Saturday, December 22, 2018

PNM e-Reader #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini sha ada kongsikan pasal penggunaan PNM e-Reader, boleh baca di SINI.. Ini versi lama.. Yang Sha di sini adalah aplikasi yang telah ditambah baik.. Oh ya, sekiranya ada masalah dengan aplikasi atau pun tak boleh nak akses website elib boleh email ke info@e-sentral.com.. Mereka akan menjawab dan membantu setiap permasalahan dengan cepat..

 Muat turun terlebih dahulu aplikasi PNM e-Reader di Google Play store..

 Lepas dah install, bolehlah daftar.. Klik New User..

Masukkan butiran seperti yang diminta.. Anda kena ingat email dan juga password..

Selepas dah daftar, boleh sign in menggunakan email dan pasword yang didaftarkan tadi..

 Untuk mulakan pembacaan, anda kenalah meminjam buku dahulu.. Klik tiga garisan disebelah perkataan Home..

Akan keluar menu seperti gambar diatas.. Klik pada perkataan Library..

 Nanti akan keluar paparan macam gambar diatas.. Klik pada garis tiga yang macam Sha bulatkan dalam gambar tu...

Paparan diatas akan keluar dan anda perlu klik pada perkataan login..

Masukkan email dan password anda tadi..

 Bila keluar paparan diatas, anda boleh mula mencari buku.. sama ada anda masukkan nama publisher, tajuk buku atau nama penulis.. Ataupun anda boleh je klik e-book list..

Paparan buku akan keluar seperti dalam gambar diatas.. Anda boleh klik perkataan Borrow untuk meminjam.. sekiranya perkataan yang keluar ialah Reserved, maksudnya buku itu sedang dipinjam.. sekiranya anda nak buku tu boleh klik perkataan reserved.. Bila dah available, PNM elib akan hantar email untuk anda mengatakan buku itu boleh dipinjam.. Nak patah balik klik arrow yang Sha bulatkan menggunakan warna kuning di bahagian atas tu..

Untuk melihat dan mula membaca buku yang dah dipinjam klik perkataan My Books..

Klik perkataan Borrowed..

Ini adalah buku-buku yang Sha pinjam..
Untuk mula membaca klik 3titik itu dan tekan perkataan About ataupun klik je gambar buku tu nanti dia apps tu akan mula memuat turun buku tu.. Tunggu sampai tanda right warna hijau tu keluar.. Anda sudah mula boleh membaca.. Mudah sahaja kan..

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Reserved Book, boleh baca di SINI..

Jangan Ganggu Jodohku! oleh Umie Nadzimah

Assalamualaikum..
hye semua..

Novel ini Sha beli terus dengan FB Penerbitan Karyaseni.. Dapat diskaun RM3 dan free postage.. Mudah pun mudah.. Bayar guna Maybank2u je.. Buat pesanan dan bayar pada 08.12.2018 dan buku selamat sampai pada 13.12.2018.. Cepatlahkan.. Sha beli novel ini sebab terbaca review mengatakan novel ini novel seram+komedi+romantik.. Tu yang beli.. 

Review Sha untuk novel ini.. Novel yang kelakar dan memang menyeronokkan.. Gaya penceritaannya pun santai.. Panduan mengenai pendiding diri dari makhluk yang dilaknat Allah turut diselitkan.. Aliza yang didampingi Abu tidak dibenarkan berkahwin.. Abu ini Jin jatan yang selalu membuatkan Aliza dirasuk setiap kali ada yang datang meminang.. Bila Aliza terjumpa Doktor Imran yang poyo, aliza terjatuh hati.. Makin geramlah Abu dan kawan-kawan.. sebab kali ini Aliza sendiri yang menggedik.. Hahaha.. Kalau baca novel ini tak sah tak gelak.. Memang ada bahagian dalam novel ini menggeletek hati Sha.. Dengan sikap sempoi dan cakap lepas Aliza berjaya memberi warna pada novel ini..

Sha baca dan selesai pada 19.12.2018..

Korea | The Hymn of Death (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini pendek je.. Ada 6 episod tapi memang tragic la.. Agak sedih sebenarnya bila tonton drama ini.. Kesudahannya adalah kematian.. Bila tonton drama ini buat sha insaf dengan peranan sha sebagai mak kepada anak-anak Sha.. 

Drama ini mengisahkan Woo Jin yang dipaksa untuk melakukan apa sahaja yang diminta ayahnya sehingga mengenepikan impian dan cita-cita beliau sebagai penulis.. Sehinggalah Woo Jin bertemu dengan Shim Deok seorang penyanyi Opera.. shim deok juga menghadapi masalah dengan keluarganya yang meletakkan urusan mencari duit dibahunya sehingga menyuruh shim deok berkahwin semata-mata kerana lelaki itu mampu menanggung keluarga Shim Deok.. Perasaan bila terpaksa melakukan sesuatu tanpa kerelaan memang sangat menyiksakan sehinggalah mereka berdua mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.. Tragis dan memberikan sesuatu untuk Sha berfikir..

THE HYMN OF DEATH @ PRAISE OF DEATH @ DEATH SONG @ HE HYMN OF DEATH | 27 November 2018 | 6 episodes | Music, Historical, Romance, Tragedy | KDrama |
Sinopsis | Kim Woo Jin is a stage drama writer while Korea is under Japanese occupation. He is married with children, but he falls in love with Yun Shim Deok. Shim Deok is the first Korean soprano. She records the song “Praise of Death” which becomes the first Korean pop song in 1926. Woo Jin and Shim Deok's fate ends tragically.

Based on the true story of Kim Woo Jin and Yun Shim Deok.



[The life running in vast wild field]
[where are you heading?]
[In the lonely world, rough confession]
[what are you looking for?]

[--This world which is made of tears]
[is it going to the end if I die?]
[The lives seeking for happiness]
[it is the emptiness that you are seeking.--]

[Those smiling flowers and crying birds]
[their lives are all the same]
[The poor life indulged in living]
[you are the one dancing on the blade of a knife]

[The dancing life engrossed in vanity]
[do you know you are deceived?]
[Everything in the world is futile to you]
[nothing exists after you die.]

Friday, December 21, 2018

Kimchi Untuk Awak oleh Suri Ryana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca novel ini sebab ada perkataan Kimchi.. Kikiki.. Peminat makanan Korealah katanya.. Kisah yang dilakarkan penulis memang menarik.. Penceritaannya berkisar di dua negara Malaysia dan Korea.. Ada juga diselitkan perkataan-perkataan Korea.. Pembuatan dan kebaikan memakan Kimchi..

Hanya kerana wajahnya sama dengan si kakak, dia dibenci Danial.. Bella tak sangka dirinya akan dikahwinkan dengan Danial lelaki samseng yang suka membentak dan sinis.. Perkahwinan tanpa rela itu diganggu gugat pula dengan manusia yang dengkikan mereka hinggakan Bella merajuk dan balik ke Korea.. Cinta yang datang membawa Danial ke Korea.. Memang sweet macam tengok drama Korea.. 

Sha baca dan selesai pada 18.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Buku fizikal diterbitkan oleh Kaki Novel

Indomie Curly Fried Noodle Salted Egg

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali cuba maggi jenama Indomie ini.. Sedap la juga.. Tak pedas.. Budak-budak ini boleh makan.. Sha goreng dengan sayur sawi.. Lepastu pecah telur, ala-ala maggi goreng kedai mamak..

Sebungkus ini RM1.50

Maggi Goreng ala Sha..

Hadiah Segmen Saya Nak Buku Free by Cuya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku-buku dari Cuya dah sampai.. sha joint Segmen Saya Nak Buku Free by Cuya dan pilih 5 buah buku yang nampak menarik untuk bacaan Amani.. Sha cuma perlu bayar duit sampul Flexiprepaid saja.. Untuk saiz L dalam enam ringgit lebih kalau tak silap Sha.. Buku ini sampai kat tangan Sha pada 17.12.2018.. Yeah!! Siap dapat extra satu buku.. Terima kasih Cuya..





Buku tambahan daripada Cuya..

Thursday, December 20, 2018

Jangan Goda Aku oleh Zura Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini menarik pada Sha sebab memberikan penerangan mengenai diet yang betul dan juga pemakanan yang sihat.. Walaupun novel ini genre cinta namun isu cinta yang dibangkitkan tak adalah banyak sikit.. Ada juga penceritaan mengenai hubungan keluarga yang kaya tapi tak bahagia dan yang sederhana namun bahagia dan saling menyayangi.. Hubungan antara bos dan pekerja.. Memang menariklah.. Kali ini sha berjalan ke Sidney dan Melbourne.. Menarik okay.. Siap ke Melaka makan asam pedas.. Seronok bila baca buku dan mendapat maklumat mengenai negara lain.. Penulis juga ada memberikan tips pemakaian dan juga keyakinan diri..

Sha baca pada 16.12.2018 dan selesai pada 18.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Hadiah Giveaway #1 by YEASLMN

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Jumaat (14.12.2018) hadiah dari Yeaslmn sampai ke tangan Sha.. Sha menang Giveaway #1 by YEASLMN.. Cantik tudung-tudungnya.. Ingatkan satu, rupanya dua.. sukalah Amani dan Imani.. Dapat bergaya dengan tudung baru... Siap jadi model untuk mak.. Hehehe.. Terima kasih Yea untuk tudung yang cantik dan sweet ini.. Semoga makin murah rezeki Yea dan yang sponsor tudung ini.. aamiin.. Boleh simpan pakai Raya.. hehehe..


KFC Loaded Go Bowl Cheezy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! berjaya juga memberanikan diri mencuba KFC Loaded Go Bowl Cheezy ini.. Yang ini sedap.. Kena dengan tekak Sha.. Isi dalam dia ketulan ayam, Kentang goreng yang dicurah sos cheese.. Tapi tak mengenyagkan untuk orang yang lapar sebab sikit je isi dalam dia.. Kalau untuk snacking memang okay..

Sebekas ini RM3.70.. Bolehlah..

Wednesday, December 19, 2018

Dia…Random Guy oleh Farah Husain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini kelakar dan Sha suka.. Ada romantik tapi tak adalah melampau.. Ada adegan pihak ketiga yang annoying dan juga aksi pujuk memujuk pasangan kekasih.. Yang best baca novel ini tak serabut dan berjaya buat Sha senyum dan gelak sorang-sorang.. Memang enjoy.. Konflik pun tak terlalu berat tapi memberi impak.. Hubungan kekeluargaan.. Penekanan mengenai hubungan ibu dan anak.. Memang menarik.. Tahniah buat penulis..

Sha baca dan selesai pada 14.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Buku fizikal terbitan Idea Kreatif

Kacang Pool, Medan Selera Presint 9, Putrajaya

Assalamualaikum..
hye semua..
#throwbackentry

Sebelum ini Sha ada share mengenai Percutian Pendek Sha sekeluargakan.. Hari kedua itu, encik suami bawa kami makan di food court Persint 2, Putrajaya.. Memang meriahlah dengan menu yang sedap-sedap dan orang pun ramai.. Pantang kerusi kosong je akan ada orang duduk.. Kat sini Sha berjaya mencuba Menu Johor Kacang Pool.. Memang sedaplah dan kena dengan tekak Sha.. Amik satu set je, kongsi berdua dengan encik suami..

 Menu sarapan kami..
Bubur nasi, kacang Pool, Mee rebus

Kacang Pool ini memang sedap.. satu set ini RM6..

Wordless Wednesday #buku


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com