  Kedai nie dah x beroperasi.. Tukang masak xde katanya..
Tapi still boleh makan makanan makcik nie dekat Pasar Malam Behrang 2020 (Selasa) dan Pasar Malam Tanjung Malim (Sabtu)

Tuesday, September 1, 2015

Masimo - Chiffon in a cup

Assalamualaikum..
Meh sha share makanan ringkas untuk minum petang..Buat makan masa breakfast pun ok juga.. Tambah2 untuk mereka yang sibuk dan berkerjaya..
Makanan itu ialah.....
Chiffon in a cup keluaran Masimo..
Ada dua perisa iaitu Classic dan Mocha..
Feveret saya Mocha.. Makan pula bersama neslo.. Pergggh!!!Memang x pandang kiri kanan dah.. hehehe..
Rasanya yang gebu, lembut dan sedap membuatkan ianya makanan segera yang paling ringkas dan cepat untuk dimakan..

Mocha & Classic
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com