Wednesday, March 4, 2020

Imani 7 Tahun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Dah selamat menunaikan hajat anak.. Bagi hadiah dekat kawan-kawan, guru serta ustazah sekolah pagi dan petang.. Kek dan makan-makan.. Semalam genaplah budak kecik ini 7 tahun.. Seronok dia semalam.. Dapat hadiah dari pengasuh, kawan kerja Sha.. Happy je.. Sha tak adalah buat makan-makan ke apa.. Beli kek lepas tu makan kat luar.. Gitu jelah.. hehehe..

Ceria dia bila dapat kek yang comel dan meriah seperti idaman hati..

Dua tahun lepas.. Kalau tak dia nak kek yang macam nie juga.. Jenuh nak cari dekat Kg. Gajah.. hehehe..

Wordless Wednesday 2020


Tuesday, March 3, 2020

Filem United States | Zombies 2 (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini merupakan sambungan kepada filem Zombies (2018).. Kali ini mengisahkan tentang sekawan serigala jadian yang mencari moonstones untuk mengembalikan kuasa mereka atau mereka akan mati.. Zed masih lagi zombies yang cuba menjadi manusia manakala Addison pula masih mencari identiti dirinya yang sebenar.. Kawanan serigala jadian tu menyangkakan Addison adalah Ketua Alpha yang dicari namun bukan.. Tapi dengan bantuan Addison dan Zed, serigala jadian berjaya menemui moonstones..

Seronok tengok sebab ada lagu-lagu yang menarik dalam filem ini.. Muzikal filem kan.. Memang bestlah..

Written by: David Light, Joseph Raso
Directed by: Paul Hoen
Starring: Milo Manheim, Meg Donnelly
Country of origin: United States
Original language(s): English

Nomik | Running Star: Pencarian Bintang Terhebat oleh Ain Maisarah, Rashiela Nurain, Ain Lavendra(Komik)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nomik = Novel+Komik.. Separuh penceritaan dalam novel ini ialah komik bergambar dan separuh lagi tulisan.. Nomik yang menarik dan sesuai dibaca semua peringkat usia.. Disebabkan rakyat Malaysia pernah gilakan rancangan variety dari Korea bertajuk Running Man makan terhasillah nomik ini.. Tapi macam tak habis nomik ini.. Setakat pemilihan 5 peserta sahaja.. Mungkin akan ada sambungannya nanti kot..

Kisah 10 orang blogger yang terpilih untuk menyertai rancangan Running Star yang diadaptasi dari Running Man.. Selepas melalui proses pemilihan, hanya 5 orang sahaja yang kekal menjadi peserta dan akan dibawa untuk melaksanakan rancangan Running Star.. Namun ada rancangan misteri yang bersembunyi di sebalik rancangan Running Star ini.. Hurm.. Memang misteri..

Sha baca dan selesai pada 02.03.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2015 by Blink Book Sdn Bhd

Performance Blog KasihkuAmani 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan bulan lepas tak buat, bulan ini kenalah buat.. Semangat.. semangat.. Jangan sekerat-sekerat gitu.. Inilah paparan pertama untuk tahun 2020 mengenai performance blog ini..

Ada peningkatan pengikut.. hehehe.. Bertambah sebanyak 12 orang.. Okaylah kan..

 All time view dah makin banyak peningkatannya.. hehehe..

Tapi tulah.. View bulan lepas merosot.. Tak sampai 20k pun.. huhuhu.. Komen pun merudum.. huhuhu.. banyak bezanya.. Kena usaha lagi blogwalking nampaknya..

Entry yang popular pun entry lama.. Pasal air Kranberi dan khasiatnya.. Drama Gantung The Series berada di tangga kedua manakala Drama Malam Tahlil Suhaila Balik masih ada di carta.. Dua drama ini masih dicari rupanya.. Memang tak sangkalah.. 

Untuk 2 bulan ini, Alhamdulillah dah 100 lebih entrynya.. hehehe.. 

Filem China | Mermaid (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita dari Stephan Chow ini memang menarik ditonton waktu santai.. Cerita dia bergerak laju.. Memang tak sempatlah nak stop and relaks.. Bermula dengan seorang hartawan yang merosakkan satu kawasan perairan dan menyebabkan seekor duyung datang dengan misi ingin membunuh hartawan tersebut.. Namun mereka saling jatuh cinta.. Dari kelakar-kelakar terus babak sedih.. Laju je.. hehehe..

Movie: Mermaid
Also Known As: The Mermaid
Screenwriter & Directors: Stephen Chow
Genres: Action, Comedy, Romance, Fantasy
Country: China
Release Date: Feb 8, 2016
Duration: 1 hr. 34 min.
Xuan, a business tycoon, falls in love with the beautiful mermaid sent to kill him after his latest project kills many of her people. 

Monday, March 2, 2020

Random Photo #6 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah kita tengok antara gambar yang meninggalkan kenangan dan peristiwa dalam kehidupan harian Sha.. Ada yang mengundang tawa dan ada juga yang membahagiakan..

Tahukah anda apa benda yang Sha bulatkan itu?? Hehehe.. Iye.. Itulah penutup tempat minyak kereta.. Encik suami boleh lupa nak tutup balik lepas isi minyak dan tertinggal dekat Petronas.. Mujurlah tak hilang bila dia teringat dan pergi ambil.. Hahaha.. kelakar betul bila dia cerita..

Aktiviti hari Sabtu (22.02.2020) baru ini.. Sha buat fun run dengan pelajar kelab tempat Sha kerja ini.. Anak-anak Sha ikut sekali sebab encik suami kerja.. Mulanya budak kecik ini tak nak lari, masa Sha lepaskan pelajar, dia boleh ikut lari sama.. Tak sempat nak kejar dah jauh perginya.. Ini pun ada orang amikkan gambar dia.. Kemain semangat dia lari.. Bila dah tak larat, selamba je dia baring atas jalan.. Adoilah si kecik ini.. Lepas tu dia gelak-gelak je..

Cheese Scone.. Beli masa ride ke Cameron Highlands aritu.. Satu ini RM5 siap jem strawberry dan cream rasanya.. memang sedap, lembut je walaupun makan keesokan harinya.. Puas hatilah..

Encik suami beli kelmarin masa dia konvoi motor ke pahang dan pusing Cameron Highlands.. Sekilo RM6 je.. Itupun pekedai tu siap bagi extra.. Memang layan makan ubi manis nie.. Selalunya Sha rebus je.. Buat kudap-kudapan masa membaca @ menonton drama..

Filem Korea | Moonlit Winter (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah pasangan kekasih yang dipisahkan kerana cinta mereka melawan fitrah.. Yoon Hee meneruskan kehidupan seperti biasa selepas mereka berpisah, melahirkan anak dan bercerai.. Kerana bukan mudah untuk meneruskan kehidupan seolah-olah tiada apa-apa bila hati bukan pada suaminya.. Satu hari anak Yoon Hee iaitu Sae Bom menerima satu surat dari Jepun.. sejak itu Sae Bom merancang untuk membawa maknya ke Jepun dan mencari pengirim surat tersebut.. Perasaan disayangi dan menyayangi.. Namun drama ini bukanlah berakhir dengan mereka bersama sebaliknya menerima keadaan antara satu sama lain dan meneruskan kehidupan masing-masing tanpa bersama.. Hurm.. Faham ke?? Kalau tak, kenalah tengok filem ini.. Hehehe.. Yang pasti filem ini tentang perasaan..

Movie: Moonlit Winter
Also Known As: Manwol, Full Moon, Yooheuiege
Screenwriter & Directors: Im Dae Hyung
Genres: Romance, Family, Melodrama
Country: South Korea
Release Date: Nov 14, 2019
Duration: 1 hr. 45 min.
Yoon Hee lives with her teenage daughter Sae Bom. On a winter day, Yoon Hee receives a letter from Otaru, Japan. Sae Bom accidentally reads the letter and learns about her mother's first love, which she never spoke about before. Hiding the fact that she knows about Yoon Hee's first love, Sae Bom proposes that they travel to Otaru, Japan together. There, the mother and daughter enjoy their time together. Yoon Hee, believing that she might meet her first love again, feels her heart fluttering.
(AsianWiki)

Pendaftaran Pra Sekolah 2020 & Darjah 12021/20222

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jangan lupa ye isi website ini untuk anak yang akan ke Pra Sekolah 2021 dan Darjah 1 2021/2022 .. Boleh mula isi bermula 1 Mac 2020 sehingga 30 April.. Nak laju jangan buka waktu pejabat.. Sebab masa tu memang ramai yang akan buka dan isi.. Buat cepat tak adalah terlupa atau tercicir.. Selamat mengisi ye ibu-ibu dan ayah-ayah..



Carta alir untuk pendaftaran Pra Sekolah..

Syarat-syarat pendaftaran Darjah 1..

Sunday, March 1, 2020

Kuda Merah | Hawa Dingin Rosak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah dekat sebulan lebih kereta Sha tak ada hawa dingin.. Minggu lepas baru berkesempatan nak hantar kereta untuk diperiksa dan dibaiki.. Dah masanya dia meragamkan, 7 tahun dah usianya.. Guna pula setiap hari.. Mujurlah cepat siapnya dan tak overbudget..

Asalnya hawa dingin tu kejap ada, kejap tak ada.. Bila hantar kedai, mekanik tu kata relay dia problem.. Tukarlah relay.. Tak lama lepas tu terus tak ada.. Memang naya lah sebab pertama kali jadikan.. Memang menginsafkan betul bila hawa dingin kereta tak berfungsi.. Namun hidup dan rutin harian tetap diteruskan..
Bila diperiksa rupanya blower (kipas angin) yang masalah.. Tukar blower dan alhamdulillah semuanya kembali okay.. Memang mekanik yang ohsem.. Hantar hari Khamis dan Sabtu dah siap..

Inilah rupa blower yang rosak.. Kenalah RM320 termasuk upah.. 

Rupa relay yang diganti sebelum ini..

Goodreads | Reading Challenge Februari 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 1 Mac.. Kejap je masa berlalu.. Sha masih lagi meneruskan aktiviti membaca.. Bukan tak suka baca buku fizikal cuma ada ketikanya mood membaca genre selain yang menjadi kesukaan tu datang mendadak.. Kebetulan genre yang Sha baca ini kebanyakkannya berbentuk ebook, maka penuhlah senarai ebook je.. Hehehe.. Tak elok sebenarnya sebab pencahayaan telefon tu menganggu mata Sha tapi kalau tak baca rasa macam kekurangan sesuatu.. Gitu lah kehidupan harian Sha.. Tak dapat baca banyak sikit pun jadilah..  Dibawah ini Sha senaraikan bacaan Sha..

1. Cinta Dorayaki oleh Izza Aripin (ebook)
2. CUN #3: Jiwa Juara oleh Artis-Artis Komik-M
3. Srikandi vs Arjuna oleh Izza Aripin (ebook)
4. Semanis Tart Ceri oleh Maslina Ngadiman (ebook)


ebook | Amir Minah Macho oleh Ummu Wafa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku terakhir bacaan Sha untu Februari 2020.. Ingatkan santai rupanya sarat dengan mesej.. Isi dia memang menarik dan Sha suka dengan usaha penulis.. Cumanya cara penyampaian penulis agak kurang menarik dan bercelaru..

Kisah Amir/Amira yang tomboy dan sangat suka menjadi mekanik.. Semua perintah maknya cuba diikut kecuali menjadi wanita muslimah.. Ariel pula seorang anak muda yang sedang berusaha mengubah cara hidup keluarganya.. Mereka berdua ini pelik dan bila terjjmpa saling jatuh cinta.. Banyak teguran dan mesej sosial dalam novel ini yang boleh dijadikan tauladan.. 

Sha baca dan selesai pada 29.02.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published November 15th 2012 by Alaf21
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com