Tuesday, January 12, 2016

Sultan Perak Isytihar Muallim Daerah Perak ke-11



TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengisytiharkan daerah baharu iaitu Daerah Mualim yang berkeluasan 93,435 hektar bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda di sini hari ini.

Daerah Mualim merupakan daerah ke-11 terdiri daripada tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur yang meliputi bandar Tanjung Malim, Slim dan Proton City.

Turut berangkat sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Dihilir Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A’fifulah Shah.

Baginda bertitah bahawa perkataan mualim berasal daripada perkataan Arab, perkataan yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan, bermaksud orang yang ahli dalam agama.

“Negeri Perak Darul Ridzuan kini mempunyai daerah pentadbiran kesebelas yang telah Beta perkenan, dinamakan Daerah Muallim.

“Nama tersebut amat bertepatan diabadikan kepada daerah ini berdasarkan latar belakang tertentu sejarah. Di daerah inilah, Sultan Idris Training College atau SITC telah dirasmikan pembukaannya oleh Sir George Maxwell pada 29 November 1922.

“SITC ialah pusat ilmu, pusat pengajian tertinggi tempatan untuk anak Melayu pada era pra merdeka, dibangunkan untuk memberi latihan perguruan kepada anak-anak Melayu yang berlatar belakang persekolahan dalam bahasa Melayu,” titah baginda pada Majlis pengisytiharan daerah tersebut telah berlangsung di Majlis Daerah Tanjung Malim di sini hari ini.

Titah baginda lagi, Daerah Muallim diharap akan menjadi salah sebuah daerah yang termaju dengan adanya pemimpin, pentadbir serta penduduknya untuk menjadikan negeri Perak, sebuah negeri yang aman dan berjaya.

Titah Baginda lagi, perancangan pembangunan daerah Muallim sewajibnya berupaya memenuhi keperluan penduduk daerah ini, terutama kemudahan-kemudahan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan.

“Salah satu isu penting yang amat wajib diberikan perhatian, baik oleh pihak kerajaan lebih-lebih lagi oleh pihak pemaju, adalah keperluan perumahan rakyat.  Istilah ‘rumah mampu lihat dan bukan mampu milik’ semakin disuarakan oleh rakyat berpendapatan rendah lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu dan bumiputera.

“Pemaju hartanah, kelihatan dan dianggap lebih berminat membina rumah harga mahal untuk mengaut keuntungan besar.

“Rumah-rumah yang siap dibina, dijual pada harga di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan.  Pemaju kelihatan lebih berminat membangunkan rumah dengan harga mahal untuk dijual kepada bukan warganegara dan aktif melakukan promosi jualan di kalangan hartawan di luar negara,” titah baginda lagi.

Titah baginda, kepentingan perniagaan jangan sampai ke peringkat mengakibatkan warga kehilangan hak di buminya sendiri, iaitu diibaratkan seperti berakhir dengan menerima nasib ayam kelaparan di kepuk – itik kehausan di air, disebabkan perbuatan dagang lalu ditanakkan.

“Bumi dan negeri ini wajiblah mengutamakan warganya sendiri.

“Negara juga titah baginda wajib berhati-hati dan meletakkan kepentingan jangka panjang untuk melindungi daripada berlakunya sekali lagi penjajahan di bumi merdeka ini melalui instrumen pemilikan hartanah; dan pada akhirnya peribumi merintis sendiri kerana bumi dipijak milik orang,” titah baginda.

Terdapat lapan buah penempatan utama daerah Perak Tengah Selatan dalam daerah tersebut iaitu antaranya Slim River, Tanjung Malim, Behrang 2020, Behrang Station, Trolak Pekan dan Slim Village.

Petikan ini dari laman web PerakToday.
Boleh juga baca di Laman web Berita Harian Online.
Isnin, 11 Januari 2016 @ 11:31 AM Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113170
Isnin, 11 Januari 2016 @ 11:31 AM Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113170
Isnin, 11 Januari 2016 @ 11:31 AM Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113170
TANJUNG MALIM: Daerah Muallim hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah baharu, menjadikannya daerah ke-11 di Perak. Pengisytiharannya disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), pagi ini. Daerah ke-11 itu diwartakan pada 1 Oktober tahun lalu selepas mendapat kelulusan Kabinet pada 10 April 2015 manakala Sultan Nazrin memberi perkenan Muallim sebagai nama daerah baharu berkenaan. Pengwujudan daerah baharu itu adalah susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kira-kira tiga tahun lalu untuk menaik taraf daerah kecil Slim River/Tanjung Malim kepada daerah penuh. Kawasan berkeluasan 93,434.65 hektar itu meliputi tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur dengan antara kawasan terbabit seperti Tanjung Malim, Trolak, Slim, Proton City dan sebahagian Behrang yang sebelum ini berada dalam pentadbiran daerah Batang Padang. Daerah yang berkepadatan penduduk 69,639 orang itu berada dalam Parlimen Tanjung Malim dengan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Slim dan Behrang. Sultan Nazrin bertitah, perkataan Muallim diambil daripada perkataan Arab berkaitan ilmu dan ilmuwan yang bermaksud orang yang ahli dalam bidang agama. Ia bertepatan dengan nama Muallim sebagai nama daerah ini berdasarkan sejarah penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di sini pada 29 November 1922. "SITC menjadi pusat ilmu dan pengajian tinggi tempatan untuk anak Melayu era pra-merdeka. "Di sinilah lahir cerdik pandai Melayu yang meniupkan nasionalisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan," titah baginda. Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam ucapannya berkata, pembentukan daerah baharu itu adalah cerminan usaha kerajaan untuk memastikan pembangunan di Perak tidak tertumpu di kawasan tertentu, sebaliknya di segenap pelusuk negeri. Beliau berkata, daerah itu diharap bukan hanya merangkumi pembangunan fizikal tetapi mempunyai roh keilmuan selaras kedudukannya yang pernah menjadi tempat golongan bijak pandai melontarkan ilmu dan menanam semangat patriotik. Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah. Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Daerah Muallim, Nor Sham Rahman.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113170

AGM PUSPANITA PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..Ini #throwback entry..
Mana yang kerja kerajaan mesti tau pasal PUSPANITA nie kan..
PUSPANITA = Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia.
Sha joint jadi ahli biasa je.. X aktif pun..
Sekadar nak cukupkan syarat untuk letak dalam LNPT dan SKT..

Biasanya awal tahun mesti ada AGM nie..
Kali ini katanya ada doorgift menarik..
Jemputan telah diedarkan bermula pada 31.12.2015 lagi..


Selain dari AGM PUSPANITA, turut diselitkan Kursus Penjagaan Kesihatan selama 1 jam 45 minit dengan diambil kira sebagai 1 hari berkursus.. Alhamdulillah, dapat dah satu hari.. Tinggal 11 hari lagi nak cari.. Kursus Penjagaan Kesihatan ini dibawakan oleh Medifeet (Medical Health Shoes Solutions). Kasut yang direka untuk menjaga kesihatan katanya..

 Kasut-kasut yang dijual.. Ohsem dan lawa-lawa..
Teringin juga nak beli.. Berkenan ngn satu design nie tapi nantilah kot...
X berjaya bodek Encik Suami untuk belanja.. Wakakaka..
 
 Pengarah tengah bagi ucapan Perasmian..

 X ramai yang datang... X samapai 50 orang pun..
Sedihkan..

Masa sesi soal jawab ada satu soalan cepu mas..
Soalan yang ditanya ialah "Apakah kelebihan yang boleh PUSPANITA PSAS berikan pada staf selain yang dah termaktub dalam PUSPANITA Kebangsaan?" Pergh!!!
Selain itu ada juga maklumat yang disampaikan mengenai bantuan kewangan kepada ahli yang mempunyai anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA @ IPTS. Bantuan pendahuluan kemasukan ke IPTA @ IPTS.. Tapi x pasti la pula sama ada bantuan itu diberikan tanpa bayaran balik atau kena bayar balik.. Xde penjelasan.. Kepada yang membaca, kalau tau bolehlah share kat sini ye..

Monday, January 11, 2016

Novel | Kalau Dah Jodoh oleh Elee Mardiana

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. berjaya gak beli Novel karya kak Elee Mardiana nie..

ULasan Sha untuk novel Kak Elee Mardiana:-Novel yang sangat menarik dan penuh pengajaran.. Betullah kata orang bila bercinta semuanya indah walaupun dah terbentang kesalahan didepan mata..
Itulah yang terjadi pada watak utama novel ini.. Tanpa disedari, dia telah pun berkawan dengan suami orang selama dua tahun... Kemudian percintaan dan perkahwinan dia Suzana bersama Ikram @ Vikram melalui pelbagai rintangan dan dugaan.. Dapatkah mereka bahagia?? Kenalah baca..
Pada saya novel Kak Elee nie memang ohsem.. Penuh pengajaran dan nasihat kepada pembaca..
Cara Kak Elee bermain dengan emosi pembaca juga sangat meninggalkan kesan..
Terasa betapa dalamnya kasih sayang sesebuah keluarga itu.. 

Pada Sha secara peribadi memang novel ini memberi kesan pada emosi Sha.. Novel ini berjaya membuatkan sha rasa marah, meluat dan menyampah pada Azmunir dan isterinya.. Geram dan marah pada Izwan.. Simpati dan jatuh sayang pada Suzanna.. Malah Sha juga kagum dengan semangat Suzanna dalam menguruskan kerjayanya.. Biarpun setelah berada di luar negara.. Meleleh jugalah air mata bila baca Novel Kak Elee ini...


 Siap dapat tandatangan lagi.. Ohsem..

Pengalaman Berurusan di Bank ______!!!!

Assalamaualaikum..
Selamat pagi semua..
Pagi yang mendamaikan?? Atau pagi yang sangat Sibuk??

Sha nak share pengalaman Sha..
Isnin 04 Januari 2016.. Lokasi di Greetown, Ipoh..
Sha memang amik cuti hari ini sebab perlu ke Ipoh..
Kebetulan dah ada kat Ipoh maka Sha pun teruslah ke Bank ____ untuk buat pengeluaran ASB.
Senang.. nanti dah x payah keluar lagi..
Selalunya Bank ____ dekat cawangan Bidor memang ohsem..
Cepat dan pantas..
Tapi Cawangan yang dekat Greentown nie... Pergh!!!
Orang yang check IC kita ok ke x pun kerek je...
Lepas tu menunggu 3 jam baru Sha dapat berurusan...
Sha ambil No 52 pukul 11.20pagi dan selesai berurusan jam 2.20petang..
Masa tu orang No 25 ke 26 baru dipanggil ke Kaunter..
Lama kan?? Serious Sha x faham kenapa lambat sangat..
Sedangkan dia memang tau ari tu ramai orang yang akan datang untuk urusan ASB..
Kenapa dia x buka kaunter lebih.. Pelik bin Ajaib..
Sudahnya kami yang menunggu x makan, orang yang duduk dekat kaunter tu pun x makan..

Satu yang Sha puji, Petugas kaunter tu sangat baik dan membantu..
Sha tersilap tulis amount di Slip ASB tu, tapi petugas tu xde pun marah-marah..
Malah membantu dan memudahkan.. Yang ini Sha puji..
Siap ucapkan terima kasih dan senyum lagi..
Sejuk sikit hati Sha..

Kenapa Sha cakap lambat.. Sebab pagi tu sebelum sampai Ipoh, Sha sempat singgah di Kampar..
Sha singgah di Bank ___ ini.. Sha masuk 9.20pagi dan sha sudah di kaunter jam 9.45pagi.
Malangnya mesin tu x boleh detact IC Sha.. Padahal IC baru tu..
Depan Sha masa tu ada lebih kurang 7 ke 8 orang..
Cepatkan.. Kalau x kerana mesin tu, mesti da settle urusan Sha..

Sunday, January 10, 2016

Taman Tasik YDP Slim River

Assalamualaikum..
Hye semua.. Semoga sehat dan ceria di hari rabu..
Jom kita beriadah..
Dekat jalan menghala ke Pekan Slim River (kalau dari Tanjung Malim) ada satu Taman sedang dibaikpulih dan dinaik taraf.. Memang ohsem..
Masa Sha pergi masih belum siap sepenuhnya lagi..
Sha pergi pada 03.01.2016 (Ahad).

Nama Taman tu Taman Tasik YDP Slim River Tanjong Malim.
Kedudukannya berdekatan dengan Restoran Dapur Dapur..
Kawasan parking pun luas..
Ada track untuk orang jogging..
Ada tasik.. Tapi hati-hati ye sebab dekat pokok tepi tasik tu ada kerengga..
Ada bangku disediakan di sekitar kawasan permainan kanak-kanak..
So bolehlah ibu bapa duduk menunggu sambil melihat anak-anak bermain..

 Ini letaknya dekat tepi jalan..

 Ada Wakaf untuk berehat..

 Peraturan Taman Tasik YDP

 Kawasan permainan kanak-kanak


  Ada tempat untuk orang dewasa bersenam..
Macam dalam gambar kat bawah ini..
 
 
 


Sejarah Taman Tasik YDP Slim River
Asalnya dikenali sebagai Tasik Y.D.P sahaja. Tasik Y.D.P. ini  pada asalnya merupakan sebuah lombong bijih yang telah ditinggalkan. Majlis Daerah Tanjong Malim telah membuat keputusan untuk membangunkan tempat ini sebagai sebuah tempat rekriasi. Pihak Majlis telah membuat permohonan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan lombong ini serta memohon peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkan kawasan ini.

Setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Negeri,kawasan lombong ini mula dibangunkan dan dibersihkan. Setelah dipersetujui tempat ini diberi nama "Tasik Y.D.P".Pelbagai kemudahan telah disediakan di tempat ini untuk kegunaan orang ramai. Kini Tasik Y.D.P telah menjadi tempat rekriasi yang semakin dikenali,pelbagai aktiviti telah dijalankan di tasik ini seperti Sambutan 25 tahun Jubli Perak MDTM, Kampen Menanam Pokok Peringkat Daerah dan Pertandingan Memancing.

Dibawah adalah gambar-gambar lama Pemandangan di Tasik YDP








Info dan Gambar mengenai Tasik Y.D.P yang lama diperolehi dari Laman Web MDTM dan Encik Google

Saturday, January 9, 2016

Hindustan - Happy New Year

Assalamualaikum..
Hye semua..Dah kenapa tetibe buh tajuk entry Happy New Year..
Padahal arini da 9hb Januari...
Sebenarnya nak cite pasal filem Hindustan lakonan Shah Rukh Khan, Abhishek Bachchan, Deepika Padakone, Sonu Sood, Boman Irani, Vivaan Shah dan Jackie Shroff.

Filem yang sangat ohsem..Klaka..
Part lawak masa diorang nk blame menari..Macam-macam jenis tarian.. Lepas tu bila da jumpa cikgu, cikgu tu syok dekat Charlie sebab Charlie cakap omputih.. Chomel sangat..

Filem ini mengisahkan Shah Rukh Khan sebagai Charlie yang berusaha membalas dendam dekat Jackie Shroff yang telah menganiaya bapa Charlie sehingga dipenjarakan dan membunuh diri.. Cara Charlie membalas dendam juga sangat ohsem.. Sehingga melibatkan Deepika Padakone sebagai tenaga pengajar untuk membantu mereka menari dan menyertai Pertandingan Tarian Dunia..

Seronok juga menonton filem ini tambahan pula tajuknya Happy New Year dan ditayangkan pada 02.01.2016.. Kira sesuailah.. Lagipun TV3 dah jarang mainkan cerita baru.. Asyik mengulang cerita lama jer..



Bila Amani dan Imani Bergaya Ala Model

Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom tengok aksi dan ragam Amani dan Imani..
Sekarang ini bila cakap nak amik gambar je, maka pelbagai posing yang mereka berikan..
Tengoklah keletah mereka..
Napkin tu mereka yang gayakan sendiri.. Sha cuma ambil gambar mereka sahaja..
Begitu juga dengan anak tudung sha tu..
Imani yang pakai sendiri.. Di kepala dan dipinggang..
 Anak tudung Sha digayakan Imani..

 Bergaya dengan Kain napkin..

 BIla si kecik beraksi..

Friday, January 8, 2016

Segmen Awak Orang Mana?

Assalamualaikum...
Jom Joint Segmen Awak Orang Mana? anjuran Blogger Nur Raihanah..
Boleh kita berkenal-kenalan..
Mana tau datang dari satu tempat yang sama...

http://bajuwarnacoklat.blogspot.my/2016/01/segmen-awak-orang-mana.html

Saya pilih Warna - B401D7

Saya orang mana???
Cam susah jer nak jawab...
Saya lahir dan membesar dekat Kuala Lumpur..
Mak saya orang Muar, Johor dan Ayah orang Melaka...
Sekarang Menetap di Perak..

Jadinya saya orang Kuala Lumpur lah kot.. hehehe..
Yang pasti saya rakyat Malaysia...
Jangan marah ye...

SEGMEN TAMAT 22 JANUARY 2016

Snow Lotus

Assalamualaikum..
Drama pendek 2 episod yg sangat ohsew..
Bercerita mengenai hubungan kekasih yang berlaku dalam mimpi, ribuan tahun dahulu..
Percintaan yang penuh tragis..
Namun pengakhiran di zaman moden agak bagus dan menggembirakan..

Watak penjahat tu seorang lelaki pada zaman lampau..
Tapi pada zaman moden berubah menjadi seorang perempuan.. 
Memang klaka.. Mulanya sha ingatkan xde...

Cinta itu tidak boleh dipaksa..
Cinta juga memerlukan pengorbanan dan keikhlasan..
Suka cite pendek2 ini..
Walaupun pendek tapi padat dengan emosi dan jalan ceritanya masih boleh difahami..

Pada yang suka drama pendek bolehlah menonton..
Memang simple tapi masih boleh difahami..


Jalan-jalan Makan Kenduri

Assalamualaikum semua..
#throwback entry
Masa cuti MaulidurRasul 24.12.2015, sha telah dijemput ke kenduri kawin kawan opis di Grik..
Pergh!!! Jauh juga perjalanannya..
Jauh sebab Highway x lancar..
Kejap laju.. kejap pelan.. Tapi xde apa halangan pun..
Cuma gaya pemanduan pemandu jer yang menyebabkan Highway x lancar..
Sha drive dari Poli sampai Hentian RTC Gopeng..
Lepas tu Encik Suami lak sambung sampai rumah pengantin..

 Riang ria dalam kereta..

 Baju adik dah bertukar..

Pengantin yang diraikan.. 

Thursday, January 7, 2016

China | Dragon Blade (2015)

Assalamualaikum..
Jom sembang pasal filem lakonan Jackie Chan, John Cusack dan Choi Siwon nie..
Filem epik yang ohsem..

Jackie Chan tetap sangat ohsem dalam membawakan wataknya sebagai Huo An..
Tapi bila tengok Choi Siwon sebagai Yin Po cam comel jer.. 
Cuma tu lah watak Yin Po tu pengkhianat kan.. Memang x best..

Menarik filem ini sebab melibatkan pelakon omputih John Cusack dan Adrien Brody, pelakon Korea Choi siwon dan Jackie Chan dari China..

Watak orang jahat yang dibawakan oleh Adrien Brody juga sangat ohsem.. Memang terserlah kejahatannya.. Pergh!! korang kalau tengok dia nie memang menyampah punya..

Keseluruhan memang best..


Cara Paling Kreatif Ajar Anak Sentuhan Selamat vs Sentuhan Tidak Selamat

Assalamualaikum...
Perkongsian bersama..
semoga bermanfaat...

Cara Paling Kreatif Ajar Anak Sentuhan Selamat vs Sentuhan Tidak Selamat.

Hari ini keselamatan anak-anak kecil daripada ancaman jenayah seperti pencabulan, rogol, culik dan lain-lain lagi amat membimbangkan. Banyak kisah menyedihkan yang kita baca dan lihat di media sosial tentang jenayah tersebut berlaku dalam kalangan anak-anak kecil.

Kadang kala macam tak masuk akal apabila ada 'orang jahat' yang sanggup merogol kanak-kanak bawah umur. Tapi itulah hakikat yang berlaku di dunia pada zaman sekarang.

Bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh mengawal keselamatan anak sepanjang 24 jam? Mereka perlu ke tadika, taska atau rumah pengasuh sementara ibu ayah perlu keluar bekerja. Jadi bagaimana ibu ayah hendak pastikan mereka boleh menjaga diri masing-masing?

Di sini pentingnya pendidikan awal tentang menjaga keselamatan diri sendiri sejak anak usia kecil lagi termasuk kepentingan memperkenalkan nama sebenar semua anggota sulit anak-anak dan mengapa mereka perlu bertanggungjawab menjaganya.

Semua pendidikan tersebut perlu bermula dari rumah oleh ibu ayah dan bukannya dengan kawan-kawan atau melihat sendiri di media sosial. Ibu ayah hari ini perlu lebih pintar dan berfikiran kehadapan kerana anak-anak hari ini terlalu pintar dan sangat kehadapan dalam semua perkara termasuk hal sulit yang ibu ayah rasakan mereka tidak tahu.

Mungkin dengan menggunakan kaedah teknologi dan cara persembahan yang kreatif dan menarik, anak-anak lebih memahami mengapa mereka perlu menjaga keselamatan diri dan bagaimana sentuhan yang selamat atau tidak selamat terhadap diri mereka.

Mereka perlu mengetahui lima anggota sensitif yang sama sekali orang lain dilarang memegangnya iaitu payudara, zakar, vagina, punggung dan mulut. Mereka perlu diberitahu perlunya menjaga anggota terserbut daripada disentuh oleh orang lain.

Ajar mereka menyebut nama anggota sulit tersebut dengan betul terutama jika berlaku sesuatu yang mencurigakan supaya mudah untuk memberitahu orang luar seperti pengasuh, cikgu atau doktor seandainya ada seseorang cuba untuk mencabul mereka. Nauzubillahhiminzalik. Jauhkan anak-anak kita daripada perkara-perkara buruk berikut!

Jom tunjukkan video ini kepada anak-anak anda. Semoga mereka lebih memahami kepentingan menjaga keselamatan diri dan anggota sulit mereka.
Artikel dari Pa&Ma
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com