Tuesday, June 13, 2017

Projek Thriller Bayi oleh Fitri Hussin, Syaida Ilmuna & Resmanshah

Assalamualaikum..
Hye semua..
Projek Thriller kali ini menggunakan tema bayi..
Memang menariklah sebab gabungan 2 penulis lelaki dan 1 penulis perempuan..

Prodigi oleh Fitri Hussin
"Dia diburu kerana satu ramalan dulu"
Kisah yang ohsem..
Mengenai seorang bayi yang mempunyai kuasa ajaib..
Diburu dan ditangkap oleh mereka yang punya agenda jahat..
Namun ada yang melindunginya..
Melindungi dengan sepenuh hati biar nyawa jadi taruhan..
Kisah aksi yang berterusan dari mula hingga ke penamat..

Karnivor oleh Syaida Ilmuna
”Ia raksasa, pemakan darah!"
Memang betul-betul raksasa..
Hasil dari eksperimen yang gagal..
Darah menjadi makanan utamanya..
Saat memandang hati terpikat, namun lalai sesaat maut menjelma..
Memang cerita yang mengerikan..

Novel Tentang Atikah oleh Resmanshah
"Bayi yang menyaksikan kekejaman manusia."
Cerita pembunuhan yang kejam.. Ganas dan Sadis..
Semuanya demi menyempurnakan seni nya..
Muncul pula copycat..
Namun pembunuh tetap pembunuh..

Ketiga-tiga cerita datang dengan gaya yang berbeza..
Perasaan ketika membacanya juga berbeza..
Yang pasti memang mendebarkan..
Memberi rasa yang sukar nak diungkapkan..

Baca dan tamat pada 12.06.2017


Museum (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom tonton filem Jepun pula..
Kisah kali ini bertajuk Museum...
Memula Sha pun blur gak nape tajuk dia Museum..

Kisah pasal pembunuh yang menjalankan pembunuhan atas nama keseneian..
Pergh!! Seni la sangat.. Mengerikan adalah..
Yang peliknya pembunuhan dilakukan masa hujan..
Detektif yang menyiasat berjaya menemukan pembunuhnya..
Malangnya isteri dan anak detektif itu telah diculik..
Klu yang seterusnya membawa detektif tu kepada pembunuh tersebut..

Kalau tengok pembunuhan yang dilakukan memang mengerikan..
Ada yang dijadikan patung ais..
Dimasukkan paku dalam mulut..
Diikat dan dibiarkan jadi makanan anjing kelaparan..
Mengerikan tau.. Sila jangan makan sambil tengok.. hehehe..
 

Siri Projek Seram

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom tengok siri Projek Seram dari Buku Prima..
Siri ini dah ada 16 buah..
Sha memula baca bertemakan Hotel memang terus jatuh cinta..
Memang menarik.. Sebab ada 3 ke 4 penulis untuk sebuah buku..
Kemudian ada pula tema-temanya.. Sha update tajuk dari masa ke semasa sekiranya ada penambahan.. 

Susunan dia begini
1. Hotel (2016)
2. Lombong (2016)
3. Wad (Februari 2016)
4. Istana (Mac 2016)
5. Cermin (April 2016)
6. Highway (April 2016)
7. Airport (Mei 2016)
8. Pulau (Jun 2016)
9. Restroom (Julai 2016)
10. Hostel (Oktober 2016)
11. Kerusi (Disember 2016)
12. Kem (Disember 2016)
13. Lif (Januari 2017)
14. Pokok (April 2017)
15. Kolej (April 2017)
16. Mitos (Mei 2017)
17. Tanah (September 2017)
18. Terowong (Disember 2017)
19. Tren (July 2018)
20. Radio (September 2018)
21. Toys (November 2018)
22. Muzium (January 2019)
23. Ofis (May 2018)
24. Grab (March 2019)
25. Cincin (June 2019)
26. Gua


 Tiga buah lagi yang Sha tak baca..
Ada siapa-siapa nak belanja..? hehehe

Belajar Bahasa Inggeris Percuma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info diperolehi dari post Syed Azmi's di Facebook:
Untuk mereka yang mahu belajar Bahasa Inggeris percuma dalam tempoh 6 bulan ini. Sila contact kami.
Tau tak kebanyakan Cikgu-cikgu semua yang retired? Hebat kan sebab kita bagi mereka peluang.

Ni team saya. Ada ramai lagi.

Kelas terbuka untuk remaja, dewasa, surirumah dan banyak lagi module. Kalau student yang nak free Cambridge exam dan sijil pun ada dan Free.
Kalau cikgu, ada tambahan Google Training siap dengan sijil lagi. Biasanya yang ni beratus-ratus ringgit orang charge but it's free!

Kalau berminat nak belajar Bahasa Inggeris, sila layari website di bawah, print borang, isi dan photocopy IC dan bawa ke kelas untuk mendaftar.
http://www.bi1m.my/join-us-students/

Call dulu sebelum datang pun ok. Ada kelas pendek dan kelas panjang.

Atau kalau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui call atau whatsapp untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelas.

Kolej Komuniti Selayang, Selangor.
Syed (0162184769)

Perpustakaan Pantai Dalam, KL
Amiza (0176775021)

UTC Kuching, Sarawak
Syed (0162184769)

UTC Tawau, Sabah
Syed (0162184769)

Bagi area berikut boleh menghubungi
Farouk (011-3757 0783) 
1. UTC Johor
2. Kolej Komuniti DarulAman
3. RTC Gopeng
4. UTC Kedah

Hamdan (+60 19-332 4731)
1. UTC Melaka
2. UTC Pahang
3. UTC Kelantan
4. UTC Terengganu

And one more in UTC Sentul. 

Kalau masih berminat menjadi guru bahasa Inggeris atau post lain di lokasi diatas, submit cv!
Click here
http://www.bi1m.my/work-with-us/

Monday, June 12, 2017

Kakak Kemboja oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel terbaru dari penulis Naim Tamdjis..
Kali ini kisahnya tak adalah seram sangat..
Lebih kepada mesej kekeluargaan..

Kakak Kemboja..
Datangnya kerana diseru..
Menjadi sahabat pada yang kesepian..
Telah ditegur dan diingatkan..
Namun realiti tak terhijab..
Maka teruslah bersahabat..
Mujurlah saat kesedaran datang, kakak Kemboja berjaya dihalau..
Akhirnya yang baik mula muncul..

Sesungguhnya..
Hidup perlu sentiasa berpegang pada Al-Quran..
Percaya dan takut hanya pada Allah..
Janganlah menyakiti atau menganiaya anak yatim..
Harta yang bukan milik kita tetap bukan milik kita..

Baca pada 10.06.2017 dan selesai pada 11.06.2017..

Telur Dadar Asam Jawa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lamanya tak makan telur dadar asam jawa nie..
Ingatkan Sha je yang rindu..
Rupanya encik suami pun rindu juga​..
Selalunya ayah mertua Sha akan buat masa bersahur..
Memang berseleralah kami makan..

Resepinya
2 biji telur
Bawang dan cili padi
Asam jawa
Sedikit garam

Cara Membuatnya
Pecahkan telur dalam mangkuk
Masukkan bawang dan cili padi yang dah dicincang.
Pukul telur sampai berbuih.
Masukkan Asam jawa..
Pukul lagi kemudian baru buang biji asam jawa..
Masukkan sedikit garam dan pukul lagi..
Panaskan kuali dan minyak, masukkan bancuhan telur tadi..
Masak dan siap dimakan..

Telur yang telah dipukul dan dibubuh cili padi dan bawang potong serta sedikit garam..

Masukkan asam jawa sedikit dan pukul lagi..

Dah siap pukul dan biji asam jawa dah dibuang.. Bolehlah digoreng..

Dah siap.. Jom makan..

Tunnel (2017)

Assalamualaikum..
hye semua..

Cerita yang ohsem..
Penyiasatan.. Time travel..
Kombinasi yang mantap..

Seksa juga nak meneka siapa pembunuhnya..
Memang suspen dari mula episod hingga ke episod akhir..
Cerita yang agak complicated tapi menarik..
Kisah penyiasatan yang membawa kepada pembongkaran mengejutkan..

Pembunuh yang membunuh dengan hanya sebab yang tak logik..
Pembunuh kejam yang berada dikalangan manusia normal..
Semangat pasukan polis dalam menyelesaikan juga kes pembunuhan yang agak payah..
Tanpa klu tanpa suspek..

Tapi yang baik tetap berjaya mengatasi kejahatan..
Walaupun banyak pengorbanan yang perlu dilakukan..


 
Sinopsis dan pelakon..

Sunday, June 11, 2017

Gigitan oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang dinanti-nanti..
Akhirnya berada di tangan..
Sha minat karya penulis ini..
sentiasa ada yang baru dan ohsem..

Kali ini memang suspen habislah..
Rasa macam menonton filem pula..
Gambaran demi gambaran terpapar dalam imaginasi saat membaca novel ini..
Debaran yang diberikan bukan main-main..
Memang terasa ngeri dan suspen bila makhluk tu datang menyerang..

Novel thriller yang mengacau bilaukan emosi Sha..
Dari awal cerita hinggalah ke hujung baru terserlah pemangsa sebenar..
Menyerang tanpa belas kasihan..
Siapa pemangsanya?? Kena bacalah..

Sha baca pada 09.06.2017 selesai pada 10.06.2017

Mangga Bersantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menu apa berbuka karang??
Dah ada pemanis mulut ke??
Kalau belum, jom buat Mangga Bersantan..
Mudah cepat dan sedap..

Mangga Bersantan
Bahan-bahannya
Mangga masak
Santan
Gula
Garam

Cara membuatnya
Kupas mangga dan potong/cincang mangga mengikut saiz yang disukai.. Bubuh dalam mangkuk..
Kemudian campurkan santan..
Bubuh sedikit garam untuk bagi lagi lemak..
Masukkan gula ikut rasa yang disukai.. Kacau bagi gula larut..
Masukkan dalam peti ais bagi sejuk, baru best nak makan..

Kalau tak nak guna mangga, bolehlah guna Machang ke, kuinin ke.. Durian pun boleh juga.. Kalau guna durian, tak payah potong duriannya.. masukkan je sebiji sebiji..

MABOPA Book Fair 2016 di MAEPS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat Peminat Buku...
Berita baik buat anda..


2 Pameran bertempat di 1 dewan BESAR! 
MABOPA BOOK FAIR 2017 + MALAYSIA ISLAMIC CHILDREN'S FAIR

Siapa tak sempat pergi pesta buku hari tu, boleh datang sini

SAVE THE DATE; 26 - 30 July 2017!
di MAEPS HALL D.



Saturday, June 10, 2017

Rezeki Ramadhan #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki hari Jumaat..
Sha dapat Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 & Sachet Milagro Coffee dari page Facebook Milagro Coffee, Kopi Patawali.

Cuma perlu like, share dan tag..

Makluman kemenangan Sha..
Tarikh (09.06.2017 - Jumaat)

❤ APA ITU MILAGRO COFFEE PATAWALI? <3
Mungkin ada yang tak tahu lagi tentang kopi ini. Kopi ini merupakan kopi kesihatan. Satu-satunya produk kopi pracampur 7 dalam 1 yang dihasilkan dari campuran kopi Robusta-Arabica dari Brazil yang diperkaya dengan dengan herba terpilih Patawali, Ekstrak Halia dan Lada Hitam.
Minuman ini juga mengandungi Garam Bukit, Gula secukup rasa, Krimer Bukan Tenusu dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

❤ MILAGRO COFFEE juga tidak mengandungi kafein (dinyahkan menggunakan ekstrak halia) membuatkan ia sesuai untuk sesiapa yang selalu mengalami migrain (sakit kepala)
❤MILAGRO COFFEE ini mengandungi HERBA PATAWALI -TINOSPORA CRISPA

❤ APA YANG MENARIK TENTANG MILAGRO COFFEE PATAWALI?

❤ KEISTIMEWAAN PATAWALI <3

Keistimewaannya ialah kandungan Patawali atau nama saintifiknya Tinospora Crispa L. Miers., atau Tinospora Rumphii termasuk dalam kalangan tumbuhan Mensipermaceae iaitu sejenis tumbuhan yang menjalar. Ia juga dikenali dengan nama mengikut daerah seperti Akar Seruntun, Bratawali, Andawali, Brotowali, Putrawali atau daun Gadel.
Digunakan secara tradisional sejak berabad lamanya untuk merawat pelbagai penyakit terutamanya sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit-penyakit kulit dan juga penyakit kelamin yang dikenali sebagai gonorhea.


❤ ANTARA KHASIAT LAIN PATAWALI <3

Anti-Diabetes (Mencegah dan Merawat Kencing Manis)
Anti-Oxidant (Nyah Toksik)
Anti-Malaria (Mencegah dan Merawat Demam Malaria)
Anti-Inflammation ( Mencegah Keradangan)
Anti-Radical ( Mencegah Masalah Kulit)
Merawat Rheumatism (Sakit Sendi)
Mencegah Darah Tinggi
Menguatkan Saraf Dan Tubuh Badan
Menguatkan Tenaga Batin


❤ SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL MILAGRO MILAGRO COFFEE PATAWALI? <3
Lelaki dan Perempuan berumur 16 tahun ke atas . Budak sekolah juga di sarankan untuk menguatkan kecerdasan otak. Boleh kurangkan sedikit dos.
*Ibu dalam pantang
*Ibu mengandung
*Penghidap diabetes
*Juga sesuai untuk yang hadapi masalah seperti darah tinggi, sakit sendi, kanser, keradangan, alahan, batuk dan juga malaria.


<3
=======

<3 Dah siap-siap untuk RAMADHAN BOOSTER tenaga yang berkekalan dan sihat ! ♥

=======
Jom dapatkan MILAGRO COFFEE. Cepat whatsapp kami lelaju ye ☺http://wasap.my/60126460421
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com