Tuesday, November 2, 2021

Ice Cream | 100Plus Hydration Bar: Original

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa da terbeli.. hahaha.. Masa pergi beli barang dapur ternampak kotak ini, terus Sha capai 1.. Encik suami pun berminat.. hehehe.. Aiskrim rupanya.. Rasa sitrus katanya.. Sedap.. Rasa air 100 tapi versi lebih pekat gitu.. Hehehe..

RM8.90

Ada 4 tubes..

Monday, November 1, 2021

Komik Infografik | SEAM: Malaysia Mesti Menang! Covid-19 Kita Semua Hero oleh Panel Penulis Ana Muslim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang sangat menarik.. Himpunan komik pendek yang menyampaikan tentang Covid 19.. Terdapat juga petikan artikel suratkhabar bagi tajuk penceritaan diletakkan dibahagian bawah komik.. Pendekatan yang bagus pada Sha.. Walaupun peristiwa yang dikongsikan adalah dari tahun 2020 namun masih relevan.. Satu memori yang akan sentiasa menjadi kenangan.. 

Komik ini di panggil komik infografik kerana terdapat info yang dikongsikan dalam bentuk grafik seperti gambar yang Sha kongsikan dibawah..




Sha baca dan selesai pada 01.11.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published August 2020 by Ana Muslim Sdn Bhd

Novel | Mantera Papan Puja oleh Nida Zahar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan 7 cerpen seram yang menarik dibaca iaitu: 
1. Saka Wan Laila
2. Pusaka Cincin Zamrud
3. Gong
4. Mantera Papan Puja 
5. Burung Hantu
6. Anak Buluh Betung
7. Ulek Mayang

Cerpen yang paling menarik pada Sha ialah Burung Hantu dan Ulek Mayang.. Memang misteri dan terasa keseramannya.. Naskah yang menarik dibaca..

Apa yang menarik, setiap cerpen diakhiri dengan info tentang perkara yang khurafat, kepercayaan masayarakat melayu dan pandangan dari sudut agama.. Ini antara perkara yang Sha bagus untuk pengetahuan bersama..

Sha baca dan selesai pada 01.11.2021

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2019 by Buku Puris

Nestle Ice Cream Milo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim milo dari Nestle ini memang sedap... Selain ada drizzle coklat dibahagian luar, terdapat ketulan kecil milo dekat aiskrim dia.. Memang puas dan mewah dimakan.. Sedap dan lazat.. hehehe.. Harga pun masih lagi berbaloi.. Bawah RM2 harganya.. 

RM1.80

Aiskrim milo yang ohsem..

Sunday, October 31, 2021

Goodreads | Bacaan Oktober 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Ke laut dalam nampaknya aktiviti membaca Sha.. Hahaha.. Terlalu asyik menonton filem dan drama.. hehehe.. Namun masih cuba membaca dan bulan ini berjaya baca 5 buah buku fizikal dan 5 ebook.. Jom lah tengok apa yang Sha baca bulan ni..


Komik | Mission 5 Daily Solat #1: Imran's Solat Diary by Nazry Salam, Nazrul Ali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah komik doodle yang berinformasi, menarik kerana berwarna warninserta menggunakan bahasa Inggeris yang mudah difahami.. Perkongsian penulis mengenai solat dengan cara kreatif begini mampu menarik minat pembaca untuk membaca dan menghayati ilmu yang disampaikan..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2021..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia
Published 2019 by PTS Publications



Edisi Lokal: Nescafe Pandan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Serius sedap.. Bau pandan yang memikat dan yang paling penting tak manis.. sedang elok je rasa dia.. Tapi tu lah, susah sangat mencarinya.. Ini pun kawan pejabat Sha bagi.. Dia jumpa dekat Shell di area Kuala Lumpur.. Dibelikan satu untuk Sha.. Dekat area tempat Sha ini memang tak berjumpa pun.. Jenuh keluar masuk Petronas dan 7Eleven.. Hehehe.. 

RM2.10

Saturday, October 30, 2021

Komik | Skuad Super: Hero Atlantis oleh Bophairy, Danial Haikal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik super hero yang menarik untuk dibaca.. Kisah 3 orang pelajar yang tanpa sengaja terjumpa dengan artifak yang memberikan kuasa luar biasa kepada mereka.. Kerana artifak itu mereka diburu penjahat.. Komik ini bersambung sebab 3 pelajar ini perlu mencari jalan untuk menyerahkan artifak itu kepada pihak berkuasa..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2021

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia
Published 2018 by KOMIKAW PLT

Filem US | Remains (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem zombie pula.. Hehehe.. Kali ini manusia bertukar menjadi zombie disebakan letupan senjata nuklear.. Menariknya bila zombie dia tidur pada waktu malam.. hahaha.. Zombie pun tidur tau.. Tapi akan terjaga bila ada bunyi bising.. Ganas tu standardlah.. Manusia yang pentingkan diri pun biasanya akan ada masa kejadian apokalips macam ini.. Cumanya ending dia sedikit menarik sebab perempuan yang bertukar jadi zombie tu macam ada kesedaran manusia.. Gitu..

Remains
2011 ‧ Horror/Action ‧ 1h 28m
After a freak accident the world's population turns into flesh eating zombies and a small group of survivors dice with death in an abandoned casino.

29/10/2021 | Imani Jatuh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Budak kecik ini buat hal malam tadi.. Main tak ingat dunia sampai tertumuih.. Menangis kesakitan.. Panik kejaplah emaknya.. Bila dia mengadu sakit dekat bahagian pergelangan tangan kiri tu dan Sha tengok bengkak, teruslah bawa pergi kecemasan.. Sebelum tu encik suami dah suruh dia pusing dan gerakkan tangan dia.. Nampak macam okay.. Tapi emak risau, bawa jugalah ke kecemasan.. Mujurlah tak ramai orang.. Doktor cadangkan untuk X-Ray.. Alhamdulillah tak ada apa yang patah.. Lega rasanya.. Mujurlah ayahnya ada.. 

11.05 malam (29.10.2021) check in MySejahtera Hospital.. Sampai rumah 12.40 pagi (30.10.2021).. Mujurlah tak ramai orang di hospital..

Tunggu giliran untuk di X-Ray.. Dia je masuk bilik X-Ray tu.. Kemain ramahlah lagi bersembang dengan juru X-Ray tu..

Menunggu dipanggil untuk mengambil ubat.. Sabar jelah..

Massimo Burrosa Tiramisu & Red Velvet Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga jumpa dua lagi kek dari siri Burrosa ini.. hehehe.. Sama je macam sebelum ini.. Kek tanpa krim.. Kalau tengok dekat pembungkusan tu macam ada krim.. Hehehe.. Keknya sedap dan tak kering sangat.. Ada lembap-lembap sikit..


Ini Red velvet.. Okaylah sedap je.. Nak lagi best makan kek ini dan minum kopi.. kikikiki..

Ini pula tiramisu.. Yang ini best sebab ada rasa dan bau kopi.. Kesukaan Sha kan..

Friday, October 29, 2021

Komik | Mission 5 Daily Solat #2: Imran's Du'a Diary by Nazry Salam, Nazrul Ali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambil katalog buku sambil membaca.. kikiki.. Kali ini Sha baca komik dari Nazry Salam.. Komik ini lebih seronok dan mengujakan sebab ada doodle dan berwarna.. Walaupun dalam bahasa Inggeris namun bahasa yang digunakan mudah difahami.. Ini buku kedua.. Mengisahkan tentang Imran yang takutkan Bob kerana badannya besar dan selalu membuli pelajar lain.. Bila nenek Imran datang melawat, Imran ceritakan tentang masalah dia.. Nenek Imran suruh Imran berdoa.. namun doa Imran tidak dimakbulkan.. Bila nenek tanya Imran pun sebutkan doa yang Imran bacakan.. nenek menerangkan yang kita tak boleh berdoa perkara tak elok sebaliknya doa kita haruslah benda yang baik-baik sahaja..

Selain tu penulis juga turut berkongsi mengenai doa harian, waktu bila elok berdoa dan beberapa perkara lagi mengenai doa.. Memang komik yang bagus..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2020 by PTS Publications

Best baca bila ada doodle dan berwarna warni..

10 waktu paling baik untuk berdoa..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com