Monday, November 8, 2021

Giveaway Ombak Bergigi Dot Com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sertai Giveaway ohsem oleh Ombak Bergigi ini.. Klik sini Giveaway Ombak Bergigi Dot Com..

Giveaway akan berlangsung selama 1 bulan bermula 2 November sehingga 2 December 2021. 

Cadbury 5 Star

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bercoklat Cadbury lagi kita.. Sha beli sebab ada perkataan FREE 2 tu.. hahaha.. 2 pun berbaloi tau.. Coklat ni sedap juga rupanya.. Sedap sebab pek kecil dan mudah nak makan serta nak dibawa ke mana-mana.. Coklat cadbury yang ada caramel dan biskut di bahagian dalamnya.. Tak adalah manis melampau tapi masih agak manis sebab ada caramel kan.. Bila kunyah dia tak keras.. Macam naugat pun ada.. 

Beli di 99 Speedmart.. 1 pek ini ada 10+2 dan harganya RM9.50..

12pcs yang ohsem..

Sunday, November 7, 2021

Laksa Pak Ngah, Kuala Kangsar, Perak

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam, Sha bawa MIL jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar.. Singgah makan laksa dekat kedai ini.. Encik suami yang jumpa.. Menariknya sebab ada laksa goreng.. Mereka guna laksa beras.. Lain tau rasa dia.. Lebih kenyal dan mengenyangkan.. Sha tak pasti harga sepinggan berapa tapi keseluruhannya Sha bayar RM34 untuk:
1. Laksa goreng special - 1 mangkuk
2. Laksa goreng banjir - 1 mangkuk
3. Laksa special - 1 mangkuk
4. Teh o panas - 2 cawan
5. Air sirap - 1 cawan
6. Teh o ais limau - 1 cawan
7. Air batu campur special - 1 mangkuk

Kedai dia belakang sekolah..

Laksa goreng special.. Menariklah rasa dia..

Laksa goreng banjir.. Yang ini pun unik juga rasa dia.. 

Laksa special.. Ada telur dadar, fish cake dan fish ball.. Kuah dia memang sedap..

ebook | Juliette & Ejen Rafael oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah ebook yang ohsem.. Siri Opal Special dari penulis..

Ebook ini pasa Juliette  yang kerjanya membunuh & Ejen Rafael dari OPAL.. Juliette memang nak blah dan tinggalkan Brady, dia dah tak nak jadi pembunuh upahan dan kes terakhir yang diberikan Brady membuatkan Juliette jadi lagi nekad untuk tinggalkan Brady.. Namun Brady tak nak lepaskan Juliette, dihantarnya Hugo untuk bawa Julitte balik.. Dalam masa yang sama, OPAL hantar Ejen Rafael untuk menangkap Juliette.. Kerana Brady, banyak nyawa yang terkorba.. Ini membuatkan Ejen Rafael berkerjasama dengan Juliette untuk memberkas Brady.. Saat akhir, Ejen Rafael lepaskan Juliette..

Sha baca dan selesai pada 05.11.2021..

Sha baca secara online di Google drive.. Ini adalah perkongsian percuma dari penulis..
Published 2021 by Lawa Lingo Publication

Impian Tercapai

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga memenuhi keinginan untuk makan King Crab dan beberapa makanan laut yang lain.. Mengumpul dari awal tahun bawa ke bulan ini.. Sha buat pesanan di Speed Frozen Mart, Kampar.. Dekat dengan kami dan harga pun masih dalam budget.. Ini semua pengaruh rancangan makan-makan dan masak-masak dari Korea.. hahaha.. Lama dah aim nak cuba King Crab tu.. Bila tahu harga, mulalah menabung.. Sebab ketam tu mahal, lepasbtu campur makanan laut lain lagi.. Kenalah menabung, baru boleh merasa.. hehehe..

Sha ambil makanan laut ini pada 26.10.2921.. Ada Ketam raja, Tiram, Scalop dan Salmon.. Packing elok dalam bekas ais..

Scalop with cheese..

Selepas di Air frayer kan.. Sedap dan manis.. Rasa dia macam makan pizza..

Inilah dia King Crab yang di idam-idamkan.. hehehe.. Besar juga..

Bahagian belakang..
Ketam ni bila dah masak, rasanya kenyal.. Memang puas makan sebab isinya penuh.. Sha ikut cara memasak yang diberikan penjual.. Memang bestlah makan.. Sha ratah macam tu je.. Tak pandai nak buat masakan lain.. hehehe..

PERHATIAN & PERINGATAN
Nak rasa KING CRAB original boleh steam sekali dengan garam/perisa, serai, daun limau purut dan halia, untuk hilangkan bau hanyir. Sebelum masak, biar king crab cair dulu (jangan rendam dalam air), dan masak dalam 8-12minit sahaja. Jangan masak terlalu lama, untuk elakkan isinya kecut.

Lobster yang dah dikukus bersama 2 ketul tiram.. Rasa macam makan udang.. Cuma isinya lebih kenyal dan banyak.. Dekat bahagian sepit-sepit tu pun ada isi.. Tiram tu pun not bad rasa dia bila dikukus macam tu je..

4 lagi Sha bubuh Mozarella cheese, mentega dan bawang putih lepas tu masuk dalam air fryer.. 

Sedap juga bila masak macam ni.. Rasa dia lain sikitlah dari kukus cam tu je..

Ikan Salmon tu Sha bakar dalam air fryer je.. Sha bubuh garam, lada hitam dan mix herba je.. Sedap dan berbaloi sangat.. Paling best sebab tak ada tulang.. Memang sangat berbaloi.. 1kg dapat 5 potong ikan salmon tanpa tulang.. 2 potong ini pun cukup untuk 4 orang makan..

Saturday, November 6, 2021

Filem US | Night at the Eagle Inn (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Ending dia... Filem ini pasal dua beradik kembar yang cuba menyiasat kehilangan ayah diorang di sebuah motel.. Diorang menginap di motel tersebut.. Namun tanpa mereka duga, bukan mudah menghadapi apa yang ada di motel tersebut.. Mereka harus keluar dari motel itu sebelum mereka pula terperangkap di situ.. Memang seram, mendebarkan dan penjahatnya walaupun boleh diteka namun ending dia tak diduga.. huhuhu.. 

Night at the Eagle Inn
2021
1h 10min
Genres: Horror, Mystery, Thriller
Fraternal twins spend a hellish night at the remote inn their father disappeared from the night they were born.

Kintry Pandan Gula Melaka Granola

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha cuba Granola dari jenama Kintry pula.. Pek kecil dan comel.. Sekali makan je ni.. Memang mudahlah kalau nak letak dekat pejabat sebagai sarapan ataupun makan tengahari.. Kenyang tau makan granola ini.. Sha siapkan juga susu pek kecil..

RM4.84 (60g)
Ramuan: Gandum gulung, garam laut, badam, US kranberi, kepingan kelapa, biji chia organik, gula, melaka, minyak kelapa dara, daun pandan.

Campuran ini mengandungi gandum, badam, biji chia dan kepingan kelapa. Kranberi nya dibungkus secara berasingan untuk memastikan granola kekal rangup. 

Sha makan dengan susu.. Sedap rasa dia.. Tak manis sangat.. Boleh juga makan dengan yogurt atau aiskrim..

Motor Kipas Penghawa Dingin Kuda Merah Meragam

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah dia keluarkan bunyi pelik cuma tak pasti dari mana bunyinya.. Setiap kali hidupkan enjin dan on aircond je mesti ada bunyi.. Kadang waktu pagi, kadang waktu malam.. Ingatkan punca dia minyak hitam, sebab lepas ganti minyak hitam dia dah tak bunyi.. Tak lama lepas tu bunyi juga lagi.. Kebetulan ada rakan encik suami berhentikan kereta masa dia bunyi, rakan tu lah yang bagi tahu.. Motor dekat kipas ini bermasalah.. Maka encik suami pun carilah di Shopee alat gantinya untuk ditukar.. Kalau hantar kedai termasuk upah dalam RM150 ke RM170 jugalah termasuk upah.. Buat sendiri keluar modal alat ganti je..

Lupa pula Sha nak rekod bunyi tu..

Inilah dia alat yang diganti..

Ganti ini seketul baru tak ada bunyi..

Denso Radiator Fan Motor 168000-1060 for Proton Saga BLM FLX Gen2 Persona Satria Neo (Manual) - RM85 + postage RM4.60(diskaun RM2 jadi Sha bayar postage RM2.60 je)

Friday, November 5, 2021

Filem Korea | Hwayi: A Monster Boy (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah kisah yang menyayat hati dan menyedihkan.. Seorang budak yang diculik dan kemudiannya dibesarkan oleh penculik yang menculik beliau.. Hwa Yi cuba dijadikan penjahat juga oleh 5 penculik yang membesarkan beliau.. Walaupun Hwa Yi agak tak berani dalam melakukan pembunuhan namun semuanya berubah bila Hwa Yi dikehendaki masuk ke sebuah rumah.. Rumah tu akhirnya membongkar rahsia siapa sebenarnya Hwa Yi, maka bermulalah misi membalas dendam Hwa Yi terhadap manusia-manusia yang merosakkan kehidupan beliau..

Movie: Hwayi: A Monster Boy
Also Known As: Gwimureul Samkin Ai , Hwayi: Gwimuleul Samkin Ai
Director: Jang Joon Hwan
Screenwriter: Park Joo Seok
Genres: Action, Thriller, Psychological
Country: South Korea
Release Date: Oct 9, 2013
Duration: 2 hr. 5 min.
A 5-member gang, led by Seok Tae, kidnaps a baby boy named Hwa Yi and raises the baby like their own son. The baby boy is now 17 years old and has turned into a lethal killer. Taking part in his father's gang, Hwa Yi learns about his own past. Hwa Yi pulls out his gun to find out who he really is.
(Source: AsianWiki) 

Dine In di KFC

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam tengahari bawa anak-anak pula dine in di KFC.. Mujurlah tak ramai orang.. Kalau ramai memang Sha cancel.. hehehe.. Kita elakkan tempat yang sesak.. Lama dah tak dine in di luar kan.. Kebetulan ada rezeki lebih, kita bawalah tempat kesukaan anak-anak.. KFC di hati.. hehehe..

Kakak memang kesukaan dia nasi ayam KFC dan cheezy wedges.. Adik pula suka Cheezy Bowl dan fries KFC..

3-pc Black Sesame Balls - RM4.20

Sha pula cuba menu baru dari KFC ini.. Okaylah.. Tak manis dan macam makan mochi versi goreng.. hehehe.

ebook | Bloodlust oleh Naurah Hazwany

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook pertama untuk bulan November.. Sha dapat ebook ini secara percuma dari penulis.. ebook yang ringkas namun jalan ceritanya menarik.. Kisah Draki yang gilakan darah dan berkenalan dengan Alin bila Alin berpindah di sebelah rumah Draki.. Perkenalan yang membawa kepada hubungan yang lebih serius dan pembongkaran perangai Draki.. Namun kerana satu kejadian hitam, akhirnya terbongkar tujuan sebenar Alin mendekati Draki.. Nice..

Sha baca dan selesai pada 02.11.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books.. ebook ini diberikan percuma oleh penulis..
Published October 31st 2021 by Studio Fictionist

Thursday, November 4, 2021

Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sajalah keluar makan tengahari dengan rakan pejabat.. Kebetulan pejabat kosong dan tak ada orang.. Maka berjumba-jumbalah kami.. Bestnya sebab makan di Secret Recepi.. Kami buat tempahan meja dan pesan makanan siap-siap.. Jadinya bila kami sampai, terus staf SR hidangkan makanan.. Jadinya tak adalah ambil masa yang lama..

Jom ke SR.. Kami berlima je yang kerja..
3 orang staf dan 2 pelajar praktikal..

Makanan semua dah sampai.. Kita bergambar dulu..

Sha dan sorang lagi rakan pesan Hainanese Chicken Chop.. Okaylah rasa dia.. 

Rakan sekerja yang sorang lagi order Secret Resepi Fried Rice with Satay.. Nasi gireng ini ada lada hitam.. Sedap..

Ini menu pilihan pelajar praktikal.. Lupa pula namanya apa.. hehehe..

Yang ini pun menu pelajar praktikal TomYum Noodle.. Pakej sekali dengan kek..

Rakan sekerja Sha order Shijuku Nutella with aiskrim.. sedap.. Berbaloilah bayar RM11.90

4 orang order air Limau asamboi ni..

Sorang lagi order bandung selasih.. Sedap air ni.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com