Saturday, February 2, 2019

KFC Parmesan Truffle Crunch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Merasa juga menu baru KFC Parmesan Truffle Crunch ini.. Kebetulan teman encik suami hantar kereta tukar cermin depan.. Terus singgah KFC untuk lunch.. Ambil yang 3 ketul ayam.. Sha makan seketul je.. Lagi dua encik suami yang makan.. Salutan pada ayam tu SHa suka.. Rasa dia sedikit unik dan lain dari ayam spicy yang biasa.. Cumanya masa Sha beli tu, ayam dah tak panas.. Jadinya bila tabur chesse tu dah tak jadi apa.. Pada Sha secara peribadi, Sha lebih suka makan tanpa taburan cheese.. Lebih sedap.. Cheese tu Sha ratah je.. Hahaha.. Ini tekak Sha.. Tekak korang.. kenalah rasa sendiri.. Nak beli lagi?? Taklah kot.. Harganya agak mahal dan rasanya tidak terlalu wow untuk Sha beli lagi..

 Set KFC Parmesan Truffle Crunch ini didatangkan dengan secawan air, 3 ketul ayam, dua bekas shredded parmesan cheese, ketang putar dan salad.. Ini set 3 ketul ayam.. Harganya RM19.90..

Selepas ditaburi shredded Parmesan Cheese

11 comments:

  1. Ika tak cuba lagi kak sha. haha taktahu la. rasa cm takut tak kena dgn selera makan hoho

    ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/meet-yuyu-zulaikha-dream-come-true.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kalau tak kena memang sayang je kan Ika..

      Delete
  2. rabia tak merasa lagi kfc parmesan truffle ni

    ReplyDelete
  3. Saya dah dua kali makan menu KFC yang ni sebab rasanya kena tekak saya.

    ReplyDelete
  4. wah syaza lom rasa lagi kepsi baru ni hihi

    ReplyDelete
  5. Mmmm nyum nyum.. Nampak berselara. My fav, kfc ! Tapi ala, tak pernah lagi rasa ayam yang ada cheese tu. Selalu kalo pilih menu, mesti menu yg sama je. Hehehe sebab suka makan ayam original. Pagi t rasa nak makan kfc pula rasanya.

    ReplyDelete
  6. alamak.. rasa lapar la pulak :)

    ReplyDelete
  7. ramai review kata so so je kan ? rindu plak KFC salted egg tu.
    kalo depa buat tu balik sanggop bukak posa KFC ni. hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com