Saturday, June 17, 2017

Projek Cinta Pilot oleh Nia Azalea, Illya Abdullah & S. Kausari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua untuk Projek Cinta..
Kali ini temanya ialah Pilot atau Juruterbang..
Memang ohsem dan menarik..

Di Kayangan oleh Nia Azalea
"Izinkan kubawa hatimu, Merentas tinggi ke langit biru."

Kisah mengenai Balqis yang berusaha menjadi juruterbang.. Bermacam-macam halangan dan dugaan yang ditempuhi hinggalah muncul Hariz.. Percintaan terbina namun kebahagiaan datang sekadar menyapa.. Tragedi mengundang kesedihan.. Berjayakah Balqis membina kerjaya?? Kenalah baca..

Kisah Hati oleh Illya Abdullah
"Takdir memisahkan kita, takdir juga mempertemukan kita kembali."
Kisah percintaan yang ohsem.. Walau berlainan bangsa namun cinta hadir tanpa dipinta.. Kisah zaman peperangan hingga merdeka.. Memang membuai jiwa.. Kerana perang mereka berjumpa.. Kerana perang juga mereka berpisah.. Berjayakah cinta mereka bersatu??

Takdir Cinta Ikhwan oleh S. Kausari
"Cintamu membawaku hampir kepada cinta yang hakiki."
Ikhwan.. Juruterbang yang suka berpeleseran.. Kahwin bukan kerana cinta dan tanggungjawab tetapi sekadar ingin mencuba.. Bila kehilangan baru tersedar.. Peluang kedua datang tanpa diduga?? Betulkah itu peluang kedua?? Apakah sebenarnya yang terjadi... 

Tiga cerita dengan satu topik.. 
Tiga penulis dengan tema yang sama.. 
Membuai perasaan.. Memang terbaik..

Baca pada 14.06.2017 dan tamat pada 15.06.2017.. 

Pneumonia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan sedikit info mengenai Pneumonia..
Semoga membantu rakan-rakan yang punya anak kecil..
Sumber dari page The Asianparent Malaysia.

Pneumonia telah membunuh lebih 900,00 kanak-kanak di bawah usia lima tahun pada tahun 2015. Penyakit ini, walaupun dapat didiagnos awal dan rawatan sewajarnya telah dimulakan, 5-10% pesakit meninggal selepas 24 – 48 jam selepas simptom terjadi. Dan 10-20% yang berjaya hidup mungkin akan menghidap kerosakkan otak yang kekal, hilang pendengaran atau kurang daya belajar.
Mari kita ulang kaji sedikit tentang jangkitan ini.

Apa itu Pneumonia?

Pneumonia merupakan salah satu bentuk infeksi akut pada saluran pernafasan yang menjejaskan paru-paru. Paru-paru mempunyai saks kecil dipanggil alveoli yang akan dipenuhi udara apabila seseorang yang sihat bernafas. Walaubagaimanapun, bagi seseorang yang dijangkiti pneumonia, alveoli dipenuhi cecair dan nanah menyebabkan kemasukkan oksigen yang terhad dan kesukaran bernafas.

Punca

Terdapat beberapa agent infeksi pneumonia termasuk virus, bakteria dan fungi. Antara yang paling biasa ialah:
  • Streptococcus pneumoniae – bakteria punca pneumonia paling biasa untuk kanak-kanak;
  • Haemophilus influenzae jenis b (Hib) – kedua paling biasa selepas S. pneumoniae;
  • virus saluran pernafasan (respiratory syncytial virus) ;
  • pada bayi yang mempunyai HIV, Pneumocystis jiroveci merupakan salah satu punca biasa pneumonia dan merupakan salah satu punca utama kematian bayi HIV yang menghidap pneumonia.

Kaedah transmisi

Kaedah penyebaran pneumonia adalah banyak. Namun dua kaedah transmisi yang paling biasa dijumpai ialah;
  • penyebaran udara jika berada di satu kawasan dengan mereka yang mempunyai pneumonia.
  • melalui darah terutamanya ketika selepas dilahirkan, sebab itulah saat kelahiran merupakan momen yang kritikal.

Simptom

Pneumonia yang berpunca dari bakteria dan virus mempunyai simptom yang lebih kurang sama. Antaranya ialah;
  • kesukaran bernafas
  • batuk dan selsema yang berpanjangan
  • demam tinggi (ada juga yang tidak mempunyai demam)
  • pernafasan berbunyi

Risiko

Berikut adalah mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti bakteria dan virus penyebab pneumonia;
  • kanak-kanak kurang nutrisi
  • kanak-kanak yang mempunyai HIV
  • kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang menggunakan pembakaran biomas seperti kayu
  • kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang terlalu sesak
  • kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang merokok

Rawatan

Pneumonia harus dirawat dengan antibiotik. Salah satunya ialah amoxicillin. Bagi yang mempunyai pneumonia teruk akan disarankan untuk dipantau di hospital.

Pencegahan

Pencegahan pneumonia adalah sangat penting untuk kanak-kanak untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak.
  • Immunisasi adalah sangat penting dan efektif dalam mencegah pneumonia (pneumococcal conjugate vaccine (PCV)).
  • nutrisi yang menucukupi adalah pertahanan semula jadi. Bermula dari penyusuan ibu yang ekslusif terutamanya untuk 6 bulan pertama.
  • menyediakan persekitaran bersih dan selamat
  • bagi kanak-kanak dengan HIV, antibiotik cotrimoxazole diberikan setiap hari untuk mengurangkan risiko pneumonia.

Friday, June 16, 2017

Hadiah Giveaway Poskad Animasi Aidilfitri By Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam (15.06.2017) Sha dah dapat Poskad animasi Aidilfitri dari Bonde Zaidalifah..
Memang cantik, cun dan menawan poskadnya..
Terima kasih pada Sis Zaidalifah..
 

Riang Ria Raya : Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom meriahkan raya anda..
Hehehe.. Tema apa tahun ini?
Sha tahun ini pilih warna Biru..
Semua biru.. Barulah ohsem nak beraya..

Sha macam biasalah baju kurung dan jubah.. Mudah dan selesa..
Encik suami pula lagi suka berbaju melayu.. Klasik..
Anak dara Sha pula Baju kurung dan jubah...
Yang ini semua dah ada..

Tapikan rasa macam nak shopping lagi.. Hehehe..
Jom usha Sha shopping apa lagi sebagai tambahan untuk meriahkan Raya..
Korang pun kalau nak shopping lagi, masih sempat ini..
Jom ke Lazada... Kita shopping sama-sama

http://www.lazada.com.my/como-hobo-pu-leather-tote-bag-beige-12304955.html?spm=a2o4k.campaign-1113.0.0.7ybdBz&mp=1
Beg tangan baru.. Harga murah giler tu..
Dari RM99 ke RM21.00..

http://www.lazada.com.my/jf-fashion-long-sleeve-jubah-dress-with-front-zipped-c347-red-11616392.html?spm=a2o4k.campaign-1113.0.0.7ybdBz&ff=1&sc=IVkE
Jubah merah pilihan untuk dipakai pada raya kedua.. Wah.. mesti menawan..

http://www.lazada.com.my/levis-505-regular-fit-jeans-18322515.html
Ini untuk Encik suami..

http://www.lazada.com.my/only-original-925-silver-purple-round-pearl-pendant-charm-bracelet-10875723.html?spm=a2o4k.campaign-1113.0.0.YipK8W&ff=1&sc=IVkE 
Gelang ini untuk kami bertiga.. Barulah menawan di pagi raya..

http://www.lazada.com.my/aqeela-muslimah-wear-kids-tribal-ribbon-kurung-red-13633205.html
 Ini untuk Amani..

http://www.lazada.com.my/aqeela-muslimah-wear-kids-blossom-kurung-ribbon-red-13633210.html?spm=a2o4k.campaign-1113.0.0.IzR3Kh&ff=1&sc=IVkE
 Ini untuk Imani..

Jom shopping raya.. Dengan diskaun sehingga 90%..
Memang meriahlah raya korang..
 

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/?offer_id=493&affiliate_id=5003&offer_name=MY+-+PB+Data-feed&affiliate_name=Involve+Asia+Technologies+Sdn+Bhd&transaction_id=10275e28e79ff322e9b0bc9f9eeeb5&aff_source=11528
Buat blogger.. jomlah bercontest..
Mana tahu ada rezeki korang..

Kad Raya 2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Raya kali ini Sha still dapat kad raya..
Dekat bawah ini kad raya daripada penulis novel..
Serius terharu.. Terima kasih atas ingatan..
 
 

 
 Penulis Aida Adia..
Sha tengah tunggu novel terbaru beliau keluar..
Genre seram bertajuk Hijab..
Dekat Karangkraf dah boleh pre-order..

 
 Kad hijau ini pula dari Sis Idora Darwina..
Terima kasih ye sis.. Terharu sangat..

 
 Yang ini pula dari Novelis Naim Tamdjis..
Sha tengah kumpul duit nak beli Novel terbaru beliau bertajuk Projek Thriller Ubat..
Kakak Kemboja dah habis baca.. Memang ohsem..

Pedasnya Tazkirah Ini

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sekadar perkongsian bersama..
Pedasnya taZkirah ini..
*Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.*

Mari fikir-fikirkan.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.
Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. 

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

"Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri"

*KEBERKATAN YANG DICARI*
*6 cara utk mendapat pahala setelah mati:*

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.
3. Turut serta dlm pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.
6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

*Salam Ramadhan Al-Mubarak*

Thursday, June 15, 2017

Hadiah & Kad Raya Selamat Di Pos

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terima kasih pada yang bagi fast respon..
Alhamdulillah.. Hadiah dan kad Raya dah selamat sha pos..
Tinggal lagi dua pemenang je belum respon lagi..
Masih menanti...

Harapnya cepatlah respon..
Boleh hantar cepat...
Terima kasih sekali lagi ye..
Semoga hadiah dan Kad selamat sampai..

 
Masih ada dua pemenang Sampul duit raya belum bagi respon lagi..
Mohon bagi respon cepat ye

Menang "Must Love Giveaway by Auroma Scents"

Assalamualaikum..
hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan..
Sha Menang "Must Love Giveaway by Auroma Scents"..
Dapat Set Auroma Scents Travel Pack..
Alhamdulillah.. Semoga makin murah rezeki sis Farah Zahirah.

Nama Sha no 2 tu..
Alhamdulillah..
Tahniah juga buat semua pemenang..

Siri Projek Cinta

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha dah share Projek Seram & Projek Thriller kan..
Kali ini Buku Prima datang dengan Projek Cinta pula..
Baru ada dua buku untuk siri ini..
Bertemakan Kampus (Mac) dan Pilot (May)..
Cover dia memang nampak cantik dan menarik..
Memikat hati untuk dibuat koleksi..

Sha dah miliki Projek Cinta Pilot..
Projek Cinta Kampus tu macam berat hati sikit nak beli..
Semuanya sebab review dekat Goodreads..
Tapi tengoklah kalau tetibe terbeli pula kan..

Rezeki Ramadhan #2

Assalamualaikum..
hye semua..

Ada sekali Sha pergi Pasar Ramadhan..
Dapat bubur lambuk..
Sambil-sambil dia bagi Bubur lambuk tu..
Ada dia bagi risalah..
Kalau korang nak menderma bolehlah tengok info dibawah..

 
Bubur lambuk dia sedap..

Wednesday, June 14, 2017

Menang Segmen Bloglist kisahsidairy.com

Assalamualaikum..
Hye semua

Alhamdulillah.. Sha tersenarai untuk bloglist kisahsidiary..
Terima kasih.. jom semak kot korang pun tersenarai..
Klik SINI..
http://www.kisahsidairy.com/2017/06/senarai-pemenang-segmen-bloglist.html

Yeah!! Dah ada dalam bloglist..

Siri Projek Thriller

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minat membaca?? Minat genre Thriller?
Cuba baca buku-buku keluaran Buku Prima ini..
Buku dengan konsep tertentu ini menarik tau..
Ada 3 ke 4 penulis dalam sebuah buku..

Tiga buah Sha dah berjaya baca..

Siri ini baru ada 4 buah
  1. Vape (Januari 2016)
  2. Organ (Ogos 2016)
  3. Bayi (April 2017)
  4. Ubat (April 2017)
  5. Cip (2017)
  6. Rantai (Januari 2018)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com