Saturday, September 21, 2019

Korean Variety | Three Meals a Day: Mountain Village (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan rancangan ini pula.. Kalau sebelum ini mereka gunakan aktor lelaki, kali ini perempuan pula.. 3 orang perempuan di kawasan pergunungan.. Sebuah rumah yang di kelilingi kebun sayur dan reban ayam.. Menggunakan tumbuhan sedia ada, berkerja dan mendapatkan upah demi menyediakan 3 hidangan setiap hari.. Sarapan, makan tengahari dan juga makan malam.. 

Sha suka tengok diorang sediakan makanan untuk 3 kali hidangan itu.. Usaha mereka untuk membeli makanan tambahan dengan melakukan kerja-kerja bercucuk tanam.. Sangat menarik.. Bayangkan masak guna kayu api ye.. Bukan guna dapur gas.. Nasi pun tak guna rice cooker..

TV Show: Three Meals a Day: Mountain Village
Native Title: 삼시세끼 산촌편
Also Known As: 3 Meals a Day: Mountain Village
Directors: Na Young Seok
Genres: Food, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Aug 9, 2019 - ?
Aired On: Friday
Network: tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
“Three Meals a Day – Mountain Village” will follow Yum Jung Ah, Yoon Se Ah, and Park So Dam as the first all-female cast as they head off to a quiet home in the mountains of Gangwon province. As this will be the first season in two years, the show will go back to basics and follow the trio as they collect vegetables from their garden and search for food in the nature around them.
(Source: Soompi)

Komik | Antologi Komik Puris: SIFU oleh Abeben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang ada dalam ini semuanya menarik.. Mempunyai mesej yang berbeza.. Ada yang menyentuh hubungan seorang anak dengan mak, seorang abang dengan adik.. Perkara buli yang terjadi semkain kerap zaman sekarang.. Perubahan diri dari nakal kepada baik.. Memang sesuai dibaca semua peringkat umur..

Antara Karya yang ada dalam komik ini..
1x10=10? Karya Abeben, Buli Karya Khairul Asyraf, Only One Karya Miiraimi, Projek Hati Amir Karya Nash Shahri, Jangan Tinggalkan Aku, Shaheed Karya Oz Ishak & Khairul, Ya Rijal Karya Abemat Usul, Yang Lebih Aku Cintai Karya Abeben & Syafy Zahin

Sha baca dan selesai pada 20.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published September 2018 by Buku Puris

Komik yang sangat menarik dan menyentuh hati..

Friday, September 20, 2019

Slim River | Makan-makan di Secret Recipe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tadi tengahari, kawan pejabat ajak ke Secret Recipe yang baru di buka di Slim River.. Rehat panjang, maka ke Slim Riverl ah kami.. Konsep kedai di Slim River ini lebih hipster dan menu yang ditawarkan lebih menarik.. Ada Boba Series, menu Korea, Jepun yang menarik.. Disebabkan Sha memang nak cari sesuatu yang lain, Sha order Boba Kopi-C dan Kimchi Fried Rice.. 

Nice concept..

Boba Kopi-C
Sedap untuk penggemar kopi.. Tak manis..

Kimchi Fried Rice
Pedas untuk Sha (Sha memang tak makan pedas) tapi sedap.. Kimchi dengan nasi tu memang ngamlah.. Kalau tak pedas, ini akan jadi menu kegemaran Sha.. Sebab pedas, sekali ini jelah cuba.. Perut Sha tak tahan..

15 minit kemudian.. Hehehe.. Berjaya juga habiskan walaupun pedas.. Hehehe..

Selain dari Nasi goreng, ada juga Kimchi dan ayam goreng untuk dicuba dari rangkaian menu Korea..

Boba series by Secret Recipe.. Lain kali boleh cuba yang lain..

Menu yang akan Sha cuba kalau datang lain kali.. Nak cuba Unagi dengan Teriyaki tu.. 

Rantaian Alasan Tidak Membeli dan Membaca Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian dari Facebook yang menarik untuk tatapan semua..

Artikel asal boleh tengok di SINI ye..

Thursday, September 19, 2019

Filem Korea | The Divine Fury (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat Awesome.. Park Seo Joon menyerlah dalam filem ini.. Selalu tengok beliau macam sweet-sweet je.. Kali ini lebih serius dan tak ada adegan cintan cintun.. Cuma babak melawan demon je.. Pergh!! Real dan ganas.. Memang mengancamlah.. Tak terasa dua jam itu.. Babak lawan dia tak berhenti.. Bila Yong Hoo mula percayakan Father Ahn maka gabungan mereka memang mampu mengalahkan setan yang kejam.. Cuma cerita dia nampak macam akan ada sambungan.. Gitu.. hehehe.. Thrill dan ada adegan ganas.. Tak sesuai ditonton dengan anak-anak..

Filem ini mengisahkan Yong Hoo yang kehilangan ayahnya seorang polis semasa bertugas.. Disebabkan itu dia menyimpan rasa marah kepada tuhan kerana mengambil ayahnya.. Kerana perasaan marah yang sangat kuat, syaitan mula mendekati Yong Hoo dan memberikan bisikan yang menyebabkan Yong Hoo bertindak ganas bila ternampak lambang salib.. Sampailah dia dijumpakan dengan Father Ahn, barulah perlahan-lahan kemarahan itu hilang dan Yong Hoo membantu Father Ahn melawan manusia yang bertuhankan syaitan.. 

The Divine Fury @ 사자 @ Saja
K-Movie | Released: 31 July 2019 | Runtime: 129 Minutes | Genre: Horror, Action, Mystery, Exorcism, Thriller | Rated: PG-13 |
Sinopsis | After waking up with mysterious wounds on his hands, a champion fighter finds himself in an otherworldly battle against evil forces that wreak havoc in the human world.

Buku | Mistik Alam Melayu oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik.. Penulis berjaya mengupas mengenai perkara-perkara seperti ritual mistik, mitos, lagenda, perubatan kuno menggunakan jampi serapah, sihir dan perkara-perkara ghaib di Tanah Melayu.. Seronok juga belajar pasal tarian yang berkaitan dengan ritual dan perkara mistik, upacara perubatan dan lagenda zaman dahulu yang diturunkan dari mulut ke mulut.. Bahagian pantang larang dan adat pun menarik dibaca.. Memang bestlah.. Buku ini bagus untuk dijadikan bacaan sebagai pengetahuan tambahan bukanlah untuk dijadikan amalan.. Banyak yang boleh dipelajari daripada sejarah dahulu..

Baca pada 18.09.2019 dan selesai pada 19.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published February 2019 by Patriots Publication

Wednesday, September 18, 2019

Komik | Antologi Komik Puris: GEN Y oleh Abeben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik dari Buku Puris ini sangat menarik dan Sha galakkan untuk bacaan anak-anak juga.. Isi dalamnya memberi pengajaran.. Komik yang disampaikan dalam antologi ini memang berjaya menyentap hati.. Setiap komik menyampaikan mesej dan teguran dengan cara yang sangat ohsem.. 

Aktivis oleh If Moses
Ekslusifkan Keindahanmu oleh Wazif Bakhtiar
Karipap Frozen oleh Irfan Kartunis
Keliru oleh Amnrshid
Nikmat oleh Flan
Read It Feel It oleh Nzh & Tsuyu Nada
Pause oleh Abeben

Sha baca dan selesai pada 18.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published September 2018 by Buku Puris

Drama Melayu | Orang Gaji Puaka (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pun tak tahulah kenapa Sha tengok drama seram ini.. Walhal bukannya berani sangat.. Hahaha.. Okaylah menarik olahannya.. Drama ini diadaptasi dari novel bertajuk Orang Gaji oleh Daisy Zahra, terbitan Dear Novels.. Sha tengok waktu siang.. Tak fokus sangat pun sebab penakut.. Hahaha.. Drama nya memang seram okay.. Bayangkan kalau novelnya pun dah seram, bila diterjemahkan pula ke drama.. Pergh!! Hahaha.. Memang tutup-tutup matalah Sha menengoknya.. Kalau nak baca review buku Orang Gaji boleh klik SINI.. 

Lakonan Marissa Yasmin memang berjayalah pada Sha... Sangat kejam dan menakutkan.. Hahaha.. Menjiwai betul wataknya.. 

JUDUL : ORANG GAJI PUAKA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 7 September 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Riz Amin, Sasqia Dahuri, Marisa Yasmin, Meor Mohd, Puteri Rafasya

SINOPSIS ORANG GAJI PUAKA
Sara dikatakan hanya jatuh tangga, tapi kecederaannya yang membawa kepada koma menimbulkan tanda tanya. Tanpa mereka sedari, segalanya berpunca daripada orang yang sangat dekat dengan mereka.

Wordless Wednesday #book


Tuesday, September 17, 2019

Komik | Pokemon The Movie: Aku Pilih Kau! 01 oleh Ryo Takamisaki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang menarik.. sesuai dibaca semua peringkat umur.. Pengembaraan pertama Ash bersama Pikachu.. Komik ini bersambung.. Tapi okay je kalau baca yang ini.. Dalam buku ini Ash ada 3 pokemon termasuk Pikachu.. Perlawanan terakhir, Ash kalah dengan Cross.. Ash dapat jumpa Pokemon lagenda.. Bagus juga usaha Gempakstarz dalam mencetak semula komik ini menggunakan Bahasa Melayu.. Lebih seronok dibaca..

Sha baca dan selesai pada 17.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published August 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Drama Korea | I Picked Up A Celebrity On The Street (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Korea ini ada 10 episod je.. Stress juga Sha tengok heroinnya.. Asyik kena buli je.. Buli di tempat kerja.. Sebab dia bukan pekerja tetap maka dipermain-mainkan.. Sampai satu tahap dijadikan kambing hitam dan diberhentikan.. Marah punya pasal dia serang ketua pejabat, sekali salah serang.. Artis yang diserangnya.. Nak lari, tertinggal kad pekerja pula dekat mayat tu.. Patah balik dan ada pula orang nampak, siap nak call ambulans.. Nak tak nak, kenalah dia bawa balik mayat tu dan fikirkan apa nak buat.. Sekali mayat tu bukan mayat.. Artis tu masih hidup rupanya.. Hahaha.. Part ini memang lawak.. Masuk episod pertengahan baru tahu rupanya memang ada orang cuba bunuh artis tu.. Bukan salah heroin pun.. Heroin tu berada di tempat yang salah pada waktu yang salah je.. Maka bermulalah misi mencari pembunuh.. Episod akhir barulah pembunuhnya muncul.. Memang tak sangkalah bila tengok siapa pembunuhnya.. Dari awal cerita memang tak boleh nak teka.. Hahaha.. Rasa macam dah betul dah, sekali salah.. Drama pendek yang sangat menarik..

I Picked Up A Star On The Road
Also Known As: I Picked Up A Celebrity On The Street; I Picked Up The Star; I Picked Up A Celebrity From The Street
KDrama | Thriller, Comedy, Romance, Youth | 10 Episodes | 1 Nov 2018 - 14 Dec 2018 |
Sinposis | Contract worker Lee Yeon Seo daydreams about teaching her manager a lesson, but accidentally acts out her fantasy on none other than top Hallyu star Kang Joon Hyuk. Thinking she killed him but afraid to be labeled a murderer, she takes him home and prepares to get rid of the body. But Joon Hyuk wakes up and seeing her preparations thinks he has been kidnapped by a murderous psychopath. Seeing no other option, she keeps him hostage so he doesn't turn her in to the police. How long can she keep him hidden and can she ever convince him she's not an evil person?

Filem Inggeris | Spiderman: Far From Home (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok juga tengok filem ini.. Memang Spiderman yang baru ini lebih menarik dan nampak real penyampaian emosinya.. Spidermen yang sebelum ini lebih dark.. Filem ini lanjutan dari The Avenger End Game, jadinya boleh nampaklah emosi Peter yang kehilangan Tony.. Emosi seorang budak yang kehilangan father figure.. Awal filem ini nampak sangat real hinggakan tak perasan rupanya ada penipuan.. Bila penipuan tu terbongkar Sha dah syak, takkan semudah itu penjahat tu dikalahkan.. Pasti akan ada muslihat yang digunakan untuk menganiaya Spiderman.. Tekaan Sha betul bila sampai ke ending credit pertama.. Ending credit kedua pula agak mengejutkan.. Tak sangka yang benar itu palsu.. Adoi.. Makin complicated hero hero ini punya perjalanan lepas Tony Stark tak ada.. Musuh yang pandai memanipulasi adalah lebih bahaya dari musuh yang terang dan nyata.. Gitu.. hehehe..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com