Wednesday, December 20, 2017

Percutian Ke Cherating - Day 2 (Disember 2017)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Hari kedua di Cherating bermula seawal pagi.. Hehehe.. Memang jalan-jalan, relax dan teman anak mandi kolam.. 

Amani dah tak sabar nak mandi kolam.. Imani nak tidur lagi..hehehe

Hari kedua kita sarapan di hotel je.. Sebab pakej termasuk sarapan.. Tapi sarapannya agak mengecewakan.. Huhuhu.. Amani dengan Imani dah teruja nak mandi kolam.. Mak, ayah dengan opah nak berjalan-jalan dulu.. Hehehe.. Lepas sarapan, Sha ajak suami keluar pergi cari keropok lekor.. Bolehlah kunyah-kunyah sementara anak-anak mandi.. 

Deretan kedai menjual keropok lekor.. Nie dekat sempadan antara Terengganu dan Pahang.. 

Lepas cari keropok lekor, singgah tepi pantai dulu.. Jalan-jalan tengok laut di Pantai Chendor.. Menarik juga tempat ini.. Ada kedai makan.. 

Sampai je resort, bawa Amani dan Imani tukar baju.. Mereka memang dah tak sabar nak terjun kolam.. Mandi dari pukul 9.26pagi sampai 11.45pagi.. Baru puas hati.. Berendam lama-lama.. Sampai kecut-kecut badannya.. 

Pukul 12.50 tengah ari kami keluar gi cari lunch.. Mula tu cadang nak makan dekat-dekat je sebab nak singgah Penyu Santuary, tapi tutup pula.. Makanya jauh la kami lajak.. Kami ke Restaurant Mabiq di Kampung Peramu.. Sampai kedai makan ini sekitar jam 2.34petang..hujan renyai-renyai.. Encik suami guna maps google je untuk cari tempat.. Walaupun tersorok tapi ramai orang datang silih berganti tau.. 

Paeh ikan patin tempoyak.. Ini memang keistimewaan kedai ini.. Sedap dan memikat.. Untuk ekor patin ini harga dia RM10 sahaja.. Selain lauk patin ada juga daging salai masak kicap dan masak lemak.. Sedap juga.. Total lost dekat sini RM37.20.. Sedap lauk patin tempoyak dia.. Selalu makan gulai kan.. Ini kita makan stail bakar.. Memang bestlah.. 
Lepas makan pergi Pantai Teluk Cempedak tapi hujan pula.. Kejap jelah.. Lepas makan aiskrim kami pusing-pusing pekan kuantan..

Singgah bungkus makanan dekat Dapur Asam Pedas Kukus, Kuantan.. Sha beli asam pedas kembung dan asam pedas udang.. (Agak sedih sebab Sha tak dapat apa yang Sha order.. Patutnya asam pedas udang tapi mereka bagi asam pedas pari.. Jauh bezanya.. Takde maklum pun kata udang tak ada ke apa.. Lepastu kedai pun tengah tak ramai orang.. Memang sadis la.. Takkan la Sha dari Cherating nak ke Kuantan tukar asam pedas.. Memang menyedihkan) 

Kemudian kami singgah Pantai Batu Hitam.. Mulanya tak hujan.. Elok je parking hujan pun turun.. Sempatlah bergambar sekeping dua.. Hehehe.. Cantik betul pantai dia.. Cuma angin kuat dan air pun lain macam geloranya.. Suami kata, batuan hitam ini sampai ke laut ada.. Kalau air surut memang boleh jalan sampai ke tengah.. Sebab batunya tu.. Saujana mata memandang sebab pantainya landai.. 

Dalam perjalanan pulang, encik suami suruh singgah dulu Master Cendol sebelum terus balik ke resort.. Kami tapau cendol biasa, cendol durian, nasi goreng ikan dan udang celup tepung.. Buat makan malam.. Malam malas nak keluar.. Hehehe.. Nak lepak bilik dan pastikan Amani dan Imani rehat secukupnya sebelum terjun balik dalam kolam.. Sha pula lepak-lepak baca novel sambil minum secawan nescafe panas.. 

Tamat hari kedua.. 
Day 1 baca di SINI

4 comments:

  1. Mungkin lepas ni boleh rancang nak ke situu.. sbb tak pernah lagi pergi Cherating...

    ReplyDelete
  2. Banyak juga tempat menarik di cherating kan Sha

    Mama pun teringin nak pergi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak mama.. Nanti bolehlah mama berkunjung ke sini..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com