Monday, January 21, 2019

Ghostwriter oleh Khairul Aswad Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini juga sama seperti novel Rewind.. Didatangkan dalam bentuk ebook dan boleh dibeli melalui e-sentral.. Kalau berminat boleh klik SINI.. Nak beli dengan penulis pun boleh.. Hubungi beliau di SINI..

Kali ini mengisahkan tentang seorang penulis yang ego dengan pendiriannya dalam menerbitkan buku.. Terlalu cerewet dan mementingkan kesempurnaan sehingga mengakibatkan kerugian pada pihak lain.. Ditimpa kemalangan dan tidak boleh menggunakan lagi tangan beliau.. Maka pihak penerbit beliau mencadangkan untuk menggunakan Ghoswriter.. Namun Ghostwriter tersebut mengkhianati beliau dengan mencuri manuskrip-manuskrip yang tidak ada penamat dalam laptop beliau.. Ghoswriter tersebut telah menambah penamat dan menghantar manuskrip itu untuk diterbitkan.. Maka tersebarlah kisah antara dua penulis ini.. Kontroversi yang ditimbulkan berjaya membuatkan novel-novel itu melalui cetakan berulang dan laris dipasaran.. Ada cerita disebalik apa yang berlaku.. Pengkhianatan dan pengajaran buat penulis dan juga penerbit.. Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang penulis..

Sha baca pada 20.01.2019 dan selesai pada 21.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)
Published May 2018 by Khairul Aswad Ramli

Ini memang ebook ye.. Tak ada buku fizikal..

My Playlist When Working

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemain lagi tajuk dalam bahasa inggeris.. Kikiki.. Saja je.. Cuba-cuba.. Sini Sha kongsikan playlist pilihan Sha bila buat kataloging ataupun menaip entry dan blogwalking.. Buat masa ini Sha tertarik dengan lagu-lagu ini.. Memang pelbagai dan tak tersekat untuk satu bahasa sahaja.. Kepelbagaian itu perlu dalam membantu mood Sha untuk proses buku (katalog, balut, semak dan sahkan buku) seta berblog.. Ada antara pilihan lagu Sha ini, Sha tak minat pun penyanyi dia.. Tapi lagu yang dinyanyikan tu menagkap telinga.. Jadinya Sha bubuh je dalam playlist..


Lagu ini muzik dia catchy betul.. Sha tak minat pun ayda jebat ini tapi lagu-lagu dia memang boleh menangkap telinga untuk terus mendengar.. Sentiasa ada kelainan..




Lagu EXO ini mengingatkan Sha satu masa dahulu Sha minat mereka ini.. Hahaha.. Sha suka lagu diorang yang bertajuk Growl dan Wolf.. Diorang ini yang best bila bahagian menari.. Memang ohsemlah pada Sha.. Untuk yang terbaru ini, ketiga-tiga lagu diorang ini menarik untuk di dengar..

Adira - Pujaan Hati
Lirik dan lagu ini ada impak yang kuat.. Walaupun Sha tak tonton sangat drama Pujaan Hati Kanda tapi lagu ini memang best.. Terutama sekali bahagian "Andai perit luka ini, Takkan pernah ku peduli, Biarkan aku teruskan menanti, Kita pastikan bersama, Yakin dengan takdir, Tuhan Kita kan bahagia"..

D&E - Bout You

Biasanya playlist ini akan bertukar ikut mood Sha.. Mood tu memainkan peranan penting.. Kalau sebelum ini mood down, Sha layan lagu-lagu yang kalau dengar memng boleh leleh air mata.. Tapi disebabkan mood Sha dah improve, kita layan lagu rancak sikit.. Nak settlekan kerja tak boleh layan lagu leleh-leleh..

Sunday, January 20, 2019

God's Quiz 5

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini dah masuk musim ke lima.. Sha memang ikut drama ini dari musim 1 lagi sebab minat dengan watak Dr. Han Ji Woo.. Seorang doktor genius.. Untuk musim ke lima ini Dr. Han Ji Woo bertemu semula dengan kawan zaman kanak-kanak beliau dan memori yang lama terkurung muncul semula.. Topik utama dia ialah perbuatan balas dendam oleh Hyun Sa Pil dan diselang selikan dengan kes penyiasatan lain.. Memang genre yang Sha minat.. Medical, penyiasatan dan misteri.. Ohsem.. Ada 16 episod dan setiap episod lebih kurang 1 jam.. 

GOD'S QUIZ 5 @ QUIZ FROM GOD REBOOT @ GOD'S QUIZ: REBOOT @ GOD'S QUIZ SEASON 5 | 14 November 2018 | 16 episodes | Mystery, Crime, Medical, Detective, Investigation |
Sinopsis: This is a drama about elite doctors and forensic scientists investigating mysterious deaths and solving mysteries related to rare diseases.
Han Jin Woo is the tortured medical genius with a miracle brain that has been through its share of trouble. After he gets involved in an unexpected case, he returns to the medical examiner office for the first time in 4 years.
(Source: HanCinema)

When Time Stops (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Firstly, Sha nak pesan.. Tengok drama ini dengan lapang dada ye.. Jangan pula taksub dan terlalu mengakui apa yang disampaikan.. Ini hanyalah hiburan..

Drama bersiri Korea ini mengenai manusia yang boleh menghentikan masa ikut kesukaan hatinya.. Manusia ini bernama Moon Joon Woo.. Memang kuasa yang dimilikinya unik sebab boleh menghentikan masa.. Dalam pada masa yang sama ada sejarah hidupnya yang hilang dari ingatan.. Kim Sun Ah pula sebahagian dari kenangan lalu itu.. Bila takdir menemukan mereka sekali lagi, perkara yang lepas pun muncul semula.. Grim Reaper yang bertindak melenyapkan mereka yang mempunyai kebilehan istimewa mula muncul dan mengganggu.. Berjayakah mereka bersatu tanpa gangguan??

Drama ini lebih pada hubungan cinta dan juga sifat kemanusiaan.. Sha suka bila Joon Woon yang ada kelebihan menghentikan masa menggunakan kelebihan beliau untuk membantu orang lain selepas bertemu Sun Ah..

WHEN TIME STOPS @ AT THE MOMENT @ THAT MOMENT @ TIME WHEN TIME STOPS @ THE GIFT | 24 October 2018 | 12 episodes | Romance, Drama, Fantasy |
Sinopsis: A man who can stop time meets a woman unaffected by time.
Moon Joon Woo is a seemingly-ordinary person, except for the fact that he can stop time. His special ability makes him lonely and he finds no meaning in life. When he needs somewhere to live, he moves into a basement owned by the building owner, Kim Sun Ah. 
Kim Sun Ah is a hard-working, financially struggling girl who appears to have much joy in her life, but in fact struggles to pay off her father's debt. Joon Woo finds that when he stops time, Sun Ah is not affected and continues to walk amongst a time-stopped world. 
With bubbly Sun Ah by his side, can the lonely Joon Woo begin to find the meaning of his existence?
(Source: AJ at MyDramaList)

Starfeather oleh Faizal Tahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik dengan lagu dari Faizal Tahir ini.. Lagu yang berunsurkan kemanusiaan.. Faizal Tahir kekal dengan auranya yang tersendiri.. Ada sesuatu yang menarik dari lirik dan lagu yang disampaikan beliau.. Sha memang minat beliau kerana kelainan yang dibawanya.. Nak dengar lagu ini?? Klik je SINI ataupun gambar dibawah..


Bila ku pejam mata
Ku mendoakan dirimu
Tabah dengan ujianmu

Bila ku hilang arah
Kau sedarkan diri aku
Bersyukur pada Yang Satu

Kau tetap tabah dalam mengharungi
Hidup yang penuh dengan onak duri

Andai kau pejam mata
Dunia 'kan bersamamu kamu tahu (yeah)
Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu aku tahu.
If you feel like you've got
The weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive, Alhamdulillah
Kau tetap tabah dalam mengharungi
(Like the weight of the world on your shoulders)
Hidup yang penuh dengan onak duri
(Like the weight of the world on your shoulders)

Andai kau pejam mata
Dunia 'kan bersamamu kamu tahu (yeah)
Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu aku tahu

(If you feel like the weight of the world on your shoulders)
(Like the weight of the world on your shoulders)
(If you feel like the weight of the world on your shoulders)
(If you feel like)

I will be with you
I will alive if you

Andai kau pejam mata
Dunia 'kan bersamamu. kamu tahu
(If you feel like the weight of the world on your shoulders)
Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu aku tahu

If you feel like you've got
The weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive
(Like the weight of the world on your shoulders)

If you feel like you've got
The weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive, Alhamdulillah

Saturday, January 19, 2019

Segmen Bloglist By The Wonderful Jannah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Segmen yang dianjurkan Jannah nie..

Pengumuman pemenang pada 3 Februari 2019

Fakta menarik tentang Jannah yang Sha suka ialah perkongsian Jannah mengenai Motivational Monday yang banyak memberikan isnpirasi pada Sha juga teguran.. Satu lagi yang menarik mengenai Jannah ialah resepi ringkas yang dikongsikan.. Memang sangat membantu untuk mereka yang kesuntukkan masa dan yang paling istimewa bila beliau menggunakan kobis ungu bukan kobis putih macam kebiasaan.. Tak percaya?? Pergi jenguk kat SINI dan SINI..

Random Photo #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara gambar menarik sepanjang minggu lepas..

Kubu ini mesti korang pernah buat juga kan.. Tak sangka, anak-anak zaman sekarang pun masih main permainan ini.. Anak Sha buat kubu ini siap ada pembahagian tempat.. Tempat tidur dan tempat makan.. hahaha..

Pecah dah cover rim ini.. Ingatkan Sha yang buat.. Tanya encik suami, dia kata dia yang pecahkan masa nak ganti apa entah.. Salah pasang tu yang terpecah sikit..

Asyik makan nasi je kan.. Teringin pula nak makan berger.. RM2.50 je seketul ini..

Sha memang suka limau kecik-kecik ini.. Selalu beli yang timbang kilo, boleh pilih saiz.. Kali ini cuba beli yang dah siap bungkus.. Sepeket ini RM9 lebih.. Berbaloilah pada Sha.. Buah dia manis dan tak ada langsung yang masam.. Memang puas makan.. 3 hari je dah habis.. Hahaha.. Padahal yang makan Sha dengan Imani je..

Jalinan Rahsia oleh Muhammad Jafar Darwis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita dalam ini ada dua kisah yang saling berselang seli.. Antara dua dunia manusia dan juga dunia liliput(manusia kerdil).. kedua dua dunia ini saling bertembung dan manusia membantu liliput ini untuk berdamai.. Pengembaraan yang menarik di pihak Jafar dan rakannya Amri.. Bertemu dan membantu liliput dalam pengembaraan mereka meredah hutan mencari air terjun.. Memang menarik sebab cara penyampaian penulis bukanlah terus tapi cerita dalam cerita dan imbas semula.. Agak unik penyampaiannya..

Sha baca pada 18.01.2019 dan selesai pada 19.01.2019..

Buku ini koleksi Perpustakaan tempat Sha berkerja..
Terbitan Creative Enterprise.. Tahun 1999..

Kelibat oleh Nurul Omar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kenalah tajuk dengan cerita di dalam.. Memang banyak kelibat yang muncul mengganggu.. Emierda dan juga Sam.. Diganggu sejak mengalami kemalangan dans emuanya ada kaitan dengan Vila Belanda.. Rahsia yang disembunyikan ada di pancuran yang terletak di tengah-tengah laman Vila itu.. Namun misteri mengenai kelibat yang berkeliaran harus diselesaikan terlebih dahulu.. Malangnya gangguan yang diberikan oleh kelibat-kelibat ini menyebabkan kematian.. Memang tak disangka bila 2 nyawa menjadi taruhan.. Novel ini tak ada adegan cinta tapi penuh dengan hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan..Membacanya tak terasa bosan sebab ada misteri yang perlu dirungkaikan seiring keseraman yang diberikan penulis..

Sha baca pada 17.01.2019..


Terbitan Dear Novels

Friday, January 18, 2019

My Books > Stats

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak kongsi dekat sini statistik pembacaan buku Sha.. Bukan apa, kotlah boleh bagi semangat kat korang yang baru nak berjinak-jinak membaca ke.. Statistik ini Sha ambil dekat Goodreads.. Kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya.. Cuma masa dulu tak ada di rekod pun pembacaan tu semua.. Macam mana nak tengok statistik ini?? Pergi je dekat MyBooks, kemudian cari dekat bahagian tepi belah kiri ada "Your reading activity".. Nanti klik dekat "Reading Stat".. Maka terpaparlah statistik macam dibawah ini..

 Jumlah buku yang dibaca mengikut tahun..

Ini pula jumlah muka surat..

Korean Drama (Januari 2019)

Assalamuaalikum..
Hye semua..

Drama yang berada dalam senarai untuk ditengok bagi tahun 2019 agak menarik.. Sebab ada satu drama ini, dari tahun lepas Sha dah follow.. Patutnya ujung tahun lepas tapi ditunda ke tahun ini.. Tajuknya Kingdom.. Selain itu drama lain yang Sha senaraikan masih lagi bergenre thriller dan juga fantasy..

Drama: My Lawyer, Mr. Jo 2: Crime and Punishment
Country: South Korea 
Episodes: 40
Aired: Jan 7, 2019 - Mar 12, 2019
Aired On: Monday, Tuesday
Network: KBS2
Duration: 35 min.

Drama: The Crowned Clown
Country: South Korea 
Episodes: 16
Aired: Jan 7, 2019 - Feb 26, 2019
Aired On: Monday, Tuesday
Network: tvN
Duration: 1 hr. 20 min.

Country: South Korea
Episodes: 6
Airs: Jan 25, 2019 - ?
Airs On: Friday
Network: Netflix

Rewind oleh Khairul Aswad Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini memang betul-betul ebook ye.. Ada dijual di E-Sentral, kalau berminat nak beli boleh klik SINI.. Memang tidak didatangkan dalam versi cetak.. Sha pinjam dengan PNM e-Reader..

Cerita ini kena baca sampai habis baru tahu kenapa tajuknya Rewind.. Kisah yang disampaikan dalam novel ini walaupun nampak macam bercelaru dan wataknya macam saling tidak berkait tapi sebenarnya mempunyai kaitan.. Watak utamanya Anuar dan Ayu.. Diganggu pula dengan manusia psiko bernama Aqasyah.. Disebabkan kecelaruan jiwa Aqasyah berusaha sedaya upaya untuk memisahkan Anuar dan Ayu.. Sampai membunuh.. Tapi betul ke Aqasyah celaru jiwanya?? Siapakah yang dibunuh Aqasyah.. Perjalanan cerita yang penuh teka teki dan membuatkan Sha membaca tanpa henti..

Sha baca dan selesai pada 17.01.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com