Tuesday, December 22, 2015

Qazaf

Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi apa yang Sha baca..

QAZAF
Qazaf atau menuduh orang lain berzina termasuk dalam Hukum Jenayah Islam iaitu Hudud. Antara lain yang termasuk dalam hudud  ialah Zina, mencuri, merompak, minum arak dan murtad.

PENGERTIAN QAZAF
Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain  yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.Jika sekiranya ia hanya menuduh seseorang lain mencuri, minum arak, murtad, termasuk juga mencaci yang boleh menjatuhkan maruah maka ia hanya di kenakan hukuman ta'zir.

DALIL QAZAF
Firman Allah S.W.T:
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur:4)

SYARAT PENUDUH DAN YANG DITUDUH
Seseorang yang menuduh orang lain berzina mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:
  1. Berakal
  2. Baligh
  3. Kemahuan sendiri
  4. Tahu qazaf itu haram
  5. Bukan ibubapa atau datuk dan ke atas kepada penuduh.
Manakala orang yang dituduh itu pula mesti juga  mempunyai syarat sebagaimana berikut:
  1. Dikenalpasti orangnya.
  2. Seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya  dari sebarang kejahatan.

HUKUMAN QAZAF
  1. Hukuman qazaf ialah sebatan sebanyak 80 kali sebatan jika penuduh gagal membawa 4 orang saksi.
  2. Jika tuduhan tersebut bukan tuduhan zina atau menafikan keturunannya maka ia hendaklah dijatuhkan hukuman ta'azir.
  3. Jika penuduh tidak cukup syarat yang membolehkan hukuman qazaf dijalankan maka  ia boleh  dikenakan hukuman ta'azir.
  4. Jika sekiranya tuduhan tersebut adalah liwat ( memasukan zakar kedalam dubur lelaki atau perempuan ) tanpa mendatangkan bukti yang boleh menyokong tuduhannya maka samalah seperti menuduh seorang itu melakukan zina.

BENTUK-BENTUK QAZAF
Tiga cara melakukan qazaf iaitu:
a.       Tuduhan secara terang ( Sorih)
Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang membawa makna zina dan penafian keturunan maka hukumannya adalah hukuman qazaf.
b.      Tuduhan secara kiasan (Kinayah )
Tuduhan dengan menggunakan perkataan lain tetapi boleh juga membawa kepada zina atau lainnya jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat zina.
c.       Tuduhan secara sindiran ( Ta'ridh)
Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap tetapi boleh  memberi makna yang lain daripada zina maka jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat.

PENSABITAN QAZAF
Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti berikut:
a.       Penyaksian
Penyaksian 4 orang saksi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Lelaki
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil)
  5. Islam
  6. Keempat-empat saksi mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri
  7. Keterangan saksi mestilah jelas
  8. Keempat-empat saksi mestilah melihat ditempat dan masa yang sama
  9. Pengakuan - Pengakuan sendiri dari orang yang membuat tuduhan dengan sekali pengakuan di mahkamah.
  10. Sumpah
Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan dari penuduh,. Maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya.

MENOLAK DAN MENGENEPIKAN TUDUHAN QAZAF
Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut:
a.    Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.
b.    Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan dua orang saksi
Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dalam kes ini, orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran  tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan 4 orang saksi mempunyai ciri seorang saksi.

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan)

Info dari Laman Web JAIS

Monday, December 21, 2015

Aiskrim ChocDip

Assalamualaikum..
Hari ini sha nak bercerita mengenai Aiskrim..
Sha memang penggemar aiskrim..
Kalau dekat opis memang ada 3,4 batang aiskrim..
Disebabkan memang suka makan aiskrim, makan Sha order dengan koperasi kantin..
Beli sekotak terus.. Lagi jimat..
Kalau sebatang RM1.20.. 5 batang dah RM6.00
Sekotak baru RM26.00 ada 30 batang, Sha jimat RM10.00.
Puas makan aiskrim..
Nak makan je ada.. hehehe..

Kalau dekat rumah Sha suka beli aiskrim yang dalam bekas..
Puas makan dengan anak-anak.
Sesekali rajin, sha buat sendiri..

Perisa Vanilla
Aiskrim nie bersalut coklat dan ada kekacang pada lapisan coklatnya..
Memang best dan ohsem.. 

  Stok aiskrim ChocDip di Pejabat.

Sunday, December 20, 2015

Kebaikan Garam

Assalamualaikum..
Perkongsiaan bersama..
Ilmu.
Kita usaha je...
Semoga bermanfaat..

Sihir atau santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.
~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.
~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.
~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.
~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.
~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.
~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.
~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.
5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.
6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Semoga bermanafaat. Inshaa Allah

Saturday, December 19, 2015

The Village: Achiara’s Secret

Assalamualaikum semua..
Bila hujung minggu jer sha ada masa untuk relax..
Layan novel.. Cuba resepi baru..
Or layan drama korea..

Jadi untuk kali ini sha layan drama yang baru je abis siaran episodnya di tv..
Tajuknya  The Village: Achiara’s Secret..
Drama yang bertemakan thriller dan misteri ini ada 16 episod..
Memang ohsem sangat.. Sebab sha suka yang misteri-misteri macam ini.

Masa memula layan drama ini jer dah stress..
Sebab misteri dia keluar sedikit demi sedikit..
Bila settle satu misteri, muncul misteri lain..
Pergh!!! Memang stress arr nak tunggu penyelesaiannya..

Cerita bermula dengan kematian nenek So-Yoon..
Lepastu So-Yoon pun balik ke Korea...
Kemudian bermulalah perjalanan So-Yoon dalam menjejak keluarga yang dikatakan telah mati..
Semuanya kerana sepucuk surat yang dikirim dari Achiara..
Kemudian So-Yoon terjumpa rangka manusia iaitu ???..
sabar ye.. kena tengok pelan-pelan citer nie..
Maka bermulalah misteri yang sungguh meletihkan..
Tapi sangat-sangat ohsem..
Cerita ini bersilang-silang dan watak-wataknya saling berkait-kait..
Kena fokus bila tengok sebab klu dia ada jer..
Tapi part yang paling payah nak teka ialah siapa yang bunuh rangka manusia yang dijumpai oleh So-Yoon tu?? Kemudian siapakah Monster yang menyebabkan kecelaruan hubungan antara watak..
Saat ko sangka mereka adik beradik rupanya mereka ???
Misteri.. memang misteri...
Saat ko meneka pembunuh itu si Monster yang jahat, tetibe bukti menunjukkan sebaliknya..

Selain dari misteri rangka manusia itu, ada kes pembunuhan bersiri yang turut berlaku..
Part yang nie memang korang akan rasa ohsem..
Misteri dalam misteri.. hahaha...
Pembunuh bersiri ini seorang yang cam x berape nak betul..
Ko akan kesian melihat dia..
Pada pembunuh ini, dia rasa dia buat menda baik tapi dia x tau yang dia da membunuh...
Pembunuh nie juga wat pentng dalam menyelesaikan misteri rangka yang dijumpai oleh So-Yoon..

Watak yang dibawa oleh Moon Geun-Young macam ada something missing..
Watak yang dibawa Park Woo-Jae pula memang ohsem..
Polis yang sangat baik hati dan sangat-sangat jujur.. lurus pun iye.


 Pelakon-pelakon yang Ohsem

Dua Poster yang sangat ohsem..

Selamat menonton..

Friday, December 18, 2015

Tukur Tukur - Dilwale 2015

Assalamualaikum...
Yeah!! Mereka release lagi lagu dari filem Dilwale..
Macam chomel je bila tengok Shah Rukh Khan ngan Kajol..

 TGV release date

Owh Ye.. Hari ini filem Dilwale release kat Malaysia...
Pergh.. ohsem giler..
Siapa siapa yang minat tuh bolehlah booking tiket ye.. 



Song: Tukur Tukur
Movie: Dilwale (2015)
Singer: Arijit Singh
Lyrics: Amitabh Bhattacharya
Music: Pritam
Starring: Shahrukh Khan, Kajol, Varun Dhawan, Kriti Sanon
 

Tukur Tukur Lyrics

Tukur tukur tukur tukur
Tukur tukur dekh taka tak (x3)


Dil mein haan hai honthon pe na
Dil mein haan hai honthon pe na
Bhare bazaar mein dil tod gayi zaalima

Tukur tukur tukur tukur
Tukur tukur dekh taka tak (x2)

Aashiqon ki jaan le gayi
Aashiqon ki jaan le gayi
Kaahe rumal magar chod gayi zalima

Tukur tukur tukhur tukhur
Thukur thukur dekh taka tak (x2)

Chahne wale tere jittne hazar sanam
Badh ke humse nahi honge dildar sanam
Ye zamana hai bewafa
Ye zamana hai bewafa
Mille mushqil se wafadar koi baalma

Tukur tukur tukur tukur
Tukur tukur dekh taka tak (x3)

Ayiyaya Vasco da Gama
Ayiyaya pagdi pajama
Hey ayiyaya Vasco da Gama
Ayiyaya pagdi pajama

Hosh mein hi sahi
Magar gustakhiyan ho zara
Aa tujhe chum loon
Bhale badnamiyan ho zara

(Tukur tukur tukur tukur..)

O hosh mein hi sahi
Magar gustakhiyan ho zara
Aa tujhe chum loon
Bhale badnamiyan ho zara

Husn hai bekaabu agar
Husn hai bekaabu agar
Kaahe jazbat ko kaabu mein rakhe baalma

Tukur tukur tukur tukur
Tukur tukur dekh taka tak (x4)

Hey ayiyaya Vasco da Gama
Ayiyaya pagdi pajama (x2)

Pyaar kya cheez hai
Pichha chode naa wo marz hai
Umr bhar sar se jo
Miyan utre na wo karz hai
Isse bach ke rehna zara
Isse bach ke rehna zara
Nazar andaaz naa kar mashwara ye kaam ka

Tukur tukur tukur tukur
Tukur tukur dekh taka tak (x2)


Lirik dapat dekat SINI. Video lak dekat SINI.

Pewartaan Daerah Mualim

Assalamualaikum..
Sebelum ini Sha ada share mengenai Daerah Mualimkan..
Klik Sini..
Bawah ini pula adalah arahan rasmi mengenai Perwartaan Daerah Mualim.
Merangkumi Slim River, Behrang dan juga Tanjung Malim..
Semoga makin pesat membangun Daerah Mualim ini..

Oh ya, ini Daerah Mualim ini tempat sha tinggal dan berkerja sekarang ini.
Mengundi pun disini.. Hehehe..
Kira dah jadi kampun halaman Sha la.. hehehe..

Cheezy Sausage Roll

Assalamualaikum
Hari Sha nak sharekan lagi resepi yang senang untuk anak-anak makan dirumah,
ataupun buat bekal ke sekolah..
Mudah dan ringkas..
Resepi asal dari SINI ye.


Cheezy Sausage Roll

Bahan-bahannya
Roti (saya pakai Gardenia)
Sosej
Cheddar cheese jenis slice @ kepingan

Telur
Breadcrumb


Cara Membuatnya:-
Mula-mula ambil sekeping roti lenyekkan sampai rata. Pastu letakkan sekeping cheese atas roti tadi. Letakkan pulak sosej pastu gulungkan yer. Masukkan dalam telur yang dipukul bersama sedikit garam & lada sulah. Pastu golek2kan jer roll tu atas breadcrumb sampai sekata. Ulang step di atas smpai banyak mana anda suka yer. Kalau dah siap camni nak frozenkan pun boleh. Ok pastu bolehlah goreng roll tadi tu dalam minyak yang dah betul2 panas, api sederhana yer. Agak2 dah garing keemasan tu boleh la angkat & toskan minyak tu ye. Yeah!!! dah siap dahpun cheezy sausage roll kita. Sedapnya alahai bila tengok cheese tu dok meleleh-leleh.


Yeah dah siap..
Separuh sha frozenkan untuk bekal anak..
 
Separuh lagi kita goreng wat dinner.. Hehehe.. 

Thursday, December 17, 2015

Blind Detective (2013)

Assalamualaikum..
Baru-baru ini Sha ada tengok File Hong Kong bertajuk Blind Detective.
Lakonan yang mantap dari Andy Lau dan Sammi Cheng..
Seriously ohsem beb..

Filem romantik, komedi dan thriller nie memang membuatkan kita ketawa, serius dan juga sedih dalam masa menontonnya.. Citer dia mengisahkan polis yang buta dan dah tamat perkhidmatan berusaha menangkap penjenayah demi mendapatkan wang ganjaran untuk meneruskan hidup. Semasa dalam proses menangkap penjenayah yang membuang asid dari bumbung, Detektif buta aka Johnston nie telah terjumpa dengan Sammi Cheng aka Goldie. Bila Goldie nie tengok kecekapan Johnston nie, dia minta tolong carikan kawan dia Minnie yang dah lama hilang.

Maka bermulalah aksi romatik dan thriller diantara mereka.. Pastu bolehlak jatuh cinta.. Tapi seriouslly memang ohsem.. Try lah tengok.. 


Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy)

Assalamualaikum semua..
Hari ini sha nak berkongsi mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 07/2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Pekeliling ini memberitahu perihal Pelaksanaan Dasar Pemisah ataupun Exit Policy. pelaksanaan ini dijangka bermula pada 2016, tapi kalau ikut Pekeliling tarikh kuat kuasa bermula pada tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

Sha kongsikan sebahagian isi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 07/2015.







Untuk membaca secara lebih terperinci mengenai PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 07/2015 ini, pembaca boleh muat turun di SINI.

Wednesday, December 16, 2015

10 Soalan dari Blogger CikLa

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua...
Pagi ini masa jengah blog, tetibe nampak pesanan dari CikLa, katanya saya ditag kat SINI..
Kepada yang belum mengenali CikLa, bolehlah singgah di blog CikLa.. Ohsem sangat..
Moh kita nengok soalan-soalan yang diberikan oleh CikLa..

Soalannya adalah seperti berikut :
(1) Perkenalkan diri awak. Termasuk status diri dan pekerjaan awak ye.
(2) Sejak bila berblog dan kenapa berblog?
(3) Apa hal yang paling buat awak rasa "down" masa mula-mula berblog?
(4) Apa hal yang paling buat awak rasa "happy" masa mula-mula berblog?
(5) Masakan yang awak pandai masak dan menjadi kesukaan famili.
(6) Apakah tabiat pelik yang awak susah nak tinggalkan?
(7) Apakah perkara pertama yang awak buat bila bangun pagi?
(8) Apakah binatang yang awak paling geli dan fobia. Cerita sikit kenapa awak geli dengan binatang
tersebut.
(9) Siapa yang awak paling "adore" .. kenapa?
(10) Lagu apakah yang jadi kenangan masa awak bercinta dengan pasangan awak dulu?



Jawapan saya Untuk soalan CikLa..
  1. Nama saya Shahida, umur 32 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Mempunyai perkerjaan tetap sebagai Pembantu Perpustakaan dan juga part-timed blogger.
  2. Saya berblog semenjak tahun 2011. Memula berblog sebab nak simpan memori pasal diri, anak, family dan resepi.. Tapi kemudiannya da jadi tempat berkongsi info, masuk giveaway dan segmen rakan dan yang terbaru buat review berbayar... Alhamdulillah makin seronok berblog walaupun hanya part timed..
  3. Bila xde apa nak update di blog.. Masa nie raser macam down sangat.. 
  4. Happy bila dapat berkongsi info, menang peraduan dan menambah rakan di merata negeri..
  5. Nasi goreng.. feveret anak dan suami.. hehehe..
  6. Tidur mesti kena ada bantal busuk.. Siapa pun x leh kacau bantal busuk saya nie.. hehehe..
  7. Tengok anak-anak tidur atas tilam ke lantai..
  8. Cicak.. dulu kini dan selamanya.. memang xle.. meremang rasanya..
  9. Sebagai orang Islam dah tentulah Nabi Muhammad S.A.W.. Selain baginda saya x dapat nak fikir siapa lagi.. hehehe.. soalan ini susah tahap lautan luas.. boleh gitu.. Nanti kalau ada dan saya teringat, saya buh sini ye..
  10. Lagu tema drama Adamaya - Yang Terindah (Dakmie).

Yang Terindah - Dakmie
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

Assalamualaikum...
Perkongsian bersama.. Artikel diperolehi di SINI.
Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris
1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)
JAWAPAN SALAH: “Because I like to work here. I like this job. I love this industry”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.
2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)
JAWAPAN YANG SALAH: “My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”
3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)
JAWAPAN SALAH: “I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”
PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”
4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)
JAWAPAN SALAH: “Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field
5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)
JAWAPAN YANG SALAH: “I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”
6. What salary are you looking for?
JAWAPAN YANG SALAH: “I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”
7. Why should I hire you?
JAWAPAN YANG SALAH: “Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

Wordless Wednesday #31


Assalamualaikum..
Teruskan kehidupun mengikut apa yang kita suka bukan apa yang orang suka...
Live to the fullest bebeh..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com