Sunday, December 3, 2017

Salju Kyoto oleh Sara Aisha

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sebelum baca novel beliau yang terbaru, kita baca dulu Salju Kyoto ini.. Ini semua sebab review yang dasyat di Goodreads dan juga media sosial lain.. Sha beli novel ini dengan penulis.. Sebab nak kan tandatangan beliau.. Buat kenangan..

100 muka surat pertama je dah buat Sha jatuh cinta dengan AK @ Arjuna Kaede.. Walaupun aura AK berbahaya, kejam, dingin dan yakin tapi dalam masa yang sama cara penulis menggambarkan AK mampu membuatkan Sha ternanti-nanti kemunculannya dalam muka surat yang seterusnya..

Penulis memang pandai bermain dengan emosi pembaca.. Dah macam ribut taufanlah sepanjang baca novel Salju Kyoto ini.. Bayangkan dari adegan sweet-sweet antara Ak dan Nailah tiba-tiba boleh meleleh-leleh air mata.. Tu belum lagi part aksi bertarung dan jumpa datuk AK.. Memang geramlah..

Yang pasti penulis berjaya buat walaupun perempuan makhluk yang lemah tapi perempuan juga mampu menjadi sumber kekuatan seorang lelaki.. Ilmu merupakan pengetahuan yang sangat kuat dan mampu mengubah takdir manusia.. Nailah gunakan kebijaksanaannya melawan datuk AK.. Itu sangat ohsem..

Sha baca Salju Kyoto dengan harapan cerita ini akan terus tanpa penghujung namun Sha kena terima hakikat setiap permulaan novel pasti akan ada perkataan tamat dihujungnya.. Salju Kyoto juga berjaya menimbulkan tanda tanya dalam hati Sha mengenai Ryu dan Maya..

Sha harap penulis akan terus menulis genre begini.. Dalam cinta ada aksi.. Dalam kemarahan ada sweet nya..

Sha baca pada 01.12.2017 dan selesai pada 02.12.2017.. Nice ending..

9 comments:

  1. aritu ada jumpa novel ni tapi dok pikir nak beli ke tak last2 tak beli. lepas baca review kak sha rasa nak baca pula..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tau novel ini.. Berlatarkan Jepun.. ada aksi lawan pedang yakuza..

      Delete
  2. Replies
    1. hai...sudi xjual novel salju kyoto dekat saya..hehe..dh lama cari..sume out of stock

      Delete
  3. Menarik... insya allah ada bajet nnt nak beli buku ni...

    ReplyDelete
  4. Dah lama stop beli novel. baru baru ni beli tiga buah novel terus. nak start balik baca novel isi masa lapang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!! Bolehlah kita bertukar-tukar pandangan mengenai novel..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »