Sunday, December 26, 2021

Marrybrown Tom Yam Porridge Combo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Marrybrown keluarakan menu berasaskan tomyam pula.. Sha beli kombo bubur tomyam.. Pada Sha, ayam tomyam dia okaylah.. Walaupun rasa tomyam tu banyak pada kulit ayam tak meresap ke isi, tapi masih sedap dan tak pedas.. Air pink lemonade dia pun sedap, tak masam.. Warna pink tu cantik menawan.. Tapi bubur dia sha tak boleh nak makan.. Pedasnya sos tomyam yang dia bubuh dekat bubur tu.. Rasa dia tak sama macam dekat ayam.. Dekat ayam tu tak adalah pedas tapi dekat bubur, Allah.. Derita perut sha.. hahaha.. Memang buang tepilah tomyam dekat bubur tu tapi tetap ada rasa pedas.. Owh ya, Sha memag tak boleh makan pedas jadi untuk korang Sha tak surelah.. Untuk Sha kepedasan dia menyebabkan perut Sha pedih.. hehehe..

Tom Yam Chicken
Tom Yam Porridge
Nestle Pink Lemonade

Saturday, December 25, 2021

Filem US | The Matrix Resurrections (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Filem kesukaan Sha ini.. Memang mengimbas kembali kenangan.. Hehehe.. Walaupun ada beberapa watak dah guna pelakon lain tapi pelakon utama masih orang yang sama jadinya filem ini tetap disukai.. Kali ini ada geng baru yang mencari balik Neo yang kononya dikatakan telah mati.. Manusia pun dah mula berkerjasama dengan mesin.. Kira nya tetap ada yang jahat dan tetap ada yang bersemangat dan mempercayai yang Neo masih hidup.. Bila dah ditemui mereka mula menyelamatkan Trinity pula.. Dalam filem ini barulah diketahui yang Neo dan Trinity saling memerlukan.. Tak cukup setakat ada Neo.. Gituh..

Ada satu babak tu memang buat Sha gelak berdekahlah.. hahaha.. Kelakar tengok Neo..

The Matrix Resurrections
2021 ‧ Sci-fi/Action ‧ 2h 28m
To find out if his reality is a physical or mental construct, Mr. Anderson, aka Neo, will have to choose to follow the white rabbit once more. If he's learned anything, it's that choice, while an illusion, is still the only way out of -- or into -- the Matrix. Neo already knows what he has to do, but what he doesn't yet know is that the Matrix is stronger, more secure and far more dangerous than ever before..

ebook | Noblesse: Season 4, Set (Noblesse #10-12) by Son Jae Ho, Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kembali dengan komik Noblesse lagi.. Kali ini Sha baca yang season 4 punya.. Dalam season 4 ini mereka kembali ke dunia manusia dan meneruskan persekolahan seperti biasa.. Gangguan datang dari Elder 12th yang tak puas hati dengan Crombell dan mula menyiasat kejadian yang berkaitan dengan Crombell.. Kali ini pasukan Elit pula yang datang melaksanakan siasatan bersama Yuri.. Selain itu mereka juga terpaksa berdepan dengan agen KSA yang dah di modified.. Agen KSA ini datang menyamar ke sekolah untuk memantau Shinwuo dan Ikhan untuk dijadikan agen.. Namun rancangan agen KSA ini berjaya digagalkan dan kemudiannya mereka berkerjasama untuk menentang Elder 12th.. Masa berlawan ini terbongkarlah yang Lord sebelum ini ada kaitan dengan Union selepas mereka berpaling tadah.. Malah keadaan Rai yang tak berapa baik juga turut terbongkar..

Sha baca pada 24.12.2021 dan selesai pada 25.12.2021..

Bacaan menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published 2012

Friday, December 24, 2021

Filem US | Resident Evil: Welcome to Raccoon City (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoi.. Luruh jantung tengok filem ini.. hahaha.. Walaupun tau zombie tu tipu je tapi tetap terkejut.. Muzik dia tu yang buat kita terkejut.. Hahaha.. Memang layanlah filem ini walaupun Milla tak ada.. hehehe.. Kali ini kisah berlaku di Racoon City dan permulaan kepada kejahatan Wesker.. Hahaha.. Yang penting sha seronok je tengok apa pun kisah Resident Evil ini.. sebab tak main game dia kan so memang syoklah layan filem dia..

Resident Evil: Welcome to Raccoon City
2021 ‧ Horror/Action ‧ 1h 47m
Welcome to Raccoon City, once the booming home of pharmaceutical giant Umbrella Corp. The company's exodus left the city a wasteland, a dying town with great evil brewing below the surface. When that evil is unleashed, a group of survivors must work together to uncover the truth behind Umbrella and make it through the night..

Mesyuarat Agung Jemaah Pengurusan Sekolah Agama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru balik dari Mesyuarat Agung Jemaah Pengurusan Kafai Ar - Rahman.. Dekolah agama anak-anak Sha.. Ada perlantikkan AJK baru dan sekali lagi nama Sha tercalon.. Alhamfulillah.. Cuba menyumbang apa yang boleh.. InsyaAllah..

Lepas ucapan dan pelantikkan ada pemberian saguhati buat ibu bapa dan kudapan..

Cenderahati

Kudapan yang dah siap di pek.. Lebih mudah macam ini..

ebook | A Silent Voice Complete Series Box Set(A Silent Voice #1-7) by Yoshitoki Ōima

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat-sangat menarik.. Kisah mengenai pembuli yang kemudiannya dibuli.. Shoya merupakan pelajar sekolah yang mahukan keseronokan bukannya belajar.. Demi mencari keseronokkan untuk terus ke sekolah, Shoya berjumpa dengan Shoko seorang pelajar perempuan yang tidak mampu mendengar.. Mak Shoko mahukan shoko untuk kuat dan normal maka Shoko dihantar ke sekolah biasa.. Shoya menjadikan Shoko sebagai bahan keseronokan beliau dengan membuli Shoko.. namun pada satu hari berlaku perubahan bila mana Shoya pula dibuli dan shoko akhirnya berpindah sekolah.. Shoya terus dibuli hinggalah graduate.. Kemudian Shoya berjumpa semula dengan Shoka dan cuba menebus kembali kesilapan lalu.. Maka bermulalah pencarian diri mereka yang sebnar serta rakan-rakan disekeliling mereka..

Pada Sha, komik ini memberikan pengajaran bahawa bukan sahaja pembuli yang bersalah tapi orang disekeliling yang membiarkan perkara buli turut terjadi tanpa mencegah turut bersalah.. Cikgu dan orang dewasa lain turut berslaah sebab tak mencegah..

Sha baca pada 19.12.2021 dan selesai pada 23.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published December 19th 2017 by Kodansha America, Inc (first published December 17th 2014)

Thursday, December 23, 2021

Limited Edition Mentos Fusions

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa kat kedai runcit biasa.. Tak ingat harganya berapa.. Fusion sebab dia gabungkan dua jenis buah untuk 3 rasa.. Macam dalam gambar bawah sekali tu.. Rasa yang unik tapi sedap.. Memang layanlah sambil buat kerja..


Peach & Orange, Strawberry & Banana dan yang akhir sekali Passion & Mango..

Telefilem Melayu | Bayang (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Telefilem yang menarik.. suka tengok lakonan Ayie, Hazama dan juga Cik Manggis (walaupun kejap je).. Jalan cerita dia nice lah pada Sha.. Kisah penyiasatan mengenai pembunuhan yang dilakukan oleh Azam serta penyiasatan kehilangan rakan sekerja beliau Lisa.. Kemunculan Joni yang sering mendapat mimpi berkaitan pembunuhan telah membantu Azam mencari punca dan sebab kehilangan Lisa..

Bayang
Waktu Siaran: Sabtu, 18 Disember 2021,  
Rangkaian: Astro Citra  - Citra Exclusive
Pengarah: Idril Mihat, Irwan Rauf
Produksi: Motio Studio, SilentKaiju Studio
Pelakon: Hazama, Ayie Elham, Cik Manggis, Cliff Umar, Syean Mokhtar

Sinopsis Bayang
Mengisahkan tentang kehilangan Lisa, seorang penyiasat yang menjadi misteri kerana berkait rapat dengan kes-kes pembunuhan yang sedang disiasatnya bersama seorang rakannya, Azam. Seorang jurugambar amatur bernama Joni, menjadi petunjuk kepada misteri kehilangan Lisa.

Mesra Chewy Fruity Series

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gula-gula ni jenis chewy tau.. Tapi chewy yang agak kenyal tak lembut.. Pembungkusan dia pun berbeza, dia pack secara satu satu.. Macam dalam gambar yang Sha kongsi dekat bawah sekali.. Memang menariklah.. Semua rasa sedap, terasa buahnya walaupun harganya murah namun kualiti dia okay.. Berbaloilah untuk dibeli walaupun agak kenyal untuk dikunyah.. hehehe..

p/s: Gula-gula ini Special Edition di Kedai Mesra Petronas tau..

Ada 5 rasa dan harganya RM1 sahaja untuk setiap pack..
Mangga (14.5g)
Jambu pink (14.5g)
Anggur hitam (14.5g)
Epal (14.5g)
Strawberry (14.5g)

Kuantiti setiap pek.. Mangga je ada 6, yang lain semua 5..

Wednesday, December 22, 2021

ebook | Boleh Tolong Saya Tak? oleh Najwa Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jangan tertipu dengan cover dan tajuk ini tau.. Ini bukan cerita seram.. Penulis berjaya membuatkan Sha terpesona dengan tajuk dan cover namun bila membaca buat Sha jatuh cinta.. Kisah seorang anak iaitu Ren yang bermasalah dengan ayahnya dan kemalangan.. Semasa dalam wad, Ren bertemu dengan Hana.. Hana ini sangat misteri dan hanya Ren sahaja yang boleh nampak Hana.. Namun melalui Hana, Ren belajar menjadi anak yang baik.. Pengajaran yang Hana berikan buat Ren sedar betapa pentingnya dengar cakap orang tua dan berbaik dengan orang tua..

Sha baca dan selesai pada 22.12.2021..

Sha beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published 2020

Big Foot: Sea Salt Lemon Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gula-gula garam perasa lemon yang sedap dimakan.. Tapi jangan makan banyak sangat tau sebab ada garam, cepat dahaga.. Sha makan bila ngantuk je.. hehehe.. Tapi tak adalah rasa garam atau lemon dia menyengat sangat.. Manja manja je.. Dalam dia ada 6 pcs.. Best..

RM1.60 (6pcs)

Wordless Wednesday 2021

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com