Tuesday, October 20, 2015

Padam Padam... The Sound of His and Her Heartbeats

Ke korea kita..
Drama nie drama lama..
Sha tengok sebab ada Kim Bum..
Walaupun Kim Bum dalam cerita ini sangat x handsome..
Cerita ini tahun 2011.. Ada 20 episod tau..

Cerita nie menarik la juga sebab watak lelaki tu innocent sangat..
Pastu cam bodoh-bodoh alang..

Cerita yang sangat menarik..
Menanggung hukuman atas kesalahan orang lain.. Bila bergelar bekas banduan, orang akan sering memandang serong. Walaupun dihukum bukan kerana melakukan kesalahan tapi pandangan masyarakat sangat sukar diubah. Berusaha membina kehidupan walaupun sering dipandang rendah kerana bergelar bekas banduan.. Kadang2 kita selalu memandang rendah orang lain hanya kerana orang itu lain dan berbeza.. Bukan senang bekas banduan ingin memulakan hidup, dengan bantuan keluarga dan orang sekeliling barulah mereka mampu meneruskan kehidupan. Kemudian ada watak yang merasakan dia adalah malaikat pelindung. Berusaha melindungi watak utama walaupun bayang maut sering mengejar. Betul ke dia malaikat pelindung atau pun sebenarnya dia malaikat maut? Kenalah tonton sendiri ye.. Jangan lupa menonton..


Sinopsis : A convict named Yang Kang-chil (Jung Woo-sung) serves 16 years in prison for a murder he didn't commit. His innocent nature is protected by his best friend and "guardian angel" Gook-soo (Kim Bum). Prior to his release he experiences a near-death event and only survives thanks to a miracle. Gook-soo explains that Kang-chil will have three near-death miracles and he will only survive them if he learns from the experience.
After his release, Kang-chil becomes a carpenter and falls in love with Jang Ji-na (Han Ji-min) a veterinarian described as a "selfish woman." Despite her selfishness, Ji-na is irrevocably drawn to Kang-chil and falls deeply in love with him. However, things take a turn for the worse when it is revealed that Ji-na's uncle was the victim in Kang-chil's murder case. In order to prove his innocence Kang-chil desperately seeks evidence that will bring the real murderer, Park Chan-gul (Jun-seong Kim), to justice and also save his relationship with Ji-na.

Pirate Coffee Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua.. Semoga ceria dan sihat-sihat belaka..
Kepada penggemar coffee, Pirate Coffee kini di Tanjung Malim..
Lokasi yang lebih tepap, berhadapan BHL Computers di Taman U..
Sha singgah pada hari pertama mereka beroperasi..
Walaupun mereka kelihatan agak kelam kabut, tapi mereka sangat ramah melayan soalan-soalan Sha..
Thumbs up pada mereka.. Mereka ini anak-anak muda yang masih lagi belajar di UPSI..
First time beli, Sha cuba Mocha..
Awesome.. rasa yang sangat mewah..
Rasa cam x nak kongsi dengan sesiapa pun.. hehehe.. Nampak x ketamakkan disitu.. Hehehe..
Seriously sha fall in love with the flavour..
Misi seterusnya ialah mencuba rasa yang lain.. Terutama sekali green tea..

Flavour yang ada di Pirate Coffee Tanjung Malim.

Anak-anak muda yang mengusahakan Pirate Coffee Tanjung Malim

My feveret - Mocha

Misi mencuba Green Tea - Sukses..
Hasil rembatan keesokkan harinya..
Green Tea dan White Coffee..

Monday, October 19, 2015

Review - Jus Orlin Pemikat Hati Suami

Assalamualaikum..
Pada 08.10.2015, sha menerima sample Jus Orlin ni dari Kak Ana (Blog Anajingga).
Sha mula mengamalkannya pada 09.10.2015.
Setiap pagi tanpa gagal, sha pasti akan minum sesudu.
Rasanya yang masam-masam manis amat menepati citarasa tekak Sha.
Kalau mahukan hasilnya kenalah rajin mengamalkannya.
Supaya jujur dalam testimoni ini, hanya selepas mendapat kesan perubahan yang benar-benar terasa pada tubuh badan, barulah sha kongsikan pengalaman Sha disini.

Kesan yang amat ketara, dapat sha rasai ialah dalam menjalinkan hubungan bersama suami. Sha rasa lebih bertenaga dan tidak lagi keletihan. Ternyata ia berkesan pada sha sendiri setelah mengamalkannya selama seminggu lebih. Alhamdulillah..

Jus Orlin yang memang diyakini dapat mengembalikan keremajaan fizikal wanita dari segi dalaman dan luaran kini terbukti pada Sha. Sha rasa lebih bertenaga daripada biasa. Lebih bersemangat.. Sebelum ini sha sering keletihan, ialah tugas yang digalas bukannya sedikit.. Mana nak berkerja.. Kemudian melaksanakan kerja sebagai ibu dan isteri di rumah lagi. Tetapi kini dengan adanya Jus Orlin sha kekal bersemangat dan bertenaga.

Berbaloi juga pada sha sekiranya kita berbelanja lebih demi menambah kebahagian dalam hubungan rumahtangga. Apalah gunaya kalau kecantikan luaran sahaja yang kita fokuskan tetapi hubungan intim dibiarkan terabai tanpa diberikan kemanisan yang sepatutnya. Orang kata biarlah cantik bukan sahaja di luar tetapi turut indah di pandangan suami. Menjaga penampilan yang sempurna sebagai seorang muslimah dan menjaga tempat tidur suami antara amanah yang wajib kita lunaskan sebagai seorang isteri, supaya kebahagiaan akan dapat kita kekalkan hingga ke syurgaNya, In Shaa Allah..




Sha kongsikan kebaikan lain bagi Jus Orlin ini.

Khasiat Jus Orlin Alludra International

Antara khasiat dari Jus Orlin Alludra International khas untuk wanita diluar sana ialah :

TENAGA DALAMAN
Orlin membantu membina semula tenaga dalaman wanita agar sentiasa segar dan cergas sepanjang hari. Wanita bekerjaya semestinya menginginkan tenaga sepanjang hari di tempat kerja dan selepas pulang ke rumah.

PAYUDARA
Usia bukanlah penghalang untuk kaum wanita kelihatan sentiasa cantik dan berseri. Jus botanikal Orlin membantu MENAIKKAN, MENEGANGKAN dan MENGANJALKAN semula aset terpenting wanita iaitu payudara agar anda sentiasa lebih yakin dengan penampilan diri semasa diluar dan dirumah.

HORMON
Masalah hormon sering menjadi pengganggu kepada emosi luaran dan dalaman wanita. Tekanan luaran dan dalaman juga memberi kesan terhadap ketidakstabilan hormon. Jus ORLIN terbukti membantu menstabilkan semula masalah ini untuk kehidupan yang lebih segar dan aman sepanjang masa. 
KULIT
Minuman kesihatan Orlin membantu memberi kesegaran kepada kulit. Produk ini juga membantu mempercepatkan proses pemutihan kulit agar lebih bersinar dan berseri sepanjang hari.Kulit anda pasti kelihatan lebih anjal.

Untuk keterangan lebih lanjut dan banyak lagi testimoni dari pengguna yang telah mendapat manfaat dari Jus Orlin Alludra International boleh ke laman web yang tertera di bawah.

 Lawati :
Atau hubungi terus pengasas produk Puan Arifah, 017-6767 966

Harga 1 botol Orlin ini adalah RM 99.90 ( WM) / RM104.90(EM)
1 botol mengandungi 250ml

Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum..
#Throwback Entry..
Jalan-jalan cari makan..
Terjumpa kedai Mee Tarik nie masa cari House of Nasi Kerabu (HONK).
Nasib baiklah dekat HONK tu xde menu nasi itik.
Oh ya, nie cawangan dekat Sri Gombak ye.
Kebetulan pula husband ngn sha memang dah lama teringin nak makan Chinese Cuisine.
So bila nampak restaurant nie, maka kami pun singgahlah.
Seronok tengok pekerja dia tarik-tarik tepung untuk jadikan mee..
Depan mata tau..
Portion makanan dia banyak. Berbaloi dengan harga.
Jenuhlah nak abiskan.
Rasa mee dia kenyal dan lebih sedap.
Anak sha pun suka. Sup dia sedap hingga membuatkan kita nak hirup jer..
Restaurant yang sha pergi nie merupakan cawangan yang ke tujuh.

Suasana restaurant pun best..
Memang tempat makan pilihan kami. Terbaik.





Pesanan Kami:-
1. Mee Soup with Brased Beef - RM8.00 (Menu Hubby)
2. Mee Soup with Egg - RM6.80 (menu my girls-share berdua nie tupun mak ngn ayah makan sama)
3. Fried Lamen with Beef - RM8.80 (Menu sha-sedap..)

Maklumat lanjut boleh pergi ke FB : Mee Tarik Warsan Asli ataupun Website Mee Tarik Warisan Asli.

#2 Novel Cinta dan Romantik Komedi

Assalamuaikum..
Jom kita membaca.. Jadikanlah sebagai hobi.. Meh saya share beberapa novel cinta dan romantik komedi dengan pembaca semua. Aktiviti membaca ini jarang saya buat. Tapi bila datang angin dia memang x lepas r buku tu selagi x sampai muka surat terakhir..
Seronoknya sebab saya akan dapat berimaginasi.. Membayangkan jalan cerita dalam gambaran di kepala.

1. Korea I'm In Love oleh Zuliana Abuas
Ulasan Saya ; Novel yang sangat menarik. Menceritakan mengenai kesungguhan, semangat tidak berputus asa, ikatan persabatan dan juga kasih sayang pada keluarga. Bagus novel ini dibaca oleh remaja. Tidak berkisarkan mengenai cinta remaja sebaliknya mengambil Korea sebagai medium utama. Kerana K-Pop cabaran bermula. Kerana K-Pop juga semangat menjadi berkobar-kobar. Semoga penulis akan terus berkarya seperti ini. Saya suka sangat.


2. Susyi dan Burger oleh Syima Syawal
Ulasan Saya ; Penceritaan yang sangat bagus.. Novel ini berkisarkan hubungan adik beradik tiri yang berlainan emak dan ayah. Bagaimana mereka menyesuaikan diri. Bertolak ansur. Sesuai sangat dibaca oleh golongan remaja. Simple dan sempoi. (Novel ini sebenarnya novel untuk golongan remaja ye. Tapi nak buat camne kalau mak budak dah bosan.. Gitulah jadinya.. Hehehe..)


3. Cinta Perisa Dia oleh Lynn Dayana
Ulasan Saya ; Novel yang sangat menarik. Kerana inginkan anak terunanya berkahwin, maka rancangan mencari menantu dibuat. Pelbagai karekter dan watak yang datang menghantar resume. Dalam banyak-banyak, hanya ada beberapa sahaja yang terpilih. Antara yang terpilih, ada seorang yang berjaya walau tanpa pengetahuannya. Pelbagai drama dan insiden yang berlaku sepanjang rancangan berlaku. Watak utama merupakan pelarian, kerana terjebak dengan hasrat kawan, semakin jauh dia berlari. Kemanapun kaki melangkah, jodoh tetap akan datang. (Boleh tengok update mengenai penulis di Blog Lynn Dayana)

Sunday, October 18, 2015

Congo Bar in the House

Assalamualaikum..
Percubaan pertama.. Saya buat congo bar ini last weekand.
Resepi ini saya dapat dari FB Siti Hanapiah Jukim.
Alhamdulillah penerangan yang diberikan berserta gambar dan step by step..
Resepi Asal boleh klik di Sini. Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat pada semua yer. Resepi yang mudah dan ringkas.

Congo Bar versi saya
Bahan
  • 315g tepung gandum diayak bersama 2 1/2 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh garam. 
  • 225g soft brown sugar (nak guna gula castor pun boleh - 320g gula)
  • 150g butter
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 tutup Esen Vanilla
  • coklat chips (saya guna yang hitam putih - nak bubuh coklat rice pun boleh)
  • kekacang (optional ) Saya guna kepingan kacang tanah dan kuaci.
Cara Membuat
  • Pukul gula bersama butter hingga gula hancur. Saya gunakan pemukul telur.
  • Masukkan telur satu persatu..tidak perlu kembang..cukup telur sebati dan gula betul2 hancur.
    Masuk sebiji, pukul sedikit dan Masukkan telur seterusnya.. jangan masuk sekaligus
  • Tambahkan 1 1/2 tutup esen vanilla dan kacau guna spatula
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik menggunakan spatula (masa nie kalau guna pemukul telur agak susah sikit)
  • Masukkan coklat chips dan kekacang. (Lagi banyak kekacang dan coklat chips lagi sedap rasanya.)
  •  Alas tray guna baking paper / kertas minyak. Ratakan adunan ke seluruh tray. Seeloknya gunakan tray 10x10 ataupun 12x12 baru congo bar tu akan cantik.
  •  Hiaskan permukaan adunan dgn coklat chips dan kekacang. 
  • Masukkan tray ke dlm oven yg telah dipanaskn 200'c lbh kurang 10 minit. Bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit. (Suhu sesuaikan dgn oven korang!)

Hasilnya. 

Saturday, October 17, 2015

The Mulberry Cottage Kitchen

Assalamualaikum..
Sha jumpa tempat makan yang best..
Kebetulan jumpa Owner & Chef dia dekat kedai Kek Mary World, Kalumpang.
Pastu bila sembang-sembang dia bagi tahu pasal restaurant dia.
Jadinya Rabu (14.10.2015) kan cuti..
Lepas penat-penat gi jalan kami decide nak singgah makan.. 
Western food ada.. Budget food ada..
Nasi Arab ada..
Pastu yang best boleh main dengan arnab..
Seriously, arnab tu dia biar lepas bebas jer..
Tapi disebabkan sha pergi nie malam, xo xle nak snap gambar arnab..
Owner dia very humle.. memang best lah.. sempatlah tengok kuda dan sekitar restaurant..

Menu yang kami order..
Nie tapau bawa balik coz my girls dah tidur..
Chicken Chop RM10.00
(Sos dia sedap gile)

Nasi Arab (Ayam) RM25.90
(Boleh makan berdua. Potion dia besar.)

Suasana kafe..
Masih dalam proses pengubahsuaian.

Menu Budget
(Kredit Gambar FB:The Mulberry Cottage Kitchen)

Maklumat lanjut boleh ke FB : The Mulberry Cottage Kitchen

Maids

Drama Korea
20 episod.
Drama ini berkisarkan waktu Joseon.
Pada zaman ini berlaku perebutan kuasa diantara Raja Taejong dan ayah dia Raja Taejo.
Masa ini yang jadi mangsa rakyat jelata.

Tapi drama ini lebih banyak berkisar mengenai Kook In-Yeob yang terpaksa menjadi maids selepas ayahnya dituduh pengkhianat negara dan dihukum bunuh dan Moo-Myeong anak kepada Raja Taejong yang diculik dan dibela oleh kumpulan pemberontak untuk membunuh ayahnya.

Kisah In-Yeob yang berusaha sedaya upaya membersihkan nama ayah dan keluarganya dengan dibantu oleh Moo-Myeong serta bagaimana In-Yeob menyesuaikan diri dari seorang bangsawan kepada hamba abdi. Melaksanakan tugas-tugas orang gaji.

Konspirasi demi konspirasi berbangkit. Pembunuhan demi pembunuhan. Ancaman dan juga malapetak. Persahabatan dan kasih sayang. memang bermain dengan emosi. Ending dia pun simple jer. Kira happy endinglah..

Maids-p1.jpg 
Poster

Pelakon Utama

Friday, October 16, 2015

Duta Horlicks? WOOP Mission

Assalamualaikum.. Selamat pagi..
Sebok sangat mengerjakan Big Mission WOOP,
Ada kengkawan yang menyangka Sha menjadi duta Horlicks..
Sabar jelah.. Hehehe..

Antara Big Mission yang sha berjaya buat dan dapat points...
Semua nie berkaitan dengan Horlicks..
senang je kan..
Just share video, snap gambar dengan Horlicks..
Pastu share dekat FB..










Antara komen dari rakan-rakan FB..


Thursday, October 15, 2015

Kueh Pau Melayu di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Pau pakcik nie memang best dan gempak..
Lembut je.. Gebu..
Harganya masih lagi RM1 walaupun skrg matawang Malaysia jatuh..
GST lagi.. 

Pakcik nie meniaga dekat Bus stop depan bangunan Telekom di dalam Pekan Tanjung Malim.
Seriously pou pakcik nie sedap and recommended.

Tuesday, October 13, 2015

Wall’s Magnum White Almond

Assalamualaikum..
Akhirnya.. Berjaya gak beli White Almond nie..
Dah lama mengidam tau..
Rasanya okay okay sahaja..
Pendapat peribadi sha White Almond nie x sesedap yang coklat..
Namun begitu tetap sedap dimakan..
Rasanya yang mewah dan almond yang banyak..
Memang marvelous..
Sekali lagi Rewards for myself...
Magnum : White Almond

Magnum : White Almond
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com