Sunday, December 24, 2017

Midnight Runner (2017)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Filem yang sangat menarik.. Kisah dua lelaki yang masuk Police University dengan tujuan yang kelakar namun berjaya menjalankan tugas sebagai polis.. Hanya kerana ingin mendapatkan awek mereka terserempak dengan kes penculikan remaja perempuan.. Akibat kerenah birokrasi, mereka mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri walaupun akibatnya mereka boleh dibuang dari universiti..

Penyiasatan mereka membongkar aktiviti pembiakan telur untuk dijual pada pasangan yang tak boleh mengandung.. Sangat kejam.. Remaja-remaja ini kemudiannya dibunuh dan diambil organnya untuk dijual..

Pada Sha, walaupun cerita ini nampak macam lawak pada permulaannya namun memberi mesej yang besar.. Lakonan yang bersahaja dari Park Seo-jun dan Kang Ha-neul.. Gandingan yang ohsem.. Dan pelakon legend Sung Dong-il pun ada.. Memang terbaik..


Beli Tudung Sekolah Online

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula itu Sha rancang nak beli dekat sekolah je.. Tapi pembayaran buku Amani lambat sangat pula.. Minggu depan dah minggu terakhir cuti sekolah.. Nanti nak jahit lencana dan nama lagi.. Jadinya Sha beli online dengan rakan di Facebook.. Alhamdulillah, mudah sangat berurusan dengan beliau.. Cepat betul urusan penghantaran..

Namun ada sedikit kesilapan dari pihak yang mengepos tudung.. Sha buat tempahan pada 20.12.2017 dan bayar pada 21.12.2017 pagi.. Tapi tempahan Sha dah diproses pada 20.12.2017 lagi, makanya tudung sampai awal.. Petang 21.12.2017 Sha dah terima tudung.. Malangnya pihak yang membungkus tersalah hantar.. Sha terima dua helai tudung berwarna hitam saiz S.. Sha beli Tudung Putih Mutiara Saiz M(3pcs) dan Saiz S(2pcs).. Terus Sha maklumkan rakan FB Sha tu.. Beliau terus hubungi bahagian pembungkusan untuk pesanan Sha yang baru.. Terus di proses dan hari ini (22.12.2017) Sha dah terima tudung.. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan pembelian.. Tudung hitam tu pun Sha beli terus.. Malas nak gi pejabat pos dan pulangkan balik.. Lagipun memang Sha tengah mencari tudung hitam buat Amani dan Imani.. Mak kenalah puasa beli buku.. Hehehe..

Tudung hitam yang Sha terima.. Terkejut jugalah.. Tapi dah selamat Sha bayar.. Hanya RM33 untuk 2 pasang.. Paling best, boleh masuk dalam mesin basuh.. 

Tudung putih mutiara 5 helai.. 
Percuma majalah Asuh.. 
5 helai ini RM85 termasuk postage.. 
Alhamdulillah, Sha suka kainnya.. Elok je bila Amani dan Imani pakai.. 

Saturday, December 23, 2017

Drama Jepun | Rinsho Hanzai Gakusha Himura Hideo no Suiri (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai seorang profesor dan penulis novel yang membantu polis membuat siasatan terhadap kes jenayah yang berlaku.. Seronok juga sesekali menonton drama/filem dari negara lain selain korea.. Hehehe.. Tapi tulah.. Lambat sikitlah nak khatamnya.. Nak membaca lagikan..

Profesor ini dia ada perasaan yang dia akan jadi pembunuh satu hari nanti.. sebab tu kawan dia si penulis novel ini selalu temankan dia.. Nak memantau dan melihat profesor ini.. Profesor ini bila dia pergi tempat jenayah dia rasa teruja dan akan membayangkan dirinya yang melakukan pembunuhan.. Memang agak pelik dan menyeramkan.. Hehehe.. Tapi suka tengok gabungan mereka berdua.. Menyiasat dan menyelesaikan misteri..

Also Known As: Clinical Criminologist Hideo Himura's Inference, Criminologist Himura and Mystery Writer Arisugawa

Sinopsis : Criminologist Himura Hideo seeks the pleasure of murder scenes and announces “I’ve ever wanted to kill a person”. He appears to be a rather dangerous guy who pursues the ultimate crime. His buddy is the somewhat unreliable mystery novel writer Arisugawa Arisu who observes his investigations. His inferences keep missing the mark at times, but he regards himself as Himura’s protector. An unlikely pair for investigation scenes, the two of them makeup for each other’s deficiencies as they figure out the complicated and mysterious “tricks” left behind by criminals, with exquisite logic.

Hero drama ini Saito Takumi akan berlakon dalam drama terbaru bertajuk Tokyo Vampire Hotel (2017).. Kalau baca sinopsis macam menarik je.. Tak sabar nak tengok..

LARI : Yang Dikejar Juga Sedang Mengejar oleh Mesbo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan dah terbaca muka surat pertama, makanya Sha teruskan jelah pembacaan.. Memang buku yang sangat ohsem.. Lari.. dikejar dan mengejar.. Membuatkan Sha yang membaca pun turut berkejaran dengan isi buku ini.. Buku yang sangat mendebarkan... Kalau buat filem ini, memang berdegup jantung laju sebab aksi kejar mengejarnya.. Paling tak sangka endingnya tu.. Penjahat sebenarnya memang mengejutkan.. Terbaiklah gaya penulis menterjemahkan sebuah cerita yang sangat best.. 

Kenapa Shariman lari? Kenapa Marco mengejar.. Siapa yang Shariman kejar sebenarnya.. Apakah rahsia yang tersembunyi?? Wah.. Misteri gitu..

Sha baca pada 21.12.2017..


Terbitan SO Publishing

Penulis - Mesbo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis bernama Mesbo ini Sha kenali sebab ada post mengenai buku baru beliau yang bertajuk Lari diviralkan oleh penulis lain.. Kebetulan memang ada duit lebih, Sha pun belilah.. Nanti Sha share review buku tu di entry lain ye..

Antara buku beliau ialah:-
  1. Kelibat: Hadirnya Tidak Diundang by Shah Othman (Penyelenggara), Syafeza Sauli, Faten Anur, Harith Hakeem
  2. SHE: Antara Realiti dan Fantasi by Mesbo, Aishun Rafiq
  3. Hospital: Seram - Misteri – Mistik by Shah Othman (Penyelenggara), Nur Mayani (Penyelenggara), Muhammad Fatrim, Miera Nur Maniff
  4. Beautifool: Sebuah Antologi by Nur Mayani (Penyelenggara/Penulis), Shah Othman (Penyelenggara), Muhammad Faizal, Mesbo
  5. Seram: Sebuah Antologi by Nur Mayani (Penyelenggara/Penulis), Shah Othman (Penyelenggara), Suz Liz, A.C. Jaffrie
  6. Kali Pertama by Shah Othman (Penyelenggara), Mesbo, Aishun Rafiq, Syafeza Sauli
  7. Lebih Indah by Fatrim Syah, Mesbo, Syah Shah, Salleh Kausari
  8. LARI : Yang Dikejar Juga Sedang Mengejar
Boleh ikuti beliau di Goodreads dan Facebook.. 


Friday, December 22, 2017

Menang GIVEAWAY Susun Atur!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah rezeki Sha untuk bulan Disember ini.. Menang GIVEAWAY Susun Atur!.. Sha menang tempat ketiga.. Hadiahnya Vetop Chrome Shelving Set (saiz Small).. Teruja rasanya.. Mulanya Sha nampak makluman kemenangan ini di Instagram sis afdilah17, beliau merupakan salah seorang pemenang.. Kemudian hari Khamis Sha nampak Nurin post dekat Page FB Susun Atur & Kediaman nurinkhairi. Yeah!! Sha menang..

 
Sha nampak nama Sha di situ.. Hehehe..

 Pengumuman pemenang di FB Susun Atur & Kediaman nurinkhairi..

Hadiah Sha menang..

Projek Penyidai Baju

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!! Encik suami tengah rajin.. Sha minta beliau buatkan penyidai baju dan rak buku.. Untuk permulaan ini, encik suami buatkan penyidai baju dulu.. Rak buku akan datang.. Hehehe..
Senang kalau ada penyidai baju extra nie.. Terutama sekali musim hujan.. Memang sangat-sangat perlu, tau.. Lagipun kalau nak pindah boleh leraikan aje.. Tak payah nak angkat sebiji camnie.. Dah memudahkan.. Hehehe..

Peralatan yang diperlukan.. Besi biru tu 10 kaki panjangnya.. Sebatang RM12.. 

Ukur dan potong.. 

Dah potong, kita cantum-cantumkan dia menggunakan skru.. 

Siap cantum-cantum, kenalah ketatkan skrunya.. Supaya kukuh.. 

Gunakan juga alat untuk memastikan besi tu tegak lurus.. Barulah skru diketatkan.. 

Ampaian dah siap.. 

 
Siap sepenuhnya.. Encik Suami bubuh roda supaya senang nak dialihkan dan digerakkan..

Penulis - Khairy Tajudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mengenali penulis ini melalui catatan-catatan yang dikongsikan oleh penulis
  1. Tunggu Saya Pulang: Sekuel Imam Tulang Rusuk
  2. Awak Memang Nakal
  3. Geng Budak Sengal: Prekuel Imam Tulang Rusuk oleh Khairy Tajudin, Syauqie M.K., Harith Hakeem, Rafnah Ismail
  4. Khalifah Yang Tertangguh oleh Khairy Tajudin(Penyelenggara), Alang Budiman, Shahiran Ruslan, Nurimas
  5. Soulmate by Khairy Tajudin(Penyusun/Penulis), Azlina Ismail, Cempaka Hani, Aweep Roy 
  6. Valet Cinta by Khairy Tajudin(Penyelenggara), Yana Arissa, Afifah Razak, Ally L 
  7. Mana Tunang Aku? by Khairy Tajudin, Syauqie M.K., Harith Hakeem, Farhan Ismail 
  8. Bayang by Khairy Tajudin(Penyusun), Izzat Haikal, Dia Farhana, Penatimur 
  9. Srikandi Agung: Inspirasi Kisah Srikandi dan Wanita Islam by Khairy Tajudin, Nazihatul Solehah 
  10. Antologi Cerpen: Bebas by Khairy Tajudin(Penyelenggara), Manja Lela, Nurimas SN, Cempaka Hani 
  11. Sarkas II by Khairy Tajudin(Penyelenggara), Manja Lela, Halil Shah, Hafiz Mohamad 
  12. Anugerah: Antologi Cerpen Touching by Khairy Tajudin(Penyelenggara), Kamilah Ramli, Qay Elfansuri, Penatimur 
  13. Akhirnya Aku ... by Khairy Tajudin(Penyelenggara), Liana Omar (Penyelenggara), Maya Iris, Anem Arnamee 
  14. Imam Tulang Rusuk 
  15. Sarkas by Web Sutera, Khairy Tajudin, Naqhuhines, IbnuDdin 
  16. Baitulmaqdis: Petaka Armagedon by Web Sutera, Khairy Tajudin 
  17. Route To IPB 
  18. Route to India, Pakistan & Bangladesh 
  19. Mujaddid dari India 
  20. Budak U: Back To Campus by Khairy Tajudin, Faris Mohd Hazmin (illustrator) 
  21. Himpunan 20 Kisah Keajaiban Para Sahabat: Pemanah Handalan Bersenjatakan Doa 
  22. Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam: Keajaiban di Tanjung Emas 
  23. Himpunan 20 Kisah Keunggulan Para Sahabat: Menghunus Pedang Kerana Allah 
  24. Budak U: Langkah Pertama 
  25. Budak Komik 
  26. Tariq United 
  27. Komplot Anekdot: Santai Tapi Power Khalifah Agung Sayyidina Abu Bakar
Boleh follow beliau di Goodreads, Facebook Novelis dan Facebook Personal, Website Khairy Tajudin dan Instagram

Thursday, December 21, 2017

Koleksi Buku Disember 2017 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku yang Sha tempah dengan Encik Shah Othman dah sampai.. Buku bertajuk Lari oleh Mesbo.. Semalam lagi dah sampai, cuma baru masuk kerja hari ini kan.. Barulah boleh nak ambil parcel dekat Pejabat.. Yang seronok bila beli terus dengan penulis, Sha dapat tandatangan penulis.. Buku makin banyak.. Rak makin penuh.. Tak sabar nak DIY Rak buku sendiri..

Nak order buku ini? Klik SINI..
 
 Bukan kata di FB & IG, di blog pun Sha upload.. Hehehe..

 
Tandatangan penulis.. Ini yang mahal..

Geng Budak Sengal : Nakal Tapi Kacak (Anekdot DAIM #3) oleh Khairy Tajudin, Syauqie M. K., Harith Hakeem & Rafnan Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha membaca novel dalam bentuk anekdot.. Memang seronok dan release tension okay.. Buat yang tengah stress, novel ini sangat sesuai untuk anda.. Ini adalah prekuel Anekdot DAIM #1 (Imam Tulang Rusuk) katanya.. Akan Sha dapatkan nanti..

Sha suka sangat anekdot Daim dan rakan-rakannya.. Memang sengal dan mampu menggeletek hati dan jiwa.. Walaupun lawak tapi ada sindiran pedas.. Bukan lawak biasa, untuk anda bergelak ketawa semata.. Sebaliknya lawak yang mampu buat anda ketawa dan juga berfikir..

Sha baca dan selesai pada 20.12.2017..

 
 Buku Lain Dari Siri Anekdot DAIM
Imam Tulang Rusuk oleh Khairy Tajudin (Anekdot DAIM #1)
Tunggu Saya Pulang: Sekuel Imam Tulang Rusuk oleh Khairy Tajudin (Anekdot DAIM #2)
Awak Memang Nakal oleh Khairy Tajudin (Anekdot DAIM #4)

Terbitan KTR Press

Percutian Ke Cherating - Day 3 (Disember 2017)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Setelah melalui peristiwa kurang menarik semalam, makanya Sha telah membuat pakatan bersama encik suami.. Encik suami dan MIL akan keluar cari makan pagi.. Manakala Sha pula akan meneman Amani dan Imani mandi selama dua jam.. Pukul 7 terjun kolam, pukul 9 kena naik.. Last trip mandi kolam.. Bagi mereka puas dan gembira.. Bukan selalu pun.. Malangnya perancangan terpaksa dibatalkan.. Kolam tutup sebab air pasang tinggi semalam sampai lampu dekat kolam terbakar.. Pihak resort risau ada arus elektrik dalam air.. Makanya lepak dalam bilik jelah dulu walaupun awal pagi Amani dan Imani dah bangun..

Menu sarapan kami pagi ketiga.. Nasi dagang, sate + kuah kacang, pulut dan keropok lekor.. 

Akhirnya Amani & Imani dapat mandi kolam.. Dari pukul 9 pagi sampai lah ke pukul 11 pagi.. Okaylah kan 2 jam.. Lama tu.. Sempat sha download kartun dekat Youtube.. Hehehe.. Pastu naik bilik, kemas barang semua, mandi dan bagi Imani menyusu dulu.. Amani pula makan nasi lemak dekat bilik sebelah.. Mujurlah pagi tadi dah kemas separuh barang.. Tak adalah kalut sangat.. 

Kami gerak keluar dari Resort tepat jam 12 tengahari.. Kemudian ke gerai keropok lekor.. Tapau keropok lekor dulu.. Lepas tu terus gerak pergi Penyu Santuary.. Tengok penyu, comel-comel okay.. Imani nak bawa balik Penyu tu.. Hehehe.. Sabar jelah.. 

Lepas tengok Penyu terus gerak pergi Gambang.. Singgah makan My Mama Nasi Kukus dulu.. Lepas makan Sha pula memandu.. Singgah RnR, untuk solat dan isi minyak.. Jauh rupanya dari Gambang nak ke Plaza Tol Karak.. 140km bersamaan dengan 1jam 20minit pemanduan.. Sha kalau lepas plaza tol karak memang tak berani nak memandu.. Tu yang tukar dengan encik suami.. Sebab jalan dari plaza tol karak nak ke RnR Genting Sempah tu agak seram.. Hehehe..

Sampai Behrang, dah pukul 7.30 malam.. Terus je gerak pergi Slim River hantar MIL umah adik  encik suami.. Sebab esok adik encik suami akan bawa MIL balik kg gajah.. Kami singgah tapau makan malam dekat TR Tomyam yang popular tu.. 

Tamatlah perjalanan dan percutian 3 hari 2 malam kami sekeluarga.. Alhamdulillah.. 

Day 1 boleh baca SINI.. 
Day 2 boleh baca SINI..
Mengenai Resort klik SINI..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com