Shoplinks.Asia

Tuesday, September 9, 2014

Mari memasak.. Carbonara Lagi

Assalamualaikum...
Hari nie nak sembang resepi spaghetti senang..
Saya selalu buat resepi ini bila nak cepat...
Sebab cara penyediaannya ringkas sahaja..
Kali ini cara lain pulak... Mari kita tengok bahan-bahannya...

Bahan-bahannya:-
Cendawan Butang
Cili Capsicum
Hotdog Mushroom
Bawang Hollland
1 tin Sos Carbonara (Campbell - Prego)
Sedikit Susu Dutch Lady (Full Cream)
Saya guna Spaghetti Jenis Penne Rigate


Penne Rigate

Bahan-bahannya..

Cara Memasak
1. Sediakan Bahan-bahan
2. Tumis bawang Holland sehingga naik bau
3. Masukkan hotdog
4. Setelah hotdog kekuningan masukkan cili capsicum
5. Kemudian Masukkan sos carbonara dan juga sedikit susu dutch lady.
6. Kacau sehingag baha sebati kemudian biarkan dalam 5 minit. Setelah itu bolehlah tutup api.
7. Panaskan air biarkan mendidih. Kemudian masukkan sedikit minyak dan garam. Setelah itu bolehlah rebus spaghetti (Penne Regate) tadi.. Rebus sehingga spaghetti lembut.
8. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama sos yang telah siap dimasak tadi.



Tarra... Dah Siap



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI