Sunday, December 17, 2017

Aku Lelakimu oleh Sara Aisha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini sangat mencabar.. Seriouslly sangat mencabar.. Dua psikopat dan satu perempuan.. Ini tanggapan Sha pada permulaan cerita.. Bayangkan nak kena hadap dua psikopat yang sangat aneh.. Dan cerita bermula bukan sahaja dengan kejam tapi dengan persoalan.. Siapa sebenarnya Tihani Rose..? Kenapa dia diburu..? Sha perlukan masa untuk membaca.. Persoalan demi persoalan dan kebenaran demi kebenaran buat Sha seram tapi teruja untuk membaca dari muka surat ke muka surat.. Seram bukan sebab makhluk halus tapi seram dengan perbuatan watak yang sangat kering..

Membaca Aku Lelakimu umpama menonton sebuah filem thriller aksi yang sangat mendebarkan jantung.. Buku kali ini lebih memberikan perasaan terkejut berbanding yang sebelum ini.. Lebih berat dan mencabar untyk dibaca.. Penulis bermain dengan emosi.. Crime thriller yang bermain dengan emosi dan mampu membuatkan Sha menangis.. Memang mengancam..

Sha mula baca pada 13.12.2017 dan selesai pada 16.12.2017..

Sinopsis Aku Lelakimu oleh Sara Aisha - "I'm the only PhD in serial murder." - Ted Bundy
"You could smell the blood." - Richard Ramirez


Membaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda yang jadi sasaran?

Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya.

"Tihani Rose... suara kau memang manis."

Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan...

"I am obsessed with serial killers."

Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung?

"Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I." - Tihani Rose

"Tia, don't do this. You're hurting yourself." - Alexander Aryan


Bila seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer mendapatkan dia.

"You shall be my masterpiece, Tihani Rose." - White Killer

Tetapi White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk setiap titis air mata yang mengalir, setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula.

"Kau nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on. Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat." - Tihani Rose

Cabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak! Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa.

3 comments:

  1. Macam macam judul novel ada di pasaran ya Sha

    Mama memang tak follow

    ReplyDelete
  2. kusyuk sha baca 3 hari je habis... hehe

    ReplyDelete
  3. berhadapan dengan dua psikopat yea..berat jugak jalan cerita novel ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »