Thursday, November 4, 2021

Filem US/Germany | Army of Thieves (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini kira kejadian sebelum rompakan di Vegas bila diorang kena berdepan dengan zombie.. Untuk filem ini Ludwig Dieter/Sebastian melalui kehidupan yang membosankan sampailah didatangi Gwendoline.. Gwendoline mengajak Sebastian untuk sertai kumpulan beliau dan rompak peti besi yang direka oleh Hans Wagner.. sebastian ini tak pernah lagilah buat perkara-perkara macam ini tapi disebabkan teruja dia joint kumpulan Gwendoline ini.. Namun pada rompakan kedua, sebastian ditinggalkan oleh Brad dengan sengaja sebab cemburu.. Gwendoline dan Korina kembali mencari sebastian dan meneruskan misi mereka untuk merompak peti besi ketiga.. Pada akhirnya Gwendoline korbankan dirinya untuk ditangkap dengan syarat Sebastian dibebaskan.. Pada penghujung cerita dikongsikan babak Scott Ward dan Maria Cruz mengajak Sebastian untuk membuka peti besi terakhir Hans Wagner yang dikatakan hilang.. Ini membawa mereka kepada filem Army of the Dead.. 

Army of Thieves
2021 ‧ Thriller ‧ 2h 7m
In this prequel to "Army of the Dead," a mysterious woman recruits bank teller Dieter to assist in a heist of impossible-to-crack safes across Europe.

Kintry Macadamia Cookies with White Choc Chips

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ini sebab teringin nak rasa.. Biskut dia just nice.. Tak terlalu manis dan okaylah.. Ada ketulan kacang macadamia.. Pek ini sekali makan je.. Kecil dan comel.. snenag nak dibawa ke mana-mana.. hehehe.. 

RM4.84 (35g)
Cookies yang penuh dengan kelazatan mentega bersama kacang macadamia berserta potongan coklat putih.

Isi dalam dia.. hehehe.. Berbaloilah dengan harga..

Wednesday, November 3, 2021

Drama Korea | Moebius: The Veil (2021)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini 2 episod je.. Sebelum drama The Veil kalau ikut alur ceritanya.. Kira okaylah sebab Sha tak tengok lagi The Veil tu, terus tengok yang ini sebab 2 episod.. kikiki..

Dramanya agak beremosi jugalah.. Kisah agent yang dinafikan haknya untuk kembali ke negara asal bertahun-tahun.. Kemudian bila operasi dilakukan agent tu tak dipedulikan pun sebaliknya team dia sebok nak tangkap penjahat.. Memang kejamlah pada Sha.. Dua episod tapi sangat beremosi.. Ada yang berpaling tadah sebab tak tahan dengan layanan.. Agent tu manusia kan..

Drama: Moebius: The Veil
Also Known As: Moebius: Black Sun , Moebiuseu: Geomeun Taeyang
Genres: Action, Thriller, Mystery, Crime
Country: South Korea
Episodes: 2
Aired: Oct 29, 2021 - Oct 30, 2021
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: MBC
Duration: 55 min.
The story of when Agent Seo Soo Yeon, who returns from China, gets involved in a dangerous deal with Agent Jang Chun Woo.
(Source: Korean = Naver || Translated= MyDramaList)

Komik | Fruto Kingdom: Misi Srikandi Sahara oleh Syuhada Safian, Hasse'

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini merupakan komik bersiri namun masih boleh difahami walaupun tak baca siri yang sebelum ini.. Untuk siri yang ini, geng fruto telah tersadai di Wilayah Selatan dan mendapati penduduknya berada di dalam keadaan pelik.. Mereka bergembira dan tidur sepanjang masa tanpa mempedulikan kebun mereka.. Geng Fruto mula menyiasat dan mendapati ada yang berpura-pura baik demi menjahanamkan wilayah selatan.. 

Sha baca dan selesai pada 02.11.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2019 by Ana Muslim Sdn Bhd

Kopi Gantung Viral Perlis, Tanjung Malim.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Mencuba Kopi Gantung Viral Perlis tapi dijual di Tanjung Malim Perak.. Memang sedap.. Pada Sha rasa dia sangat lemak dan tak manis.. Memang sedaplah.. Berbaloi tau bayar RM4 untuk sepeket kopi ini.. Boleh singgah selalu ini.. kikiki..

Cekap akak tu buat..

Posing satu kali.. hehehe..

Kopinya.. RM4 sebungkus.. Sedap.. Kena dengan tekak Sha..

Wordless Wednesday 2021

Tuesday, November 2, 2021

Imani Kembali ke Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam dan hari ini, Imani dah mula bersekolah agama.. Minggu ini hanya tahap 1 sahaja yang akan bersekolah.. Bila tanya Imani, dia kata nak pergi walaupun kakak tak ada.. Maka berusahalah dia membasuh kasut sekolah, mengemas beg pada malam Ahad hari tu.. Semangat tau nak ke sekolah.. hahaha.. 

Hari pertama masa pergi kemain teruja dia tapi bila amik, kemain panjang muncungnya.. Katanya ada kawan ejek-ejek dia.. Mak layankan aje dia meluahkan perasaan.. Ingatkan esoknya dia tak naklah ke sekolah..

Hari ini masa balik tengahari, kemain teruja lagi dia nak ke sekolah.. Siap tanya kenapa mak lambat.. Hahaha.. Adoilah anak.. Siapkan dia, lepas tu hantar.. Masa balik, dah tak ada muncung.. Kemain happy lagi naik kereta.. Katanya ada kawan baru yang comel.. Layan jelah.. Lega tengok dia gembira..

Teruja nak ke sekolah..

Buku | Cerita Abang Kadi oleh Imran Burhanuddin

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada  pelbagai kisah menarik yang dikongsikan dalam buku ini.. Bermacam ragam orang yang ingin berkahwin, bercerai, rujuk dan berpoligami.. Ada yang setia hingga ke hujung nyawa.. Ada yang kembali rujuk setelah berpisah kerana masih memerlukan antara satu sama lain.. Ada yang kelakar, sedih dan juga memberikan pengajaran.. Memang berbaloilah baca.. Ada juga penulis selitkan nota dihujung buku..

Sha baca dan selesai pada 01.11.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published May 2019 by Komrad Buku

Ice Cream | 100Plus Hydration Bar: Original

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa da terbeli.. hahaha.. Masa pergi beli barang dapur ternampak kotak ini, terus Sha capai 1.. Encik suami pun berminat.. hehehe.. Aiskrim rupanya.. Rasa sitrus katanya.. Sedap.. Rasa air 100 tapi versi lebih pekat gitu.. Hehehe..

RM8.90

Ada 4 tubes..

Monday, November 1, 2021

Komik Infografik | SEAM: Malaysia Mesti Menang! Covid-19 Kita Semua Hero oleh Panel Penulis Ana Muslim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang sangat menarik.. Himpunan komik pendek yang menyampaikan tentang Covid 19.. Terdapat juga petikan artikel suratkhabar bagi tajuk penceritaan diletakkan dibahagian bawah komik.. Pendekatan yang bagus pada Sha.. Walaupun peristiwa yang dikongsikan adalah dari tahun 2020 namun masih relevan.. Satu memori yang akan sentiasa menjadi kenangan.. 

Komik ini di panggil komik infografik kerana terdapat info yang dikongsikan dalam bentuk grafik seperti gambar yang Sha kongsikan dibawah..




Sha baca dan selesai pada 01.11.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published August 2020 by Ana Muslim Sdn Bhd

Novel | Mantera Papan Puja oleh Nida Zahar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan 7 cerpen seram yang menarik dibaca iaitu: 
1. Saka Wan Laila
2. Pusaka Cincin Zamrud
3. Gong
4. Mantera Papan Puja 
5. Burung Hantu
6. Anak Buluh Betung
7. Ulek Mayang

Cerpen yang paling menarik pada Sha ialah Burung Hantu dan Ulek Mayang.. Memang misteri dan terasa keseramannya.. Naskah yang menarik dibaca..

Apa yang menarik, setiap cerpen diakhiri dengan info tentang perkara yang khurafat, kepercayaan masayarakat melayu dan pandangan dari sudut agama.. Ini antara perkara yang Sha bagus untuk pengetahuan bersama..

Sha baca dan selesai pada 01.11.2021

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2019 by Buku Puris

Nestle Ice Cream Milo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim milo dari Nestle ini memang sedap... Selain ada drizzle coklat dibahagian luar, terdapat ketulan kecil milo dekat aiskrim dia.. Memang puas dan mewah dimakan.. Sedap dan lazat.. hehehe.. Harga pun masih lagi berbaloi.. Bawah RM2 harganya.. 

RM1.80

Aiskrim milo yang ohsem..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com