Wednesday, December 5, 2018

Korean Drama (Disember 2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini drama-drama yang dijangka keluar pada Disember 2018.. Yang Sha bubuh dekat entry ini adalah pilihan drama yang mungkin Sha tengok.. Bergantung pada masa dan juga source.. Sebab drama-drama ini Sha tonton secara online sahaja.. Kalau tak ada source, tak adalah Sha tengok.. 

Drama: Less Than Evil
Country: South Korea
Episodes: 32
Aired: Dec 3, 2018 - Jan 22, 2019
Aired On: Monday, Tuesday
Network: MBC
Duration: 35 min.

Drama: Memories of the Alhambra
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Dec 1, 2018 - Jan 20, 2019
Aired On: Saturday, Sunday
Network: tvN, Netflix
Duration: 1 hr. 5 min.


Drama: Priest
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Nov 24, 2018 - Jan 13, 2019
Aired On: Saturday, Sunday
Network: OCN
Duration: 60 min.

Massimo Diletto's: Dreamy Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila rasa perlukan coklat tapi malas nak masak.. Jomlah beli kek coklat dari Massimo ini.. Rasa coklat yang mewah pada kek dia.. Lepas tu ada pula sos coklat di bahagian tengah.. Memang best.. Pada Sha okaylah dengan harga dia.. Dalam seringgit lebih kalau tak silap Sha.. 

Cantik packaging dia..

Inilah rupa keknya.. Inti dia kat bahagian tengah je.. Sedap.. Tapi tak banyak..

Katanya limited edition.. Tapi masih ada lagi sampai sekarang.. Kira okaylah kan.. Ada 3 perasa rupanya.. Dreamy Chocolate, Tangy Mango dan Blueberry Burst.. Tapi yang dua lagi ini Sha tak pernah jumpa.. Sha jumpa coklat je..

Tuesday, December 4, 2018

Review by The Wonderful Jannah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Baru-baru ini Sha dapat komen dari Jannah mengatakan beliau ada buat review untuk Sha.. Sangat-sangat terharu bila dapat mesej comel dari Jannah ini.. Review beliau sangat Sha hargai.. Entry review tu boleh klik SINI.. Sha juga berjaya menjadi follower ke 6 beliau.. Yeah!! Jomlah ramai-ramai follow Jannah ye.. Menambah lagi rakan blogger kita.. semoga ukhwah yang terjalin di maya ini akan memberikan variasi dalam hidup kita.. Aamiin..


Blog Jannah ini menarik pada Sha sebab banyak share resepi yang ringkas dan mudah disediakan.. Memang sesuailah untuk Sha yang berkerjaya dan perlukan resepi yang cepat dimasak.. Selain itu, Jannah juga rajin berkongsi motivasi, tips menarik macam First Day in University: Tips for freshies, MOTIVATION: Should you change to please others? dan lain-lain lagi.. 

 Inilah komen yang beliau tinggalkan buat Sha.. Boleh tengok di SINI..

Ini pula review beliau buat Sha..

Pada yang belum follow Jannah, bolehlah ke blog beliau.. Klik je SINI takpun gambar dibawah..

The Accidental Detective 2 - In Action (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maraton terus.. Lepas tengok yang pertama, terus sambung yang terbaru ini.. Kali ini ada Kwang soo.. Memang lebih lawaklah kan..

Hahaha.. Memang kelakar.. Sabar jelah perangai keduanya.. Dengan Kwang Soo lagi.. Part Kwang Soo menyorok dalam kabinet tu kelakar.. hahaha.. Muat pula dia baring dalam tu.. Walaupun cerita ini berunsur komedi namun topik yang dibawakannya berat.. Permedagangan organ dan penganiayaan pada mereka yang tak bersalah.. Kejam gila bila dia jaga bebudak tu semata-mata nak tuai organ mereka.. Scary..

The Accidental Detective 2 - In Action
Also Known As: Private Investigator 2; Tamjung 2
KMovie|Thriller, Mystery, Comedy, Detective, Investigation|13 Jun 2018|

Sembelih oleh Aneff Bahrom

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini terbitan Lejen.. Sha beli sebab Bookcafe ada buat sale.. Tertarik dengan tajuk dan covernya yang begitu unik.. Sha tak baca pun sinopsis buku ini.. Sha terus beli je.. Ada juga beberapa buku lain selain buku ini yang Sha beli.. Boleh tengok di entry SINI dan SINI..

Buku ini memang membuatkan Sha tertanya-tanya dan juga berteka teki.. Bermula dengan pembunuhan mak mereka.. Kemudian perangai pelik yang ditunjukkan oleh Maya serta kematian berikutnya.. Semuanya mengundang tanda tanya.. Siapa sebenarnya dalang disebalik semua kejadian dan apa motif sebenarnya dalang tersebut.. Sha sampai rasa watak utama dia lembap ya amat.. Tapi bila sampai hujung barulah Sha faham kenapa watak utamanya bertindak begitu.. Rupanya ada twist dihujung cerita.. Ceritanya okay tapi tak sesuai dibaca remaja.. Pendapat Sha lah..

Sha baca dan selesai pada 02.12.2018..

Koleksi Sha

Terbitan Lejen Press

Monday, December 3, 2018

Parcel Buat Kawan-kawan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hadiah dah berjaya di pos petang tadi.. Harapnya selamat sampai ke tangan kawan-kawan.. Tapi masih ada yang belum bagi details dekat Sha.. Masih ada 3 buah lagi buku yang ingin Sha hadiahkan.. Insya Allah nanti Sha akan umumkan ye..


The Beauty Inside (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini bukanlah drama pilihan untuk ditonton.. Tapi Sha menontonnya selepas menonton filem dengan tajuk yang sama.. Ternyata pilihan Sha untuk menonton drama ini berbaloi.. Walaupun kedua-dua pelakon utamanya bukanlah kegemaran Sha namun penyampaian watak mereka pada Sha sangat berkesan, sebab Sha berjaya meneruskan tontonan selepas episod pertama berjaya menangkap hati Sha.. setiap episod berjaya memberikan perasaan sedih dan kesian pada watak utamanya..

Cerita ini memang menyentuh betapa susahnya manusia dalam meneruskan kehidupan harian setelah ditimpa musibah yang merubah hidup mereka.. Menerima kekurangan pasangan dengan seadanya.. Membahagiakan orang kita sayang melalui pengorbanan dan yang paling penting melalui susah senang bersama.. Wata heronya tak adalah handsome mana tapi dengan mimik muka yang tanpa perasaan itu berjaya menangkap hati Sha untuk terus menonton.. Memang drama yang sangat menarik..

THE BEAUTY INSIDE | 01 October 2018 | 16 episodes | Friendship, Comedy, Romance, Drama, Family, Melodrama, Supernatural | KDrama |
Han Se Kye is a top actress, also known as a troublemaker, with many rumors around her. To others, her life appears as a mystery, when in fact she is faced with a strange occurrence where she must change into a different body and new identity for one week a month. She encounters Seo Do Jae, a brilliant man who is an executive at an airline company. He seems to have it all: a perfect appearance, knowledge, and a good job; but he has a secret too. He suffers from Prosopagnosia, the inability to recognize faces. However, he manages to hide this from the world, every day he makes an effort to remember people by their personalities. 
Seo Do Jae's life begins to change when he meets Han Se Kye. She is the only person whose face he can recognize. But with Han Se Kye's constant disappearance and change how long can she keep her secret? (Source: AJ at MyDramaList)

Aku Bukan Anak Pontianak oleh Rosli Mohd. Sah

Assalamualaikum..
Hye semua..


Menariknya novel ini bila sebelum permulaan bab akan ada penerangan mengenai hantu yang popular dalam Masyarakat Melayu.. Antaranya ialah Lansuir, Harimau Jadian, Hantu Laut/Air, Bunian dan lain-lain..

Kisah yang disampaikan lebih pada penganiayaan orang kampung dan saudara terdekat kepada Akob seorang anak yatim piatu.. Sedikit demi sedikit terbongkar kisah sebenar disebalik kemunculan pontianak, gangguan dan perempuan cantik di pokok medang.. Semuanya berkait rapat dengan Akob, Mahat, Pak Li dan kacang hantu berempat.. Semuanya menerima balasan yang setimpal akibat perbuatan mereka..

Sha baca pada dan selesai pada 01.11.2018..

Sunday, December 2, 2018

Aik Cheong Cafe Art Variety Pack

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun Sha dah jarang minum kopi 3in1, tapi masa jenjalan dekat Shopee Sha ternampak Aik Cheong kopi ini.. Dalam satu kotak ini ada 4 rasa.. Matcha, Cappuccino, Latte dan Mocha.. Setiap rasa ada 3 sachet.. Bolehlah nak cuba rasa Matcha tu.. Pertama kali jumpa sebenarnya.. Lepas tu kotak dia pun cantik dan memikat.. Hahaha.. Visual tu penting tau.. Sha beli pada 22.11.2018 dan barang sampai pada 24.11.2018.. Terbaik seller ini..

Sekotak ini RM13.90.. Jadinya 1 sachet berharga RM1.16 lebih kurang..

Kotaknya elok tak kemek.. Ini rupa dalam kotak..

Ada 4 perasa dan setiap perasa ada 3 sachet..

Tak manis sangat.. Rasa pelik sebab selalu Sha minum versi sejukkan.. Bila minum versi panas ni rasa peliklah sikit.. tapi sedap.. sudahnya sha sejukkan je.. Kikiki.. Baru puas minum..

Rasa kopi yang ohsem.. Sedap dan memikat..

Latte pun not bad.. Mungkin sebab sha memang penggemar kopi jadinya Latte dan Cappucino ini Sha suka.. Yang pasti tak berapa manis..

Pekat betul rasa coklatnya.. Memang best dan sedap diminum panas atau sejuk..

2018 Reading Challenge #11

Assalamualaikum..
Hye semua..

November berlalu sudah.. Bulan ini tak adalah banyak sangat bahan bacaan Sha.. Santai-santai je Sha membaca.. Tapi membeli memang banyak.. Sha kira-kira dan kumpul, Sha pun seram tengok jumlahnya.. kikiki.. Untuk Sha je 34 buah buku.. Untuk Amani dan Imani pula 15 buah buku dan untuk dijadikan hadiah 8 buah buku.. Keseluruhan buku yang Sha beli untuk November ialah 57 buah buku.. Pergh!!!

Antara Novel/Buku yang Sha baca ialah:-

Bila Penulis Tinggalkan Komen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok rasanya bila review novel yang kita buat mendapat komen dari penulis.. Terasa review itu begitu dihargai.. Terima kasih penulis.. Teruskan menulis.. InsyaAllah Sha akan terus menyokong dengan membeli dan membaca..

Ini untuk buku bertajuk Undercover Wife oleh Zura Rahman..

Untuk buku bertajuk Lambaian Bulan oleh SyasyaBellyna..

Yang ini pula untuk buku bertajuk Dendam Aduka oleh Faizul Rahim..

Selain dekat blog, Sha juga buat review di Goodreads.. Di Goodreads ini pun ada juga penulis-penulis tinggalkan komen untuk review Sha.. Cuma di Goodreads biasanya review Sha lebih ringkas.. Tidak seperti di Blog.. Apa pun, Sha ucapkan terima aksih buat penulis yang sudi tinggalkan komen untuk review Sha..

Saturday, December 1, 2018

Miss Kim's Mystery (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Disebabkan data internet banyak, dengan tak sengaja nya tertengok drama Korea dekat Youtube.. Ditayangkan di Channel KBS World TV.. Nak tengok? Klik SINI.. Drama yang menarik..

Walaupun sejam je drama inj tapi menarik ditonton.. Kisah mengenai seorang perempuan yang menyamar menjadi cleaner untuk mencari pengintip yang ingin mencuri teknologi syarikat.. Memang menarik dan kelakar dramanya.. Penamat dia ada sedikit twisted.. kiki..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com