Tuesday, December 27, 2016

Perjalanan Sepanjang 2016

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun 2016 merupakan tahun yang sangat Ohsem pada Sha..
Macam-macam yang berlaku sepanjang tahun 2016 ini..
Gembira.. Sedih.. Pemergian dan Menerima Keluarga baru..
Jom Sha share pengalaman, kenangan dan perjalanan Sha sepanjang 2016 ini.

Awal 2016 Sha berjaya bercuti sekeluarga ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor..
Perjalanan Sha bermula pada 18.05.2016 dan berakhir pada 21.05.2016..
Yang seronok sebab kami pergi sekeluarga, bersama mak mertua Sha dan adik perempuan Sha..
Perjalanan ini memberi banyak kenangan pada kami sebab Melaka memang tempat kesukaan Mak mertua Sha.. Semasa Arwah bapa mertua Sha masih ada, mereka selalu ke Melaka berdua..
Bila Sha dapat ke sini lagi bersama Mak mertua Sha memang bahagia rasanya..


 


Pada tahun 2016 ini juga Sha dapat melihat bakat Nur Amani dalam menyertai pertandingan Kalam Jamaie.. Pertandingan Peringkat Daerah, Group Amani mendapat Johan dan layak ke Pertandingan Peringkat Negeri.. Tapi mereka kalah semasa Pertandingan Peringkat Negeri.. Disini dapat Sha tengok betapa seronoknya Amani melalui pengalaman bertanding.. Merasai kemenangan dan kekalahan. Berseronok bersama rakan-rakan..

Pencapaian paling besar bila melihat perkembangan Amani di sekolah.. Dari usia Amani 4, 5 dan 6 tahun.. Dengan bantuan guru-guru dan juga adik perempuan Sha, Alhamdulillah Amani menunjukkan peningkatan yang bagus.. Cuma perlu sentiasa berlatih, berlatih dan berlatih.. Harapan Sha semoga Amani akan terus suka dan gembira ke Sekolah..



2016 juga merupakan tahun sedih buat kami sekeluarga kerana melalui detik-detik kehilangan Ibu tersayang.. Memang Arwah Ibu dah terlantar akibat angin ahmar, namun kami tak menyangka akan kehilangan beliau.. Perginya arwah ibu pada 26 Syawal (31.07.2016). Alhamdulillah Syawal kali ini Sha sekeluarga dapat beraya bersama arwah ibu. Walaupun sambutan Syawal yang sederhana namun kami bahagia bersama.. Dapat Sha lihat betapa gembiranya arwah ibu melayan kebisingan anak-anak dan cucu-cucunya.. Al-Fatihah buat arwah ibu..

 

Kegembiraan yang terbesar bila kami menerima ahli baru.. Adik perempuan Sha selamat berkahwin pada 09.09.2016.. Majlis yang sederhana namun meriah.. Ramai Saudara mara dan kawan-kawan yang dating meraikan adik perempuan Sha. Sebulan kemudian adik perempuan Sha disahkan Mengandung.. Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga kami.. Semakin besar dan meriah..

 

Pada hujung November 2016 Sha menerima adik ipar lagi kerana adik yang bongsu melangsungkan perkahwinannya.. Bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga kami..Sha doakan kebahagiaan buat kedua-dua adik Sha ini.. Semoga Perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah..

Sha juga berjaya menyelesaikan cabaran Goodreads iaitu Reading Challenge 100 buah buku untuk 2016 pada 25.11.2016.. Memang tak sangka.. Sebab masa sangat mencemburui Sha..

Tahun 2016 juga menjadi permulaan kami menyelesaikan segala-galanya untuk persekolahan Amani.. Sekolah Agama, Sekolah Rendah, transit dan pengangkutan Amani.. 2016 juga menjadi saksi cabaran bagi kami untuk menentukan sekolah Imani.. Banyak permasalahan yang perlu diselesaikan.. Harapnya bolehlah settle sebelum awal 2017..

Harapan Sha untuk tahun 2017 ialah kami sekeluarga dapat bercuti bersama-sama.. Perancangan kali ini melibatkan Sha sekeluarga, Mak mertua Sha, Abah Sha, adik perempuan Sha dan suami serta adik lelaki Sha dan isterinya.. Sha juga teringin untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami dengan suasana yang istimewa dan romantis.. Hahaha.. Part nie asyik berangan je tapi tak berjaya lagi.. Biasalah kekangan masa, pastu kewangan pula banyak yang lebih penting.. Semoga semua impian ini akan tercapai.. Aamiin.. Aamiin..

5 comments:

  1. bestnya dapat bercuti..MV tahun ni xda pegi mna2...

    ReplyDelete
  2. banyak pencapaian ni tahun 2016. tahniah kak sha

    ReplyDelete
  3. Wah penuh senarai 2016. Alhamdulillah. Semoga tahun mdatang ni btmbh lg.. Insyallah =)

    ReplyDelete
  4. Terbaik la sha.. Tahun yg dipenuhi dengan aktiviti yang padat..

    ReplyDelete
  5. Suka duka sepanjang 2016....yg pahit simpan rapi rapi dalam hati, yg gembira jadikan kenangan terindah untuk dikenang.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com