Wednesday, October 5, 2016

Nasi Goreng Kimchi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom Sha share resepi ringkas ini..
Sha buat sebab nak abiskan stock Kimchi dan nasi ada lebih tadi..
Asyik nak mengunyah je kan..
So, jom buat nasi goreng ringkas, menggunakan apa yang ada..

Nasi Goreng Kimchi
Bahan-bahannya
Kimchi
Nasi lebih semalam
Sosej
Telur
Bawang merah
Cili padi

Cara Memasak
Panaskan mentega adele. Tumiskan sosej.. Kemudian masukkan bawang dan cili padi, tumis bagi naik bau.. Masukkan kimchi dan kacau.. Pecahkan telur dan biar seketika.. 
Kemudian masukkan nasi dan kacau bagi sebati. Jangan lula masukkan sedikit garam ye. Dah siap..
Boleh dihidangkan bersama Kimchi atau telur dadar atau ikan pekasan atau apa sahaja yang anda suka..

Bahan-bahan yang diperlukan..

Nasi Goreng Kimchi dah siap..

Wordless Wednesday Special #6

 

 
Jom Senam

Tuesday, October 4, 2016

Menang Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh

Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Rezeki hari Isnin..
Sha menang Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh..

Keputusan keluar pada 02.10.2016..

Tuan blog SpendaLusuh tinggalkan komen bagi tau Sha menang hadiah..
Rasa cam nak lompat bintang..

Teruja gila sebab menang hadiah yang memang Sha nak..
Coin purse..

Terima kasih pada tuan blog SpendaLusuh untuk GA yang ohsem dan hadiah yang hebat ini.. Semoga dimurahkan rezeki..

A Walk Down Memory Lane #8

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kenangan lama mengusik jiwa.. huhuhu..
Seronok juga bila Facebook nie duk tayang kenangan-kenangan lama..
 
 
Masa nie gi kenduri..
Tapi tak ingat dekat mana.. hehehe..
 
 
First time buat kek coklat untuk jualan..
Resepi nie adik ipar Sha yang ajar..
 
 
Gelagat Amani beraya..
Orang lain makan mee berkuah..
Dia makan mee tu aje.. hehehe..

Roti John Extra Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom jamu selera..
Dengan menu yang ohsem..
Tapi tak jual waktu pagi..
Gerai nie dibuka pada waktu petang membawa ke malam..

Senang je nak cari gerai nie..
Berdekatan dengan Stesen Minyak Shell, Slim River..
Tepi jalan sahaja.. 
 
Menu feveret Sha
Mini Roti John Cheezy + Cheese = RM3.50
 (Menu nie tanpa black paper sos, Sha kurang suka black paper sos..)

 
Gerai Roti John Extra Cheese nie terletak berdekatan Stesen Minyak Shell, Slim River..
Memang senang nak cari.. Tepi jalan je..

 
 Antara menu-menu yang ohsem..

 
Mini Roti John  Cheezy Biasa = RM2.50

 
Ini adalah menu Cheezy Biasa yang lengkap sosnya..
Sos  yang mereka bubuh ialah sos cili, sos black paper, sos cheese dan sayur salad yang bermayonis..
Memang meleleh lah kalau makan..

Monday, October 3, 2016

Di Sebalik Wajah oleh Elee Mardiana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang sangat ohsem..
Persoalan dan teka teki yang berbangkit berjaya dibina dalam novel ini..
Tekaan mengenai siapa yang salah dan penjahatnya memang tersasar..
Membaca novel ini seolah-olah melakukan cantuman tapi cantuman tak mengena..
Bacaan tak mampu dihentikan apabila suspen dan persoalan makin memuncak..
Suka watak tenang Aslan..
Watak utama dalam cerita ini..
Isi dan tajuknya memang bertepatan..
Di Sebalik Wajah banyak rahsia yang tersembunyi..
Sha ambil masa dua hari untuk menyelesaikan pembacaan..
Gara-gara gangguan Drama Korea..

 
Baca pada 20.09.2016 dan selesai pada 21.09.2016

Konvokesyen Adik Bongsuku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (24.09.2016) Sha ke Konvokesyen adik di MAEPS..
Alhamdulillah.. Akhirnya, dapat juga melihat adik Konvo..
Kerana CIAST inilah adik sekarang bergelar Cikgu..
Menunaikan impian Arwah Ibu..
Alhamdulillah..
Semoga kerjaya adik akan semakin maju dan dipermudahkan Allah..
Pengorbanan adik untuk Arwah Ibu, hasilnya begitu Manis..

 
 Adik Sha dan Adik Imani.. hehehe..
Dua-dua panggilan manjanya adik..

 
Sementara tunggu adik naik pentas, kami berjalan-jalan di sekitar MAEPS..

 
Kami bergambar kenangan bersama Adik..
Encik Suami Sha tak ada sebab berkerja..

 
 Kawan Adik yang juga turut mengajar.. Di Segambut..

 
Adik bergambar bersama rakan sekelas..

Sunday, October 2, 2016

Jelmaan oleh Khairul Naim Abdul Wahab

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli novel ini secara direct dengan penulis..
Melalui WhatsApp dan Bayaran di Maybank2u..
Lama dah aim.. Baru ini dapat nak membeli..
Masih ada sebuah lagi yang nak dibeli..

Sha buat bayaran pada 22.09.2016..
Penulis pos buku pada 25.09.2016..
Novel sampai pada 26.09.2016..

 
Jelmaan dah dapat..
Lindungi aku next month (Insya Allah)

Berminat nak beli??
WhatsApp : 0176705129 - Naim

 

Review Sha bagi Novel Jelmaan Karya Khairul Naim Abdul Wahab..
 "Tika hati remuk dan lara, Tika itulah ketuanan Syaitan bermaharajalela. Bila cinta tak berbalas, Jelmaan puaka pula berjanji ikhlas."
 Firstly.. Sha sedih.. Kenapa?? Sebab citer nie bersambung.. Lama nak tunggu nie.. Tak sabar nak tau apa yang jadi sebenarnya..
Jelmaan nie best dalam kelasnya yang tersendiri..
Bukan sekadar cerita seram sahaja tapi ada diselitkan sejarah mengenai siam, kedah dan penjajahan..
Memang bila baca novel ini rasa macam baca sejarah tapi dengan cara yang lebih menarik dan ohsem.. Memulakan pembacaan dengan perasaan menggebu-gebu nak tau siapa pembunuhnya.. Namun pengakhiran bacaan rasa macam nak nangis.. Hahaha.. Penulis memang pandai memainkan emosi pembaca.. Why?? Sebab dia bagi jawapan siapa yang membunuh tapi tak bagi jawapan kenapa pembunuh tu boleh jadi begitu?? Kenalah tunggu Jelmaan 2 keluar..
Semoga penulis akan terus menulis..

Monkey King : Hero is Back (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali layan kartun dengan anak-anak.. Best juga..
Tapi kartun nie bahasa cina..
Jenuhlah menjawab pertanyaan Amani..
Imani dia jenus tengok dan observe..
Amani lak dah boleh membaca, makanya banyak lah pertanyaan..
"Kenapa dia cakap wow?"..
Kenapa raksaksa tu nak makan budak..?
Kenapa mak gelak?
Itu apa mak?
Kenapa dia jadi macam tu mak?
Kenapa dan kenapa??
Tu mahkluk apa mak?
Hahaha.. Memang begitulah kalau tengok cerita dengan anak yang curious..
Tapi oklah ceritanya..
Not bad.. Cuma kena tengok sama2 lah dengan anak..
Senang nak terangkan..


Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Breakfast apa pagi ini??
Jom buat nasi goreng nak..
Mudah dan ringkas je..
 
Nasi Goreng Sardin
Bahan-bahannya
Sambal sardin
Sardin Adabi 1 tin kecil dibuang tulang tengahnya.
Bawang besar seulas dipotong dadu
Kentang sebiji dipotong dadu
2 sudu besar cili giling
Sedikit air asam jawa
Gula sesudu
Minyak untuk menumis..

Nasi Goreng
Nasi lebihan semalam.
Telur
Kicap Lemak Manis Jalin / cili padi

Cara Memasak.
Panaskan minyak, goreng kentang hingga agak empuk.. Masukkan bawang, tumis hingga naik bau.. Masukkan cili giling, tumis hingga garing dan masukkan sedikit air. Kacau, kemudian masukkan sardin. Setelah sebati masukkan gula dan air asam jawa beserta garam.. Didihkan lebih kurang 5 minit.. Dah siap.. 

Untuk buat nasi goreng, tinggalkan sedikit sambal sardin dalam kuali mengikut kesukaan.. Pecahkan telur dan kacau.. Kemudian masukkan nasi dan kacau bagi sebati. Yeah!! Siap.. Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi sebelum pecahkan telur..

Sha tak buh cili tapi tambah kicap lemak manis Jalin, sebab makan dengan Amani.. 
Alhamdulillah, Amani suka.. Walaupun pedas sikit tapi habis dia makan.. Hehehe..
Selamat mencuba ye kengkawan..

Saturday, October 1, 2016

Mojin The Lost Lagend (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Santai-santai hujung minggu..
Sambil-sambil lipat kain, kita layan movie..

Kali ini Sha layan movie Mojin The Lost Lagend (2015)..
Cerita pasal Mojin , mereka ini pencuri makam..
Kerjanya cari makan dan ambil harta karun..
Tapi mereka ada satu rule, sebelum buka makam kena nyalakan lilin..
Kalau lilin tu mati masa makam dibuka maka kena tinggalkan makam tu..
Kalau tak malapetaka akan menimpa mereka..
Mereka telah diupah untuk mencari bunga Equinox.
Kononnya bunga ini mampu membuka jalan antara yang hidup dan mati..
Mampu membangkitkan semula mereka yang mati..
Berjayakah mereka??

Halangan yang paling mencabar ialah bila mereka berdepan dengan masa lampau..
Ohsem dan okay untuk ditonton bersama keluarga..


Sup Telur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menu simple untuk anak-anak dihujung minggu..
Sha malas nak keluar rumah..
So masak je apa yang ada kat rumah..
Menu yang paling mudah..

Sup Telur
Bahan-bahannya
Telur
Kentang
Soon dan fuchuk
Bawang merah
Bebola ayam bersayur

Cara Memasak
Didihkan air, setelah menggelegak masukkan bawang. 
Kemudian masukkan kentang, biarkan seketika.
Setelah kentang agak empuk, masukkan bebola ayam, soon dan fuchuk.. 
Biarkan sekejap, kemudian masukkan telur sambil mengacau-ngacau kuah.. 
Perasakan dengan garam.. Dah siap..

Bahan-bahan yang diperlukan..
Kalau nak tambah cendawan ke, carrot ke atau apa je pun boleh.. Ikut citarasa masing-masing.

Sup telur dah siap..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com