Friday, September 9, 2022

Shopee | Portable Mesin Rumput

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lupa nak kongsi pasal mesin rumput ini.. Encik suami beli sebab nak memudahkan mesin rumput depan rumah.. Memang mudahlah cuma mata dia je problem sikit.. Tapi setakat nak mesin ruput yang sekankang kera memang senanglah.. Mesin ini pakai bateri jadinya cuma perlu cas dan kemudian guna.. Ada dua mata dia bagi.. satu plastik dan satu lagi besi..

Hasil sebelum dan selepas dipotong pun lupa nak snap.. hehehe..

Setakat ini memang macam-macam jugalah barang yang boleh dibeli di shopee..

Kecik dan ringan je mesin ini..

Ini mata besi..

ebook | Manuskrip oleh Rez Khael

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama mencari buku ini.. Akhirnya berjaya juga baca.. Buku ini dibahagikan pada 3 bahagian.. Bahagian pertama mengenai scapegoat atau kambing hitam.. Bab ini agak lama jugalah nak habis.. Agak mendatar pada Sha.. Kurang menarik tapi kesian juga dekat watak dalam bahagian ini.. hehehe..

Bahagian dua iaitu cases pula mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada mangsa pembunuhan.. Bagaimana setiap pembunuhan berlaku.. Memang menarik dan sedikit ngerilah juga..

Bahagian tiga accomplice pula menerangkan keseluruhan perjalanan cerita.. Siapa pelakunya dan kenapa mangsa-mqnhsa itu dibunuh.. Memang mengejutkan jugalah bila tahu siapa sebenarnya pencetus kejadian bunuh tu.. 

Sha baca pada 07.09.2022 dan selesai pada 09.09.2022

Published March 20, 2018 by Buku Fixi
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Drama Jepun | Kamen Rider Saber (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..



Drama: Kamen Rider Saber
Director: Sakamoto Koichi, Nakazawa Shojiro, Kamihoriuchi Kazuya, Ishida Hidenori, Shibasaki Takayuki
Screenwriter: Hasegawa Keiichi, Mori Nobuhiro, Fukuda Takuro
Genres: Action, Tokusatsu, Comedy, Sci-Fi
Country: Japan
Episodes: 48
Aired: Sep 6, 2020 - Aug 29, 2021
Aired On: Sunday
Original Network: TV Asahi
Duration: 23 min.
Long ago, the Book of Ancients was the transcriber of history, recording everything known to man; myths, creatures, stories, science and technology, humanity evolved, civilization ... It was protected by the Sword of Logos, a sect of swordsmen tasked with protecting the book to keep the world in balance. However, thousands of years ago, the Megiddo attacked and tried to steal it. As a result, the Book vanished, and each of its pages scattered across the world.

In the present day, young novelist Touma Kamiyama has been having dreams of another dimension, swordsmen and monsters coming out of a storybook, and a "mysterious girl" calling for help. Recalling the dream sends chills down his spine, not knowing anything about the dream. One day, a strange phenomenon occurred without notice; a part of the city disappeared, people's loved ones disappear one after another, and sends the entire nation into chaos.

The vanished part of the city appeared in an alternate dimension, called Wonder World, an endless dimension as big as pages from a book. The dimension is home to magical creatures that attack without hesitation, sending the people in fear and confusion. As Touma and Mei are caught in this phenomenon, the attack reminds Touma of his dream as he is attacked by a mysterious monster.

"I will definitely bring the city back to the original world!"

As if it was responding to his very will, Touma harnesses the power of the red Dragon as it merges into his body, turning him into the Swordsman of Fire. The battle between the real world and Wonder World has an ending, and its destiny is in his hands.

(Source: kamenrider.wikia.com)

Marshmello's Limited Edition Coca-Cola Zero Sugar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa coca cola dengan tambahan rasa tembikai dan juga strawberi.. Memang unik dan manis.. Walaupun tanpa gula tetap terasa manis.. Malah baunya juga manis.. Bila buka je, bau yang naik memang manis dan menggoda.. hahaha.. Terus Sha rasa, Sha lebih manis dari biasa.. hehehe..

Okaylah kalau nak minum sesekali.. Sha beli pun sebab tin dia tu cantik.. Putih dengan tulisan hitam..

RM3.50

Thursday, September 8, 2022

ebook | GAA H01 - Wrath Of The Mummy by Tadatada A., Solar Team A.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik pengembaraan di padang pasir yang menarik.. Alex seorang pengembara harta karun yang suka kan cabaran dan teka teki.. Semasa mencari piramid Ramesses II, Alex terkandas di padang pasir dan bertemu dengan Amon.. Alex makan bekalan makanan Amon untuk berniaga.. Kemudiannya dengan bantuan anak Amon iaitu Smara dan kucingnya Lulu, alex kembali ke padang pasir bagi meneruskan pencariannya.. Ali mengekori mereka dengan niat tak baik namun semasa didalam makam, ali bergabung bersama dan berjaya mendapatkan sedikit harta untuk dinikmati bersama.. Manakala Alex meneruskan pengembaraan di tempat lain bersama Lulu..

Selain itu ada juga info menarik mengenai padang pasir yang dibubuh dalam komik ini.. Ini komik berbahasa Inggeris yang ohsem, berwarna warni dan mudah difahami..

Sha baca dan selesai pada 08.09.2022..

Published February 4, 2021
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Lindt Lindor Assorted

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak beli coklat ini tapi ada Doktor baru balik Sydney yang bagi.. Dapat sekotak untuk dikongsi bertiga.. Sedap dan mewah coklatnya.. Ada 4 rasa dalam satu kotak ini.. Selain coklat, dapat juga keychain comel.. Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki Dr. Nadia.. Aamiin..

Sha paling suka yang warna hitam sebab dia coklat gelap.. Semua sedap.. Percumakan..

Kotaknya begini..

Milk Chocolate - Pembalut merah
White - Pembalut kuning
Hazelnuts - Pembalut coklat
60% Cacao - Pembalut hitam..

Keychain bentuk Kangaru..

Wednesday, September 7, 2022

Drama US | Daredevil S2 (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ulasan Season 1 baca SINI..

Permulaan musim 2 ini agak ganas dimana pembunuhan gang dilakukan oleh seorang lelaki.. Lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai Punisher aka Castle.. jenuh juga Matt nak berlawan dengan Castle ini sebab pada Castle, penjahat perlu dibunuh supaya tidak terus melakukan kejahatan.. Musim 2 ini juga baru nampak Daredevil punya suit dan juga lepas kena tembak dengan Punisher, sarung kepala Daredevil di naik taraf.. hehehe.. Syok layan drama ini sebab heronya masih lagi manusia cuma ada kelebihan deria yang sensitif je.. Tapi bila berlawan memang guna kudrat manusialah..

Selain kes Punisher, Matt juga berdepan delima persahabatan dan juga percintaan.. Keadaan jadi lagi keruh bila bekas kekasih lama Matt iaitu Elektra muncul dan Matt kena bantu Elektra berdepan dengan geng Yakuza.. Memang kiri kanan, depan belakang dia kena berlawan.. Hehehe.. Tapi ada penamat untuk kes Castle cuma Elektra je penamat dia agak mengganggu.. Hurm.. Keseluruhan memang menarik..

Daredevil
2015 ‧ Sci-fi ‧ Season 2
Matt Murdock manages to overcome the challenges that he faces due to him being blind since childhood and fights criminals as a lawyer and Daredevil.

ebook | Azazil oleh Eqbal Mohaydeen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah novel yang seram dan juga mendebarkan.. Penyiasatan mengenai pelakunya dan ancaman yang terpaksa dilalui oleh watak-watak penting dalam ini begitu real dan berjaya meninbulkan perasaan ingin tahu..

Sha meneka beberapa orang yang nampak sangsi dan berkemungkinan sebagai Azazil serta manusia penyembah syaitan dan ada yang betul, ada yang sipi sipi mengena.. Penyampaiaan penulis berjaya mengelirukan dalam menentukan siapa penjahat sebenar..

Kisah bermula dengan penculikan Furqan iaitu anak kepada Firman dan Izara yang juga bersambung terus dari novel Nyawa.. Kemudiannya beberapa perempuan mengandung meninggal dan anak mereka hilang dalam keadaan yang mengerikan.. Perempuan yang mengandung tanpa melakukan persetubuhan dan bila mengandung sering diganggu makhluk jahat dan bayangan manusia berjubah hitam.. Bila mereka mati, mereka mati dalam keadaan yang sangat mengerikan dan ada simbol pelik disamping mayat mereka.. Sesiapa sahaja yang menyiasat kes tersebut dan cuba membantu Firman serta Izara pasti akan dibunuh dalam keadaan mengerikan.. Bencana alam yang tiba-tiba berlaku juga menggemparkan dunia..

Penulis menyampaikan cerita dengan cara berselang seli.. Masa kini, kemudiannya kepada masa permulaan Azazil dicipta hinggalah kepada kemuncak cerita yang bertemu dan memberitahu siapa sebenarnya Azazil dikalangan mereka.. Memang mengejutkan..

Sha baca pada 04.09.2022 dan selesai pada 06.09.2022..

Published March 2019 by Buku Prima
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, September 6, 2022

Shopee | Hydraulic Transfer Chair

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak berkongsi dengan semua mengenai peralatan yang boleh membantu mereka yang menguruskan pesakit yang tak boleh berjalan.. Sha pun baru tahu kerusi ini ada jual.. Encik suami yang jumpa dan beli.. Kerusi ini untuk memudahkan kami menguruskan MIL yang tak boleh berjalan dan bergerak.. Sebelum ini MIL masih lagi boleh bergerak sendiri walaupun menggunakan kerusi roda tapi 3 minggu yang lepas MIL jatuh dan terus tak boleh bergerak sendiri.. Bila encik suami pun dah tak boleh nak mengangkat MIL, tu yang cari peralatan bagi memudahkan urusan.. Terjumpa kerusi ini dekat Shopee.. Kami yang pertama beli dan ulas.. Memang encik suami tawakal je masa beli sebab kedai ini jual produk lain juga dan ada yang beli cuma kerusi ini je belum ada sebarang jual beli dan ulasan..

Kerusi ini encik suami beli semalam jam 10 pagi dan hari ini jam 11 pagi kami dah terima.. Memang pantas dan cepat.. Ada banyak pilihan sebenarnya kerusi ini tapi encik suami beli yang ini sebab nampak mudah nak digunakan.. Maaf ye, tak ada video untuk Sha kongsikan pada anda semua.. 

Apa yang Sha boleh bagi tahu, kerusi ini memudahkan urusan angkat dan pindah pesakit untuk urusan bergerak, mandi atau buang air..

Product Name: Hydraulic Transfer Chair
Function: Transfer Patient from Bed to Chair
Usage: Home, Hospital, Nursing Home
Seat Width: 46 cm
Feature: Hydraulic Control
Capacity: 100 KG
New Weight: 32 KG
Adjust Height: 44-70cm
Brake Type: Foot Brake

ebook | Punch! oleh Aliow

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang menarik.. Bacaan santai.. Kisahnya Wing dan Edge merupakan pelajar sekolah yang digantung persekolahan dan diletakkan di sebuah pulau.. Pulau dimana mereka yang bersalah ditinggalkan.. Bukan mudah bilandi pulau tu sendiri ada yang punya agenda terancang.. Perpecahan kumpulan turut berlaku di pulau tu.. Bila Wing dan Edge muncul, Zoe mengatakan yang salah seorang dari mereka merupakan orang yang dicari dan mula mencetuskan perlawanan untuk menentukan siapa bakal menjadi ketua..

Sha baca dan selesai pada 06.09.2022..

April 1, 2006 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Monday, September 5, 2022

ebook | SUSPEK oleh Inawza Yusof

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang bacaan yang berbaloi.. Kes pembunuhan yang kejam, mangsanya perempuan dan ada bahagian yang dipotong.. Semuanya dilakukan ketika mangsa masih hidup.. Namun cerita jadi lebih menarik bila Ana ternampak pembunuh cuba melakukan pembunuhan dan kerana itu hidupnya mula kacau bilau.. Daus pula tak suka Ana terlalu baik dengan penyiasat persendirian bernama Ghaz.. 

Daus dan Ghaz, kedua-duanya punya aura yang sangat gelap dan misteri.. Kebolehan Ana membaca isi hati orang lain saat bersentuhan tidak berjaya membantu dirinya..

Mereka merupakan bahan eksperimen dan buku ini tergantung..

Quote - "Some psychos are born. Some are made."

Sha baca pada 04.09.2022 dan selesai pada 05.09.2022..


Published February 14th 2014 by Buku Fixi (first published January 1st 2014)
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com