Tuesday, October 25, 2016

Konvokesyen Adik Perempuan Sha di PICC, Putrajaya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad (23.10.2016), adik Sha yang perempuan tu Konvo untu degree dia..
So kami reramai gi PICC..
Kebetulan sesi dia petang ahad.. sempat lah jenjalan dan makin angin di Putrajaya..
Pergi hari Sabtu.. Stay kat homestay Putrajaya..

Sabtu petang tu kami buat fotoshoot untuk adik..
Saja je suka-suka tangkap gambar..
 
 
Mereka seronok bergambar..
 
 
Anak dara berdua ini memang tak leh tengok kamera..
Laju je berposing..
 
 
Adik dengan abah Sha..
 
 
Adik, husband dia dan abah..
 
 
Family kami..
Husband Sha tolong amik kan gambar nie..

Monday, October 24, 2016

A Walk Down Memory Lane #14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Facebook mengimbau kenangan di Timeline..
Gambar-gambar Amani yang adik Sha share..
 
 
Kecik-kecik boolat je dia..
 

Mandi Manda di Sungai Tua, Ulu Yam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kami jenjalan ke Sungai Tua, Ulu Yam..
Lama tak bawa anak2 jenjalan..
So kami gi mandi manda..
Bayaran masuk RM1 untuk dewasa dan 50sen untuk kanak-kanak..
Tempat mandinya okay dan ramai pengunjung cuma kena hati-hatilah..
Banyak monyet.. Makanan dan barang yang dibawa memang kena jaga elok-elok..
Kalau tak.. lesap disambar mereka.. hehehe..

Kebetulan jumpa dengan satu keluarga Korea..
Sebaya Amani anak dia.. Namanya Ain.. Yang mandi anak dia je.. 
Walaupun berlainan bahasa namum masih mampu bermain bersama.. 
Menggunakan bahasa isyarat je mereka.. 
Tapi bila Sha cakap BI dengan budak tu, dia faham.. 
Bila kami nak balik tu, mereka suruh Ain tu bagi keropok dekat anak Sha..

Sha buat nasi goreng sardin dan sambal sardin untuk makan dengan roti..

Teruja nak gi mandi..

Seronok dapat berendam..

Lama juga anak-anak, suami Sha dan adik ipar berendam..
Airnya yang sejuk dan nyama buat diorang tak nak balik..
Lepas tu kata suami dan adik ipar, kalau duduk statik ada ikan datang gigit2 kulit..
Spa ikan tau.. Tak yah bayar mahal-mahal..
Sha dan adik memang tak mandi.. Just duduk dekat batu je..

Imani ke Klinik Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani mengadu sakit gigi dari ari Khamis pagi lagi..
Masa gosok gigi..
Ingatkan sakit biasa je lah..
Sebab kadang-kadang dia suka ngakal.. Tak nak gosok gigi..

Tapi jumaat pagi tu tengok bengkak..
So terus lah bawak pagi Jumaat (21.10.2016) tu..
Doktor check dan bagi antibiotik dan ubat demam..
Sepatutnya dua antibiotik tapi satu Sha kena beli sendiri di Klinik Gigi Swasta..

Okay.. Sha gi beli di Klinik Gigi Swasta..
RM 10 sebotol..
Demi mu Imani.. Semoga cepat sembuh ye sayang..

 
Bengkak cam dah susut sikit..
Tapi risau kan sebab dia ngadu sakit dan tak nak menyusu..
Makan pun tak mau.. Selalu kalau nampak mee mesti dia excited..
 
 
Okay la.. dia tak de nangis..
Masuk bilik doktor pun jalan sendiri..
Pastu terus baring dekat kerusi..
Nganga mulut.. Tunjuk mana yang sakit..
Alhamdulillah..
 
 
Inilah ubat yang Sha kena beli..
 

Sunday, October 23, 2016

Audit SIRIM 2016

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah.. Tak sempat Sha nak Blogwalking 3,4 hari ini..
Sha kekurangan masa dan kepenatan yang amat sangat..
Library Sha kena audit dengan SIRIM untuk pensijilan semula..
Memang terkejar-kejar dan gundah gulana dibuatnya..

Sebabkan dalam jadual, ada library..
Masanya pula lama.. 2 jam okay..
Perasaan tu dok risaulah.. Apa agaknya dia nak tengok..

Hari kejadian (19.10.2016), auditornya datang pukul 3..
So.. kat situ cam dah legalah.. Sebab dia tak datang kul 2.30 seperti dijadual..
Harapannya cepatlah dia balik.. Hahaha..
Kalau ikutkan memang l=dah ready nak terima auditor..
Tapi yellah perasaan gementar tu tetap ada..

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar..
Banyak juga cadangan penambahbaikkan yang diberi..
Auditornya pun ramah dan mesra..
Lama tau dia stay kat Library..
Dari pukul 3 sampai pukul 4.45petang..

Esoknya (20.10.206) masa penutup audit Library dapat OFI..
Stress owh.. OFI sebab CCTV.. Wargh..!!
auditor tu tak tanya pun pasal CCTV tu..
Dia just sembang2 je..
Sekali dia bagi OFI..  Sedih rasanya..
Next year dia datang lagi untuk tengok..

Harapnya okaylah semua..

Saturday, October 22, 2016

Drama Jepun | Kamen Rider Amazons 2016

Assalamualaikum..
Hye semua..

Citer yang lama dah Sha tak tengok..
Kalau tak dulu memang rajin tengok siri ini..
Banyak lagi siri lain..
Ini yang dibuat semula dari Siri Kamen Rider Amazon tahun 1974..
Yang siri lama ini Sha tak tengok..
Sebab kelakar sikit..

Sha selalu tengok yang latest-latest je..
Yang Amzon 2016 ini pun ada kawan FB share tu yang Sha cari dan tengok..

Kamen Rider Amazons ini macam extreme sikit dari biasa..
Sebab raksasanya makan manusia..
Cara makan tu ditunjuk tau..
Agak ganas sikitlah..

Lepas tu ada aksi lelaki belasah perempun sampai lembik..
So emmang tak digalakkan menonton bersama anak..
Ini season 1.. Dengarnya akan ada season 2..
Yang menariknya dalam Kamen Rider Amazons 2016 ini ialah tajuk bagi setiap episod..
Tajuk bagi setiap episod tu mewakili alphabet...
Tak caya?? Ce tengok list kat bawah ini..

Season 1


Amazonz
Beast Inside
Colony Of Ants
Die Or Kill
Eyes In The Dark
For What I Fight
Game Of The Butchers
Hero Or Not
Into The Cannibal's Pot
Jungle Law
Killing Day
Lost In The Fog
M

Menarikkan..


Pelakon utama..

Minyak Herba Asma Mujarab

Assalamualaikum..
Hye semua...

Jom Sha kongsikan mengenai Minyak Herba Asma Mujarab yang memang mujarab..
Mudah sangat nak guna.. Boleh simpan dalam handbag je..
Kegunaan yang pelbagai, okay..
Yang paling Sha suka bau dia sangat wangi dan bila kita sapu tak melekit..
Bila pakai dekat anak-anak pun, tak panas..

Kebetulan anak dara Sha, Imani (3 tahun) tu sakit gigi..
Bengkak sikit mukanya..
Sha pun trylah sapu.. Alhamdulillah nampak dia ok dengan minyak nie..
Bengkak pun nampak susut sikit..
Tak cuba tak tau..
Jom cuba.. Hehehe..

 
 Video diatas adalah mengenai Minyak Herba Asma Mujarab..

Tapi sila pastikan Minyak Herba Asma Mujarab yang kawan-kawan beli,
betul-betul original ye..
Macam mana nak tau Original ke Tak??
Sila tengok gambar dibawah..

PERHATIKAN PADA PERKATAAN
PALSU - "lain-lain"
ORIGINAL - "Lain-Lain"

 
PERHATIKAN
ORIGINAL - TIADA LOGO MHAM
ORIGINAL - Ejaan "tegeliat" (Sengaja disalah-ejakan)
ORIGINAL - Memakai gambar budak sedang tersenyum

 
CIRI-CIRI PENTING BILA MEMBELI MINYAK HERBA ASMA MUJARAB
 Pembaharuan Sticker
1. Perubahan pada gambar kanak-kanak sedang senyum.
Perubahan logo Halal (Bukan Halal JAKIM)
3. Penambahan pada Logo Herba Asli Original 

Website : Herba Asma

https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma/

Testimoni dan pengalaman pengguna Minyak Herba Asma Mujarab





Website : Herba Asma
Berminat nak cuba? Boleh hubungi no yg tertera di bawah ni yea

HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) & 
Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)
https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma/

A Walk Down Memory Lane #13

Assalamualaikum..
Hye semua..
Kenangan 22 Oktober di Facebook..
Aksi Amani dan Imani yang bermain berdua..
Ini time baik.. Elok je main bersama..

Masakan feveret Sha time Raya Haji..
Memang best..
Daging fresh yang dah dipotong, diperap bersama kunyit dah mix herbs..
Biarkan dalam 2 jam, kemudian digoreng..
Bubuh kicap pekat untuk bagi dia gelap..
Makan gitu je pun sedap..

Friday, October 21, 2016

Doctors (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat ohsem..
Episod 1 - episod 3 memang drama sungguh..
Penuh dengan adengan tangisan dan babak air mata..
Sampai Sha pun menangis sama..
Drama ini mengajar ko macam mana nak bercinta..
Namun masih lagi mengekalkan asas cerita iaitu mengenai doktor..
Seriously memang best..
Bagaimana kita nak menerima pasangan kita seadanya..
Bagaimana kita belajar untuk bertak ansur..
Ohsem okay..

Selain itu drama ini juga mengajar ko bagaimana untuk menjadi manusia yang mampu menolong..
Bukan tunjuk ko tolong orang tu sebab ko suka orang tu tapi bagaimana ko boleh membantu keluarga pesakit yang susah untuk mendapatkan kewangan bagi menampung kos perubatan..
Realistik okay.. Bukannya fantasi semata..
Drama ini juga menunjukkan bahawa doktor itu manusia..
Bukannya tuhan ataupun orang yang berkuasa..

Ala.. Senang citer memang best r..
Dapat tengok dia bedah kepala dan otak..
Drill tengokarak, okay..
Walaupun lakonan tapi nampak real..

Memang ohsem sangat drama ini..
Rugi rasanya tak tengok awal..
Silalah pergi tengok ye kalau korang minat drama kedoktoran..





Alexa Ranking #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom check ranking korang di Alexa..
Manalah tau lebih dasyat dari Sha..

Sha chek lagi pada 18.10.2016..
Hasilnya seperti dibawah..

 
Makin menaik... 
Yeah!! Kena teruskan usaha ini..

 


 

Ranking Sha sebelum ini
boleh klik SINI dan SINI.

Thursday, October 20, 2016

NH Detoxlim : Natural Clenx Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..
Just nak sharing..
Sha minum Natural Clenx Tea sekarang ini..
Sha start minum 16.09.2016..
Sha minum ini untuk membersihkan usus..
Disebabkan kerja Sha melibatkan penjagaan kaunter,
maka Sha hanya minum pada hujung minggu sahaja..

Melancarkan sistem pembuangan dan melegakan perut..
Eloklah untuk usus yang sihat..
 

 

 
Teh yang dah direndam.. Sedia untuk diminum..

 
Ini rupanya masa belum kena air..
Ada bau herba..

 
Lepas rendam, jadi gini..
Boleh guna untuk 2 ke 3 rendaman..

Antologi Jiwa Kacau - Gaun Berdarah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom kita membaca..
Membaca jambatan Ilmu..
Maaflah ye.. merapu lak..

Antologi Jiwa Kacau - Gaun Berdarah
Kompilasi 27 buah cerpen dengan penulis yang berbeza..
Ramlee Awang Murshid, Annur Shanana, Ayim Rifqi, Domi Nisa, Sauriani, Jia Ariza, Syafeza Sauli, Syasya Bellyna, Imanisa Riana, Salleh Kausari, Nash Azly, Maria Kajiwa, Dhieya Adlynna, Isha Idiaz, Zakri Rahman, Indah Hairani, Amer Mukhlis , Naim Tamdjis, A. Darwisy, Reeani Annur

Antologi ini mengupas beberapa cerita pembunuhan kejam yang tidak terjangkau dalam minda kita.

Raudhah - Memang best.. Dah baca novel penuh..
Pelesit - Manusia masih lagi bertuankan jin dan syaitan.. Kejam..
No! Papa No! - Kisah lelaki yang sangat kejam menyebabkan pengakhiran gelap pada anak kecil..
Jam 3.00 pagi - Kisah gangguan tepat pada jam 3.00 pagi.. kesian dan agak merinding juga..
Hati Dhia - Okay.. Memula ingatkan pasal apa.. Rupanya mamat psiko.. Ganas dan kejam.. I like..
terutama sekali ungkapan “Terima kasih, Dhia. Hati kau lebih sedap daripada hati Marlia.”
Mahakarya - Adoi la.. Psiko betul cerita ini.. Pengakhiran yang sadis..
Aku Bukan Serigala - Alahai.. Ngeri..
Asad - Cerita yang agak tak berapa nak faham tapi menyeramkan..
Sayap-sayap ke Syurga - Kisah perjuangan yang sangat ohsem.. Dan kita terus berjuang..
Gamelan - Yeah!! Cerita yang mengingatkan pada JBDM.. Suka sangat alat muzik ini..
Dalang - Rupanya musuh sangat dekat..
Dendam Seorang Lelaki - Dendam yang membawa kesakitan pada orang lain..
Bebaskan Aku Sayang - Psiko betul cerita ini, ingatkan Amir yang jahat rupanya.. Alahai.. psiko betul..
Gaun Berdarah - Kisah manusia yang tak reti bersyukur.. Akhirnya mengundang padah..
Misteri Histeria Ramalan - Okay.. cerita yang pelik tapi berjaya menghuru harakan jiwa..
Soulmate - Gangguan makhluk halus.. Kalau tak kuat memang terpesong..
Hujan Rintik-rintik - Sadis betul misi Ashikin.. Barulah kena dengan batang hidung lelaki curang dan perempuan murahan.. Ohsem..
Kau Milikku - Tekanan yang melampau namun tidak dirawat..
Aku Tak Tahu - Memang aku tak tahu.. hahaha.. Bila seran datang bertandang..
Burai - Sadis owh cerita ini.. Kekejaman membentuk manusia menjadi sadis..
Catatan Untuk Sang Puteri - Ohsem.. seram tapi menawan hati.. Kisah yang jarang terjumpa..
Entri Jurnal Shahnaz : Aku Benci Papa - Kerakusan sorang lelaki hanpir meragut nyawa..
Kaki - Obses sangat dengan kaki.. Akhirnya gila..
Liana - Meminta bantuan je.. Tapi caranya menyeramkan..
Rintihan Azrinah - Kesian Azrinah..
Tiga Bala - Bala yang berlaku sebenarnya takdir yang tersurat..
Penunggu Rumah No 13 - Takbur lagi.. kan dah mendapat.

Memang novel ini berjaya membuatkan perasaan jadi kacau bilau..
Bila seram dan thriller bergabung memang huru hara..
.

 
Baca pada 16.10.2016
Selesai pada 17.10.2016
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com