Friday, December 1, 2017

Jom Buat Pra Pesanan

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Buku baru.. Buku baru.. 
Jom buat pra pesanan. .
Limited edition tau..

BAKAL MUNCUL MENGHANTUI ANDA!
**************************************
° Akan datang cerpen seram trio (INS).
° 3 penulis dengan 3 kisah seram yang tersendiri.

PRA-PESANAN : 1 Disember - 31 Disember 2017

LIMITED EDITION : 300 naskhah sahaja.

HARGA ASAL : RM 15
HARGA TERMASUK POSTAGE : RM 23 (SM), RM 25 (SS)


Mesej penulis Ninie Othman ataupun Illya Abdullah untuk prapesanan dan bayaran, terima kasih. Ataupun klik SINI.
#CerpenSeramSIHIR
#INS

Cerpen seram gabungan 3 penulis.
Kisah seram SIHIR yang berlainan.
Edisi Terhad. 300 cetakan. Untuk jualan online SAHAJA.

SERONG- Illya Abdullah
RUZAIR pelukis yang gemar bersendirian mencari ilham. Sebuah banglo di tepi jalan menarik perhatian Ruzair. Lalu dia menyewa di situ. Keindahan yang dikecapi hanya sementara. Mimpi aneh dan ngeri mula menganggui tidur Ruzair. Malah dia juga mendengar suara-suara misteri dalam keadaan jaga. Keadaan yang berterusan menyebabkan Ruzair merasakan ada yang tidak kena kepada dirinya. 

 Perkara aneh yang dialaminya itu diadukan kepada satu-satu saudaranya, Rafael. Seorang doktor psikitari ditawarkan kepada Ruzair tetapi ditolak kerana Ruzair percaya dirinya msih siuman. Keakraban Rafael dengan Wanda mula mencambahkan satu perasaan tidak senang dalam hati Ruzair. Ruzair mula turut meragui hubungan antara tunangnya dan adiknya, Rafael. 

 Ruzair mula dalam ketakutan dan gelisah. Suara-suara misteri semakin kerap menganggu deria pendengarannya. Dia tidak betah melelapkan mata di malam hari. Perubahan Ruzair mula membimbangkan Rafael. Rafael mengatakan Ruzair tidak siuman. Ruzair tetap merasa dia masih waras. Dan dia mencari kaedah lain untuk merawat sakit misterinya itu. Seorang lelaki tua memberikan pertolongan. Penyakit misterinya itu melibatkan sihir. Siapa yang menyihir Ruzair? Rafael? Wanda? atau ada orang lain yang sengaja mahu mengenakan dia.

SASAU - Ninie Othman
Kelebihannya dan kebijaksanaannya telah mengundang ramai kawan dan juga musuh. Akibat dari perasaan hasad dengki yg meluap-luap Sam akhirnya telah berjumpa dengan seorang dukun untuk mendajalkan Zafry.

Kehidupan Zafry mula berubah. Dia menjadi tidak tentu arah dan sering diganggu dengan bisikan-bisikan aneh. Pelajaran dan perniagaannya mula terjejas teruk. Apa yang dia mahukan ialah tempat yg sunyi dan gelap sehingga dia terasing dari manusia-manusia lain.

Sam tersenyum, ya dia mahukan Zafry menjadi SASAU!

ABADI - SyaSya Bellyna
Sinopsis panjang
***
Sentiasa berpakaian sama dan tidak pernah mandi membuatkan  kejiranan mengatakan Thalia tidak waras. Setiap malam Thalia menjerit sehinggalah suatu hari, tidak kedengaran lagi suaranya. Thalia menikam sendiri sepasang mata kerana tidak tahan untuk terus menyaksikan makhluk halus yang sentiasa berlegar di sekelilingnya. Thalia berubah menjadi pendiam.

Mawar, sepupu Thalia datang melawat dan menjaga Thalia yang sudah lama tidak ditemuinya sejak tadika. Thalia tampak biasa seperti yang dikenalinya dulu namun sikap negatif Mak Uteh terhadap Thalia tidak disenangi Mawar sehinggalah Mak Uteh ditemui mati di kebun bunganya.

Hari kematian Mak Uteh adalah hari di mana Thalia mula bersuara. Ketika itu Thalia mula bercerita tentang sebuah rahsia.

RM 23.00 semenanjung
RM 25.00 sabah/sarawak
*harga termasuk postage
Kami akan tutup pra pesanan sebaik cukup 300 orang. 😉

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »