Friday, January 4, 2019

Top Komentar di Blog Azlinda Alin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sekali lagi Sha terpilih sebagai Top Komentor di Blog Azlinda Alin, boleh tengok di SINI.. Rezeki tahun baru.. Kikiki.. Sha pernah jadi top komento di blog Mummy LInda ini pada Bulan Julai 2018.. Alhamdulillah.. Sha doakan semoga Mummy linda sekeluarga murah rezeki.. Aamiin.. 



Tahniah!!!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Dah masuk tahun baru dah.. Tahun ini Sha nak tukar bloglist Sha.. Nak buat yang baru.. Kikiki.. Sebagai penghargaan buat yang berada dalam carta top tinggalkan komen, ada satu bloglist untuk anda.. Bloglist ini sebagai tanda penghargaan Sha buat anda semua..


Satu lagi pula adalah bloglist untuk mereka yang Sha joint Segmen ataupun Giveaway yang memerlukan syarat untuk dimasukkan ke dalam bloglist..

Kedua-dua bloglist ini akan kekal hingga hujung tahun ataupun bertukar setiap 6 bulan ataupun sebulan sekali.. Tengok tahap kerajinan Sha.. kikiki...

Dan yang terakhir pula adalah bloglist untuk mereka yang selalu Sha kunjung ataupun yang ada bubuh Sha dalam bloglist mereka.. Sila maklumkan Sha kalau ada bubuh Sha dalam bloglist awak tapi Sha tak bubuh awak dalam bloglist Sha.. Nanti Sha update.. Terima kasih..

Thursday, January 3, 2019

Koleksi Buku Januari 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermulalah pembelian dan pengumpulan buku oleh Sha.. Untuk permulaan ini, Sha beli terus dengan penulis.. Penulis bernama Aida Adia.. Boleh dikatakan, kebanyakkan buku beliau ada Sha miliki.. Bila beli dengan penulis ini, dapatlah Sha tandatangan dan cenderahati.. Tu yang seronok beli dengan penulis.. Nilai tambah yang boleh dijadikan kenangan..

Puaka Jambatan oleh Aida Anggerik, Siti Solehah, Pn Fakarina
Puaka Media Sosial oleh Cikpuan Fifi, Siti Solehah, Aida Anggerik
Projek Seram Toys oleh S. Kausari, Aida Adia, Jessy Mojuru

Top Commentators 2018 di Blog Siti Yang Menaip

Assalamualaikum..
Hye semua.

Alhamdulillah.. Rezeki tahun baru.. Terima kasih pada Siti sebab maklumkan akak.. Terima kasih juga untuk pemberian istimewa ini.. Semoga Allah murahkan rezeki Siti.. Aamiin.. Jom terjah blog Siti.. Banyak tips menarik untuk travel di blog Siti yang boleh dibuat panduan.. Rugi tak terjah tau..

Komen dari Siti untuk Sha..

Nama Sha di no 2 itu.. Alhamdulillah..

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah joint 

TEMPOH PENYERTAAN: 2 Januari hingga 31 Januari 2019

Suamiku Paling Sweet oleh Anjell

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kenalah tajuk dengan isinya.. Watak Izz tu sweet habis.. Yang beku pun boleh cair.. Cuma cara berkahwin je tak betul.. Patutnya penjelasan diberikan.. Barulah Qisya yang memang tak matang tu buat perangai tak semenggah.. Rahsia ini simpanlah macam mana pun, mesti akan terbongkar juga.. Konflik yang mengganggu perkahwinan Izz dan juga Qisha selain perempuan bernama Maya.. Memang ada masanya boleh geram juga dengan perangai nakal tak cukup sifat si Qisya dan gelak-gelak bila baca bahagian yang sweet antara Izz dan Qisya..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)

Wednesday, January 2, 2019

Hari Pertama Persekolahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru berkesempatan nak menulis mengenai hari pertama persekolahan Amani dan juga Imani.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada drama di pagi hari oleh Imani.. Amani tak ada masalah.. Selain drama yang dicetuskan Imani, berlaku peristiwa yang tak dijangka.. Stoking hitam tak muat.. Wargh.. Memang tak bagus betul produk Sakan ini.. Stokingnya ketat dan tidak meregang.. Imani pun tak boleh nak pakai stoking kakak Amani.. Maknanya memang stoking tu bermasalah.. Rugi sangat.. Beli 6 pasang seorang pula tu.. Memang tak ada rezekilah nampaknya.. Jenama Cemerlang pun nipis.. Tak tebal macam stoking putih sebelum ini..

Lupakan pasal stoking.. Sambung cerita sekolah Amani dan Imani.. Sekolah pagi tak ada masalah.. Cuma Sha ambil cuti untuk pastikan rutin tahun lepas berjalan lancar.. Amani dan Imani naik van yang betul.. Sebelah petang pula masa Sha sampai rumah pengasuh, Amani dan Imani dah pun siap untuk sekolah agama.. Disebabkan Imani dah biasa sekolah, jadinya tak adalah drama nangis-nangis di sekolah agama.. Siap lambai-lambai lagi masa mak nak balik.. 

Petang habis sekolah, terus bawa Amani dan Imani pergi cari stoking baru.. Kepenatan mereka berdua menunggu untuk sampai ke rumah.. Alhamdulillah, selesai hari pertama.. 

Drama 02 Januari 2019..


Misi Hero oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sukses untuk buku kedua.. Kali ini novel remaja dari Hilal Asyraf.. Kalau dah baca Hero, Insya Allah akan faham buku Misi Hero ini.. Tapi kalau tak bacapun tak ada masalah untuk memahaminya..
Buku ini memang sesuai untuk bacaan remaja.. Mengajar anak remaja kita untuk mendekatkan diri dengan Allah.. Menghayati ajaran Islam yang sebenar..

Kisah Akmal yang menjadi anak yatim piatu dan ditempatkan di Kompleks untuk anak-anak yatim.. Malangnya Akmal tak bahagia.. Akmal dibuli dan dihina kawan-kawannya hingga menyebabkan Akmal kemalangan.. Namun selepas kemalangan, Akmal berubah menjadi kuat, berani dan pandai.. Akmal mula riak dan sombong.. Namun guru dan abang senior menasihati Akmal dengan lemah lembut.. Adakah Akmal akan berubah? Memang menarik..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2019..


(ebook - PNM e-Reader)

2019 Reading Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..



Permulaan tahun baru.. Jom kita sahut cabaran membaca.. Tahun ini Sha naikkan sikit je sasaran.. Tak nak letak tinggi sangat.. Risau tak sempat nak kejar.. hehehe.. Lagipun ini sekadar sasaran je.. Kalau baca lebih pun bagus je.. Kalau nak letak sikit dulu pun tak apa.. Dah capai, tambah lagi sasaran.. Tak ada masalah.. Kita punya.. Bukan orang lain punya..

Sasarannya 230 buah buku.. Naik sikit je dari tahun lepas..

Semalam dah berjaya baca dua buah buku..

Tuesday, January 1, 2019

Pinjam Sayap oleh Penulis Sepi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama untuk tahun 2019.. Buku pilihan Sha yang pertama untuk permulaan tahun 2019 ini agak menyentuh dan memberi pengajaran.. Buku ini dibahagikan kepada Fragmen 1 yang mana menceritakan Tragedi Roha, Mahadi dan juga Wan Syamil.. Fragmen kedua pula mengenai kehidupan Wan Jamilah yang dibantu Mas Khairani.. Fragmen ketiga pula menamatkan semua kemelut yang berlaku..

Novel yang memberi pengajaran bahawa cinta bukanlah segala-galanya.. Soal hukum agama jangan dibuat main.. Kerana terlalu hanyut dengan cinta Mahadi, Roha terbabas.. Kemudian Mahadi hilang ataupun lebih tepat Roha tersalah tafsir.. Kesilapan yang dilakukan Roha dna Mahadi terpaksa pula ditanggung Wan Jamilah, anak mereka.. Anak yang tidak bersalah.. Kerana nafsu Wan Syamil, Wan Jamilah teraniaya.. Kemunculan Mas Khairani dalam hidup Roha, banyak membantu Wan Jamilah meneruskan hidup dan membuang rasa takutnya pada Lelaki.. Mujurlah dihujung cerita yang bersalah dihukum dan yang terpisah bertemu dan bersatu kembali..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)

2019 Planner Cats & Garden Edition

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sha beli soft copy 2019 Planner Cats & Garden Edition | Pay As You Like (Bayar Seikhlas Hati) dengan Facebook Conteng Conteng.. Kalau berminat boleh klik SINI.. Sha beli sebab Sha boleh cetak mengikut saiz yang Sha suka, lepastu nak cetak berapa banyak pun Sha tentukan sendiri.. Itu yang buat Sha tertarik nak beli.. Macam Reading list, bolehlah Sha cetak untuk 12 bulan terus dan rekod apa yang Sha dah baca.. Cetak ikut kehendak hati gitu.. 

Sha dah cari dekat kedai Planner macam ini tapi tak ada yang cantik dan comel serta praktikal nak dibawa dalam beg tangan.. Kalau ada pun terlalu simple sangat isinya.. Lagipun bila tengok gambar Planner ini memang comel habis.. Harganya pula, terpulang pada korang nak bayar berapa.. Sebab memang beliau tak letak harga.. Cumanya biarlah berbaloi dengan hasil yang diberi, ye tak..

😺🌷 Printables (format pdf): 2019 Planner Cats & Garden Edition | Pay as YOU like (Bayar seikhlas hati) 🐱🌻

😺 ITEM 🐱
🍃 Title: 2019 Planner: Cats & Garden Edition
🍃 Format: 42 pages | Printables | Digital download | softcopy | pdf format | NOT a book
🍃 Price: Pay as you like (bayar seikhlas hati. Tiada harga ditetapkan). 50% of sale will go to charity

😺 SAYA NAK! 🐱
1. Masukkan bayaran seikhlas hati ke akaun CIMB: 7010158720 (FADHLI HAMDAN)
2. Whatsapp bukti pembayaran ke 01136487717
3. Anda akan terima fail-fail pdf tersebut..

Ini Sha punya.. Yang kecik tu nak bubuh dalam handbag.. Senang nak catat..

My Year 2018 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. 2018 telah melabuhkan tirainya semalam.. 2018 yang memberikan pelbagai kenangan dan pengajaran.. Untuk buku, 2018 merupakan tahun yang cemerlang buat Sha.. cemerlang dari segi pembelian buku dan juga pembacaan buku.. Buku yang berjaya Sha baca berjumlah 251 buah.. Melebihi sasaran yang Sha tetapkan.. Semuanya dengan bantuan Aplikasi PNM e-Reader.. Ye.. Selain membaca buku fizikal, Sha juga membaca buku digital.. Kadang-kadang terlupa nak membawa buku dalam beg tangan, jadinya bacalah menggunakan aplikasi PNM e-Reader.. Sebab untuk telefon pintar tertinggal adalah sangat mustahil.. kikiki.. Jom tengok tahun 2018 Sha dengan buku..

Ini adalah pengembaraan Sha bersama buku..

 Sha berjaya baca 251 buah buku dengan jumlah muka surat sebanyak 75,468 helai..

 Buku paling nipis Sha baca memiliki 16 helai muka surat dan yang paling panjang pula memiliki 1156 muka surat..

 Buku paling popular yang Sha baca bertajuk Frankenstein by Mary Wollstonecraft Shelly tapi versi Bahasa Melayu dan yang tak popular langsung bertajuk Komik Sains Survival 05: Terkandas di Himalaya..

 Buku ini merupakan buku yang pertama diberi review dan 5 bintang oleh Sha.. 

 Untuk review penuh bagi buku pertama yang Sha baca dalam tahun 2018 boleh ke klik SINI..

 Ini pula buku terakhir yang Sha baca untuk tahun 2018.. Boleh klik SINI untuk review yang panjang..


Untuk Tahun-tahun sebelum ini:
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com