Monday, December 4, 2017

Sejak Kita Bertemu oleh Camellia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya setelah diperam, berjaya juga Sha baca sambungan dari Novel Erti Cinta ini.. Permulaan Sejak Kita Bertemu ini saja sudah cukup buat Sha tertanya-tanya.. Penuh misteri dan persoalan.. Terutama sekali keadaan Anis yang agak rapuh dan lemah..

Awal-awal lagi penulis sudah menitipkan kata "Cinta itu Kepercayaan".. Mulanya Sha kurang mengerti namun saat mata menatap bait-bait perkataan dari awal hingga ke penamat barulah Sha mengerti.. Sha setuju, Cinta itu Kepercayaan.. Tanpa kepercayaan cinta tak akan ada.. Itu yang penulis cuba sampaikan..

Rumah yang dibeli kemudian dihadiahkan kepada menantu rupanya ada kisah tersembunyi.. Dendam yang telah tersimpan lama dan menghantui sampailah waris yang dinanti tiba.. Damien dan Anis diuji di rumah yang menyimpan sejarah silam.. Saat kebenaran terungkap memang menyedihkan..

Konflik yang ditimbulkan penulis untuk watak utama memang menjadi.. Sha yang baca turut terkesan.. Jiwa yang rapuh akibat kehilangan memang mudah digoda syaitan..
Pengajaran yang utama Kepercayaan sangat penting..

Sha baca dan selesai pada 02.12.2017..

8 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »