Peringatan Mesra Buat Perempuan - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, November 28, 2015

Peringatan Mesra Buat Perempuan

Assalamualaikum..
Buat kaum hawa yang disayangi..
semoga peringatan ini berguna untuk anda..
Berhati-hatilah ye..
Perempuan paling mudah terdedah dengan bahaya..

Semoga berguna..

Peringatan mesra dari perempuan untuk perempuan..
 
1. Kurangkan selfie.
Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan check in rumah sendiri.
Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri.  Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My hubby out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta
Ye... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.
Mohon sebarkan!

7 comments:

  1. nasib baik Cik SIti ni jenis yang suka stalk org ja. Nak update pasal diri sendiri memang jarang sgt....hee

    ReplyDelete
  2. setuju, peringatan untuk diri saya juga. terima kasih xx
    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. jarang nak upload gambar bila ada kt tempat tu.. bahaya
    tq kongsi akak

    ReplyDelete
  4. betul sangat merbahaya...kalau boleh elakkan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..