Thursday, December 21, 2017

Percutian Ke Cherating - Day 3 (Disember 2017)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Setelah melalui peristiwa kurang menarik semalam, makanya Sha telah membuat pakatan bersama encik suami.. Encik suami dan MIL akan keluar cari makan pagi.. Manakala Sha pula akan meneman Amani dan Imani mandi selama dua jam.. Pukul 7 terjun kolam, pukul 9 kena naik.. Last trip mandi kolam.. Bagi mereka puas dan gembira.. Bukan selalu pun.. Malangnya perancangan terpaksa dibatalkan.. Kolam tutup sebab air pasang tinggi semalam sampai lampu dekat kolam terbakar.. Pihak resort risau ada arus elektrik dalam air.. Makanya lepak dalam bilik jelah dulu walaupun awal pagi Amani dan Imani dah bangun..

Menu sarapan kami pagi ketiga.. Nasi dagang, sate + kuah kacang, pulut dan keropok lekor.. 

Akhirnya Amani & Imani dapat mandi kolam.. Dari pukul 9 pagi sampai lah ke pukul 11 pagi.. Okaylah kan 2 jam.. Lama tu.. Sempat sha download kartun dekat Youtube.. Hehehe.. Pastu naik bilik, kemas barang semua, mandi dan bagi Imani menyusu dulu.. Amani pula makan nasi lemak dekat bilik sebelah.. Mujurlah pagi tadi dah kemas separuh barang.. Tak adalah kalut sangat.. 

Kami gerak keluar dari Resort tepat jam 12 tengahari.. Kemudian ke gerai keropok lekor.. Tapau keropok lekor dulu.. Lepas tu terus gerak pergi Penyu Santuary.. Tengok penyu, comel-comel okay.. Imani nak bawa balik Penyu tu.. Hehehe.. Sabar jelah.. 

Lepas tengok Penyu terus gerak pergi Gambang.. Singgah makan My Mama Nasi Kukus dulu.. Lepas makan Sha pula memandu.. Singgah RnR, untuk solat dan isi minyak.. Jauh rupanya dari Gambang nak ke Plaza Tol Karak.. 140km bersamaan dengan 1jam 20minit pemanduan.. Sha kalau lepas plaza tol karak memang tak berani nak memandu.. Tu yang tukar dengan encik suami.. Sebab jalan dari plaza tol karak nak ke RnR Genting Sempah tu agak seram.. Hehehe..

Sampai Behrang, dah pukul 7.30 malam.. Terus je gerak pergi Slim River hantar MIL umah adik  encik suami.. Sebab esok adik encik suami akan bawa MIL balik kg gajah.. Kami singgah tapau makan malam dekat TR Tomyam yang popular tu.. 

Tamatlah perjalanan dan percutian 3 hari 2 malam kami sekeluarga.. Alhamdulillah.. 

Day 1 boleh baca SINI.. 
Day 2 boleh baca SINI..
Mengenai Resort klik SINI..

2 comments:

  1. bahayanya sampai air naik tinggi nasib amani dengan imani dapat jugak mandi kolam :P

    ReplyDelete
  2. Ana tak sampai lagi penyu sanctuary tu lagi. Rugi rasanya tak ke sana masa di cherating hari tu.

    Wah tinggi air pasang tu ye. Alhamdulillah semua selamat ye.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com