Shoplinks.Asia

Thursday, September 3, 2015

Koleksi Novel Seram Dan Misteri #1

Assalamualaikum..
Lama rasernya x berkongsi novel-novel menarik dengan pembaca semua..
Membaca memang dah jadi hobi dan minat saya..Ianya satu pelarian dari dunia realiti..Dengan membaca saya boleh berimaginasi semaunya.. Sebab tu ada sesetengah novel hanya sesuai dibaca bukan dijadikan drama ataupun filem..

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa buah novel seram dan misteri secara serentak kepada pembaca semua..Ingat ye, ini hanyalah pendapat saya.. Sekiranya tidak bersetuju, tidak mengapa..Jangan jadikan pendapat saya sebagai halangan untuk anda membaca.. Lain orang, lain penerimaannya..


1. Misteri Telaga Tun Bratma : Radzemah Bolhassan
Ulasan Saya : Novel yang agak bercelaru.. Pembacaan haruslah berhati-hati, jangan sampai tertarik dengan kekeliruan yang disampaikan. Menariknya Novel ini adalah pada sejarah lama Etnik Melanau di Sarawak, mengenai Telaga Tum Bratma.. sedikit demi sedikit misteri mula terungkap.. Satu persatu persoalan mula terurai.. Nangka bukanlah penyebab tetapi sifat riak dan takbur manusialah yang menjadi punca sebenar.

2. Kasih Vila Cinta : Haiza Najwa
Ulasan Saya : Berkisar mengenai Teratak Kilau yang dikatakan menjdi tempat tinggal makhluk halus.. Kedatangan rombongan pelajar UPM berkampung di Vila mula merungkai misteri. Kematian yang dikatakan berpunca daripada Teratak Kilau menjadi punca misteri.. Perempuan yang disangka gila dan dikurung dalam stor dan tanpa sedar telah menjadi mangsa rogol..Siapa dan Mengapa telah mula menyebabkan pelajar-pelajar tu menyiasat.. Kisah cinta dan Misteri yang menyelubungi Vila Teratak Kilau mula terungkai.. (Pesanan saya bacalah dengan teliti, kalau x memang xkan faham cerita dalam novel ini. Penghujubng novel ini akan menemukan anda dengan satu penemuan yang menggeramkan anda.)

3. Hingga Hujung Waktu : Saidee Nor Azam
Ulasan Saya : Cinta sejati dibawa mati.. Kehilangan yang penuh misteri.. Jam Antik yang menjerit tepat jam 12malam.. Kematian demi kematian.. Penyiasatan pada satu kehilangan akhirnya membongkar rahsia yang lebih besar.. Mereka yang tidak bersalah akhirnya menjadi mangsa. Watak utama mati setelah berjaya membongkar rahsia. Menarik dan penuh misteri.. Novel yang berakhir dengan kematian pada watak utamanya..

4. Biar Mereka Tahu : Raden Puteri
Ulasan Saya : Cerita mengenai amalan syirik dan khurafat yang sangat menjijikkan.. Menyekutukan Allah walaupun tahu perkara tu salah. Kelebihan dan Keistimewaan yang dikurniakan Allah untuk mengetahui perkara yang bakal berlaku melalui mimpi. Hubungan keluarga yang hancur akibat ketidakpercayaan seorang ayah dan ketakutan seorang ibu.. Mencari kasih sayang yang hilang. Melalui penderitaan secara berseorangan tanpa sokongan keluarga memang menyakitkan.. Cerita yang penuh dengan teladan dan mistik. Sila jangan terpengaruh, jadikanlah pedoman bukan ikutan.. Sekiranya tidak kuat, janganlah baca.. Kerana bisa mengganggu emosi..

8 comments:

  1. teringin nak baca tapi takut nanti teringat2 pula

    jemput singgah ke blog yong ye
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Rajinnya baca novel. Dulu masa study rajin gak. Sekarang ja malas nak baca novel.

    ReplyDelete
  3. uish.. banyaknya koleksi...

    novel seram.. suka sangatttt...

    ReplyDelete
  4. banyaknya novel misteri..Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..kikiki

    ReplyDelete
  5. tak pernah baca novel mistik..

    ReplyDelete
  6. alamak... ini lagilah CT tak baca..
    tak lena gamaknya..

    ReplyDelete
  7. lama xbaca novel. makin busy sha. semua ni genre seram mistik la.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI