Shoplinks.Asia

Saturday, September 13, 2014

Pasta Bolognese Versi Melayu

Assalamualaikum..

Saya kalau nak cepat memang suka masak pasta, sebab bahannya sentiasa ada kat dalam peti sejuk.
Lepastu kita boleh olah ikut kesukaan dan keselesaan kita. Nak pedas, nak biasa-biasa, nak banyak isi xnk banyak isi. Ikutlah nak bubuh apa pun.

Cara saya:

Bahan-bahan:
1 bungkus Pasta Fenne Regate
1 Botol Sos Spaghetti Cendawan Kimball
1 tin Cendawan dalam Tin (jenama Ayam Brand)
4 batang sosej cendawan (Jenama Ayamas)
1 biji Cili Benggal
1 biji Bawang Hollang
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan halia.

Cara-caranya:
1) Memula tumis bawang hollan yang telah di mayang. Setelah kekuningan masukkan cili kering yang telah diblend bersama bawang besar, bawang putih dan halia.
2) Masukkan cili benggala dan juga sosej yang telah dipotong kecik.
3) Kemudian masukkan cendawan butang yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau..
4) Masukkan sos Spaghetti dan sedikit air..
5) Setelah mendidih bolehlah tambah bahan perasa dan juga keju mozarella. Dah siap sosnya.
6) Didihkan air, masukkan garam dan juga minyak. Kemudian masukkan pasta fenne regate. Biar lebih kurang 20 minit atau sehingga pasta lembut.
7) Hidangkan bersama sos.






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI