Sunday, November 29, 2015

Kranberi dan Khasiatnya

Assalamualaikum..
Sha nak share minuman kegemaran sha..
Cranberry.. Seriously sedap..
Sebenarnya sha x pernah minumpun..
Tapi disebabkan pernah menghadapi masalah kencing kotor dan juga nyaris terbentuk batu karang, maka bermulalah kesukaan sha pada Cranberry.. Sha minum atas nasihat doktor..
Kranberi nie nak cari yang jus dia sahaja agak susah di kawasan tempat tinggal sha ini.
Yang sha jumpa seperti diatas dan juga jenama Marigold (Apple Cranberry).
Kedua-duanya sedap dan bagus untuk melawaskan kencing..

Bersama entry ini, Sha sharekan sekali kebaikan kraberi untuk manfaat bersama ye.


Kranberi atau nama saintifiknya vaccinium macrocarpon bukan sahaja sedap dimakan, malah mempunyai khasiat pemakanan mahupun khasiat ubatannya yang tersendiri. Dikatakan bahawa pengembara Eropah yang menjelajah benua Amerika pada zaman dahulu boleh hidup dengan hanya berbekalkan buah kranberi kering dalam perjalanan mereka. Amalan ini menunjukkan bahawa mereka menyedari akan khasiat dan agen penyembuhan yang terdapat pada buah kranberi.

Pokok kranberi adalah pohon renek yang tumbuh secara liar di dalam kawasan belukar. Daunnya berbentuk bujur dan berwarna hijau pekat pada bahagian atas daun manakala bahagian bawah daun berwarna hijau kelabu.

Buah kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Buahnya juga rendah karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan hanya mempunyai 4 gram karbohidrat dan 2 gram serat di mana ¨÷ (1/3) daripadanya adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium, magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2 riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.

Cegah jangkitan saluran kencing dan batu karang
Dikatakan antara khasiat ubatan kranberi adalah untuk mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Disebabkan oleh kebaikan inilah, ramai wanita yang mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing.

Malah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan. Buah kranberi juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis (cystitis).

Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang. Meminum jus kranberi dalam jumlah yang kecil dalam masa beberapa kali seminggu dikatakan mampu melindungi diri daripada mengalami masalah sembelit dan juga diarea. Namun begitu, jangan meminum terlampau banyak kerana seperti juga buah-buahan lain, pengambilan berlebihan mampu membawa kepada masalah sakit perut.

Rangsang kulit lebih cerah dan muda
Buah kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavonoid dan polyphenolic. Flavonoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan risiko atherosclerosis. Penyelidikan berterusan juga mencadangkan bahawa kranberi menawarkan pertahanan semulajadi menentang atherosclerosis. Pengambilan buah kranberi dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Radikal bebas merosakkan kolagen dalam kulit dan kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam serta menjadi kemerah-merahan. Buah kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit lebih cerah dan nampak lebih muda.

Bukan itu sahaja kebaikan buah kranberi, ia juga mampu mencegah bakteria daripada melekat pada gigi, sekaligus menjadikan gigi berada dalam keadaan bersih dengan lebih lama. Buah kranberi dikatakan mempunyai agen bagi memusnahkan bakteria berbau busuk yang terbina di dalam mulut dan membawa kepada nafas berbau.

Buah kranberi juga bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu menguatkan dan menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan mengurangkan risiko jangkitan. Khasiat buah kranberi juga dikatakan dapat meminimumkan kesan kebanyakan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.

Manfaat Jus Kranberi Dalam Jangkitan saluran Kencing dan Batu Karang
1) Kranberi paling popular untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan batu karang, biasanya wanita mengandung yang mengalami masalah kencing kotor atau jangkitan pundi kencing memang digalakkan oleh doktor untuk mengambil jus kranberi atau makan kranberi kering tetapi sila pastikan kranberi yang kurang gula atau organik.

2) Ia juga mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Kerana kebaikan inilah, wanita digalakkan mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing atau mengelakkan jangkita saluran kencing tetapi sekali lagi diingatkan sila dapatkan kranberi organik yang kurang manis.

3) Terdapat kajian yang dijalankan , menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan.

4) Buah kranberi segar juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis (cystitis).

5) Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang.



Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah kranberi, namun begitu pengunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

5 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com