Shoplinks.Asia

Sunday, November 8, 2015

Ghost-Seeing Detective Cheo-yong / Detective Cheo-yong Who Sees Ghosts / Cheo Yong: The Paranormal Detective

Assalamualaikum..
Drama Korea nie 10 episod jer.. Season 1 keluar tahun 2014 manakala Season 2 keluar tahun 2015 pun 10 episod jer. Drama nie ala-ala seram tapi kelakar.. Sebenarnya kalau dia buat drama nie panjang sikit pun ok, sebab kisahnya tertumpu pada penyiasatan yang dibantu oleh roh orang mati..

 Cheo Yong The Paranormal Detective.jpg

Season 1  (2014)
Detective Cheo-yong bukan sahaja boleh nampak, tapi turut boleh mendengar dan menyentuh roh orang mati. Kelebihan yang dia ada nie digunakan untuk menyelesaikan kes yang dia dapat. Tapi rakan sekerja beliau xtahu yang dia boleh nampak roh orang mati. Cuma mereka pelik macam mana dia selalu dapat maklumat lebih cepat dari mereka. Detektif Cheo-young turut dibantu oleh Ha Sun-woo dan hantu budak sekolah Han Na-young. Ada part yang kelakar, sedih dan juga seram sikitlah.. Seronok tengok sebab citer dia pendek jer.. 10 episod.. Walaupun pelakon dia x handsome, tapi berkarisma..

Season 2 (2015)
Sambungan dari season 1 menyaksikan yang pasukan detektif Cheo-yong telah dibubarkan dan mereka telah dihantar bertugas di tempat yang berasingan. Tapi kemudian mereka telah dikumpulkan semula oleh Jung Ha-yoon kecuali Ha Sun-woo. Tidak pula diberitahu kemana Ha Sun-Woo pergi.. Watak utama iaitu Detektif Cheo-Young dan Han Na-young masih lagi kekal. Kali ini cerita utama adalah mengenai peguam dan pendawakraya yang mengambil jalan sendiri untuk menghukum penjenayah yang terlepas dari hukuman. Namun begitu, selingan cerita yang diselitkan sebelum pokok utama keluar juga x kurang hebat. Tambahan pula Na-young dalam season 2 ini dibenarkan merasuk Ha-yoon. Malah dekat nak penghujung season 2, Cheo-yong telah memberitahu mereka mengenai Na-young. Cerita begini kalau dibuat lebih panjang pun xde masalah sebab aksi yang ditonjolkan oleh Detektif Cheo-young dan Na-young memang awesome.


Baca ini juga >> 7 Ways To Earn Extra Money In Malaysia

6 comments:

  1. cerita korea ka jepun ni...lama tak tengok cerita macam ni...asyik upin ipin, frozen, ummi ceritalah pada kami, dan lagu kanak-kanak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cite korea Arz Moha.. samalah kat umah nie. Tu yg pasang satu lg tv dlm bilik.. hehehe

      Delete
  2. dah lama xlayan cita korea ni...zaman sekolah dulu ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer kotea skrg cam lg ok kot.. Banyak pilihan Zarul..

      Delete
  3. akak ni memang suka tngk genre2 macam ni eh..
    ehehe kalo CT suka yang sweet2 gula saja haha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI